Hati Incik Hitam...

Sunday, June 19, 2011
Untuk kesekian kalinya saya berserah. Berserah kepada Dia untuk menentukan yang terbaik buat saya, terbaik di dunia dan akhirat insyaAllah.

Bila kata terbaik, bukanlah bermakna saya mengharapkan segalanya serba serbi sempurna. Kerana kita yang bernama manusia manakan pernah sempurna, kan? Cukup lah terbaik dalam erti kata..'terbaik'.....macam mana nak explain eh? hmm, macam tu la.

3 tahun beberapa bulan yang lalu, sewaktu pertama kali Incik Hitam menjejakkan kaki ke kampung halaman saya, Tok saudara saya adalah orang yang paling terkejut dengan kehadiran Incik Hitam dalam hidup saya.

"Allah...Kak Nor! besaqnya kereta. Nanti orang laki takut nak dekat ni!", Tok.
(Sebenaqnya kereta tu takde la besaq sangat pun. Besaq sikit dari kancil jah. Sungguh! Tapi pandangan orang tua kan, kereta seumpama Incik Hitam macam tu pun dah rasa besaq, adeehhh).

"Tok, jodoh semua ni Allah yang kasi, bukan sebab kereta," beria explain dekat tok ni.

Dan semalam, bila ada yang bertanyakan perihal kereta..kan dah tak menjawab dengan sempurna tu. Malu nak bagitau pun ada, teringat kata-kata tok pun ada,errr. "Kereta biasa-biasa je", eh memang Incik Hitam biasa je pun.


PS: Saya harap, walau siapa pun dia, dia tak tengok dekat hati Incik Hitam, tapi tengok dekat hati tuan Incik Hitam, cheewah:D errr...




Apa la sangat dengan harta dunia...
kalau kita tak gunakan ia tuk kejar harta akhirat...
kan?

24 comments:

Pn Kartini said...

assalamualaikum my dear..:)
.......keikhlasan di hati itu lebih berharga dari segalanya...kan?...:):)

Take care ya!!!:)

IMANSHAH said...

saya kulit hitam, hati baik woo

shameel Iskandar said...

Bertuah incik hitam ada sbb pemiliknya sgt baik.

Memiliki dan Dimiliki
Kita hanya merencana
Kerna Allah Yang Maha Memiliki.

ummu said...

assalamualaikum dik
"Tok, jodoh semua ni Allah yang kasi, bukan sebab kereta,"

benar tu dik
akak dulu pun masa nak beli kereta
proton saga masa belum kahwin
ada hambaAllah cakap kalau beli kereta besar takut lelaki nak minang

tapi percayalah.

cinta yang ikhlas itu
cuma lambat atau cepat je

semoga ALLAH memeprkenankan hajatmu

p/s; akak juga x IIUM,;)

nyanyisunyi said...

biar hitam asalkan hatinya putih kan..

Titisan Hujan said...

harta dunia ni yg sering bt manusia lalai...

NaeBlog said...

Afida, Saya pun ada Incik Itam itu... dan ayat yang Tok Saudara suarakan itu juga pernah bergema di telinga saya... Sesungguhnya Allah mengetahui segalanya...

syahnabil said...

Jodoh memang daripada Allah...tapi kita kena usaha jugak serta buat pilihan terbaik berdasarkan kehendak Al-Quran dan Hadis...kalau duduk saja tak wat ape-ape lambat la sikit jodohnya,melainkan dengan izin Allah esok ade orang minang adik ni..hehe..

Tirana said...

Kenapa pulak takut nak meminang? Best la kalau kawin dengan p'an yang dah ada kereta sendiri..tak payah susah2 nak beli kereta baru..Silap2 lelaki tu boleh tumpang sekaki..hehehe

Norsha said...

Fida,
serba tak kena kita ni, ada kereta besar org takut, kalau kecik pulak org kutuk, dunia, dunia.....tapi kan fida, kereta la ni dah jadi keperluan...jgn susah hati, bawak jelah Incik Hitam tu...

fuad ansari said...

masih tertanya2,apakah nama sebenar en. hitam? hehehe....

kat cermin belakang en hitam, sila letak signage, "hati-hati memandu.. tuan kereta taknak mati bujang..".. hehehe.. gurau2 je.. jgn marah.. (",)

Afida Anuar said...

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie.. betul tu kak..moga2 semuanya dinaungi keikhlasan yang sebenar....insyaAllah..u too kak.. take care juga!

Shah-->puji diri sendiri nampak..heh!

Shameel->oh..dah kembang dah tuan Incik hitam ni kena puji shameel.. hehe

Kak Ummu-->Waalaikumusalam kak ummu..InsyaAllah kak..fida percaya tu. Percaya sungguh2.. apa pun thanks kak..kata2 akak, bagi fida semangat;)..Amin..insyaAllah..

ohh...tak sangka..kita sama U!..subhanaAllah...

Nyanyi Sunyi-->oh,kak..tak tau pulak hati dia kaler apa kak.. tak tengok lagi..he he

Titisan Hujan-->lalai..leka.. mcm nak hidup kat dunia selamanya kan?

