Kerja...

Wednesday, June 29, 2011
Saya jarang keluar makan tengah hari. Malas, panas, parking...semua bercampur baur menjadikan hasilnya tak payah keluar lunch. Kadang-kadang selalu jugak saya bawa bekal. Tapi tengah hari tadi, saya tak bawa sebarang bekal, perut pulak terasa lapar yang amat. Maka, saya ajak Intan lunch kat luar, kat 'Dapur Kami', tempat biasa yang paling hampir dengan opis.

Alhamdulillah, usai makan, perut pun dah sedikit gembira, saya ke sinki untuk membasuh tangan. Entah macam mana, pelayan kedai yang duk sibuk tanya saya kenapa tak order air tadi tiba-tiba ada di sinki sebelah. Dengan ramahnya dia..

"Belajar lagi ke?", (Nampak sangat awet muda kan?Ada ke dia ingat saya masih belajar.. he he)

"Eh tak.. tak, dah kerja dah"

"Kerja kat mana?", (aaa sudahh, nak beramah mesra pulak dia ni)

"Errr..kat depan tu je, sebelah balai bomba"

"Ooo kerja kilang eh"... (Kerja kilang pulak dah)

"A'aa, kerja kilang", selamba je saya jawab.



Kerja kilang pun, kerja kilang la... tapi kat Cyberjaya ni, ada kilang ke?...heh!



Kat kampung, waktu dulu-dulu....

"Kerja apa kat KL tu Nor?", Tok Cik Nah, salah seorang kenalan rapat tok saya.

Susah jugak kalau orang tua-tua tanya bab kerja ni. Kalau jadi cikgu ke, doktor ke, senang sikit saya nak cakap. Bagitau je kerja cikgu, kerja doktor, insyaAllah depa faham. Tapi kalau saya cakap kerja software tester, kang Tok Cik Nah tak faham pulak. Tanya lagi software tester tu apa? Last-last saya bagitau...

"Kerja duk depan komputer je Tok Cik Nah, taip-taip", ujar saya.

"Ooo kerani", Tok Cik Nah..

"Errr", terkedu...tapi angguk je la.

he he..



Kerja la apa-apa pun... yang penting halal, ikhlas, amanah...dan niat kerja kerana Allah, InsyaAllah...

Memetik tajuk entry terbaru Kay, "Tanda amanah tidak malas", jadi...jangan malas-malas ya waktu kerja...errr..



Daaa.

23 comments:

cikguNae said...

Afida; Betul... kerja, niat ikhlas kerana Allah.
p/s: Ayat 'nampak sangat awet muda' juga isi penting yg menarik di sini... hehe

IMANSHAH said...

i kan senang je..kerja cikgu ya..baguslah..bertuah bakal isteri

Pn Kartini said...

aSSAlamualaikum dear..:):)

memang terkedu juga yaa..
Tapi kan...yg utama..kita tahu apa yang kita buat..apa yang diamanahkan pada kita...
Laksanakannya dengan seikhlas2nya....InsyaAllah dear!

:):)

fuad ansari said...
This comment has been removed by the author.
fuad ansari said...

soalan basic org malaysia..
1)dok mana? asal mana?
2)kerja apa? keje kat mana?
3)dah kawin belum? anak berapa?

jawatan yg paling hampir utk akak fahamkan orang kampung adalah engineer/jurutera komputer.. hehe..

Afida Anuar said...

Nae-->he he...a'aa, tu isi paling penting dalam entry ni ya...bukan kerja...he he..gurau je nae. Umur dah nak dekat 29 dah muda apa nyer nae...

Shah-->ohh..bertuah betul bakal isteri u ya? mcm tak lama dah ni shah..jeng jeng jeng;)

Kak Tinie-->WAalaikumusalam my dear kak tinie...InsyaAllah kak..thanks for the words ya;)

Fuad-->eh tak tak fuad..jawatan adalah kerani.. he he;)

Abd Razak said...
This comment has been removed by the author.
Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida...

Moga saudari sihat hendaknya dan sentiasa dalam perlindungan Allah Taala..amin

Agak susah juga ya nak terangkan pekerjaan yang tidak orang ketahui, nak ceritakan pulak jadi panjang berjela-jela. Takperlah tu asalkan pekerjaan kita itu dalam rangka ibadah kepada~Nya..

kak Jah said...

skrg musim tak amanah ke ek.. asik malas je... huhuh...

nurkass said...

soalan yg sering ditanya dan kdg2 sukar utk dijawab..lepastu disalah tafsir pulak..hehe

takpelah..yg penting kita tahu apa yg kita buat, halal dan ikhlas dlm pekerjaan kita..kan fida..

