Nasi Dingin...

Sunday, May 30, 2010
Nasi dingin, berkuah kicap diserta telur goreng sebiji,
Nikmatnya amat besar buat perut yang kosong di pagi hari,
Berteman teman serumah Muni yang baik hati,
Nasi disuap dengan enak sekali..

PS: Anak sapa la yang malas nak goreng nasi ni...he..he


Aku Tahu Kamu...

Thursday, May 27, 2010
Suatu ketika dulu, pertengahan dan akhir 90-an. Aku sangat suka tengok Tv. Sampai jadi hantu Tv. Pantang ada masa lapang, Tv la yang jadi tatapan. Tapi bab memilih rancangan, aku agak cerewet. Tengok rancangan tertentu je. Cerita melayu jarang yang mendapat perhatian. Tapi kalau cerita orang putih, khusyuk je mata memandang, erkk. Cerita orang putih dulu-dulu banyak siar kat Tv2. Dulu-dulu la. Hari rabu malam..hehe. Tak pernah miss!

Satu lagi cerita The X-Files, dulu aku peminat susah mati cerita science fiction ni. Cerita ni pernah buat aku bercita-cita nak jadi Agent FBI macam Fox Mulder dan Dana Scully..kehkehkeh.. zaman tak matang biasa la. Pengaruh Tv punya pasal. Waktu tu juga rumah aku dah ada recorder, eh ke apa nama benda tu? Aku pasti akan record cerita X-Files ni pada setiap minggu. Sampai dah ada koleksi berbelas-belas tape yang besar gedabak tu. Dalam satu tape boleh record 3,4 cerita X-Files. Ada waktu terluang aku tengok balik cerita yang aku record. Berkali-kali. Sampai boleh hafal skrip. Gila la..

Dipendekkan cerita, aku bukannya menikmati cerita semata-mata, tapi dalam masa yang sama aku 'improve'kan bahasa orang putih tu sekali. Ada perkataan yang tak jelas, aku buka kamus. Cari makna. Tambah vocabulary melalui Tv orang kata. Tak lupa aku belajar pronounciation sekali! Tak mustahil. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? Walaupun dikit, tapi ia membantu. Sungguh!

Owhh yer, dalam cerita X-Files tu juga, ditulis sekali lokasi kejadian, atau negeri tempat kejadian berlaku, sekaligus membantu aku mengenali negeri-negeri yang terdapat di Amerika. Kononnya la.

Suatu ketika, pertengahan tahun 2000. Baru menjejakkan kaki kat Matrik UiA PJ. Berkenalan dengan seorang sahabat dari Utara Semenanjung. Dia pernah berada di luar negara kerana ayahnya menyambung pelajaran di sana. Kat UK tak silap aku. Waktu rehat, tengah bersembang-sembang, tiba-tiba dia tanya aku,

"Ohio terletak di negara mana?".

Deras je aku jawab, "Amerika!!".

"Aku ingatkan kau nak jawab Jepun", kata dia yang mungkin terkejut dengan jawapan aku yang betul itu..ngeh ngeh ngeh. Nak underestimate aku la tuh!

Thanks to X-Files then!! (Contoh kebaikan Tv, he..he)

Apa pun, kisah pernah jadi hantu Tv, itu kisah aku dulu-dulu. Kisah aku sekarang, aku bukan lagi hantu tv. Kaki Tv pun bukan. Rancangan Tv pun aku tak tahu. Semua benda fasal Tv aku jahil. Serius!

Kat rumah sewa ni, boleh kata tak sampai 10 minit pun dalam sehari aku duk mengadap Tv. Tu pun time makan-makan dengan housemate. 2 hari lepas, Tv kat umah kami rosak. Senyap terus jadi suasana. Aman pula rasa. Betapa bersyukurnya aku kepada Tuhan atas kedamaian dan kebisuan yang Dia berikan ni, alhamdulillah...

Ahad malam selepas ni dan seterusnya, jiwa tak kacau lagi;)

Itu aku pasti!

Masih Ada Bisik, Masih Ada Cari...

