Pontianak...

Monday, January 18, 2010
Petang semalam, aku dan Mekdi macam biasa menghabiskan sisa waktu hujung minggu dengan berenang. Terlalu ramai pengunjung ke kolam renang pada petang semalam, dengan budak-budak pun ramai. Namun aku redah je. Berenang macam biasa, dengan gaya pro. Dari hujung sini ke hujung sana. Ke hujung sini lagi dan ke hujung sana lagi, eceh.. Tapi sayang, tak nampak macho sebab tak pakai 'goggle'. Lupa nak bawa, adehh..

Nak tak nak terpaksa la aku menahan mata aku untuk dimasuki air kolam yang berklorin. Goggle tertinggal punya pasal. Nak berenang dalam keadaan orang ramai kene la buka mata, kalau terlanggar sapa-sapa nanti..tak ke naya.

Terlanggar budak-budak atau mak-mak budak boleh tahan lagi, dibuatnya terlanggar bapa budak sebab pejam mata time berenang, tak ke haru..huhuhu. (owh yer, swimming pool di pusat kejiranan di sebelah rumah kami ni tidak mengasingkan antara perenang lelaki dan perenang perempuan. Kononnya besar. Apa pun terima kasih kepada baju renang muslimah:D)

Sejurus selepas berenang, mata aku mulai memerah dan memedih. Macam orang sakit mata gitu. Terendam air klorin punya pasal. Tapi merahnya cuma di sekeliling mata putih, bukan menyeluruh, sekali tengok macam pontianak harum sundal malam pun ada. erkk...huhu.

Namun, pagi tadi selamba aku pergi kerja dengan keadaan mata ala-ala pontianak harum sundal malam. Tapi aku tak banyak sangat berinteraksi dengan orang. Aku duduk je mengadap flat screen pc aku. Bimbang pulak nanti orang takut tengok mata aku. Dari jauh mungkin tak nampak sangat, tapi kalau dekat....

Waktu nak masuk toilet, aku bertembung dengan kakak cleaner. Kami bertentangan mata. Aku senyum macam biasa. Tapi rupa dia lain macam, tak macam selalu membalas senyuman aku. Bila duduk depan cermin, baru aku teringat. Patut la akak cleaner tak balas senyuman aku, mesti dia takut tengok mata aku, macam pontianak! heh.

10 comments:

sitizero said...

erk??

kak fid,rindu laaaaaa

Frodo Baggins said...

terbayang maya karinn


>>____<<

aideeb said...

pontianak malaysia selalu dikaitkan dgn rupa mengerikan, mata merah..pontianak mat saleh (new moon)..kacak dan cun dan stylo...nape ek? kita belum moden lagi ke....

mungkin itu hanya sekadar khayalan...

niwtode said...

oih? pontianak mana da keluar time siang benderang. mesti makcik tu ingat ko ni sakit mata. so dia cuak la sebab dia dah ter-tenung mata ko, takut berjangkit. huhuhu...

isk isk, lenkali berenang x yah bukak mata la fida. kalo terlanggar bapak budak, cakap "maaf pakcik, sy tutup mata. x nampak" hoho. ho

putri_xue said...

takpun makcik cleaner tu ingat new building ada penjaga...la ni baru nak memunculkan diri, hihihihi

bspotgurl said...

ishk.. merah giler ke mata tue? kalau jadi mata vampire macam Edward dlm Twilight tu, kira orait gak pe..hihik

Khairi said...

bhy tu. nnt tak pasal2 org paku tekok awok huhu.

mata spt pontianak lebih baik drp mata keranjang, kan? hehe.

kakna said...

kalau org lain tgk lain macam.. bagi salam jer.. tau la manusia bukan pontianak.. :)

Afida Anuar said...

Hid-->rindu jugak!!!...bila la leh gi kelantan nih..erkkk

frodo-->hehehe..sib baik pakai tudung..kalau rambut mayang mengurai..mata merah...heheh

Adeeb-->itu la..aku terpkir gak. Kalau la pontianak kat malaysia ni digmbarkan hensem mcm edward....fuhh...heheh

edot-->ni duk lam opis. Tak kene cahaya matahari..pontianak selamat lagi..hahahaha.
PS:kalau ckp kat pakcik takpe.dibuatnya ckp kat abg2..erkkk..hehe

Putrixue-->alamak..mungkin kot..abes la..

bspotgurl-->eh mata edward merah ke.. edward mata merah ke, ungu ke tetap hensem..tp saya tak..erkkk..

Khairi-->paku tekok?hahahha nok tergelok wase ni..ekekeke. Itu la kan,lg baik dr mata keranjang...hehe

Afida Anuar said...

Kak Na-->heheh tak terfikir lak camtu. tp tu lam toilet..mmg sengih je la, x leh nk kasi salam..heheh

 

Browse