Kakzakie Purvit said...

Yang penting gaji yg diterima hasil titik peluh kita (sesekali berpeluh juga kan walau dlm aircond:)

Nazrah Abdul Aziz said...

Haha..kerani pula jadinya..huhu..

Kalau orang tua-tua tanya pasal kerja saya & husband, saya jawab kerja bahagian komputer2..hehe..

Pastu diorang jawab..."ohh.." entahkan faham entahkan tidak..huhu..

Nazrah Abdul Aziz said...

Haha..kerani pula jadinya..huhu..

Kalau orang tua-tua tanya pasal kerja saya & husband, saya jawab kerja bahagian komputer2..hehe..

Pastu diorang jawab..."ohh.." entahkan faham entahkan tidak..huhu..

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..

tak kesahla kerja ape kan..yg penting BERSIH dan halal.......

Tirana said...

hehehe..kak tirana kalau orang tanya kerja apa..

selamba aje jawab "home manager" hehehe

Afida Anuar said...

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak..alhamdulillah, saya di sini sihat2. Moga saudara di sana pun begitu juga..

InsyaAllah..moga2 begitu lah. Itu la, tak kisah la orang nak fikir kerja apa sekalipun, asalkan halal dan diredhaiNya..insyaAllah..

Tropical Jingga-->mungkin jugak kot...musim tak amanah... tak cekap..dan kotor...errr.. dah depa takut sangat kat bersih.. opsss, tertukar topik pulak saya ni..haihh..

Kass-->itu la kass, sebab tu tak kisah je, nak jadi pekerja kilang ke..kerani ke..terima semuanya.. he he

Kak Zakie-->ada..ada time dia jugak, kalau air cond buat hal, mau berpeluh jugak kat dalam tu kak zakie.. he he

Nazrah-->harap2 la diaorang faham..kalau tak faham pun, buat2 faham je la.. he he

Sahrom-->alhamdulillah...insyaAllah bersih,..tapi kan sahrom, depa tak suka bersih... kena tukar moto rasanya kalau gitu....

KOTOR..CEKAP...AMANAH...heh!

Kak Tirana-->woww kak tirana, jadi manager tu... cita2 fida gak tu satu hari nanti..doakan fida eh kak;)

shameel Iskandar said...

hahaha, yg ptg keja kena ikhlas. dulu ada seorg pakcik suruh saya tolong isi borang pengeluaran ASB kt pjbt pos.Lepas sorg, dtg 2 org lagi pak cik suruh isi borang tu dan borang ni. last sekali, ada seorg pakcik panggil, adik kerani baru kerja cni ke. Terkejut saya bila digelar adik kerani.

nahmy said...

kekadang tu byk sgt 'takde kerja' yg saya kena buat....tp dah kerja ttp kerja

Afida Anuar said...

Shameel-->adik kerani, selamat hari jumaat.. he he... selalu jugak terjadi mcm tu kat saya shameel, senyum je la... cakap elok2..eh saya bukan kerani, saya tolong pakcik ni je ni...he he..

Nahmy-->he he..mcm sama je situasi kita skrg nahmy, saya faham..saya faham..kekekek

senyumSOYA said...

kak fida.. gamer2!!~ heheh..

semua org muda kn kak fida...(^^!
selamat bekerja~ ikhlas amanah..insyaALLAH halal~

Afida Anuar said...

senyumsoya..gamer2 tu apa? hikhik...

insyaAllah, angka je yang tua, jiwa dan kudrat, masih muda.. hehe...

insyaAllah,..moga2 ya dik..

ummu said...

salam Fida,
susah juga nak terangkan kat orang2 tua ya.
orang2 tua ni bukan apa,diorang risau kat keselamatan kita tu

Afida Anuar said...

Salam kak ummu... tau kak, mereka nak ambil tahu tu, pasal mereka risaukan kita..insyaAllah, Allah jaga kita kan kak, walau di bumi mana pun kita berada..cuma kita la, jangan lupa jaga hak2 Allah..jadi Allah takkan tinggalkan kita..Allahulam..

 

Browse