Wednesday, May 26, 2010
Ramai suara hati yang bergema dalam diri,
Sampaikan aku senyum mendengar seorang diri,
Tiba-tiba muncul tanya dari tabir sepi,
Kenapa aku tidak cuba membuka pintu hati,
Buat yang menghulur salam di petang hari..
Adakah aku terlalu memilih yang terperinci budi?
Atau masih menunggu bidadara yang baik hati?
Begitu cerewetkah aku ini?
Atau sebenarnya tiada siapa yang sudi..
Memunya hati ini..

.....aku berkisah lagi tentang hidup yang manis ini,
Siang malam tidak putus doa dipinta dari Yang Maha Mengerti,
Moga hidup yang satu ini,
DiredhaiNya sampai mati.

Demi Hitam...

Tuesday, May 25, 2010
Bangunan baru tempat aku bekerja ni hanya ada 10 je parking berbumbung yang terletak di tingkat bawah, 1 direserve untuk bos besar. 9 lagi untuk kami yang kuli-kuli ni dan juga bos-bos kecil. 1st come 1st serve. Siapa yang datang awal, dapat la parking berbumbung. Tapi persaingannya sangat sengit.

Jadi demi tak nak kasi Incik Hitam berpanas berhujan, aku sanggup datang kerja awal setiap hari, sejak beberapa bulan yang lepas, sejak parking berbumbung ni dibuka untuk kuli-kuli. Sanggup tu! Sayang sungguh Fida kat Incik Hitam..erkk

Bagi yang tahu, tahu la aku datang awal sebab nakkan parking berbumbung. Tapi bagi yang tak tahu, selalu puji aku ni bagus sebab datang awal, tapi dia tak tahu ada udang di balik sambal yang menyebabkan aku datang awal.. keh..keh..keh..

Incik Hitam...

Di waktu bulan terang cuaca,
Ku pejam mata tapi tak lena,
Yang hitam manis datang menjelma,
Yang hitam manis datang menjelma,

Kenangan yang menggoda,
Aku teringat pandang pertama..

;)

Semut Pun Tak Berani Dekat...

Monday, May 24, 2010
Salam.

Isnin sebelum selasa,
Monday blues awal-awal pagi sudah biasa.
Rasa tak nak jejak kaki ke pejabat pun ada.
Tapi terpaksa, aku kuatkan jiwa,layankan aja,
fitrah hidup ini yang kala ada suka, kala ada duka;)
Pesan aku pada diri yang kerdil ini supaya tidak lupa,
Untuk bersyukur atas segala nikmat kurniaan dariNya.

Maaf Kak Tirana, UJ dan semua, lama tidak berkisah tentang cerita di sini, lama juga tidak menjejakkan kaki ke kamar tulis kalian di sana. Alhamdulillah Fida sihat-sihat ja. Cuma, weekend baru ni famili dari kampung datang menghantar adik, Nadirah yang masuk Matrik UIA di Petaling Jaya. Jadi sejak Sabtu lagi Fida berkampung bersama mereka di rumah adik lelaki di Shah Alam, sehinggalah pagi tadi, kami berpisah kerana fitrah alam. Fida meluru ke tempat kerja di Cyberjaya, mereka pula pulang ke Pulau Rusa di Terengganu sana.

Jadi sepanjang waktu bersama mereka-mereka yang amat aku sayangi, Mr.Lappy terpaksa aku ketepikan sementara, alahaii. Di opis pula faham-faham aje la, semua kene block. Sebab tu bila dapat berada betul-betul di hadapan Mr Lappy malam ni, aku rasa bersyukur tidak terkira. Seolah sebulan rasanya tidak bersua muka.. rindu..huh pulak!~

Matrik UIA Petaling Jaya, tidak banyak yang berubah sejak aku tinggalkan dia beberapa tahun yang lalu. Bangunan masih kekal sama cuma mungkin ada yang berubah warna. Suasana, bau, kasih sayang...semua masih yang dulu. Fida terkenangkan kisah lalu yer? Ada la sikit-sikit..he..he

Ok, abaikan kisah lalu, kisah yang tiada dalam lagu itu.

