Patah Hati...

Monday, July 26, 2010
Hehe, pagi-pagi tadi kisah tenang. Malam pula kisah patah hati. Fida-errr..;)

Minggu lepas, minggu kacau sedikit, minggu dugaan. Entah, project ni ada rasa yang tak berapa nak kena dengan jiwa. Sampaikan aku boleh terus execute plan malam harinya. Hantar resume! Pertama aku hantar ke company H dan satu lagi ke company I di Kulim. Dua je la dulu. Test market orang kata. errr.. uishh tapi senyap-senyap tau, jangan bagitau kat ketua!..haha

Company H memberi respond yang sangat positive. Besoknya terus dapat email untuk call interview. Alhamdulillah result positive. Tapi kerja pula yang tak berapa positive plus, kena travel ke KLCC sana, dekat client site. Company I pula, rupanya ada member aku cakap diaorang nak ambil fresh graduate je. Ok la tak kisah. Boleh cuba di tempat lain. Tamat kisah langkah pertama. Langkah kedua insyaAllah akan bermula. Doakan ya!

Tadi mak telefon. Sebenarnya dah bagitau kat mak pasal plan-plan ni minggu lepas lagi. Tapi entah mengapa tadi baru mak tanya... kenapa ada minta kat Kulim? Kenapa nak bawa diri jauh sangat? Ada terpatah hati kat sapa? Sapa ada kat Kulim? bla bla bla...

Ternganga jap dengar pertanyaan mak. Rasa macam tengah jawab soalan SPM. hehe..mak...mak.. ke situ pula yang difikirnya.

Patah hati... tak pernah lagi kut hati aku patah, setakat ni la aku rasa. Hati elok je kat dalam tu kan? Kan hati kan?

(Hati diam)...aaa sudah!!..errrr

11 comments:

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Kan dulu pernah saya ckp bhwa kerja2 IT yg lebih berbtk programming ni sentiasa mencabar minda kita. Sampai ketikanya, kita akan tertekan apabila teamwork bermasalah dan target project gila2 terlalu singkat. Apa2 pun, eloklah cari keserasian dgn jiwa, semoga berjaya. Sebgai ibu, ttnlah terperanjat dan beranggapan Afida nak `elope` sampai jauh ke Kulim atau betul ke jauh hati dgn org Putrajaya?

Khairi Mohd said...

lar patah hati ngn keje rupenye hehehehe. ingatkan pe. fida, caiyok2!!! all the best for the interview.

uj said...

hati, memang sifat dia berbolak balik... nama pun hati kan.. qalb - jap begitu jap begini... namun pandangan hati lah paling tepat KALAU hati itu bersih... ehehehe....

fuhhh fida, kulim tu... jauh ... jauh.. kat terengganu tak nakbalik ke?

UJ plan sangat2 2 tahun lagi UJ nak gi UniSZA lak... doakan jugak ok...

sama2 doa untuk yang terbaik...insyaAllah...

Sandra Azwan said...

hi...

feel free to visit my blog page
http://bysandraazwan.blogspot.com

Tirana said...

Fida dah tengok ke komen Ecah di blog private kak tirana? Dia kata ada kerja kosong kat satu company kalau Fida berminat. Komen bawah entry "Give Our Best To The Task At Hand..." Semoga berjaya mendapat kerja baru.

Abd Razak said...

Salam saudari afida..

Semoga sdri dilimpahkan kesihatan yang baik hari ni dan seterusnya..

Tak usah patah hati, usaha yang lain, insya Allah akan ada yang terbaik Allah kurniakan. Jika pertunjuknya positif boleh jadi itulah kurniaanNya.

Afida Anuar said...

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..setiap kerja ada cabarannya Tajnur. Pasti.. cuma rasanya saya dah lama kat sini..kekadang terfikir nak cuba suasana baru. Bimbang juga sebenarnya mahu merancang utk keluar...tapi kena cuba..orang kata cuba dulu, dapat atau tak kendian kira....at least,kita boleh belajar sesuatu yang baru iyer dak. Takde la selesa dengan suasana sekarang je.. ahaaa..jauh hati ngan orang putrajaya? Alhamdulillah tak pernah berlaku lagi Tajnur...:P

Khairi-->bukan patah hati dgn kerja khairi..hurmm mcm mana nak explain eh.. kerja ok je. Sungguh!! Cuma, satu kes je petang tu, dan saya ikut rasa marah, campur dengan ABC lagi menambah parah..tu yg terus execute plan secara tiba2 tu. Tapi dah alang2 execute..execute je la..hehehe
mekasihh ye!

UJ-->Orang terengganu tak sudi nak terima fida UJ...nak buat mcm mana. (dengan kecewanya)hehe..dah bertahun dah, unisza, Umt,gomen terengganu,kolej2 swasta,uitm dungun, bla bla bla semua dah minta..tapi hampa. Diaorang bilang kena ada cabel. Tapi fida mana ada cabel....huhu.. hurmmm takpe la. Rezeki fida kat negeri orang nampaknya. Allah tahu itu yang terbaik buat semntara ni..

wahh insyaAllah UJ,fida doakan Uj dapat unisza nanti. Dekat dah tu dngan pulau rusa..hehehe

SandraAzwan-->hi..sure..'ll do..

Kak Tirana-->hehe..baru tau ada komen tu ni... thanks kak bagitau.. insyaAllah fida cuba.

Abdul Razak-->Salam saudara abdul razak..

alhamdulillah hari ni sihat sejahtera yang Allah kasi..
Saya bukanlah patah hati saudara..insyaAllah tak pernah patah kut. Itu la, saya sedang mencuba..insyaAllah ada rezeki lain, kalau tak saya redha..
___________________________________

PS: aduhhhh.....dah canang satu dunia ni kisah plan plan..kisah projek teruk..aaaaa project tak teruk sangat sebenarnya..teammates pun semua ok..cumaaa.....hurmm takpe la..

sahromnasrudin said...

salam..nak berhijrah ke Utara?? suatu perubahan minda tue...bagus la..lgpun kos idup di utara lebih rendah

Afida Anuar said...

salam..sahrom..perancangan je tu.Tapi nampaknya mungkin tak kesampaian kut... waAllahualam..

penjejak maya said...

salam,

dulu masa buat program khidmat masyarakat saya ada famili angkat kat kulim tu kalau duduk lama lagi mungkin boleh jadi orang kulim hehe..

takpe muda2 ni merantau la timba byk penglmn.. :)

Afida Anuar said...

Salam...
mendalam maksud penjejak maya jadi orang kulim tu .hehe...

 

Browse