Aku Keliruuuuu.....

Thursday, July 31, 2008
Hari ini bertebaran segala macam mak nenek 'buhsan' menyelubungi segenap ruang-ruang udara di sekelilingku. Sesekali, terasa kelemasan yang menjerut hati dan jiwa. Betapa banyaknya atom-atom 'buhsan' itu, sehingga menyebabkan sukar untuk aku melihat dunia di sebelah sana. Kalau la ada alat atau mesin yang boleh menyebabkan semua atom-atom 'buhsan' ini disedut dari udara di sekeliling aku ni.. kan best!!! Semua hilang. So takde la rasa 'buhsan' yang amat sangat. Aduhai... buhsan oh buhsan. Kenapa la asyik duk bertempet kat aku nih! Pi la singgah kat orang lain lak.Hahahaha...

Alien tu pulak dari tadi asyik pandang je. Bukan dari tadi aje..dari pagi tadi sebenarnya. Setat dari saat aku mendudukkan diri di atas kerusi empuk kat work station aku ni, sampai sekarang ni. Tengok....ni pun tengah duk pandang aku lagi. Aduhh.. aku rimas!! Aku lemas!! Hehehehehe. Fida koya! Heh?

Tiada guna cipta sebuah cerita...
Kalau kisah kita sementara..
Rasa hati dan langkahmu
Membuat aku keliru..

Tiada guna kita menderita
Sungguh semua tidur pun tak lena
Rasa hati dan katamu
Tak lagi seperti dulu

Aku keliruu..
Aku keliruuuuuuuuuuuuu....uuuuuuuuu


Enjoyy the dayy!! And the song... hihi

WaAllahualam
Wasalam...

Buta dan Bisu...

Wednesday, July 30, 2008
Deras je hati ni bergetar. Tanpa bahasa, tanpa kata. Entah apa yang hati ini omongkan, kadang-kadang aku sendiri pun keliru. Antara mahu percaya atau tidak. Antara mahu menerima atau menolak. Itu lah kehidupan. Itu lah kenyataan. Bukan fantasi, tapi realiti. Itu lah yang diomongkannya.

Aku percaya, segala yang berlaku ada sebab. Dengan lintasan habuk di depan mata ini pun bersebab apatah lagi dengan renungan itu, aku percaya ada sebabnya juga. Manakan Dia menjadikan sesuatu itu sia-sia. Manakan Dia menjadikan sesuatu itu tiada makna.

Cuma satu yang aku harapkan, dalam semua perkara yang aku lakukan dan dalam semua perkara yang telah berlaku, redha Ilahi itu sentiasa mengiringi semuanya. Kerana dengan redha dariNya lah, kesusahan itu menyenangkan. Tangisan itu menggembirakan. Kemiskinan itu melegakan dan keresahan itu menyenangkan. Semua kerana sekelumit redha itu.

Kini aku sudah berpijak di batasan ini, dan hanya batasan-batasan yang di hadapan sedang menanti. Perlukah aku mengundurkan diri untuk berpijak di batasan belakang? Owhh... sememangnya aku manusia yang sedang keliru buat masa ini... antara batasan di hadapan atau di belakang..... hurmmm. Okay..abaikan hal batasan itu. Tidak penting untuk dibicarakan lebih lanjut.

Ada sahabat menulis...

"Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan..cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan..cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.."

Orang seringkali mengatakan Cinta itu BUTA. Tapi mengapa aku merasakan cinta itu BISU? Bisukah cinta? Atau akukah yang tidak mendengarnya berkata-kata?

Till next time..

WaAllahualam
Wasalam

It's Been A While..

Tuesday, July 29, 2008
Malam ni segala-galanya akan berubah. Bermula malam ini. Aku tidak lagi akan keseorangan menghadapi cahaya rembulan dan sinaran bintang itu. Malam ni aku akan membiasakan diri untuk menghadapi malam ini dan seterusnya berdua.

Tiada lagi istilah aku keseorangan di malam hari. Tiada lagi istilah malam itu panjang, tiada lagi istilah ketakutan yang kadang-kadang menyinggah dek bunyi-bunyi yang menyeramkan. Erkk.. bunyi yang lahir dari perasaan aku yang takut gamaknya...huhuhu.. Biasa la, kalau sensorang tu, macam-macam perasaan yang timbul. Bunyi pintu rumah sebelah pun, dikata pintu rumah aku yang terbuka! Bunyi air dari rumah atas pun, di sangka air dari bilik mandi yang terbuka sendiri..hahahaha. Adehhh...

Tapi alhamdulillah, aku ni berani juga orangnya. Ye la, kalau tidak manakan sanggup tinggal kat rumah tu sorang-sorang memalam selama ni.. hahaha.

Lepas dah berdua ni, harap-harap tiada lagi kejadian-kejadian yang disangka ada kaitan dengan 'phenomenal activity' itu. Kalau ada pun, biar lah phenomena terserempak dengan UFO je dari tingkat 14 rumah kitaorang. Dengan alien duk melambai-lambai dari tingkap UFO...hurmmm..amacam?? Pemandangan yang indah tuu..Tak la seram sangat kut noo! Heh!

Till then....
WaAllahualam
Wasalam.

Menunggumu...

Monday, July 28, 2008
Setiap hari aku tidak putus-putus berdoa, agar bisa diketemukan dan disatukan denganmu. Entah bila waktu dan ketikanya, semuanya dalam pengetahuan Yang Maha Esa. Aku tidak tahu akan ketentuanNya itu..

Kadang-kadang terasa dirimu begitu dekat denganku. Nafasmu seolah-olah dapat dirasa oleh deriaku. Degup jantungmu, seolah-olah sentiasa berirama seiring dengan muzik alam yang selalu ku dengar. Tapi bila ditatapi, bila diamati, kau seakan begitu jauh. Walaupun aku sedar, kau tidak lah sejauh mana.. Mungkin kerana hijab itu menyebabkan dirimu jauh denganku. Tapi tidak mengapa, insyaAllah suatu hari nanti kita akan disatukan. Jika itu yang telah tersurat untukku dan untukmu.

Dan aku..akan tetap setia menunggumu...
Sampai tibanya saat itu.....

Tetiba..

Satu suara bersuara...
"Mak aiii!!!"
"Dah setat dah ni..."
"Dah setat dah"

Aku
"hahahahahaha"
"Apa yang setat tu?"
"Aku pun aku tatau.."

Satu suara itu...
"Apa-apa je la:p"

Aku
":-?"

Aku lagi...
"Ok, another entry's done..hip hip hoorayy!"

WaAllahualam
Wasalam.

Sampai Kita Ketemu...

Hari ni cubicnya penuh berselerak dengan nota-nota ISTQB.
Purak-purak tekun menelaah hal ehwal software testing dan performance testing
Kunun-kunun self learning untuk majukan diri sendiri.
Dan juga untuk knowledge sharing session pada Jumaat ni..
BRAVO!! BRAVO FIDA!!