Yang jelas sekarang kisah semalam, kisah hari Ahad yang terang.

Aku kuat dapat rasakan, kereta yang berjujuk-jujuk memasuki pagar tidak mampu sama sekali melawan bondol-bondol harapan ibu bapa pada si anak yang mendaftar pada hari kejadian. Sangat tinggi dan sangat suci harapan yang satu itu. Dan semuanya bergantung pada si anak manis.... sama ada mahu membalas bondolan harapan ibu bapa dengan kejayaan atau kehampaan. Anak-anak manis, suka tengok raut wajah mereka termasuk adik aku semalam. Raut yang pernah aku pamerkan suatu masa dulu. Raut bangga, puas, gembira.... ah siapa yang tak gembira dapat masuk U kan?

Cuma aku harap mereka tidak terlalu dibuai dengan kegembiraan, kepuasan, kebanggaan sebab dapat masuk U. Masih banyak lagi benda yang harus dihiasi bagi mendapat kegembiraan, kepuasan dan kebanggaan yang sejati. Masuk U bukanlah tiket untuk berjaya di dunia, apatah lagi di akhirat. Masih ramai insan di luar sana yang tidak masuk U tapi dapat mengecap kejayaan dunia lebih dari dari kita yang masuk U ni, percaya dak?Kejayaan di akhirat apatah lagi...waAllahualam.

Cerita masuk U..cerita biasa. Jadi untuk menjadikannya sedikit luar biasa, terpulang atas diri mereka untuk menghalusi cerita tersebut. Bagaimanakah kesudahannya nanti. Adakah masih kekal biasa? Luar biasa? Atau akan adakah manis yang tidak terkira. Harapan aku, biarlah manis yang tiada taranya. Sampai semut pun tak berani nak mara? Mustahil? naaaaaa

Kisah aku dulu? erkk, aku rasa masam-masam manis kut ..he..he

Kehidupan di tengah kota sememangnya menggugat jiwa yang suci
bagi anak kampung yang baru mengenal duniawi di tengah kota ini.
Kuatkan iman di hati, insyaAllah semua akan dapat dilepasi;)
Salam sayang dari kakakmu yang satu ini..

PS: Rasa pening dan kacau sedikit baca kisah kali ni, ayat terabur? alahaii..layankan aje la..erkk

Tawan Hati Putih Dengan Jiwa Yang Bersih...

Wednesday, May 19, 2010
Pada butir impi dan doa yang sering meniti,
Ada harapan tulus dari gadis yang manis ini,
Pada Tuhan yang satu dipohon kuatkan diri,
Juga dijaga hati jangan sampai mati.

PS: I'll see you soon then..

Kahwin Karipap...

Monday, May 17, 2010
Nak kahwin, tak mudah...tak juga payah. Tapi perlu ada persefahaman yang tinggi dan tolak ansur dalam menguruskan urusan nak kahwin. Bila kita nampak luaran satu-satu majlis kahwin tu, ada yang indah, tapi siapa yang tahu, di sebalik indah itu ada yang payah, dan tak kurang ada juga yang mudah. Orang yang dah kahwin mesti tau pasai ni kan? Betui dak UJ?

Sudahh! anak yang baik hati ni dah mula cakap pasal kahwin..hehe.

Beberapa hari lepas ada tersembang dengan mak pasal urusan majlis kahwin adik laki aku yang tak sampai sebulan lagi tu. Banyaknya benda nak kene buat, barang nak kene beli, periuk belanga nak kene cari, tak kurang ada juga hati yang nak kene jaga, huh

"Mak,time Kak Nor nanti kalau susah sangat nak masak bagai, makan karipap pun tak pe la mak. Macam Ustaz Ismail Kamus cadang. Goreng je. Senang".....erkk.

Hilang Rasa...

Sunday, May 16, 2010
The story is within me seperti kata Nahmy. Yeap... Banyak benda nak cerita sebenarnya. Tapi setiap kali aku memandang skrin putih ni, tangan jadi kaku. Lalu cerita-cerita pun terperangkap di dalam situ. Di dalam hati kecil aku.

