Budak Kecik...

Wednesday, June 15, 2011
Gerhana di malam hari,
Umpama gerhana di hati sunyi.



"Kak Nor doakan Huda dapat nombor 2 atau 3 eh", Huda. Darjah 3.

"Aikk, kenapa nombor 2 atau 3. Bukan nombor 1? Tak kira Kak Nor nak doakan Huda dapat nombor 1 jugak!", Kak Nor merangkap kakak mithali.

"Ala Kak Nor, doakan lah Huda dapat nombor 2 atau 3. Mak kataaa... kalau Huda dapat nombor 2 atau 3, mak nak belikan Huda basikal!!", Huda

"Kalau nombor 1?",

"Mak nak ajak Huda naik kapal terbang pi Kuala Lumpur. Huda takmoo..", Huda.

"Larr, nombor 1 la best, dapat naik kapal terbang. Huda tak pernah naik kapal terbang kan? Naik basikal buat apa! Kak Nor nak doakan Huda dapat nombor 1 jugak! he he", Kak Nor merangkap kakak mithali.

"Kak Norr!!".

Huda.. Huda...semua orang nak dapat nombor 1... dia nak dapat nombor selain 1 pulak... adehhh macam-macam hal budak kecik ni. Dah nama pun budak kecik kan... ;)


Huda, budak kecik yang tak nak naik kapal terbang, tapi nak naik basikal..(",)



Tapi gerhana di hati sunyi,
Akan hilangkah ia nanti?

28 comments:

aliff muhammad said...

A bicycle is a boy first love.

IMANSHAH said...

pergi ke sabah naik beskal

naik beskal pergi ke sabah

ada ke munasabah

pergi ke sabah naik beskal

aku_azreen said...

jom p sini..berlambak aircraft...

Mutiara Bernilai said...

naik kapa| terbang hanya seka|i,
ka|u basika| |eh naik hari2 :)

senyumSOYA said...

heheh..kak fida..nanti besar bley naik kapal terbang byak kali lagi..
time bdak2 ja nak main lumba2 basikal ni..heheheh(^^!

Yan said...

yelahh kalau naik kapal terbang, sekali je.kalau dapat basikal leh naik hari2

nahmy said...

di malam gerhana naik beskal....weeee..

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida...

Moga saudari sihat hendaknya..

Takperlah dah dia nak basikal doakan jer..:)

Tirana said...

Fida, naik kapal terbang sekali sahaja, kalau dapat basikal boleh naik berkali-kali..hehehe

fuad ansari said...

alangkah baiknya kalau kak afida kata, "kalau adik dapat no 1, akak akan hadiahkan basikal.."

barulah si adik bersemangat.. naik kapal terbang dapat.. naik basikal pun dapat.. (",)

*kalaulah adik akak tau, mesti dia suka punyalah cadangan ni.. hehe..

DAMAI SURIA said...

Comelnya Huda ni. Rupanya pun agak nakal + malu2. Semoga adik Afida, Huda ni sukses dlm pelajarannya.

nur aisya humaira said...

Assalam kak..:)

haa laa, betul kte fuad tu kak..:)

hehe

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear:):)

SUkalah kat Huda nihh!
Cuteeeee jee..
Moga nanti tercapai dapat basikalnya..:)

Afida Anuar said...

Aliff-->oooo eh, tatau pun. Kalau girl pulak... a car is a girl first love.. he he

Shah-->haha shah..munasabah..kalau dia duk sarawak sampai je kan nak pi sabah?kekekeke

Aku_Azreen-->ooo eh..ok tunggu di sanaaa..sanaaaa..he he

Mutiara-->a'aa la Mutiara..patut la Huda nak basikal. Cerdik jugak Huda ni. he he

Senyum Soya-->he he...betul gak kan? akak dulu masa darjah 2 ayah belikan basikal...

Kak Yan-->hehe...betul gak kan kak yan..patut la huda beria nak basikal..heh!

Nahmy-->wowww...semalam kan? ohh tak nampak bulan..err

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak...Alhamdulillah, saya di sini sihat2. MOga saudara di sana pun begitu juga...

he he..memang saya doakan pun utk dia...saja menyakat..dia nakal..hehe. InsyaAllah walau tak dapat nombor 2/3 pun..dia akan dapat basikal jugak nanti saudara..

Kak Tirana-->a'aa kan kak tirana.. patut la Huda beria nak basikal..nakal huda ni...

