Kita Biarkan Bulan Berbicara...

Thursday, April 29, 2010
Di Cyberjaya, tengah hari tadi, cuaca panas, sangat! Tapi nampak dari tingkap kaca, pokok-pokok melentok-lentok pula, bermakna dalam panas ada angin lembut yang berhembus, menarik....

Aku jarang keluar lunch. Sebab utama, malas, panas dan sayang parking..erkk. Dan waktu tengah hari, aku nikmati dari dalam kotak besar yang beku ni, hampir setiap hari.....Owhh yer, hari ni aku bawa bekal mee goreng.... sedapppp;)

Waktu awal-awal aku keluar dari 'kepompong' keluarga, atau 'kepompong' negeri, aku menghadapi sedikit masalah dalam memanggil jenis mee yang dua; bihun dan mee.

Kalau mee, aku panggil mee kasar. Kalau bihun, aku panggil mee halus. Ke orang Terengganu je yang panggil lagu tu? Atau aku je? erkk...

"Abang,mee kasar satu bungkus",

Abang yang kerja kat cafe Mahallah Aisyah, Matrik UIA pening sambil buat-buat garu kepala.

"Mee kasar tu mee apa dik?", tanya dia

Aku pelik, macam mana abang ni tak tahu mee kasar. Aku pun tunjuk la kat bakul yang berisi mee kasar warna kuning, atau mee;)

"Ohhh mee!!"

Ada sesetengah orang gelak dengar aku panggil mee kasar dan mee halus. Kelakar kut bunyinya.haha.. apa-apa la.

Itu perihal panggilan mee dan bihun yang aku belajar.

Perihal lain....banyaknya nak list down,erkk..

Cuma satu yang aku pasti, di samping belajar tentang mee dan bihun, tempat orang ni juga mengajar aku menjadi tabah. Tabah dengan dugaan, kedukaan, kelelahan, kesempitan.. Yeap...tempat orang, di sini...sekarang ni…

PS: Afida Anuar mengaku tabah yer sekarang;)

Terima Kasih Kerana Semalam Itu...

Tuesday, April 27, 2010
Fida, yang tak sudi tu juga la yang kita nak pandang kan?

Tapi tu zaman dulu-dulu la..zaman buta mata hati. Zaman sekarang, zaman dah celik semua benda ni, aku dah tak pandang dah rasanya kisah dulu tu, aku pandang depan je...eceh.

Orang kata pandang depan, baru ada kemajuan. Dok gitu?




Salah Pilihanraya...

Monday, April 26, 2010
Nak panggil YB Kamal ke...YB Alan ke.. YB Nathan? Rasanya memang berbaloi dah YB menang pun, kat tv,suratkhabar asyik canang pasai YB jah. 24 jam tuuuu!! Sampai ada slot khas untuk YB lagi!

Demokrasi versi Malaysia yer tuan-tuan dan puan-puan, hentam aje la YB...

Pilihanraya kecil punya pasai, blog aku yang terabai..errk.




Bau Bahagia...

Wednesday, April 21, 2010
Kerja...sekarang agak hectic. Serius! Sampai tak sempat nak buat apa-apa. Time makan pun dah macam tak rupa time makan. erkk..

Bila aku cakap kat mak,aku tak sabar nak pencen, mak gelak. Ye la, kerja tak sampai 4 tahun dah ada hati nak pencen. Mak aku kerja dekat 30 tahun baru pencen, selamba je. Bukannya aku tak suka dengan kerja, suka sebenarnya sebab kerja ni la yang aku duk kejar selama aku belajar bertahun-tahun.

Cuma... ada waktu-waktu yang buat aku rasa macam.... macam nak jadi perempuan biasa yang tempatnya di rumah semata-mata, bukan di luar. Naluri kut. Biasa la.

Dan yang pasti aku tak boleh banyak sangat mengadu kat mak pasal kerja. Nanti kene tahan telinga untuk 'i-told-you-so' speech, haha.

Mak...kagum dengan mak sebenarnya. Dalam duk sibuk memikul tanggungjawab sebagai guru, masih punyai waktu untuk didik kami adik beradik seramai 8 orang ni. Aku kelak,mampu ke nak jadi serupa macam mak? Allah je Yang Maha Tahu. Entah-entah...pergi dulu..

Ceritaku Yang Paling Sedih Fasal Duit...