Malam ni aku memandang lagi skrin putih untuk yang entah ke berapa kali.

Seperti merenung bulan yang terang di langit hitam.
Hanya hati yang mampu berkata di dalam diam.
Bila ingin ditinta dengan kalam.
Habis semua ditelan dek malam yang kelam, hehe!.

Putrajaya, sibuk dengan pelbagai acara hujung minggu ni. Dengar-dengarnya ada jom heboh di precint 2, ada konsert, ada hari belia. Housemate aku yang keluar, mengadu jalan banyak tutup dan jam. Alhamdulillah, Allah tak halakan hati aku untuk ke tempat seperti itu. Bukan aku menolak riadah atau hiburan, tapi... entah la. Hati takdak rasa untuk ke situ.

Malam akhir hujung minggu, Kak Sal suka melayan rancangan Mentor. Suka tengok gelagat orang katanya. Tapi sepanjang rancangan Mentor terpasang, sepanjang masa tu la aku terpaksa menyumbat earphone ke dalam telinga, mendengar sesuatu yang lain dari suara-suara sumbang itu.

Walaupun aku berada di dalam bilik, tapi suara-suara sumbang itu masih kedengaran jika aku tidak menyumbat telinga aku. Entah la. Hati jadi gundah mendengar gelagat saudara seagama dan sebangsa yang menjual maruah diri semata-mata mahu menjadi artis. Kesian...

Daripada haru sendiri, baik aku katup telinga.

Tapi apa yang aku mampu buat untuk mengubah? Tak menyokong,tak melihat. Cukup ke?

Dekat, Tapi Jauh...

Thursday, May 13, 2010
Wherever you may be...

What's the story?

......

Salam Manis Dari Sang Bulan...

Tuesday, May 11, 2010
Kerja..dua tiga hari ni agak hectic. Amat. Projek sudah masuk tahap separa kritikal, erkk takde la kritikal yang menyebabkan kami perlu masuk ‘ICU’, cuma time ni, kami memang betul-betul kene fokus. Test case yang berlambak tu, nak kene deliver on time.

Team developer lagi la. Berkampung kat opis macam sudah menjadi kewajipan bagi mereka pada setiap hari. Hujung minggu pun sama. Balik rumah setakat untuk tidur je. Uishh macam gerun je bunyinya kan? Tapi itulah hakikatnya. Hakikat kerjaya sebagai seorang developer.

Waktu aku belajar dulu, lecturer aku ada juga bercerita pengalaman mereka yang bekerja dalam bidang IT. Ada yang bawa beg pakaian, sabun, berus gigi terus ke opis, tidur makan bertapa semua kat opis. Opis opis opis... Gila la. Masa aku dengar tu, macam tak percaya pun iyer jugak. Apa yang buatkan mereka sampai nak bina rumahtangga kat opis? Tapi bila aku sendiri yang berada dalam industri ni, baru lah aku faham.

Dulu-dulu kala,waktu aku jadi developer yang tak bertauliah, pernah juga la aku merasa suasana berkampung di opis barang seminggu dua, tapi takde la sampai tahap nak bawa beg pakaian ke opis. Tapi sejak aku masuk testing team 2 tahun yang lalu, alhamdulillah...boleh dikatakan pembinaan kampung di opis itu lenyap sama sekali.

Testing team...erkk maksud aku kuli team;)

Cuma yang pasti, kami tak dibayar OT(Over time) even berkampung 24 jam sekali pun kat opis, company IT mana yang nak bayar OT iyer dak? Kalau idak banyak la company IT yang gulung tikar sebab bayar OT kat pekerja-pekerjanya yang tak balik rumah tu, huhu. Keje hampir-hampir nak jadi zombie pun, gaji maintain ciput, erkk maksud aku gaji aku la. Seciput-ciput pun, alhamdulillah, moga-moga yang ciput ni la yang berkat, insyaAllah..

PS: Fida, kerja untuk hidup kan? Bukan hidup untuk kerja...

Kamu Yang Lalu...

