Mati...

Wednesday, January 26, 2011
Member opis saya tadi, terkial-kial dengan telefon mejanya. Seolah-olah ada sesuatu yang tak kena.

"Hawat telefon hang? KO?", eh saya cakap sleng utara ka? hehe.

"Entah la, aku tekan-tekan, tiba-tiba dia jadi macam dah tak betui, risau pulak aku," kata senior yang saya panggil Kak Nor, sama dengan nama panggilan saya di rumah!

Saya menghampiri sambil membelek-belek, konon buat-buat macam arif pasal masalah telefon Kak Nor yang separa canggih tu. Saya perati dia duk berkelip-kelip macam dihambat kebengongan yang melampau.

"Uishh bahaya ni Kak Nor", ujar saya mengusik.

Lantas tanpa mendapat arahan dari sesiapa saya terus mencabut wayar yang menyambung ke telefonnya. Mati...Senyap...Sepi.Terus terpadam segala macam lampu kelip-kelip yang tadi kemerengan. Senggang beberapa masa, saya pasang balik wayar tu. Kemudian..

"Telefon Kak Nor dah normal balik!",saya menjerit gembira kerana usaha spontan membuahkan hasil.

Dari kisah telefon, Kak Nor dan saya, saya dapat simpulkan satu benda. Manusia berbeza turning point dia untuk 'sembuh'. Bukan boleh dimatikan dan selepas tu dihidupkan seperti telefon tadi. Mati kita bermakna.......'mati.'

PS: Bertaubat untuk 'sembuh' sebelum 'mati'...

13 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
SETUJU SANGAT, BERTAUBAT UTK "SEMBUH" SEBELUM MATI. MARI KITA AMALKAN !

Abd Razak said...

Assalamualaikum Saudari Afida..:)

Didoakan semoga saudari terus berada dalam keadaan sihat di samping tugas seharian..

Sungguh orang yang cerdik adalah orang-orang sentiasa bermuhasabah diri dan bertaubat sebelum tiba masanya untuk kembali kepada Allah Taala..

starsyeea said...

masih ada ruang sihatkan amal...insyaallah :)

nurkass said...

salam fida..
kass pun setuju sesangat..bertaubatlah selagi masih ada peluang..!

naimisa said...

ingat mati. baru ingat taubat.

terima kasih untuk tazkirah ini.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum sahabatku...

kejadian tersebut membuat kita terfikir bahawa pada bila-bila masa pun kita boleh dimatikan...

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Semenjak manusia ditiupkan ruh ke dlm jasad ketika dlm rahim ibu, manusia telah pun membuat `akur janji` buat kali ke2 (dr hadis mutawatir). Setelah keluar dan mencapai baligh, maka tidak ada alasan lagi setelah diri kita menjadi persaksian apa yg berlaku pada diri dan disekeliling kita (QS 2:143). Semua diminta pertanggung-jawabkan nanti (QS17;36 Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan-jawabnya".
Sememangnya Allah SWT memberi kuasa kpd manusia membuat pemilihan samada jalan kebaikan atau jalan kekufuran tetapi bukanlah selama2nya krn ada hari2 ttn bhw Allah SWT berkuasa penuh yd dinamakan `Hari Allah - Iyyamillah`. Ketika itu telah tertutup segala rayuan dan taubat spt mana berlakunya pada Firaun (QS14:5 Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami, [dan Kami perintahkan kepadanya]: "Keluarkanlah kaummu dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dan ingatkanlah mereka kepada hari- hari Allah". Wallahualam.

shameel Iskandar said...

salam afida.

sesekali bila pejamkan mata dan menconggak dlm fikiran.

betapa segarnya dosa dan betapa bugarnya noda.

betapa sakitnya amal dan betapa lemahnya iman.

MATI pasti menghampiri
Meskipun kita menjauhi
MATI pasti datang menemui
Meskipun kita bersembunyi.

Afida Anuar said...

@LF-->Salam LF..moga2 tuan punya entry ni pun laksanakan apa yang ptut. Bukan pandai tulis je. AYuh LF.

@Abdul Razak-->Waalaikumusalam wbt. SAudara abdul razak..insyaAllah saya sihat2 jah di sini, cuma itu la, hari2 yang berlalu sangat padat dengan tugas seharian di pejabat. Hari ni lagi la..huh..

MOga2 kita tergolong dalam golongan itu...Aminn... hati jangan lalai..

@Starsyeea-->InsyaAllah starsyeea.moga2..

@Kass-->tp ramai yg tak sedar kan kass? mati tu bila2 jah.

@Naim-->Sama2 naim... itu la, time ingat mati je. Time seronok dengan dunia..adehhh

@Sahrom-->Salam sahrom..benar..bila2 je. entah2 seminit lagi..Allahu'alam..

@Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..Tajnur...itulah, manusia membuat aku janji untuk menyembah Allah swt sejak dari alam ruh lagi, tapi manusia lupa sehingga Allah mengutuskan seorang Rasul kepada manusia untuk mengingat kembali janji kita pada Allah Yang Maha Kuasa...supaya kita meyembah hanya Allah.. dan semua terserah pada kita utk memilih syurga...atau neraka. Allahu'alam..

@Shameel-->salam shameel. itu lah saya shameel..masih lemah...masih berdosa..

IMANSHAH said...

mati keta boleh panggil mekanik

Afida Anuar said...

pastu kereta hidup balik eh shah:D

nahmy said...

taubat sebelum mati atau berterusan bertaubat selagi hidup....hah...yg masna satu nak pilih tu?

Afida Anuar said...

Nahmy..

hurmm..entah...tepuk dada tanya iman;)

 

Browse