Memberi Untuk Menerima...

Monday, May 30, 2011
Nampak je saya ni macam kecil, manis dan kurus, errr... tapi dalam kecil, manis dan kurus saya, (nak jugak tulis manis tu, hik..) alhamdulillah...dah 6 kali saya menderma darah. Oh, astarfirullahalazimm... bukan..bukan niat saya nak berlagak ke apa, cuma nak bagitau...derma darah ni tak sakit. Yer la, kalau sakit takkan sanggup nak derma berkali-kali kan? Ramai kawan saya yang takut nak derma darah sebab takut sakit, sebab jarum besar sangat eh? Jarum je besar, tapi tak sakit pun. Sungguh!

Malah, lepas pengalaman pertama menderma darah pada tahun 2000, saya rasa nak derma lagi dan lagi. Ada orang kata derma darah ni macam ketagih, entah la, saya pun rasa macam tu. Kalau tak ketagih, takkan la setiap kali nampak ada program derma darah je, tanpa fikir panjang terus pergi..kan?

Ada juga saya dengar cakap-cakap orang, derma darah ni boleh buat kita jadi gemuk...isk..takkan ler sampai boleh boleh jadi gemuk sebab derma darah. Saya ni maintain je kurus, err.. walhal dah 6 kali derma. Jadi jangan duk fikir mitos-mitos yang tak betul tu semua dan menghalang kita dari menderma darah. Mana la tau darah yang kita dermakan tu boleh menyelamatkan satu nyawa. Iyer dak?

Buat sahabat-sahabat dan teman-teman yang berdekatan atau berkebetulan datang atau lalu di Cyberjaya ni, jika kalian ingin menderma darah, boleh la kiranya datang ke sini untuk berbuat demikian.

Date: June 2, 2011 (Khamis)
Location: Auditorium Dining Hall, Mahindra Satyam Cyberjaya.
Time: 9.30am- 4.30pm

Kasi promote sikit..boleh kan?


PS: Josh tak percaya saya dah 6 kali derma darah. Bila saya tunjuk buku rekod derma darah saya, barulah beliau percaya. Amacam Josh? Khamis ni jom, cipta rekod derma darah yang pertama untuk kamu dan yang ke-7 untuk saya.....hik!

Istikharah Cinta...

Sunday, May 29, 2011
Taman Saujana Hijau, 28 Mei 2011. 6:05pm.


Hibernate seketika, mencari rasa.
Rasa ada...

Mengintai Aurora...

Tuesday, May 24, 2011
Rasa seronok dan puas tengok buku-buku saya melimpah keluar dari rak buku ni. Melimpah keluar pasal tak muat dah . Rak buku bilik saya ni kecil je. Jadi bila tak muat, saya susun jadi dua lapis. Ada beberapa buah buku yang tak muat lagi terpaksa saya susun atas kotak di tepinya. Dah jadi macam mini library dah saya tengok di penjuru bilik saya ni. Cuma, saya rasa, saya kena beli rak baru la. Kalau tak kesian kat buku-buku kesayangan saya ni kan? Pasai ada yang terpaksa 'tidur' luar.. he he

Sejak saya kena release dengan projek Singapore yang dulu, alhamdulillah saya dah boleh bernafas lega. Cuma sayang, ingatkan dapat la saya masuk projek US yang saya war-warkan tu, tapi team depa lambat bertindak, maka saya telah 'dipinang' oleh projek yang lain. Projek Singapore jugak. Adehhh...Singapore lagi. Nampaknya jadi orang Singapore la saya lepas ni. heh!.

Eh tak...tak..saya tak ke Singapore pun. Saya...eh kami buat projek dari sini je, dari Cyberjaya ni. Meskipun ada team dari Singapore, tapi depa dah bagitau awal-awal yang kami tak payah travel ke sana (Alhamdulillah). Seperti projek lepas, depa onsite, kami offshore. Fine!.

System baru, teknologi baru, rasa thrill juga tuk mulakan. Dan oh untuk projek ni, kami terpaksa buat 'white box' testing, bukannya 'black box' testing yang biasa kami buat tu. Cabaran jugaklah buat kami...well, kinda. But it's okay. Bila lagi nak belajar benda baru iyer dak? Selama ni cuma tahu definisi 'white box testing' tu apa je. Nah sekarang, rasa dan tengok sendiri depan mata. Eh projek tak start pun lagi, baru je kick off meeting semalam. Jadi tak merasa dan tengok lagi sebenarnya...errr..

