Abang Baru...

Friday, January 28, 2011
Hari-hari yang berlalu agak sarat dengan kerja. Errmm...sebenarnya tiadalah sarat mana, cuma bila fikiran tu asyik fikir kerja...kerja...dan kerja, tak fikir lain, tu yang rasa sedikit sarat tu.

Adik-adik kecil saya, Nabilah dan Huda di kampung sudah berkira-kira hari saya hendak pulang ke kampung sempena tahun baru cina nanti. Semalam mereka telefon. Lagi 6 hari Kak Nor!! Setiap kali telefon, angka yang semakin berkurangan itu lah yang mereka jeritkan. Seolah-olah sudah ada dalam kepala mereka berapa hari lagi saya mahu pulang.

Ah semua tak sabar nak tunggu kepulangan Kak Nor ni ye!. Tapi mereka tak tahu, dalam hati Kak Nor ni dah meloncat-loncat sampai ke bulan pasai nak balik kampung. Lagi tak sabar dari mereka rasanya! he he.

Dan sejak dua menjak ni jugalah, terasa hari-hari seolah berlalu macam siput. Lambat! Oh...rasanya adat hari la kut kan? errr. Jika kita asyik tunggu satu-satu hari tu, lambat lah dia sampai. Tapi jika kita tak tunggu....Ya Allah!!...berdesup dia pecut.. sampai tak sempat buat apa-apa.... eh dah habis sebulan!!

"Kak Nor..Lah nak buku cerita!".. "Ok"
"Kak Nor.. Huda nak jam baru!"... "Ok"
"Kak Nor... kami nak abang baru!!"

"haip!"

21 comments:

deAnza-wAnda said...

wahhh... wanda nak abg baru gak leh??

Tirana said...

hehehe..adik2 pun dah tak sabar nak abang baru...Cubalah pi cari abang baru kat market kot2 ada jual, boleh la beli..hehehehe

eDoTz said...

comel sgt adik yg minta abang baru tu. hikhik

nahmy said...

insyaAllah...abg baru is on the way tu! (erhhkk!...saya plak tulun jwbkan...hehe)

IMANSHAH said...

wah hahaha

wajib dah tu!!

azzey said...

heh3....klu abg baru tu blh beli kat mana2 mall kan sng....heh3..

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari...

Moga saudari sihat hendaknya, serta dalam rahmat kasih sayang~Nya..

Abang baru camner mereka maksudkan tu..:)

shameel Iskandar said...

Abang baru, wah! dah tak lama tu,

r.o.l. said...

Budak-budak sekarang... *geleng kepala*

DrSam said...

kata orang tua-tua, kalau 40 orang cakap mungkin jadi/dapat betul :)

Anak Pendang Sekeluarga said...

Saya memerlukan komentar dan pandangan berkaitan dengan artikel baru yang saya tulis di blog saya.Mungkin saudari mempunyai pandangan dan komentar yang berbeza dengan saya dan diharapkan sama2 kita berkongsi pandangan dan komentar itu kearah kebaikan.Sekian terima kasih.

Anak Pendang Sekeluarga said...

Saya memerlukan komentar dan pandangan berkaitan dengan artikel baru yang saya tulis di blog saya.Mungkin saudari mempunyai pandangan dan komentar yang berbeza dengan saya dan diharapkan sama2 kita berkongsi pandangan dan komentar itu kearah kebaikan.Sekian terima kasih.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
InsyaAllah! jika ditakdirkan oleh Allah SWT, bukan saja adik bilah, adik huda malah afida pun dpt `abang baru`. Semuanya ketentuan Allah SWT.

Yan said...

Abang baru? hee..comei mintaknya..

Afida Anuar said...

Wanda-->>eh boleh2 wanda...ngeee

Kak Tirana-->>hehe... kak tirana, kalau ada fida dah beli dah;)

Edot-->>Diaorang mmg nakal edot, suka je..

Nahmy-->>err..boleh la nahmy...hehe

ImanShah-->>tak sampai tahap wajib lagi:P

Azzey-->>kalau boleh beli...dah lama dah saya beli azzey...heh!

Abdul Razak-->>Waalaikumusalam saudara. Moga saudara di sana pun begitu juga..insyaAllah...

Hehe saudara, abang lama mereka maksudnya abang-abang kandung mereka la..adik2 lelaki saya yang sudah berumah tangga tu. Abang baru ni maksudnya..errr.. haaa saudara faham la kan;)

Shameel-->>errrr...

ROL-->>Itu lah rol, mcm2!

Dr Sam-->>haaaa...hehe, insyaAllah Dr sam.

Anak Pendang-->>dah komen...satu;)

Tajnur-->>Waalaikumusalam wbt!..Tajnur, hehe, ingatkan apa la adik bilah, rupanya singkatan nabilah. 1st time ni ada orang panggil dia bilah..ngee.. InsyaAllah, saya tau tu Tajnur, saje selitkan apa yang diaorang mintak kat entry ni;)

Kak Yan-->>haaa, budak2 kak yan.. nakal!

NuSaNa NoSa 91 said...

slmt bercuti afida~~ he3~ ^_^

Rashid said...

"kak nor bila nak kawen?
"Kak nor cepat cepat le.."
"Kak nor niiii..."



hehe ..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

nak abg baru yg tak tahan tue..sabar..tunggu kemunculannya kans..

adik2 ipar saya pun mcm tue..biler dgr kami nak balik..msg2 teruja huhuhh

nurkass said...

salam fida..
haha..abg baru ek..hehe..
jgn lupa I tau..haha

Bijen M. said...

Kak Nor.
Nak angpow se!

Afida Anuar said...

Nusana-->Thanks nusana...aaaa lambat lagi nak cuti!..

Cikgu Rashid-->err...cikgu!...doakan kak nor cikgu!..

Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom..hehe..budak2 sahrom, biasa la.

Kass-->u nak abg baru jugak? hehe

Bijen-->nak se je? nah...:P

 

Browse