Kacak Dan Tua...

Thursday, September 29, 2011
Rindu. Rindu kat banyak benda. Tengok tasik Putrajaya pun dah boleh 'generate' rindu dekat sungai lesu di kampung. Rindu dekat mak ayah adik-adik tu tok sah nak citer lah.. Rindu jugak dekat tokki dengan tokwan yang dah lama 'pergi'. Rindu zaman kecik dulu-dulu, rindu kawan-kawan jauh dekat. Rindu sungguh-sungguh semua orang!

"Kak Fida.. EOL tu apa?.. Kak Fida!", Azmin, jiran sebelah cubic.

Eh, eh! Astarghfirullahala'zimmmm......

"End Of Life, kenapa?"

"Takde, saje tanya. Terima kasih kak!"

Kembali memijak realiti.
Rindu yang semestinya akan menjengah lagi...saya letakkan di tepi hati.
Bunga semangat sedikit berkembang riang.
Senyum di bibir pun bertandang...

Rupanya teringat kat orang-orang yang kita sayang pun boleh kasi semangat jugak kan?

Besok first time nak ke tempat client. Macam nak suai kenal la kot. Bos kata ada satu department tu, semua lelaki kacak-kacak! Tapi semua yang akan join meeting besok yang tua-tua la.. haha.

Iyo la tuh bos!



Ya Allah..permudahkanlah segala urusan kami...

25 comments:

Norsha said...

hiks...kelakarla fida ni, tua2pun takpelh fida asalkan kacak....:D
InsyaAllah, niat yg baik akan sentiasa dipermudahkan Allah....

kata orang, bila rindu ku sebut namamu....sebutlh nama org yg fida rindu tu....

fuad ansari said...

xpe kak...
lagi tua lagi byk duit...

eh, apa yg saya merepek ni.. (",)

mamawana said...

Assalam,

All the best.....

Tirana said...

Fida, sesekali rindu datang menyapa...bergenang airmata...

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari sihat hendaknya dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah SWT...amin

Semoga Allah permudahkan segala urusan dan tugas saudari...

IMANSHAH said...

rindu ada di mana2

natni said...

besok as in today 30sep?
wowowowow gudluck~

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

lelaki tua ventag dan rare tu..he he he

shameel Iskandar said...

bila merindu jadilah perindu yg setia.

Pn Kartini said...

Bila ku rindu aku tersebut namamu..
Bila ku resah ingin rasa ku bertemu..

erkk!!
...sebab rindu lee akak singgah teratak fida nii...hehe;)

Apa jua yang dihadapi dan yang ditemui..yang penting..jati diri tetap kental dan mantap gitu..;)

sahromnasrudin said...

assalamualaikum fida...


rindu bertandang lagi ya..apa lagi, tunggangla encik hitam dan pulang ke kampung ptg nie hehehhhe......

Cikgu Tie said...

Rindu itu indah jika ada pertemuan!
Semoga dipemudahkan segala urusan. Meeting dgn org tua la best...tak emosional.hehehe...betul ke tak?

senyumSOYA said...

rindu jugak.. ^^"
mmg bila rindu kita jd bersemngt kan kak fida..

p/s : bila nak bawak saya jalan2 alamanda? errr....

Adliff said...

Orang tua kaya dan kacak. Ha!ha!ha! Happy meeting new client. Aliff dah tua jugak. Tak kacak. Hensem jer.

cikguNae said...

Salam Afida,

rindu jugak! haha

ewanthology said...

semoga dipermudahkan.

Unknown said...

Salam,apa khabar saudara/saudari,artikel yg menarik,saya jemput saudara supaya memberikan koementar/pandangan terhadap artikel yg di tulis oleh saya...harap memberikan komentar/pandangan yang tidak beremosi…hahahah

nur aisya humaira said...

akak ambik laa sorang yg kacak tu..hehe

intan.maisarah said...

salam

akak, betul ke maksud
EOL yang akak bg tu?

Afida Anuar said...

Kak Norsha-->a'aa, memang diaornag tua dan kacak pun kak.. he he.. oh, dah banyak kali sebut ni..kekekek

Fuad-->isk fuad ni.. merepek ya... he he..

Mamawana-->Waalaikumusalam.. tengs mamawana..

Kak Tirana-->a'aa kak.. ada yang bergenang..huhu

Abdul razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, semoga saudara pun begitu jua..insyaAllah. terima kasih saudara..

Shah-->kat sini ada dak? hehe

Intan-->yes dear..

Brutalsolo-->errrr... ye ke..

Shameel-->insyaAllah shamee..

Kak Tinie-->terima kasih kak tinie, fida pun rindu ni.. uhuhu..lama tak menjengah..errr;)

Sahrom-->waalaikumusalam sahrom. kalau la semudah tu, dah lama saya buat.. huhu

CikguTie-->ha ha, orang tua la kadang2 ada kerenah dia...eh orang muda pun ada jugak!.. huhu

Ss-->salam.. apa barang nak pi jalan alamanda je... he he.. A'aa, ada yang bagi semngat, ada yang ken leraikan dulu baru dapat semangat.. huhu

Aliff-->he he.. kacak dan hensem tu bukan sama ke? isk..:P.. ok la first meeting dengan satu department tu. senin ni nak jmpa department lain pulak.. huhu

NAe-->salam nae.. kan? kan?

Delarocha-->Amin.. tengs Delarocha..

Anak Pendang-->salam..alhamdulillah baik, kalau nak kasi yang beremosi macam mana? he he

Aisya-->mana2? mana? hehee

Sara-->salam..err.. he he, rasanya mengikut ayat yg dibagi tu betul la. Ada maksud lain ke? he he..

nahmy said...

kekacakan itu....depend to the eyes of the beholder. semoga dipermudahkan segala urusan...

Afida Anuar said...

a'aa kan nahmy, orang kata kacak sangat, tapi kita tengok biasa je... heh~

ada orang tengok tak kacak pun, tapi bagi kita, kacak sangat2 dah tu;) he he

LadyBird said...

Ameeeeen... semoga Alalh mempermudahkan urusan kamu dan urusanku jua. Insya-Allah :D.. salam persahabatan.

Afida Anuar said...

Ladybird... Ameeen, insyaAllah. Salam persahabatn dari ku juga.;)

Afida Anuar said...

tak salah tu memang la tak salah... tapi...hmmmm hak orang kot! isk..

 

Browse