PS: Takdak dah la peluang nak pi Alaska. Intai aurora. Macam orang tu....huhu


I have met it once,twice and thrice.
And I am gonna meet it again...and again.
Hakikat hidup sebagai kuli...
Alhamdulillah ala kullihal..

^_^

Terlupa...

Sunday, May 22, 2011
Dengar je perkataan anak yatim, sudah boleh meruntun pilu di hati. Apatah lagi jika terdengar anak-anak yatim yang ditimpa musibah sebegini. Allahuakbar, hanya Allah yang mengetahui rahsia di sebalik rahsia musibah yang ditimpa buat adik-adik di sana. Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita pergi. InsyaAllah, syurga menanti mereka di sana... kita?

Semalam saya berjalan-jalan cuma di atas bukit atau lebih tepat lagi Taman Saujana Hijau, dengan seorang teman perempuan, anggaplah nama dia Seri Hanum.. he he. Cuma berjalan-jalan.. sambil melepas pandang, sambil meluah perasaan. Dah jadi macam rutin kut, kalau ke bukit ni, tak sah kalau tak luah rasa. Rasa yang lama mendiam kat dalam sana. Rasa yang mungkin biasa-biasa, mungkin juga luar biasa.

Kadang-kadang ada juga sepi menemani langkah kami. Mungkin nak kasi peluang untuk hati pula yang berkata-kata. Ye la, asyik mulut aje yang berbunyi, hati pun nak berbunyi jugak.. Iyer dak? he he

Tiba-tiba muncul kata dari mulut Seri Hanumm yang buat saya kedu sekejap.

"Macam mana la kita tahun hadapan yer Fida, masih di sinikah kita? Masih seorang dirikah?"

"Hmmmm.... Allahualam Hanum. Seminit lagi pun saya tak tahu, apatah lagi nak bagitau hal tahun hadapan, . Entah-entah kita mati dulu dak?"

Seri Hanum diam. Lama.

"Cuma yang saya tahu, dalam hidup ini... kita tidak keseorangan Hanum. Takkan pernah...."


Comel...

Saturday, May 21, 2011
Adam: Nur, I think you're the most wonderful human being on the planet.

Nur: That's just silly. Have you met everyone on the planet?




He he..comel...


Pencinta Yang Sakit...

Wednesday, May 18, 2011
Mencari mimpi semalam
Bagaikan mencari mutiara di dasar yang teramat dalam



Petang tu hujan, kalau tak silap saya. Malamnya pula dingin yang amat, sampaikan mencengkam ke tulang. Sambil berbaring, saya bungkus badan saya dengan comforter coklat cerah, kasi sedikit hangat di tengah malam yang dingin. Tangan pantas menyambar Tunjuk Langit Cinta yang saya letak di birai katil. Ada suku tebal lagi tuk dihabiskan.

Saya belek balik ke helaian yang saya sudah tanda pada akhir pembacaan petangnya. Sambungan kisah Fahrin dengan kerja gilanya. Memang gila. Sampaikan terasa saya berada di tempat kejadian; di halaman rumah Mak Norma.

Pujuk hatimu...usahlah merajuk
Sujudlah kamu, biar DIA yang memujuk.

Tiba-tiba entah macam mana... Hanum watak dalam Tunjuk Langit Cinta tu berjalan di hadapan saya. Mengajak saya ke satu tempat. Rosdi di belakang mengiringi kami. Menjaga Hanum barangkali. Maklumlah adik kesayangannya kan.

"Kita nak ke mana ni Seri Hanum?"

"Ikut je la"

"Tapi saya nak balik, mak saya pesan jangan pergi jauh-jauh"

"Tak jauh pun, depan tu je. Ikut eh"

Saya pandang Rosdi. Rosdi senyum. Tiba-tiba.... mata terbuka...

Allah.... saya bermimpi rupanya. Tengok jam handphone 2.30 pagi. Larr, tak habis lagi kisah Seri Hanum ni, padan la dia mai dalam mimpi.

Dengan mata mamai-mamai, saya sambung balik baca kisah Seri Hanum..hingga ke titik akhir. Berbekas di hati juga kisah Seri Hanum ni ye. Nasib tak mengalir ayaq mata je..err....

hhhhmmmmmmmmmmm..... hhhmmmmmmmmmm.....

PS: Apa kata bangun bertahajud jika terbangun pada sepertiga malam. Jangan tiru macam saya. Boleh pula saya pi sambung baca Tunjuk Langit Cinta sebaik sahaja terjaga pada malam tu. Allah...hari tu sekali dah, terbangun tapi pi update blog.. Astarghfirullohhhallazim. Segala yang tak elok tu memang milik saya..pencinta yang sakit...errr



Tapi buat apa nak cari mimpi semalam?
Mimpi je pun, Fida..