Tapi fikirannya menerewang jauh nun ke kutub selatan.
Nampak beruang-beruang kutub duduk berpuak-puak.
Duduk santai..cam berkelah di padang ais yang sangat luas...
Eh kutub selatan sejukk sangattt la...tak tahann.. pergi ke tempat lain lah!
Lagipun tak bawak kot bulu bulu..hahaha
Arah tuan empunya diri.

Fikirannya menerewang lagi...jauh..
balik ke negeri sendiri la plak..
berlegar di ruang udara Kuala Terengganu.
Nampak menteri besar 'kesayangannya' sedang bergambar dengan merc-merc baru
Whuaaa... bahagianya hidup depa..
ada merc baru..
Tapi rakyat...... tengok je la merc depa.
Stop..stop..hal merc dah setel dah weh....
"Tu untuk kegunaan tetamu negeri je.
Exco-exco still lagi akan guna Perdana"
Kata PM terchenta..
Wahh senangnye...dah setel??
hahahahah...dia tergelak tiba-tiba..
Abis duit rakyat melayang..cenggitu jek..
Gara-gara Mat Said nak pakai Merc..

Fikiran itu melayang-layang lagi...
Teringat duit-duit rakyat yang melayang-layang...
Seperti layang-layang...
Nota ISTQB kaku di depannya.
7 Principles of software testing jadi tatapan mata semata-mata..
Telinganya ke lain, fikirannya ke lain...
Nak gi mana lagi ni??Getus hatinya....

Tiba-tiba...
Arghhhhhhh...nak balik kampung la cenggini...

Habis cerita tuk hari ni.
Sekian.

Wasalam.

Dushhh....

Thursday, July 24, 2008
Dushh.. Satu tumbukan kepada pengantin perempuan....
Lepas ni mana ada chance nak tumbuk dia dah..
Tengok.. cian dia.. terpaksa ketawa dalam kesakitan..
Akibat dari tumbukan itu.. Ganassnye akuu...
hikhikhik..

Owhh..maafkan aku..
Kerana merapu dan apa yang ada dalam fikiran aku sekarang hanyalah ikan kerapu...
Ikan kerapu masak masam manis...

Hurmmm.. dah lame tak makan ikan kerapu...
Sapa-sapa yang plan nak makan ikan kerapu, jangan lupe roger aku yer!
Ok setakat tu je kisah kerapu.. dan kisah pengantin kene tumbuk...

Until next entry...

Wallahualam
Wasalam..

Isyarat Hati Ini

Wednesday, July 23, 2008
~Inginlah ku menyapa
Mahu ku kenali hatimu
Ku sedari ini bukan biasa~

Huh, terasa aku tidak lagi dapat melindungi perasaan aku saat ini. Getaran hati itu, makin lama, makin lain getarannya. Bukan getaran hati untuk orang biasa-biasa. Perasaan itu muncul lagi setelah sekian lama ia menyepi. Huhh..kadang-kadang terasa berdebar-debar tatkala mahu bersua muka dengannya. Aku juga sedar,di hadapannya..aku mudah hilang arah. Gelabah tak tentu pasal! Semuanya terpaksa dicontrol. Gaya cakap, gaya jalan, gaya duduk.. Hahaha. Ini semua gara-gara sesi mengadap Reporting Manager kitaorang personally la.... sorang demi sorang dipanggil masuk mengadap! and i'm still waiting for my name to be called. Takde apa pun sebenarnya, kata member-member yang dah lepas, konon cam sesi suai kenal lebih rapat.

Namun, lirik di atas tiada kaitan dengan Reporting Manager kitaorang. Ianya dari sebiji lagu yang duk mengasak-ngasak memasuki kedua-dua gegendang telinga ini sejak dari awal pagi. "Opss..Fida layan lagu jiwang??" hahaha. Tidak la aku mengerti mengapa sejak dua menjak krisis dalaman negara terjadi dengan fitnah,liwat,bom C4 dan segala macam mak nenek tu, telinga aku senang benar nak terima lagu-lagu jiwang ni. Kalau sebelum ni, aku agak selective juga nak dengar lagu-lagu cenggini. Tapi sejak kejadian tu..semua selective itu dah bertukar. Ada effect juga rupanya masalah negara ni kat gegendang telinga aku. Ingatkan ke atas minda aku jek. Heh!

Abaikan kisah lagu jiwang itu. Aku sekadar warm up bagi meneruskan intipati entry aku seterusnya. Aku sedar, warm up itu perlu ada pada kali ini..kerana hari ini semua agak berbeda dari biasa... Apa yang berbeda? Aku pun masih dalam proses untuk memahami perbedaan itu. Cuma aku sedikit pasti, pandangan minda seolah sedikit kabur hari ini. huhu..moga ia tidak kekal berpanjangan.

Kelangsungan hidup berlaku seperti biasa hari ini. Smooth orang kata. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Bumi Putrajaya-Cyberjaya aman damai dari zahirnya. Tiada sekatan jalan raya, tiada traffic jam,tiada kes bom mengebom, tiada kemalangan ngeri, tiada paranormal activity, tiada orang yang diculik oleh makhluk asing. Semua tiada. Mungkin ada di tempat lain, cuma tidak menjengah di telinga dan mata aku lagi hari ini. Hurmmmmmm....

Owhh, hari ini terasa otak ini sedikit beku. Jari jemari ini seolah kaku untuk bergerak-gerak. Tambah lagi dengan kesejukan dalam opis yang seolah berada di Alaska ini, menyumbangkan lagi ke arah pembekuan dan kekakuan itu. Huhh.. Aku perlu berhenti! Aku terpaksa warm up kan otak aku, agar bisa cair semula supaya ia bisa menggerak-gerakkan jari-jemari aku yang dari tadi kaku. Intipati hanya setakat ini. Izinkan aku berundur. Until next entry..

WaAllahualam
Wasalam

Dak Ungguh Woh Deriang...

Tuesday, July 22, 2008
Musim durian tiba lagi. Tu pun aku setakat mendengar kawan-kawan yang bercerita, dan ada yang aku terjumpa dalam blog mereka entry pasal musim durian ini. Di tambah lagi Mekdi bagitau perihal semalam dia dan teman rumahnya makan durian beramai-ramai. Sedapppnya. Tapi kesian kat aku..sampai saat ini, satu ulas buah durian pun belum memasuki anak tekak ini. Walaupun buah durian bukan lah buah peberet yang paling utama. Tapi hadirnya mampu membuatkan hati ini cair. Cheeewah.. Tambah lagi kalau durian kampung yang lemak manis tu.. 2 bijik durian mahu habis ditelan anak tekak ni. Eh lagak seperti ular sawa pulak main telan-telan ni. hahaha. Durian punya pasal!

Itu durian punya hal. Hal-hal lain yang telah berlaku sama ada di dalam mahupun luar negeri, seperti yang tertulis dalam akhbar-akhbar atau mana-mana online news yang tuan-tuan dan puan-puan baca.

Namun ada satu berita yang begitu menarik perhatian aku untuk dikongsi semua yang tertulis dalam berita hairan. Thanks to Saizul kerana sudi share link ni.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20080721234909/Article/index_html

Secara ringkasnya..

