Entah mengapa aircond opis arini tidak berapa membekukan. Ada sedikit kehangatan yang mencekik-cekik liang roma kulit. Terasa lemas dan rimas dalam setiap nafas yang aku hembus dan sedut. Aku bergegas keluar ke pantry yang terletak di luar ruangan pejabat. 'Open air'.
Rupanya jutaan titis hujan sedang lebat menimpa bumi. Membasahi seluruh makhluk dan ciptaanNya yang tiada tempat berteduh. Bunyi guruh yang sekali sekala berdentum ditambah dengan rentak titis air hujan menambahkan lagi irama muzik alam yang cukup indah... jika di selami.
Aku berdiri di penjuru pantry. Memerhati..memikirkan...menyelami muzik alam yang sedang dimainkan. Ada sedikit ketenangan di situ.
"Allah itu Maha Adil..Maha Kuasa. Setiap perbuatan baik, walau sebesar zarah, pasti akan menerima pembalasan yang baik. Dan setiap perbuatan jahat walaupun sebesar zarah, jua takkan terlepas dari pembalasan. Kalau tak menerimanya di dunia, akhirat pasti akan menanti..."
Entah mengapa kata-kata itu yang bermain-main di minda aku sewaktu melayan titis hujan. Mungkin kerana kisah seorang kawan telah dianiayai. Sabarlah kawan, kalau bukan di dunia, di akhirat, dia pasti akan dibalas. Yakinlah dengan janji Allah itu. Aku senyum...senyum bermakna..
Hujan sudah semakin menipis. Aku pujuk hati aku untuk masuk ke dalam, mengharungi kesesakan dan kelemasan jiwa yang mencengkam. Arghh!!! bila nak habis 'projek pecah penjara' nihhhh...