Hilang Dalam Rindu...

Wednesday, January 19, 2011
Ah, hati mudah benar dibolak balik. Kan Tajnur? Dulu saya beria benar nak keluar dari sini. Kononnya tak kira apa nak jadi. Nak hirup udara baru la kata saya. Nak jumpa orang baru la. Tup tup tup .. di sini juga saya berada. Di tempat yang sama, menghadap flat screen cap HP yang sama. Cubic yang sama, dan masih berjumpa orang yang sama.

Ketua saya adalah antara orang yang paling gembira menerima berita penarikan surat perletakan jawatan saya. Tidak kurang Intan dan Ina yang sujud syukur mendengar khabar lewat petang tu. Kalau ikutkan perancangan, hari Jumaat ni akan diadakan farewell lunch untuk saya. Tapi disebabkan saya tidak jadi berhenti, ketua saya kata..dia nak adakan juga team lunch untuk celebrate decision saya tak jadi berhenti! huh! Makcik cleaner yang baik dengan saya tu pun gembira yang amat saya tak jadi berhenti.

Cuma, di tengah kegembiraan semua orang...agak tipu la kalau saya kata saya tak sedih bila dapat tau result KPLI tu. Sedih juga sebenarnya, tambah-tambah dengar mak saya menangis masa saya telefon bagitau yang saya tak dapat. Nasib saya sedikit kuat, kalau tidak mahu saya juga menangis depan Intan dan Ina petang tu. Aduhaii mak... rezeki anak mak masih di sini mak......

Kadang-kadang semua yang berlaku sejak dua menjak ni buat saya terfikir, mungkinkah tepian yang saya cari tu sebenarnya di sini...

Bulan... tolong jangan hilang seri!

23 comments:

Sheikh said...

Gunung Datuk di Rembau Negeri Sembilan !

Minat ker nak try test !

Afida Anuar said...

Ooo... takmo la. Bye..hehe.

Abd Razak said...

Assalamualaikum Saudari Afida...

Moga saudari sihat dan ceria hendaknya serta sentiasa dalam rahmat kasihan belas Allah Taala..

Kita boleh merancang, Allah menentukan segalanya untuk kita. Terimalah dengan penuh redha

P/S : Pagi tadi dapat berita dari Puan Kartini, ayahnya telah kembali ke rahmatullah...al-fatihah

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Apa jua rezeki yg dikurniakan kpd kita, semuanya dlm ketetapan Allah SWT. Sebagai hamba Allah, terimalah dgn penuh redha, InsyaAllah ada rahmat disebaliknya. Fida, ibu mana yg tak menangis bila mendpt tahu keputusan tsbt krn mrk lebih mengetahui betapa bermaknanya bagi masa depan Fida. Buat masa ni kuatkan semangat,tenangkan hati dgn bykkan solat dan membaca AlQuran sebagai penghibur. Semoga ceria selalu, InsyaAllah.

Afida Anuar said...

@Abdul RAzak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak..Alhamdulillah saya di sini sihat2, moga saudara di sana pun begitu jua hendakNya..insyaAllah..

Dan Allah lah sebaik2 perancang dan penentu. Saya redha saudara..dan rasa lega dengan keputusan yang saya buat..
PS: Al-fatihah...sesungguhnya dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita akan kembali. Takziah buat kak tinie sekeluarga. Terima kasih saudara atas info ni..

@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt. InsyaAllah Tajnur, tak pernah sekali pun saya sangsi..bahkan saya redha. Sebab dalam doa saya, bukannya saya mintak untuk dapat KPLI, tapi saya minta yang terbaik untuk saya, terbaik di dunia dan akhirat, tak kisah la KPLI atau kerja apa sekali pun. Mungkin di sini. Allahu'alam..
Dan mak saya bukannya menangis pasal sedih saya gagal, tapi dia menangis mengenangkan ketegaran saya yang akan kehilangan kerja disebabkan KPLI...tup2 tak dapat KPLI. Alhamdulillah, Allah masih buka jalan rezeki buat saya... Terima kasih Tajnur, insyaAllah semua tu takkan pernah saya tinggal..kecuali waktu 'cuti'..err.. a million thanks for the words..

natni said...

kfid opkos org gumbira
susah senang bsama
ecewahhh

kfid dont worry so much k
rezki kite lmbt sket dr org len
musti ade hikmah dsebalik sume ni kn

kite tgu je k
lebiyu
^_____^

r.o.l. said...

Cik Puan ADUN Pulau Rusa enggan dilepaskan oleh rakyat setempat ;-)

naimisa said...

kata Fida, "menghadap flat screen cap HP yang sama."

saya nak kata, "Mohonlah dari bos skrin 40 inci. Baru puas hati buat kerja."

:D -:)

Unknown said...

SALAM,
USAH TERLALU KECEWA DGN KEGAGALAN TERSEBUT. BANYAK LAGI PELUANG DAN RUANG KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN MENANTI, INSYAALLAH !

Adliff said...

Afida,

Kamu rezekinya masih Allah SWT panjangkan sebagai jurutera. Ada sebab mengapa kamu masih disitu. Renunglah dalam-dalam. Moga-moga terubat luka hati atas gagalnya KPLI tu.

shameel Iskandar said...