"KUALA LUMPUR: Bapa Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim, mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjalani ujian DNA bagi membolehkan polis menyelesaikan segera siasatan berhubung dakwaan meliwat anaknya itu"

Huh! Isu DNA tidak habis-habis diperkatakan sejak dua menjak ni. Kadang-kadang minda ini berkata, mengapa susah sangat, memperbesarkan isu yang sebesar kuman ni, bukan ke DNA ini sebagai bukti sampingan je. Kalau tiada pun tak menjadi masalah. Tahun 1998, DNA DSAI sudah pun diambil. Ambil je la data dari situ. Kan kan? Beribu-ribu tahun lagi pun, DNA DSAI itu tetap akan bagi data yang sama. Tidak akan berubah langsung... Melainkan kalau DSAI itu mutant. HEH! Haaaa! Tu baru la logik kalau nak mintak DNA lain pun, sebab DNA dah berubah. Aisehh.. tengok citer fiction banyak sangat nih Fida! Huhh Whateverrr..~

Tup tup, bebaru ni Pak Lah pulak buat statement seperti kanak-kanak riang ribena.

~Perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlukan kerana DNA yang ada, sudah lama. "Jadi kita kena minta yang baru," katanya~

Huh, banyak pihak yang condemn kenyataan Pak Lah kesayangan ramai ni. Alahai...menampakkan lagi kelemahan minda seorang Perdana Menteri Malaysia yang terbilang ni. Komen-komen dari menteri-menteri umNO juga berkaitan kes liwat ini menampakkan lagi campur tangan barisan kepimpinan umNO dalam kes liwat DSAI ini. Nampak sangat bagi mereka, DSAI sudah pun dijatuhi hukuman bersalah!

Buat masa sekarang,apa yang penting bagi those people behind this conspiracy adalah DNA DSAI yang baru. Bukan DNA lama. DNA lama nak buat apa? Dah la tidak dapat dijadikan bukti penglibatan DSAI sekaligus pendakwaan langsung tidak dapat dilakukan. So camna depa nak kaitkan DSAI dengan kes liwat ni kalau DNA baru takde! Kalau pendakwaan gagal, maka SaiFool sekeluarga akan menanggung malu yang amat besar. So, untuk mengelakkan malu, keluarganya mengeluarkan kenyataan mencabar ini. Tu pun aku rasa statement ni dibuat atas desakan man behind this conspiracy. Dah tetiba jek kan? Heh! Ini andaian aku la. But it makes sense rite?

Tapi masing-masing boleh fikir la. Itu hanyalah apa yang menjengah di minda aku. Boleh nampak kelemahan yang jelas lagi nyata dalam kes liwat DSAI ni. Kalau nak kata konspirasi kali kedua untuk menjatuhkan DSAI pun..aku sokong 100%! Dan sekarang DSAI mengambil langkah berhati-hati. Tidak mahu kejadian 1998 berulang. Bukti dimanipulasi. Sebab tu la dia takmo kasi dah DNA dia yang baru. Polis tidak lagi boleh dipercayai....undang-undang mudah dijual beli. Hurmm.. dunia zaman sekarang.

Zaman dah majuuuu...Dunia dah berubahhhh....

WaAllahualam
Wasalam.

The Rest is Still Unknown..

Monday, July 21, 2008
Kedengaran satu suara larangan daripada seberang sana. Jangan mengunjungi blog aku, kerana blog aku dikatakan berbaur politik. Yer la, keadaan politik semasa juga yang mempolitikkan blog aku. Hurmm. What to say? Walaubagaimana pun, ia tidak la menyimpang terlalu jauh dari tema blog aku. Kerana tema blog ini...hurmm...bebas kut! Seperti burung-burung yang terbang bebas di atas ni :)

Tapi nasib baiklah larangan itu bukannya datang dari kepimpinan tertinggi umNO atau PAS atau PKR atau DAP ataupun mana-mana badan NGO. Kalau tidak, jadi headline kut blog aku ni. Headline jam 8 malam. Di TV3 suku gamaknya. Amacam? Hahaha. Perasan la aku nih! Abaikan. Itu hanya lah selingan di dinihari yang mendung ini.

Mendung. Hurmm...Hari ini agak mendung dari awal pagi. Awan seolah dicat dengan warna kelabu. Suasana sekeliling begitu kelam dan kusam. Dan awan 'bercat' kelabu itu berarak perlahan seperti menangisi sesuatu. Akan tetapi air mata awan itu, langsung tidak kelihatan walau setitik. Mengapa susah benar untuk dia menitiskan air mata itu? Tabah sekali menghadapi angin-angin yang kekadang berhembus kencang dan kekadang berhembus mesra itu. Masih air mata itu tidak sewenang-wenangnya jatuh bercucuran disebabkan angin itu. 'Pandai' betul awan kelabu itu menyembunyikan air matanya. Aku menatap lagi dada langit yang penuh dengan awan kelabu itu. SubhanaAllah... patut la tiada 'air mata' yang berlinangan jatuh. Rupanya ada sinar mentari di balik awan itu. Maha Suci Allah yang Maha Mencipta.

Moga aku bisa menjadi seperti awan kelabu itu. Tabah dan tidak mudah untuk menangisi sesuatu. Tabah menunggu sinar mentari yang akan tiba bila-bila masa tanpa menitiskan air mata, tanpa mengenal erti putus asa, tanpa mengenal erti jemu. Aku tidak mahu menjadi awan kelabu yang mudah menitiskan air mata. Tanpa angin, tanpa apa-apa, air mata itu mudah benar jatuh bercucuran. Tanpa dipinta,tanpa dipaksa. Aku tidak mahu jadi seperti itu. Aku mahu tabah seperti awan kelabu yang berarak di atas bumi yang aku pijak hari ini. Bumi Cyberjaya;)

Huh! Namun aku manusia lemah. Siapa aku untuk menentukan ketabahan itu milik aku? Kelemahan dan kekurangan itu di mana-mana. Manakan bisa untuk aku menidakkan kelemahan yang sentiasa mengintai diri aku ini. Manakan mungkin aku mengiakan kata-kata yang aku ini tabah orangnya. Kerana aku bukannya setiap saat dihembus angin ketabahan. Angin itu tidak setiap waktu bersama aku. Ada ketika, dia menghembus insan lain pula..

Dugaan demi dugaan sudah dihadapi. Beratus-ratus titik air mata juga sudah dijatuhi. Namun dugaan itu tetap butuh juga datang menyapa hidup ini. It's life then. That's why it is called a life. Without tears, without hurdle, without test, life is meaninglessnes.. Smile then, because your life is yours, and it is meaningful :D
Ok, today's entry done. Until next entry. Have a nice day ahead!!

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam

Selamatkan Dunia!!

Saturday, July 19, 2008
GO POWER RANGERS!.. BERTUKARRRRR!!!

Kedai Suami..

Sebuah kedai yang menjual suami baru saja dibuka di sebuah kota dimana wanita dapat memilih suami di kedai itu. Di antara arahan-arahan yang ada di pintu masuk terdapat arahan yang menunjukkan bagaimana peraturan untuk memasuki kedai tersebut.

