Lakaran Hidup...

Friday, January 07, 2011
Separuh hati mahu berhenti di sini....
Separuh lagi, mahu cuba sampai mati...
Harus apakah kesudahannya nanti...

PS: Payah juga bila hati sama hati tak sync ni.

Dulu-dulu saya pernah ada kekuatan untuk menegur sahabat-sahabat yang saya sayang. Tak sangka, kekurangan diri dijadikan alasan atas teguran saya itu. Malah saya dinasihat untuk tidak berlagak seperti ibu bapanya, bahkan katanya...ibu bapanya tidak seperti saya, yang suka menegur. Sejak dari tu saya lemah. Lemah untuk berbicara. Lemah untuk menegur. Lemah segala...

"Kalau dulu, ada cerita seorang sahabat Nabi SAW yang sedang membina rumah dan tinggal seketul batu yang terakhir untuk diletakkan, azan berkumandang. Dia tinggalkan batu itu dan pergi ke masjid. Ada orang yang ternampak perlakuan tersebut bertanya kenapa tidak diletakkan saja batu yang penghabisan itu. Dia menjawab, lebih kurang bunyinya, kalau dia letakkan batu itu, maknanya dia lebih membesarkan batu itu daripada Allah".

WaAllahualam..

Saya harap cerita yang saya ciplak di sini, boleh buat kita istiqamah untuk solat di awal waktu. InsyaAllah..

19 comments:

Kamsiah said...

ikutlah kata hati..kerana hati tak pernah berbohong...

nurkass said...

salam fida..
kass pun pernah kena mcm tu dulu..
bersahabat salah,tak bersahabat pun salah..semuanya serba salah..hehe..ape pun pengalaman byk mengajar kita kan..

Abd Razak said...

Assalamalaikum saudari afida..:)

Moga kitak sihat hendaknya serta sentiasa dalam rahmat kasihan belas~Nya..

Menyuruh kepada kebaikan itu senang tetapi untuk menegah kemungkaran itu amat payah. Namun, amal makruf nahi mungkar itu perlu selari. Walaupun pahit namun kena telan juga kepayahannya.

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..mmg ya..silap tegur, kita kena maki semula huhuhuh..inilah manusia, sukar menerima teguran..

diana abdullah said...

biasalah fida..stiap manusia ade kekurangan...so, kene improve kan diri kita lah..

tp, stiap manusia gak ada tgjwb menegur sesama insan..jadikan ape yg berlaku tuh utk kekuatan..positif thinking :-)

eDoTz said...

solat awal waktu.. huhu... terasa aku ni sebab mmg x istiqamah, ikut sempat je.

mcm ada bisikan kat telinga aku, "xyah solat awal waktu, surau ramai orang berebut-rebut nak amik wuduk. tunggulah pukul 2." .. aku agak tu bisikan syaitan kut tsktsktsk.

insyaAllah, nak cuba perbaiki diri solat awal waktu pasni. thanks fida.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Jgn rasa rendah diri dan jgn rasa cepat putus asa, walhal cabaran mcm itulah menunjukkan kita dihargai oleh Allah SWT sebagai saksi2 pada manusia supaya tidak ada dakwaan lagi dihari muka. Surah Al`Araaf:172أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ (١٧٢) أَوۡ تَقُولُوٓاْ إِنَّمَآ أَشۡرَكَ ءَابَآؤُنَا مِن قَبۡلُ وَڪُنَّا ذُرِّيَّةً۬ مِّنۢ بَعۡدِهِمۡ‌ۖ Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (172) Atau supaya kamu tidak mengatakan: Sesungguhnya ibu bapa kamilah yang melakukan syirik dahulu sedang kami ialah keturunan (mereka) yang datang kemudian daripada mereka. Kalau kita teliti betul2, apa jua dialog yg mrk katakan, semuanya terdapat dlm AlQuran. Yg merisaukan, mrk inilah juga nanti akan menyalahkan kita, seandainya didunia kita tidak peringatkan mrk krn kitalah yg akan menjadi saksi2 nanti. Apa pula nak kita jawab nanti? Surah AlBaqarah:143وَكَذَٲلِكَ جَعَلۡنَـٰكُمۡ أُمَّةً۬ وَسَطً۬ا لِّتَڪُونُواْ شُہَدَآءَ عَلَى ٱلنَّاسِ وَيَكُونَ ٱلرَّسُولُ عَلَيۡكُمۡ شَهِيدً۬ا‌ۗ Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran.
Manusia ni bila dah hidup mewah, mulalah bercakap sesuatu yg Surah Jin:4وَأَنَّهُ ۥ كَانَ يَقُولُ سَفِيہُنَا عَلَى ٱللَّهِ شَطَطً۬ا Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: orang yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampauikebenaran.
Mrk hanya akan mengiktiraf dosa2 mrk sebaik saja nampak neraka Saiir malah ada ketika nazak pun sudah mengakuinya.Wal iyya `auzubillah. Biarlah Allah SWT yg membuat perhitungan dgn mrk.
Surah AlMulk:11فَٱعۡتَرَفُواْ بِذَنۢبِہِمۡ فَسُحۡقً۬ا لِّأَصۡحَـٰبِ ٱلسَّعِيرِ Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli Neraka. Wallahualam.