Sunday, May 09, 2010
Dalam merungkai melodi awan biru..
Hati ini masih lagi bertalu menyebut nama kamu..
Apakah kamu yang aku rindu?
Atau hati ini yang masih keliru?

Aku benci punyai rasa yang keliru ini buat kamu..
Kalaulah aku boleh luahkan segala rasa yang datang bertamu..
Akan aku conteng nama kamu di situ..
Di hati kecilku..

Namun maafkan aku..
Aku tidak dapat berbuat begitu..
Kerana aku ini, adalah aku..

Taman Botani, Putrajaya.
.

Di Situlah Matahari Menghangatkan Jiwaku...

Wednesday, May 05, 2010
Aku di perantauan. Susah nak cerita riuk lenggok sebenar tari hati. Apatah lagi nak menterjemahkannya ke dalam tinta. Tapi itulah rasanya. Ada masa gembira, sampai tak terkata. Ada masa menangis, sampai tak keluar air mata, erkk.

Yang pasti kehidupan aku, satu anugerah yang tak ternilai harga.

Minggu lepas kami ada sesi-apa-entah-nama, dah lupa, huhu. Dalam sesi tu kami diberi satu belon dan kami perlu kemukakan jawapan-jawapan berasaskan belon. Banyak la jawapan-jawapan yang diberi. Round, light, pressure bla bla bla.

Tengah dalam duk bosan berada dalam sesi tu, aku boleh pulak menconteng monteng belon tu dengan pen. Macam-macam yang diconteng. Macam-macam tulisan yang wujud. Aku pun dah lupa. Aku rasa kalau dicantum-cantum, dah boleh jadi satu entry kut hasil contengan aku tu,hehe. Habis sesi, belon tu aku letak kat cubic, belakang skrin pc.

Tadi ada seorang opismate datang, diambilnya belon yang semakin mengecil tu. Tiba-tiba, "Fida what makes you, you?" Dia baca salah satu ayat yang aku coretkan kat belon tu.

Yea, what makes me, ME?...tiba-tiba aku terfikir..

dan aku juga ingin bertanya kepada semua, what makes you, YOU?

Hurmm....

Think...hard.

Till then..

Menongkah Gelora Rasa...

Sunday, May 02, 2010
Malam terakhir di kampung untuk cuti kali ni, ahh kalau boleh tidak mahu ada malam terakhir sebegini. Perasaan tidak mahu kembali ke kota itu sangat membuak-buak. Tapi apakan daya... Aku, kalau diberi cuti sebulan bahkan setahun sekali pun, aku rasa tidak cukup untuk dihabiskan di kampung tercinta ni.

Kampung Pulau Rusa, banyak yang dah berubah. Aku hampir-hampir terlajak lorong rumah sendiri sewaktu mula-mula tiba pada hari Jumaat yang lalu, nasib baik kereta belakang tiada dan aku sempat membelok terus tanpa kasi signal, kalau tak naya kereta belakang terpaksa brek mengejut...

Uishh teruk betul Fida ni tanah tumpah darah sendiri pun dah tak ingat. Betul!! bukan aku tak ingat, tapi dek membangunnya 2,3 biji kedai baru di tepi laluan masuk ni, buat aku sedikit keliru. Balik nanti entah apa pula yang bakal dibangunkan... jangan aku terlajak ke Manir sudah la. Maluuu..

Oh yer, adik aku, Nadirah yang baru mendapat keputusan SPM yang agak cemerlang baru-baru ni ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UIA, alhamdulillah... UIA??! huhu.

Masuk dia, bermakna kami dah 4 beradik menyambung pelajaran ke Universiti yang terletak di tepi highway tu. Mak la orang yang paling gembira sebab dia nak sangat anak-anak dia masuk UIA. Aku? Gembira la juga, tapi dalam hati, ada juga harapan nak suruh dia masuk U lain, bukan UIA, erkk..

Apa pun alhamdulillah, dah rezeki dia kat situ. Eh, UIA bagus pe..

PS: Ada sapa-sapa yang sudi nak jadi co-driver aku ke KL besok?;)

 

Browse