Kempunan

Sunday, May 15, 2011
"Kempunan tu apa?"

"Kempunan tukan macam ni Num... hasrat hati hendak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai"

Tunjuk Langit Cinta, Shahrizad Shafian...


Dan kami telah jadikan sebahagian kamu cubaan terhadap yang lainnya. Mahukah kamu bersabar? (Al-Furqan:20)



Nenek saudara saya, yang saya panggil tok, yang saya anggap macam nenek sendiri... berbisik perlahan kat saya masa saya balik kampung baru-baru ni,

"Kalau boleh, tok nak tengok Kak Nor menikah sebelum tok mati. Kalau dak, kempunan la tok ni, tak dapat tengok Kak Nor menikah"...

Gulpp... nafas terhenti seketika. Err...kempunan?

"Oh tok, please don't say like that, insyaAllah you will...insyaAllah. Pray for me tok, pray for me ok?!", speaking dalam hati.. kekekeke..


PS: Senang melihatmu, senyum padaku. Tenang di jiwamu, tersenyum selalu (",)

Hidup Mati...

Friday, May 13, 2011
Hujan...
Bicaramu ini...
Mengelirukan hati...


Selepas berhari-hari bumi Putrajaya dambakan air dari langit, akhirnya petang tadi dia turun. Alhamdulillah...syukur ya Allah...syukur...

Walaupun tak lebat dan hebat, tapi hujan petang tadi sudah cukup untuk menyejukkan isi alam, mendinginkan jiwa-jiwa yang kepanasan dan membasahkan hati-hati yang kekeringan, juga memberi kelegaan kepada saya yang baru nak mengumpulkan sample air hujan untuk projek Dr Sam. Doakan projek Dr Sam ni berjaya..ya! ;-)

Ni la akibat kalau saya tidur awal dari waktu biasa. Dan bila terjaga waktu pagi-pagi buta macam ni, dah tak boleh nak tidur balik. Dingin di luar pun tak mampu nak kasi mata ni lelap buat kali kedua. aa sudah...

Lama saya termenung sambil belek-belek nota kehidupan. Akhirnya, saya buka folder Saad Al-Ghamidi. Saya alunkan surah Al-Baqarah thru Mr Lappy ni....buat peneman tidur kononnya....alhamdulillah..



"Dengan nama Allah...aku hidup dan aku mati"...Zzzzzz

Secalit...

Wednesday, May 11, 2011
Bulan itu... bukan sekadar bulan..
Bulan itu penghilang rawan.
Bintang itu... bukan sekadar bintang..
Bintang itu teman di kala seorang.


eceh..

Untuk Mak...

Sunday, May 08, 2011
Dulu-dulu... mak pernah cerita, dalam ramai-ramai anak-anak mak, puteri sulung mak la yang paling degil, paling payah nak keluar. Sampai masa kena keluar, puteri sulung mak tetap tak nak keluar; keluar tengok dunia. Nak duduk je dalam perut mak. Hinggakan mak menderita sakit yang amat, antara hidup dan mati sewaktu nak melahirkan puteri sulung mak. Cerita mak, yang puteri sulung mak simpan kemas dalam diri.

Kalau puteri sulung mak balik kampung, biasanya malam-malam mak akan suruh puteri sulung mak picit betis mak, kata mak lenguh yang amat. Puteri sulung mak akur, puteri sulung mak ambil minyak afiat yang panas tu, puteri sulung sapu kat betis tua mak sambil picit-picit, kadang-kadang sampai mak tertidur... masa ni la puteri sulung mak ambil peluang nak tatap wajah kudus dan kedut mak, nak lepas rindu yang dalam. Allahuakbar... tak semena-mena ayaq mata puteri sulung mak mengalir.

Tengok... tengah taip karangan ni pun, ayaq mata puteri sulung mak mengalir juga. Rindu sangat kat mak.

Baru-baru ni, bila puteri sulung mak dilanda sedikit ujian; ujian percaturan jodoh yang tak jadi, err... mak peluk kuat puteri sulung mak. Mak bisik kata yang puteri sulung mak takkan lupa sampai bila-bila. Betul la mak..puteri sulung mak kuat sebab mak. Sebab doa mak..sebab yakin mak...sebab sayang dan kasih mak pada seorang anak.

Terima kasih mak....sampai bila-bila pun, jasa dan pengorbanan mak, takkan mampu puteri sulung mak balas.