"Kamu hanya dapat mengunjungi kedai ini hanya SATU kali sahaja seumur hidup kamu"

"Kedai tersebut terdiri dari 6 tingkat dimana setiap tingkat akan menunjukkan semakin tinggi tingkatnya, semakin tinggi pula nilai lelaki tersebut."

"Bagaimanapun, ini adalah semacam perangkap. Kamu dapat memilih lelaki di tingkat tertentu atau memilih ke tingkat berikutnya tetapi dengan syarat tidak boleh turun ke tingkat sebelumnya kecuali keluar dari kedai."

Lalu, seorang wanita pun pergi ke kedai "Suami" tersebut untuk mencari suami.

Di tingkat 1 terdapat tulisan seperti ini : Tingkat 1 : Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.

Di tingkat 2 terdapat tulisan seperti ini :Tingkat 2 : Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan,taat pada Tuhan,dan sayangkan anak kecil.

Di tingkat 3 terdapat tulisan seperti ini :Tingkat 3 : Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan,taat pada Tuhan, sayangkan anak kecil dan cekap

'' Wow'', fikirnya tapi dia masih teruja untuk terus naik.

Lalu sampailah wanita itu di tingkat 4 dan terdapat tulisan

Lantai 4 : Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan,taat pada Tuhan,sayangkan anak kecil ternyata sangat cekap dan suka membantu kerja-kerja rumah.

Dia berkata, ''Aku hampir tidak percaya!!'

Dan dia tetap melangkah naik ke tingkat 5 dan terdapat tulisan seperti ini :

Tingkat 5 : Lelaki di tingkat ini memiliki pekerjaan,taat pada Tuhan, sayangkan anak kecil, sangat cekap,suka membantu kerja-kerja rumah, dan romantik.

Dia tergoda untuk berhenti tapi kemudian dia melangkah naik ke tingkat 6 dan terdapat tulisan seperti ini :

Tingkat 6 : Anda adalah pengunjung yang ke 4 363 012.

Tidak ada lelaki di tingkat ini.
Tingkat ini hanyalah semata-mata untuk wanita yang tidak pernah puas dengan apa yang ada.

Terima kasih telah berbelanja di kedai "Suami". Hati-hati ketika keluar dari kedai ini dan selamat jalan.

Sekadar renungan di hari minggu. Have a nice day ahead.

WaAllahualam
Wasalam

Terbalikkan dan Fikirkan...

Thursday, July 17, 2008
Hurmm..baru aku perasan, sejak dua menjak ni, blog aku seolah-olah menjadi sebuah platform politik. Apa tidaknya, keadaan semasa negara menuntut aku untuk menulis serba sedikit berkaitan politik. Menuntut aku untuk menyuarakan pandangan aku yang tidak seberapa ini. Kerana itu yang aku mampu buat masa ini. Okay, abaikan kisah tema blog aku yang agak bercampur aduk dengan politik ini.

Tapi still, aku mahu coret serba sedikit tentang kemelut yang aku kira menampakkan kelemahan undang-undang negara kita! Raja Petra ditahan atas jenayah fitnah kerana membuat akuan bersumpah berkaitan Datuk Najib dan isterinya Kak Rosmah ada kene mengena dengan kes pembunuhan wanita Mongolia yakni Altantuya. Hurrrmm....buat aku fikir sejenak...

Cuba kita terbalikkan situasi yang berlaku sekarang

  • DSAI - Difitnah oleh Raja Petra atas penglibatan dalam kes pembunuhan wanita Mongolia

  • Datuk Najib - Dituduh meliwat Saiful Bukhari.
Lebih kurang lagu tu la kalau diterbalikkan. Amacam? Gamak-gamaknya, apa yang berlaku? Adakah Raja Petra akan ditahan atas jenayah fitnah terhadap DSAI? Atau Datuk Najib akan ditahan polis atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari?
Yang aku bayangkan kalau situasi ni diterbalikkan yakni DSAI difitnah ada kaitan dengan kes pembunuhan Altantuya. Huh, musti polis dengan komando-komando bertopeng yang terlatih di Malaysia akan segera menangkap DSAI. Kes bunuh beb! DSAI dan kes bunuh. Mana leh tangguh-tangguh. Kene ambil siasatan segera!. Banding kes liwat Datuk Najib. Tu setakat tuduhan. Datuk Najib tidak bersalah. Tidak perlu pergi IPK. Tidak perlu lapor diri ke Bukit Aman. Tidak perlu sebarang rakaman percakapan ataupun DNA. Ala.. Datuk Najib kan TPM...


Tu kalau situasi diterbalikkan. Tapi hakikatnya. Seperti semua sedia maklum. Yang membuat akuan bersumpah, ditahan. Yang dituduh terlibat dalam kes pembunuhan itu, bebas. Kenapa tiada siasatan langsung? Langsung!!! Kerana Datuk Najib dah menafikan dia tiada kaitan dengan kes itu. ..dan aku masih lagi lupa. Yang dituduh itu seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Tapi tuduhan liwat tu, fitnah jugak kan? Sebab tiada sebarang saksi. Kenapa tidak ditahan Saiful Bukhari mangkuk bertingkat tu atas tuduhan jenayah fitnah? DSAI pun dah menafikan sekeras-kerasnya dia meliwat Saiful mangkuk bertingkat tu. Patut ditahan la Saiful mangkuk bertingkat tu. Tapi....... hurmmm............. terbalik kan 2 kisah ini?

Dalam kes Raja Petra dan Datuk Najib aku kira undang-undang di Malaysia telah ternoda. Siap Raja Petra buat akuan bersumpah. At least polis patut mengambil tindakan atau siasatan. Kan ke kalau dah nama rakyat Malaysia itu tidak terlepas dari perlaksanaan undang-undang ciptaan manusia ini tidak kira setinggi mana pangkat orang tu. Ohh forgive me again. Lupa yang TPM tidak boleh 'disentuh' undang-undang Malaysia.
Owhh tidak mengapa. Terlepas dari undang-undang ciptaan manusia tidak semestinya diri itu suci dari sebarang kesalahan. Ada undang-undang yang lebih Agung yang setiap manusia di dunia ini tidak boleh lari darinya. Undang-undang yang tidak mampu dibeli oleh mana-mana manusia. Tidak seperti undang-undang dunia itu. Sama-sama kita renungkan.

WaAllahualam..
Wasalam

Bulan Itu Tetap Bersinar....

Wednesday, July 16, 2008
Sejak dua menjak ni, negara digegarkan dengan berbagai krisis politik, krisis ekonomi, minyak yang melambung naik, fitnah, liwat, bom mengebom dan bermacam lagi, you can simply name them. Terasa telinga ini sudah terlalu penat untuk mendengar kisah-kisah sebegitu sejak dari dulu hingga sekarang. Dan yang sedang hangat diperkatakan sekarang adalah kes liwat mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dari pagi heboh diperkatakan kemantapan hujah-hujah yang dilontarkan beliau dalam debat semalam, tapi tidak sampai separuh hari, beliau sudah ditangkap polis. Polis oh polis. Oppsss... lupa.. polis hanya menjalankan tugas.