Monday, April 19, 2010
Novel kedua Khairi iaitu Yuda Di Padang Maya tak best sebab seram sangat. Lebih baik buat cerita sedih macam ni...

Hujung bulan. Poket nipis macam biasa. Hari tu cuma tinggal nota 50 ringgit sekeping dalam dompet panjang cap Jazz yang dibeli 3 tahun lepas. Ada haru. Tapi dalam duk haru tu ada hati juga aku nak keluar ronggeng-ronggeng. Aku ni gak la... tak sedar diri...haihh..

Jalan-jalan pantau dunia, terjah suasana. Tema ronggeng-ronggeng aku untuk hari tu. Tapi aku ronggeng sorang-sorang je. Sorang-sorang ni kadang-kadang damai. Kadang-kadang sedih. It depends. Tapi hari tu..damai,alhamdulillah...

Habis satu gerai demi satu gerai aku kunjungi di sebuah tempat membeli belah di pinggir kota. Sekadar mengambil, membelek..dan meletaknya semula. Dari brooch kilat-kilat cantik hinggalah barang hiasan rumah. Semua sekadar belekan dan lirikan. Sengkek punya pasal. Alaa, lagipun semua tu bukannya keperluan yang maha mustahak pun.

Aku berjalan lagi. Kali ni mata terletak dekat satu gerai buku. Sudah!! Bab buku ni aku lemah sikit. Aku bukan hantu buku, tapi aku pantang kalau tengok buku yang kena dengan jiwa aku. Mesti nak beli. Hati aku dah jerit kuat-kuat jangan singgah, budget takde!! Tapi kaki aku degil. Dia pi juga melangkah ke gerai tu. Haaa terpacak la aku kat depan gerai tu sambil mata duk rambang lalok-lalok. Tengok-tengok, semua buku kena dengan jiwa!! Lagi parah!

Satu demi satu buku aku ambil. Aku letak. Belek lagi..aku letak.Hati dah rasa lain macam dah sambil duk kira-kira nak sambar satu buku tu harga 24 ringgit. 50 ringgit - 24 ringgit= 26ringgit lagi tinggal untuk belanja sebelum dapat gaji. Cukup..cukup...hati duk pujuk-pujuk.

Lalu buku ketiga tulisan Ustaz Hasrizal,Murabbi Cinta selamat menjadi hak milik. Aku berlalu puas sambil singgah dekat tempat permainan kanak-kanak yang terletak di dalam pusat membeli-belah tersebut. Sambil mata duk melirik-lirik kisah yang Ustaz Hasrizal kisahkan dalam buku tersebut, sempat juga aku melemparkan pandangan ke arah kanak-kanak yang seronok bermain macam tak ingat dunia tu. Kanak-kanak.... zaman suci dari dosa. Jeles! Apa pun zaman kanak-kanak aku sudah berakhir. Pandang hadapan fida, jangan pandang belakang! Relek je hati aku sound.

Tengah duk ralik memerhati, tiba-tiba bahu aku dicuit oleh seorang makcik tua yang separa bongkok.

"Anak tolonglah makcik beli keropok mentah ni, makcik betul-betul nak guna duit. Tolong nak yer"

Sudah!! aku bab orang merayu-rayu ni memang lemah sikit. Dalam hati teringat kat duit yang tinggal 26 ringgit je lagi tu, alahai macam mana ni.

"Berapa yer sebungkus ni makcik?"

"12 ringgit nak, beli ye nak. Tolong makcik", mak cik tu masih merayu-rayu.

Terkedu,tapi entah macam mana, tangan aku terus mengeluarkan dompet, ambil 12 ringgit kasi kat makcik tu. Tindakan aku yang baik hati itu seolah dikawal oleh otak luar kawal, erkk.

"Terima kasih nak..terima kasih, makcik syukur sangat-sangat anak beli", ujar makcik tua tu sambil peluk dan cium pipi kiri aku.erkk..

Makcik tua tu berlalu dengan gembira sambil meninggalkan keropok keping mentah sebungkus yang berharga 12 ringgit kat aku. Aku pula kembali memerhati budak-budak bermain sambil terbayang-bayang dalam dompet aku yang tinggal 14 ringgit je budget sebelum tiba hari gaji. Tak pernah-pernah aku sengkek sebegitu. Sedih sangat sampai meleleh air hidung,erkk (ok bab meleleh air hidung ni aku reka,hehe)...tapi dalam masa yang sama aku gembira sebab dapat tolong makcik tu. That is so you fida! (Alamak, angkat bakul sendiri nampak..erkk)

"You can have everything in life if you just help others to get what they want".