Sayang mak. Selamat hari mak...mak... setiap hari adalah hari mak....

Antara Kita Ini...Apa Yang Mengikat?...

Saturday, May 07, 2011
Benih...kalau siram dengan baja, insyaAllah..akan subur jadi pokok jua...
Rasa...kalau siram dengan suka... akan subur jadi cinta kah?

Cinta?

Pangggg!!...

Bayang-bayang menampar kuat...err.... Mimpi rupanya..heh!



Lepas subuh tadi saya dah siap-siap keluar rumah, awal..hari ni pi spend masa dengan Incik Hitam kat pusat servis dia. Sampai masa Incik Hitam nak kena servis. Biasanya macam tu la kalau hari Incik Hitam nak kena servis... lepas selesai aktiviti subuh, saya akan terus ke sana. Pasai untuk hari Sabtu depa buat rule 'First Come First Serve'. Tu pun tadi, saya sampai sana lebih kurang 6.45 pagi dapat nombor 18!! Agak-agak orang yang dapat nombor 1 tu pi pukul berapa la yer...

Alahaii sebab 'kekasih' yang satu ni...apa-apa pun sanggup buat! Tu baru 'kekasih', kalau teman hidup nanti...errr.... dah..dah... dah mula nak fikir nakal dah ni. he he..ampunnn...

Tapi tu la kita ni, manusia.... eh bukan manusia... tapi saya. Sebabkan nak pergi servis, sanggup berpagi-pagi, sanggup berdinahari, bersiap dengan sebaiknya untuk keluar. Tapi kalau nak menghadap Yang Maha Pencipta... nak solat pagi setakat gosok gigi??...errr

Teringat kat twitt Bijen.... kalau kita nak tengok ciri-ciri orang munafiq, kita tengok kat solat subuh dia. Kadang-kadang bersiap untuk solat subuh setakat cincai-cincai je. Pakai pun baju tidur, tak mandi, tak wangi-wangi. Tapi kalau nak jumpa awek/pakwe atau nak jumpa kawan... tudia, wangi semerbak. Baju pun pilih yang cantik-cantik, siap iron lagi!

Beza kan kita? Antara nak jumpa manusia dan nak jumpa Pencipta Yang Maha Cinta? eh bukan kita..tapi saya.. err.


"Masa tetap berjalan... terimalah dan perbaikilah...carilah dirimu itu.."


Contengan Semalam...

Wednesday, May 04, 2011
4 hari menghabiskan cuti di kampung kali ni, akhirnya here i am...again. Kembali ke kota. Kembali menggarap rasa. Kembali disambut kerja...Kembali...ye kembali semuanya...

Semalam flight air asia yang saya naiki sepatutnya tiba di LCCT pada jam 10.10 malam. Tetapi disebabkan kesesakan trafik di udara menurut kata kaptennya.. maka melewati jam 10.40 malam jugak la baru pesawat yang saya naiki benar-benar mendarat. Kebiasaannya penerbangan ke Kuala Terengganu-Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur-Kuala Terengganu cuma memakan masa lebih kurang 50minit saja. Tapi disebabkan hal semalam, masa penerbangan diheret kepada sejam lebih. Untung juga saya bawa 'peneman setia'. Kurang-kurang masa yang berlalu di dalam flight tidak begitu terasa.

Menaiki bas dari LCCT ke Stesen ERL Salak Tinggi, dan dari Salak Tinggi ke Putrajaya Central membawa saya hampir ke jam 12 malam. Bimbang yang saya akan mengganggu waktu tidur Kak Sal (memandangkakn hari ni Kak Sal kerja shift), maka saya batalkan niat untuk menyuruhnya menjemput saya di Putrajaya Central. Lantas, saya ke terminal bas di tingkat bawah, bertanyakan perkhidmatan bas yang ada, dan bas mana yang harus saya naiki untuk ke Precint 11. Maklumlah hal-hal bas saya agak buta pasai tak biasa naik bas..er. Alhamdulillah, perkhidmatan awam ini beroperasi sehingga jam 12.40 malam rupanya. At least saya masih belum terlambat. Nak naik teksi sorang-sorang, tiba-tiba saya dilanda rasa takut lebih-lebih lagi bila mengingatkan cerita The Bone Collector...

Bas yang ditunggu akhirnya muncul. Waktu tu hanya saya seorang perempuan dan 2 lagi lelaki yang menjadi penumpang bas tersebut. Kecut juga perut memikirkan beberapa perkara..tapi saya pujuk diri...insyaAllah tiada apa-apa. Dalam hati tak putus-putus berdoa moga tiada perkara buruk yang berlaku...