Hurmmmm.. Malaysia owhhhh Malaysia la. Tapi dengan fakta kejadian, keadaan semasa, aku rasa kita semua dapat berfikir siapa yang berada di landasan kebenaran, dan siapa yang berada di sebalik topeng penipuan. Cheewah, bagi aku this is kind of conspiracy theory untuk menjatuhkan DSAI buat kali kedua. Bagi aku la. Yang pelik bin ajaibnya, bagi sebelah pihak lagi, Raja Petra siap buat akuan lagi berkenaan Datuk Najib terlibat dengan kes bunuh Altantuya, tapi polis relek jek. Langsung tidak diambil apa-apa tindakan terhadap TPM tu. Owhh lupa, beliau seorang TPM. Bukannya mantan TPM. Kebal dari undang-undang. Undang-undang Malaysia mana boleh menyentuh beliau. Nak cuit pun tak boleh. Inikan nak tangkap untuk soal siasat. Beliau kan seorang TPM...Hurmm.. ok? Fida.. take note that! He's our TPM. Erkkk.. ok noted!

Kadang-kadang akal terasa begitu terhimpit dengan rentak dunia hari ini. Bila fikir-fikir, bagaimana keadaannya 10 tahun akan datang? Amankah hidup? Bahagiakah negara? Namun apakah kayu pengukur yang boleh digunakan untuk mengukur kebahagiaan negara itu sendiri?

Bahagiakah negara dengan pemerintahan yang sedia ada? Atau negara akan bahagia dengan pemerintahan yang baru? Aku percaya, bukan aku seorang yang mencari kebahagiaan itu, tapi semua orang. Semua orang dahagakan kedamaian. Semua orang inginkan keamanan. Tapi ada seorang hamba Allah pernah memberitahuku, negara kita sudah cukup aman damai. Sudah cukup bahagia.
Huhh..come on man! Aman ke kalau kes bunuh menghiasi dada akhbar setiap hari. Damai ke kalau setiap masa ada orang kene rogol. Bahagia ke kalau setiap jam ada orang kene rompak. Apatah lagi ada rakyat Malaysia yang tidak cukup makan! Yang hidup merempat! Kalau pada pandangan beliau, itu lah yang dimaksudkan dengan aman damai. Well just go ahead! But for me, i'm looking other situation to define 'negara yang aman damai'. It's me then. Maybe sound 'cerewet'. But i'm still looking, and i'm still fighting!

Aku di sini yang masih berjuang dengan selemah-lemah iman.....
Aku di sini yang masih menunggu bulan terang untuk menerangi kegelapan malam.....

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT'

WaAllahualam
Wasalam.

Letak Jawatan Je La Datuk Shaberi Chik!

Tuesday, July 15, 2008
Secara jujurnya, diucapkan sejuta penghargaan kepada pihak kerajaan kerana memberi ruang kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) masuk tv malam ni. Live pulak tu! Aku ingat susah gak kerajaan nak beri peluang ni kepada pihak pembangkang. Namun syabas diucapkan. Ingatkan tidak jadi.... namun syabas lah kerajaan umNO.

Tengok dari gaya debat malam ni, agak panas! Menteri yang dipilih yakni Datuk Shaberi Chik, memang pandai bercakap. Tapi sayang, beliau tidak menggunakan fakta seperti DSAI. Hanya main sedap mulut dan ikut kata hati dia je. Aku rasa Datuk Shaberi Chik ni tak patut menyerang peribadi DSAI. Ada kaitan ke peribadi DSAI dengan minyak? Akai ada ka?

Hujah kene berfakta dan berhikmah. Bukannya tajuk malam ni berkaitan peribadi DSAI pun. huhu. Kalau tajuk malam ni berkaitan peribadi DSAI, patut arr nak serang pun. Ni DSAI tidak habis-habis berhujah dengan fakta-fakta untuk meringankan beban rakyat, tapi dia...huhh..kesal ada menteri sepertinya. Kesian rakyat Malaysia cam aku ada Menteri Penerangan sepertinya:(

Walaubagaimanapun, syabas buat DSAI. Teruk peribadi dia kene serang pun, tapi dia masih kool berhujah tentang kesusahan rakyat. Kerana beliau tahu, platform yang diberi ini bukan lah untuk membela peribadinya,tapi untuk membela kesusahan rakyat dengan kenaikan minyak yang mendadak!

Satu lagi senario dalam dewan yang macam..entah, unexplainable. Ada sesetengah orang yang hadir dalam dewan tu seperti kaki ampu umNo kut..Tidak mempunyai kesedaran diri yang tinggi. Ilmu yang cetek. Main ampu je pandai. Adeh!!...anak sapa la depa ni. Siap tepuk tangan lagi bila bagi fakta minyak naik. Seperti menyokong minyak naik ni. Sokong kene tipu bulat-bulat dengan kerajaan. Dah siap DSAI kasi fakta, kasi idea untuk mengurangkan harga minyak..takkan tidak boleh nak fikir kut. Siap beria-ria tepuk tangan tu kalau Datuk Shaberi beri hujah yang lapuk dan hujah yang serang peribadi DSAI yang langsung tiada kaitan dengan minyak....Adeh kesian mak bapak diaorang ni.

Dan kepada Nordin apa entah nama dia, sila baca kitab la dulu sebelum mari berdebat ni. IPP pun tak tahu ada kaitan dengan minyak. Buat malu je la!

Apa pun, aku rasa Datuk Shaberi patut letak jawatan. Dah jawatan dia yang dia pertaruhkan jika gagal debat ni kan? Sakit jiwa kejap dengar hujah dia tadi. Kalau la pakatan rakyat memerintah malam ni. Minyak turun 50sen wooo..50 sen.... aku kalau turun seposen pun dah syukur yang amat. Inikan 50 sen.

tapi................... in my dream la. Realitinya, bukan pakatan rakyat. Tapi umNO! umNO yang selama-lamanya NO bagi aku. Dulu, kini dan selama-lamanya. So lepas menyaksikan debat ni. korang boleh fikir sendiri la kan. Siapa yang kelentong, siapa yang kene kelentong. As simple as that!

Apa yang baik itu datang dari Allah, dan yang tidak baik itu datang dari diri ini. Mohon maaf atas segala khilaf.

Wallahualam
Wasalam

Usul Tidak Percaya Terhadap PM Ditolak!!!

Monday, July 14, 2008
KUALA LUMPUR, 14 July :- Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, hari ini menolak usul tidak percaya kepada kepemimpinan Perdana Menteri yang dikemukakan pembangkang, Khamis lalu.

Usul tergempar itu dikemukakan Ketua Pembangkang yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Pandikar Amin berkata, penolakan usul itu dibuat di kamar Speaker berdasarkan Peraturan 18 (7) dan ia sudah dimaklumkan kepada Wan Azizah.
Akibatnya semua Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Sidang Dewan Rakyat kerana membantah keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul tergempar pembangkang.

Mereka bertindak demikian jam 12.10 tengah hari sebaik dimaklumkan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri yang dikemukakan Khamis lalu, ditolak Pandikar Amir. Mereka sebelum itu turut merayu Speaker menimbangkan semula usul itu, tetapi Pandikar Amir Mulia tetap dengan keputusannya.

