Hidup di dunia ni seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak ke mana... Hlovate
Tapi malam besok saya tau saya nak ke mana. Malam besok saya mahu pulangggg. Pulang ke tanah tempat tumpah titis darah dan air mata yang pertama. Pulang ke tempat asal usul diri mak ayah yang punya. Pulang tuk 'recharge body' yang semakin lelah dan lemah dengan kehidupan kota. Pulang naik kapal terbanggg terbang tinggi di balik awan sana!!!..weeeeeee...
Cuma.... saya kesian kat Incik Hitam la.. kena tinggal sorang diri kat sini. Lamaaaa. 4 hari. Eh 4 hari tu kira lama tu. Dah la kami ni jarang berjauhan yang lama macam tu. Jangan lah kat kampung nanti saya jadi tak keruan dah la. Bak kata orang, mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena . Yer la, asyik duk teringat kat Incik Hitam je...berpanas, berhujan kat sini sorang-sorang... oh!...
Dan...dalam duk berangan-angan bercuti kat kampung, berangan-angan nak buat itu, nak buat ini, yakin ke saya waktu tu nanti saya masih hidup? Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui segala............ halalkan makan minum, ampun salah kata dan bahasa semua. Jumpa lagi di entry versi kampung nanti. InsyaAllah kalau Allah kasi umur saya panjang...
2 bulan lepas...
"Yeayyy dah beli tiket flight balik kampung cuti 1 Mei nanti!! Tak sabarnyer nak balik!!!"
"Tudia....Bulan 5 punya cerita. Entah-entah....",
Terkedu.. terus ingat mati..
Peluang yang dalam hidup ni sama juga macam kereta api, perlu digapai waktu dia sekejap terhenti depan diri. Terlewat sesaat, makan asap- Hlovate lagi..