Salam Petang Hari...

Wednesday, June 08, 2011
Kalau sekali...mungkin kebetulan. Kalau dua kali. Mungkin juga kebetulan. Tapi kalau dah berkali-kali..setiap hari, adakah itu juga kebetulan? ..mungkin juga kebetulan...mungkin juga suratan. Suratan atau kebetulan? oh... apa-apa je la cik.

Habis baca Hantar Kasih Tuhan, saya dah takde buku baru nak dibaca. Semalam balik kerja, terfikir jugak nak singgah MPH Alamanda, nak cari buku baru kononnya, tapi Intan nasihat kat saya jangan ikut nafsu sangat beli buku, kena control sikit. Betul juga kan? Bulan lepas saya dah over bajet beli buku. Takkan bulan ni nak over bajet lagi...kan ada yang kena guna duit kecemasan lagi ni..hehe.

Intan cadang, saya baca balik buku-buku yang dah dibaca buat sementara ni. Wiken depan pula baru pi cari buku baru. Hurm..ok juga cadangan intan tu. Saya lepak di tepi rak buku kecil yang dah melimpah dengan buku ni. Saya tarik satu demi satu buku yang ada. Buntu, tatau nak capai buku apa yang patut saya baca buat kali kedua...Allah...nak pilih buku apa ni?

Last-last mata tertacap kat satu buku berkulit merah jambu gelap. "Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah". Rasanya macam dah lama dah khatam buku ni. Bab alam rumah tangga. Ada tips, resipi, doa, macam-macam lagi la.


Pintu tidak akan terbuka, tanpa ada orang mengetuknya.
Begitulah pintu hati, kita perlu mengetuk dengan lembut, untuk masuk menyentuh hatinya.
Istimewa ditulis buatmu yang sedang menatap buku ini.


Saya senyum bila baca bait-bait pada helai pertama buku ni. Kenapa dulu saya tak perasan ada bait-bait ni eh?

Ok, dah jumpa bukunya, bai! ;)


PS: Moga kali kedua ini dapat memberi cahaya kebaikan buat yang berkirim salam di petang hari, insyaAllah kalau diizinkan....eceh.

13 comments:

Kakzakie Purvit said...

Membaca lagi sekali walau dah khatam tetap mengembalikan keseronokan. Apa lagi sebahagiannya masih lekat dalam ingatan...

nurkass said...

emm..at least lebih terkesan dlm jiwa bila kita mengulang baca..good idea..

natni said...

syabas kfid :D

senyumSOYA said...

knock2.. is there anyone home? hihihi

Afida Anuar said...

Kak Zakie-->Tu la kak..kalau novel saya tak boleh baca 2 kali..mcm tengok movie jugak tak boleh tengok 2 kali. Tp klu buku ilmiah, insyaAllah saya boleh ulang2 baca;)

Kass-->Kadang2 buku lama yang dah dibaca..bila bukak balik, ada point yang tak ingat jugak..boleh la dikata mcm baca buku baru.. he he

Intan-->err..mekasih tan..okebai!:P

Senyum Soya-->nampak mcm takde je dik..hik..

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida...

Moga saudari sihat hendaknya dan sentiasa dalam rahmat~Nya..

Takper nak ulang banyak kali buku yang pernah dikhatamkan asalkan masa yang ada tu dipenuhi dengan kebaikan..

Afida Anuar said...

Waalaikumusalam saudara abdul razak..
Alhamdulillah saya di sini sihat alhamdulillah. moga saudara di sana pun begitu jua...

insyaAllah saudara..tp ada masanya, ada tikanya, masa itu diisi dgn benda lagho jugak...haihh....kejap bagus,kejap tak bagus..geram dgn diri sendiri.

nahmy said...

kesekiannya, bila suri kelam menyelubungi
mencari sinar lembut-mu...
walau desir angin mesra membelai
masih beku ria dikalbu…
harapan sayu...terus mengalir
jelmalah! walau setitip cuma..
melontar jauh resahku
mengusir kegelapan
bulan…marilah kepangkuanku..

p/s: takbiir!..takbir!....takbiirrr!

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

lama saya tak ziarah cini, fida...maklumla, baru lik kursus petang nie trus lik kampong..

moga awak sihat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah SWT

Anonymous said...

sweetnya
aku copy ke FB yer

Afida Anuar said...

Nahmy-->oh...puitisnya nahmy...Allhuakbar!

Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom..oh tak mengapa...faham2.. hati2 dalam perjalanan...

Aimi dan Pakcik Hashim-->eh..sweet apa nye Aimi dan Pakcik hashim? tak sweet pun saya rasa.. hehe

Zamri Mohamad said...

Assalamualaikum

Saya Zamri Mohamad penulis bersama Tuan Imran Yusuf buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah. Buku pertama yang kemudian diikuti buku Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah dan Semurni Kasih Adam, Seutuh Kasih Hawa.

Ucapan terima kasih kerana memilih buku Bagaikan Khadijah.

Mohon doa agar kami menulis buku bermanfaat di dua dunia.

Allah rahmati dan Allah berkati. Terima kasih

ZAMRI MOHAMAD
Facebook http://on.fb.me/mDGaNv

Afida Anuar said...

Saudara Zamri Mohamad...

Waalaikumusalam...insyaAllah,sekalung tahniah juga kerana berjaya berkongsi pelbagai tips dan doa dan sebagainya dalam buku tersebut. InsyaAllah bermanfaat...

 

Browse