PS: Alamak, sah tak menang ni, sebab ada unsur-unsur gembira, bukan sedih..hehe. Anyhoo, ini karangan untuk pertandingan yang aku sertai dari blog khairi. Boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut. Khairi suruh tag 2 orang sahabat lain untuk sertai contest ni. Aku tag Sesumpah dan Kay la..erkk.

Till then..

Bilamana Sesumpah Menyumpah..eh Menge'tag'..hehe

Tagged by Sesumpah. Kang kalau tak jawab nanti sesumpah sumpah..erkk..hehe

1. Siapakah anda di rumah?
Anak, kakak, mak sepupu, cucu saudara, tukang masak, tukang basuh baju,tukang sidai baju, tukang lipat baju, tukang kemas rumah,tukang sapu laman..erkkk

2. Siapakah diri anda di samping rakan?
Hurmmm... have a unique character like salt. It's presence is not felt, but it's absence make things tasteless. Perasannn!!..hehe

3. 5 benda yang anda idamkan tetapi masih belum tercapai?
Tunaikan haji
Ada famili, suami anak.
Menjadi seorang penulis persis Cathy Glass,huh
Travel serata dunia
Apa lagi satu eh?

4. Siapakah nama pasangan anda?
As for now, Incik Hitam, konon..hohoho

5. Ceritakan 5 perkara yang anda paling suka tentang pasangan anda.
Hitam
Hensem
Setia, selalu bersama ke mana saja pergi
Tak pernah merajuk, memberontak.
Mantap!..erkk

6. Bila tarikh anda couple?
March 2008

7. Apakah kenangan pahit anda bersama pasangan anda?
Sama-sama eksiden kat MRR2. Incik Hitam cedera. Masuk bengkel 2 minggu.

8. Lagu tema cinta anda?
Takde lagu tema....erkk

9. Apa perubahan yang ingin anda lihat dari pasangan anda?
Nothing. Terima dia seadanya dia.

10. Tag 10 rakan ada yang lain.
Ermm.. semua rakan dah tidur, tak jadi la..haha

PS: Sesumpah, simple je. Tapi boleh la kan?hehe

I love you...Fida.

Saturday, April 17, 2010
Adik saya yang sorang tu dah mula meng'upload' gambar-gambar kami zaman dulu-dulu kat facebook. Alahaii... muka zaman kecil-kecil tu memang mulus betul,erkk dan yang penting ada ciri-ciri kakak sulung! hehe. Tu zaman kecil-kecil dulu la.

Tapi sejak saya menginjak dewasa ni, bagi yang tidak mengenali asal usul keluarga saya, tak ramai yang kata saya ni anak sulung. Biasa diaorang ingat adik lelaki saya nombor dua, atau adik lelaki nombor tiga tu yang sulung..huhu, Entah macam mana saya boleh kehilangan 'raut' anak sulung yang saya miliki zaman dulu-dulu tu, hurm.

Apa pun saya bersyukur dilahirkan sebagai anak sulung, dilahirkan sebagai saya. Walaupun tidak mudah untuk menjadi anak sulung, untuk menjadi saya dan hidup sebagai saya, but i love of being me. Love everything about me. Itu memang pasti!

Kredibiliti sebagai kakak sulung tu memang jelas terserlah, eceh, cuma gambar je yang tak berapa jelas..Yer, yang tudung biru tu..erkk.

Till then..

Terpaut Sunyi Yang Penuh Teka-Teki...

Wednesday, April 14, 2010
Bumi Mekah kami tinggalkan dengan hati yang amat berat. Sewaktu menunggu di dalam bas sebelum memulakan perjalanan ke Kota Madinah, ibu dan ayah sepi tanpa kata. Saya menurut rentak mereka. Ada rasa hiba dalam jiwa. Dalam fikiran kami duk berkira-kira, bila lagi kami dapat menjejakkan kaki di bumi yang pebuh barakah ini, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Waktu tu lagi sejam sebelum solat asar, Ustaz Mokhtar menjelaskan kami akan menunaikan solat asar qasar di perjalanan. Sementara menunggu beg-beg kami diangkut oleh pekerja hotel ke dalam bas, saya dapat melihat dengan jelas dari atas bas orang ramai berpusu-pusu menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat asar. Betapa cemburunya saya dengan mereka...kerana mereka masih berada di Kota Suci Mekah, sedangkan saya..bakal meninggalkan kota itu.