Aku : Ni kes Pak Lah takut ka?? Ye la, speaker tu Pak Lah jugak yang pilih kan, takkan senang-senang je dia nak lulus. Gamaknya Pak Lah dah warning dia awal-awal ni.. "Hah ko Pandikar, jangan pandai-pandai nak luluskan usul ni, kalau tidak dot dot dot..." hahaha. Pandai-pandai jek aku mereka cerita..hihi. Kalau Pak Lah yakin dengan sokongan rakyat dengannya, apa salah lulus je usul tu kan? kan?kan? huhuhu.

Ke nak buat usul tidak percaya terhadap Speaker Dewan Rakyat lak lepas ni?? :-?

Hurmm...

Cinta Terhalang...

Sunday, July 13, 2008
Huh, cinta siapa pula yang terhalang ni? Yang pasti bukan cinta aku. Cinta kamu kah? Atau kamu kah?

Apakah yang menyebabkan cinta itu terhalang?

Keluarga?
Sahabat handai?
Pangkat atau darjat?

Owhh itu persoalan untuk cinta antara 2 insan. Antara lelaki dan perempuan.

Eh apa aku merapu ni? Owhh main sedap taip je yer? Mentang-mentang dibiarkan je jemari itu bebas menari-nari.. hikhikhik.. arghh kerapuan lagi!!

Mr A: Define love..

Mr B : Owhh it's too universal. It's not only I LOVE YOU between man and woman. But it can be applied to all creatures. Even to animal, and love that is most important is our love to Almighty Allah s.w.t.

Owhh, dunia oh dunia... cinta dan kasih sayang sesama manusia itu, semakin hari semakin lenyap, hilang entah ke mana. Kes bunuh, rogol, culik...setiap hari berita menyinggah di telinga ini. Gambar-gambar kes yang mampu disiar media menjadi tatapan mata ini. Astarfirullahalazim... Takziah untuk keluarga si mangsa.

Begitu kejamnya sesetengah manusia. Kalau la ada sekelumit perasaan cinta dan kasih sayang , masakan sesetengah manusia itu sanggup untuk melakukan perbuatan terkutuk sedemikian rupa.

Teringat aku kepada adik Sharlinie, hidup lagi kah dia? atau Allah lebih menyanyanginya?Ya Allah, jika dia masih lagi hidup, selamatkah dia, dan ketemukan la dia dengan keluarganya. Jika Kau lebih menyayanginya, tempatkanlah dia bersama hambaMu yang bertaqwa. Hanya Kau Yang Maha Mengetahui hikmah di sebalik setiap kejadian ini.

"JANGANLAH KITA HIDUP Di DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam.

Sempitkah Kehidupan?

Friday, July 11, 2008
Kesempitan...Ada apa dengan kesempitan?

Kesempitan masa?
Kesempitan wang?
atau kesempitan hidup yang mencengkam?

Owhh, minta jauh dari semua kesempitan itu. Kalau la kesempitan itu menjengah aku suatu hari nanti? Bisakah aku menghadapinya? Suatu hari nanti?? Eh, sekarang ni pun kesempitan fikiran sudah menjengahku. Aduhh... sempitnya terasa dunia akalku. Terasa sesak sekali dada ini untuk bernafas dengan sebetulnya. Aku buntu untuk memilih jalan hidup yang bercabang di hadapan ini. Mengikut kata hati, atau kata akal? atau paling mudah haruskah aku mengikut bisikan hati orang tuaku.?

Mereka tidak pernah menyuarakan apa-apa. Akan tetapi melalui kelopak mata mereka, sudah aku mengerti maksud tersirat yang sekian lama mereka pendam. Aku cuba untuk mengikut bisikan hati mereka,namun takdir Tuhan tidak mampu untuk aku halang.

Aku kesempitan lagi. Saat ini, waktu ini dan mungkin besok atau lusa, jika Tuhan masih mengurniakan aku umur yang panjang. Kesempitan antara kerjaya dan keluarga. Kesempitan antara cita-cita dan keinginan...atau..... aku kah yang menyempitkan diri aku?

Hurmm... berkali-kali suara itu kedengaran. Membawa pengkhabaran yang kesempitan itu hanyalah sementara, suatu hari nanti semuanya akan berakhir. Satu suara lagi kedengaran dari arah sana..berkata kesempitan itu tidak pernah pun menjengahku, cuma minda aku yang berkali-kali menyempitkan hidup aku yang sudah sedia luas ini. Mind setting aku harus diubah!

Huhh! Mana satu harus aku percaya? Kesempitan itu hanya sementara? atau aku yang tidak pernah kesempitan? atau memang kesempitan itu sentiasa di mana-mana... hurmmm.....

Moral of the story...Grab the opportunity that comes. Don't be afraid to face the world. Be confident and what is so important for me.. my family is my priority. Because, without them.. i'm nothing! That's why i choose to be sent away for a short period of time, and it's ok sangat-sangat if i'm just stay here. At least.. i'm here. This is the main problem for me working with the MNC. You'll have to travel at any time, anywhere around the globe. Opportunity of being sent away is so high if there is a demand.

Sapa yang mahu travel anywhere around the globe? Angkat tangan...Semua orang mahu. See see, ramai yang angkat tangan. Boleh kutip pengalaman negara orang. Boleh belajar budaya negara orang. Boleh jalan-jalan. But for me, i'm not looking forward those things, enough kut learning Indian culture, jalan-jalan sekitar Selatan India last year when i was sent there for 4 months training. For me maybe enough already for the time being. Just right now i'm looking forward the other things.

Things yang boleh buat aku dekat dengan family. Hurmmm.... ya Allah permudahkan la urusan aku ni:)

Dan sebenarnya, hidup ini tidak pernah sempit atau menyempitkan atau menjadi sempit. Cuma kita selalunya hanya memandang kesempitan dari keluasan. Padahal kesempitan itu hanyalah ilusi yang sentiasa menjengah minda. Pandang ke hadapan, baru ada kemajuan. Ingatlah orang yang tersayang Fida! Until next entry... Assalamualaikum.

Have a wonderful day and fabulous weekend !!!

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam..

Uikss... 2010?

Thursday, July 10, 2008
Tersebut la kisah 2 orang adik beradik sedang berbincang soal masa depan, soal kawin. Si kakak agak tidak sabar untuk melihat si adik berumahtangga. Sama-sama kita ikuti perbualan mereka.

Adik : Adik budget adik kawin 2010 la akak

Kakak : Uish, 2010? Kenapa tahun 2010? Lambat lagi tu? Tak leh cepatkan sikit ke?

Adik : Ala, 2010 umur adik baru 26. Kira standard arr lelaki kawin time tu. Tu pun dah kira awal tu. Dalam 2 tahun ni boleh la prepare mana yang patut. Boleh kumpul duit banyak-banyak. Beli kereta, rumah, barang-barang rumah. bla bla bla bla..