"Dengan nama Allah yang tidak dimudharatkan sesuatu apa pun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"

Melalui jalan di Precint 9 yang sedang menjalani pembaikian yang banyak, saya perasan masih ada pekerja-pekerja yang sedang bekerja membaiki jalan. Meriah suasananya seolah bukan malam yang menyapa. Kagum sekejap dengan ketegaran manusia bekerja mencari rezeki di waktu begini. Cuma yang agak sedih, ketegaran tu bukannya datang dari orang-orang kita, tapi orang-orang mereka. Dari bangla dan india sana..saya rasa la berdasarkan hipotesis yang saya buat bila tengok wajah-wajah gelap mereka..er...

Dengan keralikan panorama lewat malam dari dalam bas, dan kerisauan tentang beberapa perkara yang mengisi kotak fikir, akhirnya bas pun sampai betul-betul di hadapan pangsapuri yang saya sewa, alhamdulillah...Pantas pula waktu berjalan, getus hati...

Sewaktu hendak turun...

"Dari mana sorang-sorang? Tengah-tengah malam pulak ni?", pakcik pemandu bas, ingin tahu lagaknya.

"Dari Terengganu, flight delay pakcik. Terima kasih", tak nak panjangkan perbualan sebab saya mahu cepat tiba di rumah.

Pakcik pemandu bas angguk. Pintu bas dikatup. Bas berlalu.

Dengan beg laptop dan handbag di bahu kiri dan tangan kanan mengheret bagasi, langkah perjalanan saya teruskan. Rupanya heretan bagasi beroda di atas jalan menolong memeriahkan suasana sepi lewat malam. Ye la, dah bunyi roda ni je yang kedengaran. Tak dengar bunyi lain. Kalau la ada orang tengok, nampak je saya ni macam berani melangkah sorang-sorang menuju ke blok tengah-tengah malam buta, tapi sebenarnya saya takut. Bukan takutkan hantu... tapi takutkan manusia yang mungkin ada niat jahat..err. Tu pun langkah-langkah yang saya langkah tak tahu la dah masuk speed berapa, ha ha.

Akhirnya, alhamdulillah... saya selamat sampai di depan pintu rumah sewa yang saya diam hampir 4 tahun. Rumah gelap dan sepi tatkala pintu rumah dikuak. Kak Sal dibiliknya, gelap..dah lama lena gamaknya. Perlahan-lahan saya masuk menuju ke bilik saya dengan harapan tidak mengejutkannya. Bilik yang ditinggalkan berhari-hari agak berhabuk. Kerja-kerja pembersihan harus dilakukan. Tengah malam pun, tengah malam la. Bukannya apa, pernah la saya dengar pantang larang orang tua-tua yang kita tak leh sapu rumah malam-malam hari ni kan? Pasai apa entah.

Tapi saya tetap dengan kerja pembersihan saya. Tak hirau dah kata-kata orang tua-tua. Lantai saya sapu, comforter saya ganti lain. Barang yang dibawa dari kampung saya simpan di tempat sepatutnya...kemas.

Akhirnya selesai semua benda yang patut diselesaikan. Jam pun dah hampir menginjak ke pukul 2 pagi. Badan yang tak berapa penat dibaringkan. Mata yang tak berapa nak lena dipejamkan. Fikiran kembali menerawang, menerawang dalam kegelapan... menerawang ke situ... ke 11th hour.....


Hantu...

Sunday, May 01, 2011
Sudah 2 hari berada di kampung. Syukur alhamdulillah, Allah masih lagi beri nikmat menghirup udara di kampung, nikmat kasih sayang dan bermacam-macam nikmat termasuklah nikmat makanan yang dah lama saya tak kecap. Salah satu daripadanya adalah durian..errr.

Kat Putrajaya bukannya tiada durian kat pasar malam dia tu, ada.. cuma saya tak pandai nak beli. Tak pandai nak tengok mana yang elok, mana yang manis, mana yang berlemak (ayah saya pandai). Jadi memang agak lama dah saya tak merasa nikmat makan durian ni. Pernah jugak la hari tu, dah lama dah..tetiba mengidam nak makan durian..saya beli yang 3 ulas RM5, yang dah siap di packed, tapi tak puas makan...kan?

Balik kampung kali ni..tudia.. durian siam, manis dan berlemak.. 2 biji sekali ngadap. Mana tak panas badan... padan muka! Ikut nafsu sangat, macam bertahun tak makan!

Oh ya, saya hantu durian....Ok, bye..err


PS: The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th....

 

Browse