Erti Cemburu dan Rindu...

Friday, January 15, 2010
"Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya apabila semua rasa yang berkumpul tetap menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran dalam melalui simpang siur permainan duniawi ini..."

Itu petikan yang aku petik dari kulit belakang novel yang Haedir pinjamkan. Biarlah YM Berbicara. Ceritanya sweet. Tapi masih berbaki separuh buku lagi untuk dihabiskan. Entah bila boleh dihabiskan ni pun aku tak tahu, oh yer, aku bukanlah kaki novel, tapi kalau ada kawan-kawan yang mencadangkan mana-mana novel untuk dibaca, insyaAllah aku baca. Cuma itu la, ambil masa sikit mungkin barang seminggu dua untuk dihabiskan satu novel,erkk.

Ketika YM berbicara ni pun, Haedir yang 'suggest'kan baca. Walaupun bukan novel pembangun jiwa seperti Ayat-Ayat Cinta atau Ketika Cinta Bertasbih, tapi kalau hendak dibuat wadah untuk mengisi masa lapang yang ada,aku rasa tidak salah. Cuma jangan terlalu dibuai dengan cerita-cerita khayalan di dalamnya, kerana kebanyakan ceritanya banyak yang melanggar batas-batas syarak. Contoh berpegangan tangan, berpelukan antara yang bukan muhrim dan sebagainya. Apa yang baik boleh dijadikan pengajaran. Dan apa yang tak baik tu boleh dijadikan peringatan.

(Kay, novel tentang pi pinang ustaz tu tak jumpa lagi la, eh bukan tak jumpa lagi, tak pi cari lagi..hehe).

Novel versi orang putih pun aku suka layan sebab jalan ceritanya lagi real. Kalau bab penyiasatan seperti Dead Heat contohnya, ketika khusyuk membaca tu, betul-betul terasa macam tengok CSI gitu. Kalau baca Thousand Splendid of Sun pulak, boleh buat jiwa sentap, menangis pun ada. Novel versi orang putih ni pun dah lama aku tak baca. Last novel aku baca 2 bulan lepas kut. Ke 4 bulan yang lepas. Tapi sudah beberapa bulan la, hehe. Abaikan. Entry ni pun bukanlah nak menceritakan senarai novel-novel yang aku baca, cuma.....

ni je idea yang datang menyinggah tatkala aku begitu perlukan kata-kata untuk diletakkan di sini. hehe.

Till then..

PS: Mari membaca;)

5 comments:

Frodo Baggins said...

novel pinang uztaz?
tajuk per?
wa suggest baca trilogy
bagaikan puteri
ramlee awang murshid

kekekekkekeke


>>______<<

Tirana said...

Bila bercinta, baru tahu erti cemburu dan rindu...hehehe

Afida Anuar said...

Frodo-->boleh cek kat link ni..

http://www.jemariseni.com/01/component/virtuemart/details/50/1/novel-umum/jaja-&-din.html

InsyaAllah, akan cuba cari... thanks for the suggestion.

Kak Tirana-->erk...hehee..tak bercinta pun kak tirana...eh bercinta la,cinta dalam hati...hehe

nahmy said...

'aku sentiasa dlm kerinduan'...pergh klu diucap masa bercinta it sound so righttt. tp ada sedikit geli bila nak diucapkan bila dah anak tiga ni...tp tetap kena buat walaupun geli (& tak macho)...hehehe

Afida Anuar said...

huh bole pulak rasa geli n tak macho kalau anak dah tiga yer nahmy...hehe... smoga bahagia selalu di samping keluarga tercinta.

 

Browse