Mahu Meminang Ustaz...

Monday, January 25, 2010
Semalam, aku sempat menghabiskan hari-hari akhir hujung minggu bersama-sama orang-orang tersayang. Rancangnya mahu ke Mines Wonderland, kononnya mahu ke rumah salji yang last kami pergi waktu sekolah rendah dulu. Tapi hampa kerana dari gayanya seolah Mines Wonderland sudah tidak wujud lagi. Ke waktu yang kami pergi tu masih belum dibuka?huhu..

Akhirnya kami empat beradik terus ke pusat boling yang terletak di tingkat 4. Menghabiskan masa dan duit di situ. Permainan yang melalaikan, tapi seronok. erkk.

Selepas makan dan solat, akhirnya adik-adik aku pulang ke destinasi masing-masing. Asalnya aku juga mahu pulang ke rumah, tapi bila melihatkan siang masih muda, tiba-tiba aku terasa gatal tangan untuk memusingkan stereng kereta ke Alamanda. Nak pergi MPH. Aku nak cari novel yang kay suggestkan tu. Kisah Jaja yang mahu meminang ustaz. Nak tahu kisah dia macam mana. Cari punya cari, tapi tak jumpa. Ke stok buku tu dah habis? owhh.... Last-last aku 'dijumpakan' dengan buku lain. "Bila Allah Menduga Kita" oleh Syed Alwi Alatas. Sambar la,apa lagi. hehe.

Nampaknya tak tahu jugak la aku kesudahan kisah peminangan ustaz tu. Tapi tak mengapa, sebab ada pengajaran besar yang Dia nak sampaikan melalui "Bila Allah Menduga Kita" ni . InsyaAllah kalau diberikan kekuatan dan idea, aku akan cuba menerobos sedikit demi sedikit input yang aku dapat agar dapat dikongsi dengan semua.

Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah dan pada masing-masing terdapat kebaikan. Raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah dan jangan bersikap lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu, jangan berkata "Andai saya berbuat begini pasti akan begitu", tapi katakanlah "Allah telah mentakdirkan dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi" kerana sesungguhnya kata 'seandainya' pembuka perbuatan syaitan - Hadith Riwayat Muslim.

Till then..

PS: Berbisik...

13 comments:

Tirana said...

Owhh..ingatkan Fida yang mahu meminang ustaz..hahahha

Frodo Baggins said...

huhuhuhu

tajuk pown wat suspen!
agaggagaga


>>___<<

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->erkk...hehe.. ingat nak pi pinang gak, tapi...eh takde la gurau je..hehhee

frodo-->saje la wat saspen sekali sekala..hehehe..jangan marahh..

nahmy said...

nak tanya sikit. adakah 'Bila Allah Menduga Kita' karya Syed Alwi Alatas tu keluaran Mustread Sdn Bhd dan diterjemah oleh Nor Azman Md Yusof?

Khairi said...

fida,

sy dah beli jaja din dan nama atas kertas tu, baca je blom hehe. tp ja dah baca jaja din. best katanya. saya kata, of kos la tgk la sapa tulih.

suka kalau sembang ngn kak su, bhs dia sgt berlapik dan kelakar.

fida, cuba la wat manuskrip satu tgk. mana la tahu.

aideeb said...

tajuk tu menarik betulll...hahaha

bspotgurl said...

jangan peminangan itu ditolak yea... iyer iyer ingatkan kamu nak meminang si ustaz itu tadi..;)

オテモヤン said...

オナニー
逆援助
SEX
フェラチオ
ソープ
逆援助
出張ホスト
手コキ
おっぱい
フェラチオ
中出し
セックス
デリヘル
包茎
逆援
性欲

bukan ustaz said...

tak berapa suka sangat novel2 ilmiah ni...sebab macam dengar ceramah.

fndrocka said...

aku tertengok gak iklan tu...agak erotik.tapi mereka dah biasa

Afida Anuar said...

Nahmy-->yeap..betul. Tepat sekali. Tapi buku ni takde terjemahan rasanya.

Khairi-->kay baca kata best,ja baca kata best...uishh..hehe...
Khairi, saya tak pandai la nk buat manuskrip..takde bakat..seyes..hehe
erkk..

Aideeb-->hehe..memang menarik pun;)

Bspotgurl-->memang teringin gak nk gi pinang, tapiii.. erkk..hehe..tunggu ustaz la datang pinang saya..hehe

Bukan ustaz-->uishh..dengar ceramah la bagus..erkk

fndrocka-->uishh, rasanya tersalah entry ni..yeap..mmg iklan tu sungguh memualkan.tapi mereka sudah biasa....kesian sama mereka..

Alwi said...

Boleh saya share cerita ini dengan yang lain?

Afida Anuar said...

Bole2..dialu2kan alwi..

 

Browse