Namun kecemburuan saya tidak lama, bilamana mengingatkan sebuah lagi kota suci yang bakal saya kunjungi, hati saya jadi sedikit ceria. Akhirnya, selepas hampir 20 minit menunggu, bas mula bergerak menjauhi tanah haram. Kesempatan duduk di tepi tingkap saya gunakan sepenuhnya untuk menatap wajah tanah haram buat kali terakhir. Harap bukan yang terakhir dalam hidup saya, insyaAllah.

Semakin jauh bas berjalan, satu demi satu binaan bangunan tinggi tidak lagi kelihatan. Yang ada cuma bukit-bukit tanah yang kering di selaputi sedikit rumput-rumput keperangan. Di dalam bas, Ustaz Mokhtar ralik bercerita mengenai sejarah perpindahan Rasulullah s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah. Sambil mata asyik memerhati keajaiban bumi padang pasir, telinga saya cekap menangkap satu demi satu kisah yang diceritakan Ustaz Mokhtar.

Akhirnya Ustaz Mokhtar berhenti bercerita. Kami sudah sampai ke satu kawasan rehat, atau RnR. Ada masjid kecil di situ yang membolehkan kami menunaikan solat asar. Cuma... saya agak tersentak dengan keadaan tandas yang begitu kotor dan tidak terurus yang terletak berhampiran masjid. Ngomelan-gomelan sudah mula kedengaran dari ahli kumpulan kami. Saya tidak turut serta mengomel, cuma berusaha menahan nafas selama mungkin ketika di dalam, huhu..siksa..siksa.

Sayangkan, bab kebersihan tandas ni, negara Islam sendiri susah nak amal. Macam mana nak menjadi contoh terbaik seperti Baginda Rasulullah saw mengamalkan ajaran Islam dari segenap segi termasuk kebersihan?

Eh kisah perjalanan ke Kota Madinah belum habis,erkk...nanti la ada masa saya sambung, insyaAllah.

Kasih Abang...

Tuesday, April 13, 2010

Kecil tubuhku kau peluk kemas...
Kasih sayangmu, sampai bila-bila tak mampu aku balas...

Tak boleh bayangkan macam mana kalau saya di tempat dia. Ya Allah...

Gambar diambil di sini.

Ini Kisah Abadi...

Monday, April 12, 2010
Merayap-rayap jiwa halus saya mencari. Mencari secebis ketenangan dalam keseliratan mengharungi projek ni. Benar apa yang saya tulis dulu-dulu, memang ada sedikit rasa yang tidak kene dengan jiwa, tapi saya kuatkan semangat. Ini kerja saya, sebahagian dari ibadah saya kan? Jadi saya kene jalankan tugas dengan sepenuh jiwa dan seikhlas hati tanpa sebarang ngomelan. Eh, Afida Anuar pandai mengomel ke?hehe..

Hari ni kami menerima last minute task. Terkial-kial test lead kami mengaturcarakan tugas agar dapat disiapkan seperti yang termaktub dalam akta projek. Awal-awal tu ternganga juga saya menerima bidang tugas yang perlu disiapkan dalam masa yang terlampau singkat. Cuma saya bernasib baik sebab hari ni hati saya dihiasi dengan harum mawar yang cantik, maka alhamdulillah kerja yang menimbun pun tidak la terasa begitu terbeban, eceh, kononnya la kan..erkk

Sejak usia saya menginjak dewasa ni, saya semakin anti dengan tugas last minute, walaupun dulu-dulu saya pernah hidup dengan 'last minute', tapi ini tidak bermakna saya menyokong 'last minute' sampai saat akhir hayat saya. Study pun last minute, final year projek pun buat last minute, assignment dan segala anak-anak assignment tu pun buat last minute, erkk. Macam teruk je saya ni semua last minute..hehe. Takde la semua, tapi kebanyakannya la. Hasilnya, dapat la saya result yang tak gempak dan tak corot. Tu pun Allah tolong saya dengan kasi result tak gempak dan tak corot. Alhamdulillah..

