Sekeras Hati Mek Comel...

Sunday, January 09, 2011
Minggu lepas saya ada buat mek comel. Alaa, kuih mek comel tu. (Ke orang Kelantan dan Terengganu je yang panggil kuih ni mek comel eh? err..apa-apa la) Kebetulan waktu ke pasar di precint 8 tu, saya ada ternampak orang jual ubi keledek. Lama tak makan ubi keledek, jadi saya beli. Asalnya saya beli nak buat makan. Tapi bila tengok ada ubi lebih yang tak habis buat makan.. tepung pun ada.. uli uli uli bla bla bla.. masuk kuali. Goreng. Jadi la mek comel.. Masuk mulut. Eh sedappppp lah!!..hehe

Minggu ni, entah kenapa saya tiba-tiba mengidam nak makan mek comel lagi setelah mengambil kira kesedapan mek comel yang saya buat minggu lepas, err..aaa sudah!..hehe. Pagi semalam, sewaktu ke pasar untuk beli barang-barang basah, saya beli lagi ubi keledek. Kali ni bukan niat nak buat makan, tapi nak buat mek comel!!... Mentang-mentang yang minggu lepas punya sedap. (perasan! heh!)..

Lepas asar tadi, ubi keledek yang saya beli pagi semalam saya rebus. Bla bla bla..siap rebus. Sambil layan celoteh Kak Sal yang sedang pulun buat thesis masternya, saya memulakan step buat mek comel saya dengan penuh keyakinan dalam diri bahawa mek comel saya akan jadi sesedap minggu lepas, Bismillahirahmanirrahim...lenyek-lenyek ubi, masuk tepung..uli-uli.. letak gula..goreng....masuk mulut...errrr....

Gulpp... keras!.... fida terlebih tepung nih!!!.. haa, tu la. Yakin sangat mek comel akan jadi sesedap macam minggu lepas yer. Minggu depan sah tak mengidam dah!

Sekian cerita mek comel yang keras hati. Ok bye.

Moral: Yakin tu perlu, cuma Fida... jangan over dan perasan sangat eh!

21 comments:

Unknown said...

SALAM,
TAK PERNAH MAKAN. MACAM MANA RUPA KUIH NI AGAKNYA? INGIN JUGA NAK MENCUBA !

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

kak fida.. kuih tu yg bentuknya bujur kan.. eh.. rasa cam familiar ja nama tu kat kedah ni hehe

Pn Kartini said...

Salam my dear..:)

Oooooo....ni dah mengalahkan akak nii...!!!
tak pernah buat laa dear..tapi pandai beli jee..then makan...hehe
(ye laa..harap2 bila dah makan mek comel..boleh jadi comel maa..heheh.!!!!er..er..tapi takkk jadi punnnn..huhuuh:p)

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..:)

Moga saudari sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat~Nya..

Memang sukar nak cari kueh tu kat sini. Kalau teringin sangat nak makan kenalah masuk kat kem askar hehe

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Samada kuih mek comel atau mek molek, prinsip adunannya adalah sama spt adunan tepung (doh) yg lain. Biasanya yg menyebabkan keras, adalah tidak cukup lama uliannya dan kebiasaanya kemudian dibiarkan sekejap supaya ada berlaku tindakbalas sebatian tsbt. Kalau nak sedap lagi, cook with love!

Afida Anuar said...

@LF-->salam LF.... sedap kuih ni, bagi fida la. Tambah2 nak buatnya senang. hurmmmm.....apa kata LF buat sendiri, bahan2 pun senang.

Tepung gandum, ubi keledek, gula..

ubi keledek dilenyek2. Kemudian campurkan tepung gandum...bab campur tepung ni kena pandai bajet. Uli2... kemudian leperkan. Masukkan gula kat dalam. tutup balik leper tu..ala2 mcm nak buat karipap..kemudian goreng;)... selamat mencuba yer LF..

@Maiza-->Salam mai..a'aa yang bujur tu. Gula yang cair ada kat dalam. betul la tuh kuih tu. Sedap kan kuih tu?hehe

@Kak Tinie-->Salam my dear kak tinie..hehe, kuih paling senang nak buat ni kak. Haa, fida ada tulis resipi kat reply saudara LF dan abdul razak. Boleh la akak cuba..

hehe, makan mek comel dengan harapan jadi comel, tapi tak comel pn..ekekeke..kelakar la kak tinie ni..

@Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, Moga saudara pun begitu juga di sana..insyaAllah

Saudara, nak buat senang je. Ubi tu dipenyek2, lepas tu masukkan tepung gandum (Secukup dan seeloknya, jangan terlebih nanti kuih keras)...uli2 sampai sebati, leperkan, masukkan sedikit gula..lepas tu bungkus elok2 supaya gula tak keluar, goreng..dah siap. Selamat mencuba yer saudara..

@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt...heee, saya tak guna pun sukatan tu semua. Orang kata main masuk2 je tepung, dan ubi. Guna prinsip campak2 ..heh!... aaa,saya dah masak dengan penuh kasih sayang dah tadi..nak buat macam mana Tajnur, kuih dah nak keras, tapi keras sikit je. Kak Sal kata sedapnya masih maintain!..heh!

IMANSHAH said...

tunjuklah ghopenya..tak pernah kenal kuih ni..sumpah

Anonymous said...

kuih mek comel...manis-manis gitu air gulanya bila ada rasa ubinya...minggu depan wat la kuih puteri mandi pulop...

Azian Elias said...

Mana benda ALLAH tu.. dah tu letak lah recipe. leh akak coba..

Afida Anuar said...

Shah-->eh Shah, biar betul orang kelantan tak kenal mek comel!..hehe.. aaaaa,dah habis dah nak tunjuk pun. apa kata mintak abang google tunjuk gambar;)

duniasementara-->yer, itu lah kuihnya... hurmmm, teri mandi? tengok la kalau rajin..ehehe

Kak Yan-->hehe kak yan... dah habis dah..apa kata kak yan refer sini..siap ada gambar tu..haaa tu la kuih mek comel;)

http://www.myresipi.com/top/detail/218

Kay said...

cek mek molek kan?

naimisa said...

salam, kami orang2 'bandar' Trg panggil cek mek. :D

sahromnasrudin said...

assalamualaikum fida..nape tak snap pic kuih tue..nak gak tgk rupanya heheheh

Unknown said...

dalam buku resipi 1Hari 1Resepi nama dia cek mek molek. eh, sama eh? ke.. lain?

betul tu fida, aku pn pnah konfiden ingatkan kalo aku masak macam mggu lps bole jadi sesedap macam tu, tapi rupanya tak. hahaha

Bijen M. said...

Satu hari Nabi Musa mengadu sakit perut kat Allah SWT.
Allah SWT kata pergi kat hujung kampung ada satu pokok, ubati sakit tersebut dengan daunnya.
Sekali lagi Nabi Musa sakit perut.
Kali ni dia terus pergi kat pokok tersebut untuk ambil daunnya.
Tapi tak juga baik-baik.
Dia tanya Allah SWT lalu Allah SWT berkata, "Dulu kau sakit perut kau cari Aku minta dengan Aku. Kali ni kau sakit perut kau terus cari pokok tu. Kau dah tak berharap kat Aku tapi makhluk."
Sekian.

natni said...

tq kfid
i like it
i love it
mwahhh :D

Afida Anuar said...

Kay-->aa'aa, sama la tu kay..hehe..orang pulau rusa je kut panggil mek comel..hehe

Naim-->salam naim...aaa, nape kami orang2 kuala panggil mek comel..huhu

Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom..hehe, tak sempat nk snap, dah habis..apa kata sahrom mintak gambar dia dengan cik google;)

Edot-->a'aa, sama la tu edot, cek mek molek dan mek comel. Cuma aku rasa orang kelantan panggil cek mek molek tu kut, orang ganu panggil mek comel..hehe

Bijen-->hurmmmmm....mcm faham apa yang patut direlatekan dengan cerita ni, tapi tak sure betul ke salah apa yang saya relate tu.. sekian.

Intan-->tapi keras sket kan tan? hehe...tu pun syukur nasib baik tan puji sedap..kalau tak..errr

shameel Iskandar said...

salam.

Afida, mek comel tu cek mek ke. kelate panggil cek mek. memang sedap dimakan terutamanya musim2 hujan ni.

Afida Anuar said...

salam shameel..

hehe, rasanya sama la tuh, orang kelantan panggil cek mek.. orang ganu panggil mek comel..hehe.. haa itu la, tengok hujan redup je petang tu, tu yang rajin buat cek mek tu;)...err..

Anonymous said...

Fida, mak aku cakap nak tau tepung lebih ke kurang, kene cium bau doh tu, bau tepung dengan ubi kena seimbang baru jadi cantik molek.. Hehe - muni

Afida Anuar said...

Tu la muni, aku baru teringat mak ko ada cakap haritu, cium bau doh...tp aku tak buat pun haritu..main campur je..huhu..

 

Browse