Cikgu Nae-->Oh..oh..ada Incik Hitam jugak? dan adakah tok kita mempunyai pemikiran yang serupa? he he...

Syah Nabil-->InsyaAllah Incik Syah Nabil, tengah berusaha jugak ni, moga2 dikurniakan yang terbaik... aaaa, sapa la yang nak meminang 'adik ni' besok tu yer? he he

Kak Tirana-->A'aa kan kak tirana? tp mungkin jugak ada yang takut, rendah diri...fida pernah ada pengalaman ni.. hu hu

kak Norsha-->InsyaAllah kak..Fida cuma segan je...Tapi itu lah,serba serbi tak kena kan? bawak yg kecik kena kutuk,bawak yang besar depa bilang lagu tu pulak..sabor je la...he he

Fuad-->Incik Hitam tiada nama sebenar,selain panggilan popular Incik Hitam, dia juga terkenal dengan panggilan Bon JoVi...pasal plat dia BJV..he he..

oh,eh tak marah..tak marah pn..senyum ni..hehe...idea menarik tu fuad,ok ok lepas ni akak letak signage tu:P

~PENCHENTA~ said...

Woha! Nak jugak sign tuh Kak Afida. Sila buat 2 ya. Satu untuk saya. Haha.

Saya semakin sedar yang manusia hari ini terlalu materialistik. Sangat kebendaan. Mudah menilai insan. :|


Macam mana nak kahwin nii? :( Hehe.

nur aisya humaira said...

Assalam kak..:)

akak yang da keje, org takut tgk kete..sya yang belum keje, org tkt nak tanye sbb belajar..

org tua2 ckp, ble da belajar tggi, makcik2 pn tkt nk mai mintak...haha

redha je laa, jodoh ajal maut sume kat tangan ALLAH kan...Yakin, insyaALLAH ada untuk kite..:)

cewahhh, aisya ni...:)

nurkass said...

emmm..
mesti incik hitam tu bangga dgn tuannya..

insyaallah..dia lebih mengetahui..kass pun dah malas nak fikir..letihlah..segalanya diserahkan pada dia..of kos fida fahamkan..

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari dikurniakan Allah kesihatan yang berpanjangan..amin

Selagi masih ada harta tersisa dalam simpanan yang semestinya disedekahkan, tak akan datang kemuliaan sedikit pun.

menusuk hati said...

incik itam apa kabar?bujang lagi ka?hihik!

sahromnasrudin said...

assalamualaikum sahabat...

kenderaan adalah keeprluan yang memudahkan perjalanan kita ke suatu tempat...ia seperti juga keranda yang akan membawa kita ke liang lahad...

Afida Anuar said...

Penchenta-->Nak jugak yer dik? ok ok,nnti akak buat:P..

mcm mana nak kawin? insyaAllah sampai masa nanti kawin la kita;)

aisya-->ha ha..akak pernah jugak alami mcm tu, ni mak dia sendiri mai..anak makcik diploma je..err..adehh tak semestinya diploma tu orang ijazah dah rejek kan?errr;)

Kass-->sangat bangga kass..cheewah puji diri sndiri pulak...yeap, faham..tp kass, kita perlu berusaha..insyaAllah, moga2 Allah memakbulkan usaha kita..jom..err;)

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak.. Alhamdulillah, saya di sini sihat2. Moga saudara di sana pun begitu jua... Thanks saudara ats peringatan. InsyaAllah, saya ada terdengar perkongsian...didiklah diri untuk bersedekahlah tika susah atau senang... Allahualam..

Menusuk Hati-->uiks...ada yang nak masuk meminang Incik Hitam ke? kekekeke

Sahrom-->Waalaikumusalam sahabat..iyer,betul tu sahabat... keperluan, dan ada kalanya keranda... Allahualam..

Kakzakie said...

Biasalah Fida.... kakak dah rasa dulu tu. Sampai masa akan ada juga yg nampak sekeping hati yg mempunyai Incik Hitam itu. Yg penting hati itu dibaja jangan biarkan ia terkulai....

aliff muhammad said...

Harta, pangkat dan kemewahan hanyalah kesenangan yang memperdaya.

Mutiara Bernilai said...

kulit mutiara pun xcerah.,.

sob2,,

Afida Anuar said...

Kak Zakie-->Allahuakbar, insyaAllah kak... yakin satu hari nanti dia pasti nampak, hati yang sentiasa di baja..tak pernah terkulai layu..err..lebih2 pulak fida ni.. he he

Aliff-->hmm..kan? Allah... jangan lah termasuk dalam golongan orang2 yang terpedaya

Mutiara-->jangan sedih mutiara.. Allah tak pandang pada kulit, tp pandang pada hati;)... kulit fida pun tak cerah..err

niena shopping2u said...

erm.. berserah pda Allah itu lebih terbaik :) .Dia tahu segala2 nya ,sudah ada aturan buat kita :)

 

Browse