Jawapan Hanya Pada DIA Yang Satu...

Sunday, January 23, 2011
Perjalanan balik ke rumah bersama Mekdi usai membeli sedikit barang-barang dapur di Alamanda semalam dihabiskan dengan sembang-sembang kosong. Tak sangka, di dalamnya terselit juga bab jodoh!... Haa, yang ni Mekdi yang start, bukan saya..errr..!

Dari kisah jodoh dan keluarga, langkah bendul, family arrangement, baitulmuslim.. ah banyak la yang kami sembangkan. Senyum panjang bila saya ingatkan kisah sembang-sembang dengan Mekdi semalam.

Saya rasa apabila satu 'percaturan' itu tidak terjadi seperti yang kita rancang, bermakna belum tiba masanya lagi untuk ia terjadi seperti yang tersurat di Luh Mahfuz. Tidak perlu persoalkan kenapa, mengapa... dan tidak perlu bersedih jiwa. Mungkin ini jalan untuk kita lebih kenal erti 'pertemuan' dan sebenar cinta.

Ok Mekdi?

19 comments:

deAnza-wAnda said...

saye setujuuu...

Tirana said...

ok...setuju..hehehe..jangan risau, semuanya dalam ketentuan Allah.

Anisa Hang Tuah said...

kita hanya merancang
Tuhan yg menentukan

(:

shameel Iskandar said...

Tnetang jodoh dan pertemuan saya sedang mencari2 buku DIJALAN DAKWAH AKU MENIKAH yg ditulis oleh ustaz cahoyadi Takariawan( ahli majlis Syura PKS- sebuah parti pro-islamik di Indonesia)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Ada kalanya manusia susah hendak membezakan diantara ketika dlm percaturan, ketika mebuat pemilihan, beranikah utk menghadapi kenyataan dan...

Afida Anuar said...

Wanda-->Saya juga!..hehe

Kak Tirana-->Tak risau kak tirana, senyum panjang ni teringatkan... akak apa khabar?

Anisa-->benar anisa. Thanks...

Shameel-->hurmm... kalau saya jumpa nanti saya bagitau shameel.. in case:D

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt... first time dapat komen tergantung dari Tajnur. dan.... apa ya? Sungguh saya tak dapat baca apa yang tersirat ni.

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida...

Moga saudari sihat-sihat hendaknya..:)

Allah SWT lah menentukan segalanya, kita hanyalah biji-biji catur yang menurut kehendak Pencatur, dan percayalah, apa sahaja yang telah diatur, semuanya adalah terbaik buat kita.

Afida Anuar said...

Waalaikumusalam saudara abdul razak.
Alhamdulillah..saya di sini sihat2, moga saudara di sana pun begitu jua..

Benar saudara, Allah Yang Maha Menentu, Allah Yang Maha Tahu, memang berserah hanya pada Dia.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum sahabatku..saya sgt setuju..seeloknya kita nikmati sahaja hidup ini dengan trus beramal kepada-Nya

nurkass said...

salam..
mmg betul..kita hanya merancang tapi tuhan yg menentukan..

bila cerita bab jodoh ni..haihhhh...pengharapan yang tinggi terhadap suara2 yg sering menyesakkan dada dgn pelbagai soalan..tolong hentikan!!adehh

IMANSHAH said...

mekdi tu McD ke orang

starsyeea said...

Mungkin ini jalan untuk kita lebih kenal erti 'pertemuan' dan sebenar cinta.

(^^,)

tersentuh hati saya...

Afida Anuar said...

Sahrom-->salam sahabatku. Benar sahabat..itulah yang sedang saya buat..

Kass-->salam..keringkan hati bilamana berhadapan dengan soalan2 ni..errr..

Imanshah-->hehe..orang la shah..housemate saya. Nama dia Mardhiah..

Starsyeea-->hati akak pun tersentuh tatkala membacanya. Time menulis tak perasan sangat starsyeea

Bijen M. said...

Benar.
Betul tu.
Berdoa saja.

Ciss.
Ingatkan McD.
>_<

DrSam said...

Assalamualaikum Afida. Minta dan berdoa agar kita dikurniakan yang terbaik. Jangan berputus asa dengan sentiasa meminta dan memohon kepada Dia.

Yan said...

Jodoh, ajal, maut semuakan kerja Tuhan yang maha mengetahui...Kita perancang, dia penentu..

Afida Anuar said...

Bijen-->Berdoa ja? usaha?ngeee.. ala mcd dan mekdi adalah 2 makhluk Tuhan yang sangat berbeza bijen:P

Dr Sam-->Waalaikumusalam dr sam. InsyaAllah tak pernah pun putus dari mengharap dariNya.

Kak Yan-->benar kak yan.

eDoTz said...

mungkin, nak cari yang baik ambil masa sikit.. kan fida?

Afida Anuar said...

mungkin la edot, depends atas orang tu. Depends atas jodoh yang ditetapkan utk dia;)

 

Browse