Kakak : Ye la tu dik. Sempat ke nak kumpul duit banyak-banyak dalam masa 2 tahun ni? Nak beli tu la, beli ni la..

Adik : InsyaAllah kak. Sempat. Yang penting usaha. Kalau hanya goyang kaki je, memang la tak kemana kita ni kak.

Kakak : Bagus-bagus ada pendirian camtu. Tapi kalau Allah dah takdirkan tahun depan adik kawin. Adik kene kawin jugak tahun depan. Tak pun jodoh adik bulan depan. Bulan depan la adik kawin, dan bukan 2010 tau. Apa la sangat dengan nombor 2010 tu dik.. Tak sabar akak nak tunggu.

Adik : Haha, adik tau tu kak. Jodoh pertemuan di tangan Allah. Tapi tu perancangan adik la kak. Nak kawin pun kene rancang betul-betul. Bukannya sehari dua adik nak hidup dengan dia, selama-lamanya kak, sampai hujung nyawa adik ni. So adik kene rancang sebaik mungkin kak.

Kakak : Eh ni dah de calon ke ni? Bila nak kenalkan dia dengan akak?
Adik : Hihi, tu kene tunggu dulu la. Sampai masa nanti adik akan kenalkan dia kak. Wait aaa..

Kakak : Hurmmm.. ni yang akak tak sabo nak tunggu ni. Tapi kalau ikut perancangan adik tu, 2010 bagi akak lambat sangat la dik..hihi.

Namun kisah di atas hanyalah rekaan aku semata-mata. Rekaan di malam yang penuh dingin. Seperti dinginnya hati di kala ini. Lalalala.. Until next entry...

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam.

Alahai Kak Mashitah Ibrahim Intan Payung Sayang...

Wednesday, July 09, 2008

Sama macam Yus, aku pun marah tatkala membaca artikel ni. Bukannya marah dengan usul yang dicadangkan Tok Guru, tapi marah dan geram dengan Kak Mashitah kita nih. huhh.. Ustazah hadhari nak lawan ulamak seh. Aku sangat-sangat bersetuju dengan usul yang dicadangkan Tok Guru tu. Solat adalah perkara yang paling utama. Solat hancur, maka hancurlah segala-galanya. Sebab tu nak pilih pemimpin, ketua atau kakitangan untuk bekerja mestilah mereka yang bersembahyang. Sebab sembahyang itu sendiri dapat mengelakkan diri dari perbuatan yang keji dan mungkar. Ni Kak Mashitah kita tidak bersetuju, sebab ada unsur paksaan katanya.

Unsur paksaan apa nya Kak Mashitah sayang. Tu tiada paksaan untuk orang kafir nak masuk Islam. Tapi once kita dah jadi orang Islam, maka wajiblah ke atas kita untuk menunaikan rukun Islam yang 5 tu. Sembahyang tu kan wajib. Mana boleh hukum wajib kita tidak buat. Owhh nak tunggu hati ikhlas dulu la baru nak sembahyang!!! Banyak cantik!

Aduhai...Ni pun Kak Mashitah tidak dapat nak fikir ke?Even anak-anak yang berumur 7 tahun yang tidak sembahyang wajib dirotan. Tu anak-anak. Kalau bapak anak tidak sembahyang camne pulak? Huh..yang aku pelik, semua cadangan Tok Guru Kak Mashitah nak bangkang. Satu lagi yang Tok Guru cadang baru-baru ni, perempuan di Kelantan di galak supaya jangan bertabarruj. Jangan bersolek dan bertumit tinggi. Tu pun Kak Mashitah bangkang kata menyekat kebebasan la, apa la..apa daaa Kak Mashitah ni.

Kenapa la benda baik lagu ni nak bangkang ek Kak Mashitah? Kalau apa yang Pak Lah usulkan, tak silap aku,takde pulak Kak Mashitah kita ni nak bangkang-bangkang.Uikss,nak jaga periuk nasi ke Kak Mashitah? Namun aku sedar, siapalah aku untuk melawan ustazah hadhari ni. Aku hanyalah manusia biasa yang serba kekurangan. Mohon maaf andai kata-kata aku bisa mengguris sesiapa yang datang menyinggah.

Apa pun, aku doakan supaya Kak Mashitah sentiasa diberi petunjuk ke jalan kebenaran. Janganlah semata-mata mahu mengejar nikmat dunia, nikmat akhirat diabaikan. Hukum Allah dipermainkan. Ulamak dikutuk. Orang menyeru ke arah kebaikan dikata menyekat kebebasan. Peringatan untuk aku jua. Until next entry.

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam

BonJoVi....Renungan...

Tuesday, July 08, 2008
Nampaknya sudah 3 malam BonJoVi aka BJV mempunyai 'teman'.Dia tidak lagi keseorangan, malam-malam yang dilalui nya penuh dengan keceriaan dan kegembiraan. Jelas tergambar kegembiraan itu tatkala aku mendekatinya setiap pagi. Aku gembira melihat BJV gembira. Aku juga tumpang bahagia apabila BJV bahagia. Aku harap dengan adanya 'teman' baru itu, sedikit sebanyak mampu mengubat sedikit parut calar itu. Namun aku tidak sempat lagi untuk berkenalan dengan 'teman' baru BJV itu. Nanti la, kalau diberi masa dan peluang.

Hari ini tiada apa yang best untuk dicoret. Seperti biasa DPN yang dinanti tidak kunjung tiba. Owhh.. baru teringat, hari ini renungan itu seperti biasa singgah di pandangan mata ini. Huh.. sejenak buat aku terfikir.

"Ada apa dengan renungan itu? Begitu menyentuh kalbuku ini"..cheewahh, cuba untuk bermadah, namun bab madah-madah ni bukan dalam bidang kuasa aku. Sorry la.

Renungan itu begitu menyentuh hatiku. Kenapa perlu begitu? Salah aku kah? Atau salah diakah? Atau renungan itu hanyalah renungan biasa-biasa saja. Tiada apa yang patut aku gusarkan sebenarnya.

Yer, tiada apa yang patut aku gusarkan dengan renungan itu. Renungan biasa-biasa dari insan biasa kepada insan biasa yang lain. Supposely and hopefully:D

Arghh enough for today's entry i think. Yeap..enough oredi. Nanti merapu pulak banyak!Until next entry then. Assalamualaikum.

p/s: Seperti biasa futsal game petang tadi aku & the team menang lagi!Hip hiphoorayyy!:D

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam

Kalau La...

Monday, July 07, 2008
Banyaknya kisah yang berlegar-legar di minda. Namun tidak sempat untuk aku put them all into words. Kalau la brain aku ni ada connection dengan computer, then i can transfer all my thoughts directly to computer and become 'another' Stephen Hawkings. How's that?? Sound's cool huh?. But it's not that easy. Kalau la boleh...hurmmm...