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

itu lah susahnya.. bila tak tegur rasa bersalah sangat.. kalau menegur tak di terima pula.. manusia... bukan semua sama.. janji kita laksanakan apa yg perlu, dia terima atau tidak terpulanglah...

ummu said...

assalamualaikum Fida
apa khabar Fida?
teguran seorang sahabat itu,
tandanya sahabat sayangkan kita,
terima aksih akak ucapkan
atas teguran fida ini.
wassalam

nahmy said...

salam. benar..benar...dan benar. syukran atas pesanan. perjuangan memerlukan sabar fida..kita mungkin hina pd manusia tapi tidak pada Dia. jd yg mana penting...penghinaan manusia atau kemuliaan-Nya?!..wallahualam

Afida Anuar said...

Kak Kamsiah-->kalau nk ikutkan kata hati fida ni kak, pasti orang yang fida sayang kecewa nanti..huhuu

Kass-->yeap, pengalaman kass, tp peristiwa tu terkesan jugak dalam hidup fida. Kes tegur pasal solat je...

Abdul Razak-->Waalaikumusalam wbt. Moga saudara di sana pun begitu juga..

Saya lemah saudara....punyai iman yang sangat lemah. Lepas kene sound kes tegur dia, lepas tu saya tak tegur2 dah...tegur dalam hati je..

Sahrom-->Salam sahrom. Tak semua manusia begitu. ada juga yang boleh menerima dengan hati terbuka teguran2 ni. Alhamdulillah..

Diana-->D, tiba2 rasa bersemangat pulak bc komen ko ni, insyaAllah D,
tapi mungkin jugak salah aku kut, orang kata, kalau nak tgur orang, biar berhikmah..

Edot-->InsyaAllah edot.Sama-sama kita. Point sebenar entry aku hari ni adalah berkenaan solat di awal waktu.... yg kes aku kena sound tu, kes solat la...dulu2, cerita lama edot..

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt. Tu dia, panjang lagi terkesan komen Tajnur..Saya tak kuat lagi tajnur. Lepas kena sound, terus tak tegur dah... lemah sangat saya ni..banyak kurang pulak tu..

Maiza-->Waalaikumusalam mai.. nampaknya begitu la. Tapi mcm tak terima je. Kalau terima, mesti dia berubah..WaAllahualam..

Kak Ummu-->Waalaikumusalam kak ummu, alhamdulillah fida sihat2 je di sini. Harap kak ummu di sana pun begitu..Sama2 kita kak, fida pun ada banyak yang kurang..

Nahmy--> Salam..thanks nahmy atas kata2 semangat..moga2..insyaAllah

Pn Kartini said...

To my dear dik fida:)

Salam dear:)

Itulah kan..hati maNUSIA terkadang sukar utk diramal...
Hari ini ..kita serasi..namun esok lusa..siapalah tahu...

Sesungguhnya fida seorang teman yang baik..sekurang2nya kita sudah berusaha utk menjadikan teman2 yang terbaik.....terima atau tidak...terpulang pertimbangan kewarasan mereka...:)

Jangan sedih2 yaa...
Akak percaya...fida dah buat apa yang sepatutnya...:):)SMILE!!!

IMANSHAH said...

Salam

Banyak2 sabar, senang saya menegur budk sekolah dari menegur org tua!!

umar yg cute said...

habis kembang :P

naimisa said...

menginsafkan. -:)

Admin P@P said...

Alhamdulillah.

Solat di awal waktu, banyak kelebihannya, bukan sahaja dari sudut ganjaran dari Allah...

Wassalam. TQ

Afida Anuar said...

@Kak Tinie-->Salam my dear kak tinie..err...jangan puji lebih2 kak, dah kembang hidung ni..hehe. Fida tak baik mana pun kak. banyak benda yang masih kurang, apa pun terima kasih kak..itu la. Harap2nya.

@Imanshah-->hehe..cikgu senang shah... tegur sekali, mana ada nak lawan. Kalau ada tu, memang nak kena la tu..heh!

@Umar-->apa yang kembang?

@Naim-->sungguh... menginsafkan..

@Admim P@P--> Itu la yang saya cuba sampaikan Admin..moga kita semua istiqamah

shameel Iskandar said...

Trima kasih atas peringatan. Solat di awal waktu amat bermakna bagi melatih diri mentaati masa dan paling ptg utk mentaati-Nya.

"berilah peringatan sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi org yg beriman"

Afida Anuar said...

Sekadar peringatan je Shameel, untuk dikongsi. Moga2 ada manfaat. Lama tidak bersiaran!

 

Browse