Salah satu daripada 99 nama Allah ialah al-Razzaq iaitu Maha Pemberi Rezeki. Rezeki darfi Allah adalah pelbagai dan bermacam. Dan kekadang sukar utk ditafsirkan.

Moga untuk kali akan dtg Afida berjaya menjadi seorg pendidik.

Bijen M. said...

Tunggulah nanti gua join lu kat sana.
Kalau ada rezeki gua di sana.
Ekekeke.

IMANSHAH said...

MANUSIA MENTADBIR, ALLAH JUA MENTAQDIR

Anonymous said...

Salam,

Takpe mungkin belum rezeki lg ada peluag cuba lg nanti... persaingan KPLI ni pun sengit beribu2 yg mintak apatah lg byk yg mohon tu perempuan... biasanya KPM akan beri keutamaan GSTT yg ada penglmn mengajar tu..

Sebenarnya lebih mudah mintak jd guru J-QAF sbb byk kosong tapi mesti ada ijazah berkaitan pengajian islam.

anyway, good luck utk awak.

Afida Anuar said...

Intan-->Tan, orang tak sedih pun..orang rasa lega dapat duk sini lagi. serius!..insyaAllah ada tu yang terbaik tuk kita kan?

ROL-->Saya rasa pun begitu juga la rol, insyaAllah lepas ni boleh la saya menerima undangan/jemputan makan2 rol dan zaujah;)...kambing golek? hehe

Naim-->Aaaa..sah sah tak dapat naim..heh!

LF-->InsyaAllah LF..moga2. dan bukannya bidang cikgu je yang boleh menjanjikan kecemerlangan dalam hidup kan?errr

ALIP-->Alip, saya ok. Bahkan dalam hati, ada rasa gembira juga kerana masih di sini. SYukur...

Shameel-->Hurmm...Allahu'alam shameel, akan dtg ni tatau la dapat jadi ckgu ke tidak. Kalau tak pun, saya redha..

Bijen M-->InsyaAllah..kalau dah tertulis rezeki lu kat sini. Gua tunggu!! Tapi gua akan jadi senior lu la, kene hormat tau!...ekekekeke

Imanshah-->Itu la shah.. dan sebaik2 rancangan adalah rancangan Allah utk kita.

Anonymous-->Salam anon, itu la. Saya tahu persaingan sengit, saja mencuba. Mana tau dapat. Aaaa..nak minta cikgu j-qaf saya tak layak pulak. Cakap arab pun tatau..errr.. apa pun thanks..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum sahabatku..sabar tempuh dugaan ini..memang mudah utk bercakap tetapi tidak mudah untk bahu yag memikulnya kan..
percayalah ia bukan pengakhiran dlm hidup awak sebaliknya ia baru bermula

nurkass said...

salam fida..
bersabarlah..allah lebih mengetahui..segalanya telah ditentukan..

Afida Anuar said...

Sahrom-->Waalaikumusalam sahabatku... yeap..saya tak rasa ini pengakhirannya sahrom..bahkan ada rasa..bersyukur juga sebenarnya dengan apa yang berlaku..

Kass-->salam kass.... yeap, Allah Maha mengetahui. pasti..pasti... ada hikmah yang terselindung di sbaliknya..

nahmy said...

salam Fida..
bulan tidak hilang seri
hanya punggok yg lupa diri
bila Pencipta hulur memberi
terongkai ruang utk Dia kita hampiri

ada hikmah yg tidak terperi!

masz14 said...

sebak aku baca ni fida. mak aku pun sedih jugak bila tau aku gagal interview. dia percaya anak dia bagus, jadi heran kenapa orang tanak amik anak dia keja. sama jugak macam mak ko kut.
insyaAllah ada rezeki utk kau dan aku fida dalam dunia akademik ni. jangan putus berdoa..

Afida Anuar said...

Nahmy-->mantap kata2 tu nahmy..insyaAllah setiap sesuatu yang berlaku, pasti...pasti ada hikmahnya.

Mas-->hati seorang mak kan. Ko mungkin faham mas sebab ko dah bergelar ibu.. insyaAllah... moga2 satu hari nanti.

ummu said...

assalamualaikum Fida
akak doakan yang baik2 sahaja utk Fida.inshaAllah,ada hikmahnya tu dik.

adik akak mohon kpli jqaf,tu pun kali ke 4 baru dia dapat,Fida.Masa dia cuma lihat satu persatu kawan2 GSTT dia dapat kpli jqaf,dia memang sedih sgt.

ada kawan akak,masa dia pregnant,baru dia dpt KPLI.aduhai,kenalah pula berjauhan dgn suami.tapi disebabkan dia mmg minat,dia tak kisah bekorban,Fida.

p/s;akak suka kalau dapat rakan sejawat yang memang betul2 berminat dgn jawatannya itu (pendidik).kerna insan yg berminat dgn kerjaya pendidikan ini,dia akan sanggup berkorban demi anak bangsanya.moga suatu masa kita dapat jadi team work yg baik.

Afida Anuar said...

Waalaikumusalam kak ummu.
Thanks kak ummu..insyaAllah fida yakin tu semua pasti ada hikmahnya..

InsyaAllah, kalau dah tersurat fida bertukar bidang satu hari nanti...moga2, kita dapat jadi rakan sejawat yer kak!..

 

Browse