Mencari Diri..

Thursday, January 14, 2010
Ingatkan nak menaip karangan pagi tadi. Tapi memandangkan waktu pagi aku sekarang agak terhad. Maka aku tangguhkan proses penaipan itu sehingga la sekarang. Aku cuma nak berkongsi pendapat aku yang naif ni tentang sebuah kehidupan. Kehidupan yang sedikit masa lagi akan tinggal kenangan. Kehidupan aku, dan kehidupan semua orang.

Ada kawan baik aku pernah kata kat aku yang dia cemburu tengok aku. Cemburu tengok apa yang ada disekeliling aku. Bekerja jauh dari kampung. Kerja bagus (padahal kuli je), bla bla bla... Kalau la dia boleh jadi aku....katanya.

Tak terkata aku dibuatnya. Dalam diam dia tidak tahu yang aku sebenarnya cemburu juga dengannya. Cemburu kerana dia dapat berada dekat dengan ibu bapanya. Dapat bersama mereka setiap hari sementara masih bujang. Kalau la aku boleh jadi dia....Tapi aku, masih lagi di sini. Masih lagi berada jauh dari orang-orang yang aku sayang. Tersangat jauh.

Namun aku tidak akan berputus asa, selagi aku diberi peluang, insyaAllah aku akan berusaha untuk pulang menabur bakti di kampung sendiri seperti dia. Tapi kalau aku ditakdirkan masih di sini lagi esok atau lusa, atau bila-bila, aku takkan bersedih. Aku takkan sekali-kali menyalahkan diri sendiri atau siapa jua. Aku redha. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Kan?

Malah tidak dinafikan aku juga bahagia di sini. Aku harap kawan baik aku juga bahagia di sana. Hidup ini terlalu singkat untuk bersedih dan menderita atas apa jua keinginan yang tidak kita capai. Ada la tu, Dia nak ganti dengan yang lain.

Mungkin betul dari apa yang aku baca. Untuk bahagia bukanlah kita kene dapatkan apa yang kita mahu, tapi menghargai apa yang kita ada. Bersyukur dengan apa yang Dia berikan dan redha dengan apa yang kita tak dapat. Jalani hari-hari dengan hati yang bersih. Jangan dengki dengan apa yang orang ada, tapi kita tiada. (Tapi kalau aku dengkikan sahabat aku yang dapat kerja kat Terengganu sana boleh kut, hehe).

Sayangi semua orang yang ada di sekeliling kita dan jangan asyik nak marah-marah mereka atas kesalahan yang tidak disengajakan. Yang sengaja tu, maafkan juga la..., hehe. (Cuma aku ada satu masalah, kalau ada orang buat salah besar kat aku, aku boleh maafkan. Tapi aku tak boleh lupakan kesalahan dia tu, cemane entah... alamak termelalut bab ni pulak. Ampunn..)

Ada lagi, bersabar atas semua ujian besar atau kecil kerana ujian itu merupakan pemanis kehidupan. Dan yang paling penting jangan sekali-kali lupakan kebergantungan kita kepada Yang Maha Kuasa. Tak kira masa senang atau susah. InsyaAllah, semua pasti dipermudahkan segala urusan.

PS: Nasihat dan peringatan untuk aku juga, sejak dua menjak ni selalu sangat terkoya...adehhh..

7 comments:

a.z.r.i.n. said...

thanks for sharing...

Tirana said...

Redha dengan apa yang telah Allah tentukan atas diri kita. Sesungguhnya redha itu membawa kepada ketenangan..

Afida Anuar said...

Azrin-->sama sama;)..semoga sentiasa gembira azrin.

Kak Tirana-->betul tu kak,insyaAllah dengan redha dan sabar pasti ada ganjarannya. Semoga ceria2 selalu.

:.Yus.: said...

walau di mana kita dicampakkan redhalah dengan ketentuanNya.ada hikmah atas setiap apa yg berlaku

peringatan bt diri sndiri juga.

bestnya dpt blk keje kt kg..erkkk

keon said...

kdg2 org sering melihat org lain lebih baik drinya.. hingga terlupa ada yg terbaik driNYA yg kita xsedar smapi apabila kita kehilangannya.. sama2 kita mnsyukuri kurniaNYA dan x slah utk terus 'menambahbaik' lg apa yg dikecapi n moga diberkati.. selamat beramal :)

Khairi said...

kerana apa yg ada tidak pernah mengcukupkan kan. lalu kita lihat apa apa yang orang ada, lupa yg kita ada. entahlah.

jgn terkoya selalu hehehe. bhy wooo...

Afida Anuar said...

yus-->jom balik kg..tanam jagung..hehe.

Keon-->InsyaAllah akan menambahbaikkan lagi apa yang dikecapi.. selamat beramal..

Khairi-->koya secukup dan sesedap rasa tak salah kut khairi..erkkk... mcm penah dengar ayat ni..ehehhe

 

Browse