Fuad-->he he..Fuad, mak akak kata dia memang nak belikan jugak Huda tu basikal... naik kapal terbang pun yer jugak. Cuma ni sebagai pemangkin semangat tuk belajar la kononnya..so saya tak payah la nak beli apa2..hikhikhik.. eh eh, jangan bagitau Huda..heee

Damaisuria-->haaa, dia memang nakal pun. Suka menyakat..comel tu memang comel.. ah rindu la dia. InsyaAllah..moga2..

Aisya-->he he..aisya, mak akak kata nak kasi dua2...walaupun syarat dia macam tu, tp mak mak ni, mana la nak berkira dengan anak2 kan?

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie... he he..anak bongsu kak. Tapi tak manja. COmel2 lagu tu la.. he he..insyaAllah moga2 dua2 tu tercapailah;)

nurkass said...

kass setuju ngan kak yan..
bergeliga sebenarnye si huda nih..

shameel Iskandar said...

Cerita Huda ni mengingatkan kisah saya zaman kanak2. bila cikgu tanya, apa cita-cita saya. saya jawab nak jadi ultraman.

wa khairul onggon said...

Teringat zmaan saya nak naik basikal dulu.. siap hentak2 kaki mintak kat abah hehe..

Kakzakie said...

Emak dah silap susun bagi hadiah keutamaan yg Huda suka. Anak punya impian berbeza....

sahromnasrudin said...

kapal terbang naik sekali je tapi basikal dapat naik beratus kali heheheheheee

luahfikiran said...

SALAM,
BETUL JUGAK ! ANAK2 SEKARANG NI BIJAK ! NAK SURUH KITA BELI KAPAL TERBANG, KITA TAK MAMPU ! JADI MEREKA PILIH BASIKAL! HARI2 BOLEH NAIK !

nyanyisunyi said...

Sebab kapal terbang dpt naik sekali je..tapi basikal hari2 boleh naik..pandai Huda tu.

Afida Anuar said...

Kass-->dia memang nampak nakal kass, tapi cerdik.. dan rajin. Alhamdulillah setiap kali exam, kalau tak nombor 1..dia dapat nombor 2..mcm tu la..;)

Shameel-->he he..lawaknye shameel, nak jadi ultraman. ni mesti tak pernah miss tengok ultraman ni;)

Wa Khairul-->ohh... siap hentak2 kaki tu..tak tahannn.. heh!

Kak Zakie-->he he.. mak saya saje je tu kak zakie, dia dapat nombor berapa pun, insyaAllah nanti akan dibelikan basikal..kapal terbang tu pun dapat naik..cuma saje je nak kasi semangat kat Huda tuk belajar;)

Sahrom-->hehe..betul tu sahrom. terrer huda ni;)

LuahFikiran-->Salam LF... dia nk suruh beli basikal. tapi bawak basikal tu tak pandai lagi LF..he he

NyanyiSunyi-->hehe.sebab tu agaknya kak;)

Norsha said...

Salam Fida,
tulah namanya,...budak kecik yg berpandangan jauh...

Wida said...

Hehe.. seronoknya kan ada adik kecik Fida.. adik Wida dah besar2 belaka.. alhamdulillah, kakak dah anak. terhibur la tengok dak2 kecik di rumah.

Afida Anuar said...

Kak Norsha-->salam kak....he he... itulah Huda..excited dia tu kak..

Wida-->hmm..takde la kecik sangat dia wida..dah darjah 3 pun. Anak sedara aku sorang baru 6 bulan..haaa, yg tu kami duk tunggu2 nak jumpa..sekali jumpa..siap dia kitaorang duk buli..ekkekeke..

syahnabil said...

biasalah tuu...sebenarnya kalau tukar hadiah no 1 tu jadi basikal,huda tu akan pilih nak no 1...Basikal tu hadiah fizikal yang kekal dan budak boleh nampak dan suka buat main berkali-kali...naik kapal terbang tu just sekali je..nilainye pun kanak-kanak tak ambik pot sangat....kalau anak saya pun tentulah pilih basikal...

Anak Pendang Sekeluarga said...

Salam,mashaAllah,coretan yang menarik,
Tuan blog,saya menjemput saudara untuk memberikan pandangan terhadap artikel yang di tulis oleh saya.Semoga Allah swt memberikan kebaikan kepada saudara/saudari.

Afida Anuar said...

Syahnabil-->syahnabil, mungkin mak saya silap buat percaturan hadiah.. he he..nak tukar balik, macam dah tak tertukar dah...a'aa,tu la..kalau saya pun;)

Anak Pendang-->salam..thanks anak pendang..insyaAllah will do..;)

 

Browse