Perhimpunan Protes yang diadakan semalam, nampaknya kurang menyengat! Bagi aku la yang hanya membaca dan melihat gambar. Sayang aku tidak dapat turut serta kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielak. Namun sokongan tetap ada di dalam hati. Cuma aku agak kecewa dari apa yang aku baca, protes ni siap ada konsert..erkk ni nak protest ke nak berhibur?? Lagi satu, protes buat dalam stadium. Tempat tidak begitu strategik! Hmm.. kalau la buat di jalanan baru nampak sedikit gempak dan semangat protes tu ada serta mencapai matlamat untuk tunjuk perasaan secara aman. Lagi bagus kalau dapat mandi air FRU dan dapat tembakan gas pemedih mata. Itu lah 'kemanisan' dalam perjuangan!

Suppose Perhimpunan Protes ni kene ikut cara BERSIH buat perhimpunan. Mesej sampai kepada rakyat. Nampak lebih berkesan!

Apa pun, perhimpunan sudah berakhir. Harap-harap pihak penganjur dapat mengambil iktibar atas apa yang berlaku semalam, supaya lepas ni depa dapat menganjurkan protes yang lebih mantap. Yang lebih menepati ciri-ciri demonstrasi yang berkesan! Seperti di Indonesia yang sekaligus membuatkan kerajaan mengikut kehendak rakyat itu, hanya kerana demonstrasi jalanan... demonstrasi jalanan yang mantap!

Kalau la perhimpunan protes semalam, benar-benar berkesan..kerajaan Malaysia ikut kehendak rakyat... hurmmm..Kalau la..... In ur dreams la Fida!!

Yeap..in my dreams.. but nothing is impossible. Keep on moving!!! Until next entry. Assalamualaikum.

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam.

Najib Dah Cuak!!

Thursday, July 03, 2008
Ape daa.. orang tanya pasal kes dia dengan pompuan mongolia....ni alih-alih, tuduh DSAI serang peribadinya sebab nak alih pandangan masyarakat ke atas kes liwat DSAI. Nampak sangat cuak! Pastu dah de akuan bersumpah tu pasal Najib dan Altantuya ni. Cuak jap Najib. Aku tengok dalam tv3 suku baru tak sat,nampak sangat air muka dia tengah cuak..huhuhu. Tapi yang aku gerammmmnya, dia still nak kata serangan peribadi sebab nak kaber kes liwat DSAI.. aduiii.....ape daaa.. kalau dah tak bersalah tu, tak yah la nak kaitkan kes orang lain lak!

Kak Rosmah pun sama. Alahai. Kalau dah betul diri tu di pihak yang benar, kenapa lah tak saman jek si Petra yang buat tuduhan camtu.

Patutnya Kak Rosmah kata " See u in the court Raja Petra"..haha, Kak Rosmah takut masuk mahkamah la tu! Setakat buat polis repot, semua orang boleh buat. Aku pun boleh buat..hikhik..

Kalau Kak Rosmah betul-betul tidak bersalah, saman je la Raja Petra tu. Menang kes. Kang leh dapat berjuta-juta ringgit. Pastu leh arr Kak Rosmah wat shopping duit tu.

Ni nampak sangat Kak Rosmah kita ni takut! Kalau saman kang, masuk court, banyak lak yang terdedah!! Itu terdedah, ini terdedah..kang malu pulak! Pastu kalau dibuktikan betul-betul bersalah, end up masuk penjara. Tapi orang macam depa ni, kalau betul-betul salah pun, masuk penjara ka??Hmm... kalau tidak mendapat hukuman di dunia, balasan Allah ada lagi menanti di akhirat kelak. Di sana, keadilan itu tidak boleh dijual beli seperti di dunia. WaAllahualam.

Apa pun, cam biasa, sila la ke blog Ajat, sebab ajat explain lagi detail. Chewahh.. promote blog ajat. Sebab aku malas dah nak biarkan jemari aku menari-nari malam ni. Mengantuk sudah...

Senyum sokmo:)

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam

The Power of Dreams ;)

Wednesday, July 02, 2008
Semalam,sambungan mimpi itu menjelma lagi setelah sekian lama ia menyepi. Haha, mimpi pun pandai menyepikan diri ni..apa kes?? Tapi serius la, aku mimpi perkara tu lagi,yang semalam macam sambungan dari mimpi yang lepas. Kira mimpi semalam part ketiga. Adehhh.. boleh pulak mimpi aku ni sambung-sambung. Ada trilogi pulak tu! Tapi sweetnya mimpi tu..walaupun ianya hanyalah mainan tidur;)

Agak-agak, kalau mimpi yang sweet tu jadi nyata..amacam?

Aku senyum jer la dalam hati;) ...dan syukur alhamdulillah atas apa yang Allah dah tetapkan untuk aku. Aku terima seadaanya ketentuan Allah itu. Cheewahh dan dan.. Ala setakat mimpi di malam hari. Mainan tidur. Mainan khayalan di alam yang tidak nyata.. Realiti ketika di alam nyata..waAllahualaam..tapi tidak mustahil untuk merealitikan mimpi tersebut. Nothing is impossible kan?? So caiyok caiyok Fida!.. Kasi semangat untuk diri sendiri:)

Tapi sebenarnya, apa yang aku rasa best or baik or bagus or sweet tu, mungkin tidak baik untuk aku. Mungkin.. dan tidak semua la begitu. Zahirnya nampak elok, tapi hakikatnya? Hanya Dia yang Maha Mengetahuinya.

"dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah,Allah jualah Yang mengetahui semuanya itu, sedang kamu tidak mengetahuinya" -Al Baqarah:216-

Apa pun.. aku hanya berserah padaNya kerana Dia Maha Mengetahui segalanya. Di sebalik ujian dan dugaan yang ditimpa untuk hambaNya, ada hikmah yang tersembunyi. Tiada sesuatu yang dijadikanNya sia-sia! Yang pasti aku harus redha dan sabar dalam menghadapi hari-hari mendatang yang kian mencabar! Go go Fida! Kasi semangat untuk aku lagi:D

"Saat pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Namun seringkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak menyedari pintu lain yang terbuka buat kita".. nice quote. Aku copy paste mana entah. Lupa nak amik source. Apa pun, enjoy the rest of this day. Tomorrow's waiting! Gambatte!!

Until next entry..

"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"

WaAllahualam
Wasalam

Gambar Kawin...

Tuesday, July 01, 2008
Hari ni aku baru dapat gambar kahwin. Tapi bukan aku yang kawin..hahaha. Kenduri kawin Aiza Azreen dan suami yang kitaorang gi serang hari Sabtu baru ni kt Seremban. Tapi sikit je la, sebab nak upload gambar lama gile cheq tunggu. huhu. So taruk 4 keping dah arr.. yang lain simpan:D

Tatau dah aku nak coret apa. Let pictures tell everything.


Alamak, kantoi..pengapit pengantin perempuan dalam cubaan mengorek idung..huhuh

The daras... bila la giliran kitaorang pulak jadi raja sehari..ahakssss...


Mesranya pengantin:D... Gambar sebelum bertolak balik..

Menunggu dan menunggu...time ni tunggu pengantin sedang makan beradab. Paan n Kin..

Ok done. Selamat Malam semua. Assalamualaikum..
"JANGANLAH KITA HIDUP DI DUNIA UNTUK MENDERITA DI AKHIRAT"
Wasalam..
 

Browse