Tiba-tiba memori berputar pada nostalgia zaman universiti pulak yer..hehe.

Dah dah, it's time to sleep!

MORAL of The Entry....don't do last minute job yer adik-adik, tuan-tuan, puan-puan, incik-incik dan cik-cik semua..ok tu je..

Till then..

Gila Tapi Damai...

Sunday, April 11, 2010
Hujan di petang hari. Normal kat sini, maksud saya kat Putrajaya Cyberjaya ni. Boleh kata tiap-tiap hari hujan. Alhamdulillah, rahmat dari Tuhan. Saya macam biasa la, kalau saya ada kat rumah, time hujan je mesti nak duk bertenggek kat tepi tingkap yang tingginya separa awan tu (konon! hehe). Buat apa lagi kalau tak menikmati bau hujan, menonton tari hujan... dan..bicara sama hati..

Tengah hati duk berbicara dalam hujan, tiba-tiba titis hujan yang lembut tadi bertukar menggila. Habis muka saya ditampar-tampar dek titis hujan yang gila tu. Tapi, gila macam mana pun, bagi saya hujan itu tetap mendamaikan,erkk. Gila tapi damai..gila la..hehe.

Dari Sahl bin a'ad Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda.

"Ertinya : Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan". (Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Disahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami' No. 3078). - Yang ni saya ambil dengan pak cik google, sekadar berkongsi-

WaAllahualam.

Till then...

Kaku Itu Aku...

Friday, April 09, 2010
Semalam saya langsung tidak menulis. Tiada sebarang patah kata yang datang menyinggah untuk ditintakan. Saya cuma membaca. Dari selembar, demi selembar. Dari satu muka ke satu muka. Dari satu tetingkap ke satu tetingkap. Letih membaca, saya menyertai Muni menguyah kuaci di luar bilik.

Habis 5 biji kuaci, saya ceduk lagi beberapa biji. Muni hantu kuaci. Kadang-kadang tengah khusyuk membaca pun, mulut Muni boleh lagi sibuk menguyah kuaci. Saya kagum! Mungkin saya bukan hantu kuaci dan bukan hantu buku seperti Muni. Hantu, kenapa ye orang selalu mengaitkan malam Jumaat dengan hantu? eh..

Waktu saya kecil-kecil dulu, setiap kali malam Jumaat menjelang, ayah akan 'conquer' TV dengan rancangan Hal Ehwal Perdana Islam kalau tak silap saya. Waktu tu Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Harun Din, dan beberapa orang pendakwah terkenal sedang rancak berada di pentas dakwah media perdana. Waktu tu..ya,saya masih ingat lagi suasananya. Tapi selepas mereka tidak lagi dibenarkan muncul di media, rumah kami beransur-ansur sepi dari rancangan Hal Ehwal Perdana Islam. Ayah tidak lagi meng'conquer' TV pada malam rancangan itu disiarkan. Itu kisah belasan tahun yang lalu.

Dan kisah pendakwah-pendakwah tertentu tidak dibenar keluar di kaca TV itu masih berterusan sehingga sekarang. Perasan dak?Mana ada alim ulama atau ustaz-ustaz berani berkata 'lantang' di media perdana. Kalau 'lantang' sedikit, sah lepas tu tak dibenarkan keluar TV lagi dah. Tapi kalau orang berjoget, melompat, macam kera,'bertelanjang' tu dibenar pula keluar TV. Berduyun-duyun pulak tu..Pening..pening.

Kaku, tak tahu nak tulis apa dah.

Till then...

Senyum Pada Kejauhan...

Wednesday, April 07, 2010
Cukup la bicara pasal jodoh, sesiapa yang baca mesti kata saya ni angau ke apa kan? Atau saya ni terlalu naif dalam menempuh ujian sekecil ini sehingga terhambur segala rasa dan cerita di sini? Atau terlalu lemah.... oh saya akui, pada pengamatan saya sepanjang hidup bersama, sesungguhnya Afida Anuar memang punyai terlalu banyak kelemahan dan kekurangan diri. Percayalah. Mohon dimengerti ...dan dimaafkan..

Apa pun terima kasih dari hati atas doa tulus ikhlas dari kalian semua buat saya. Saya benar-benar hargai. Ada beberapa komen yang buat mata saya berair..erkk. Entah mengapa tertusuk dalam sukma saya tatkala membaca bait-baitnya. Saya terharu. Sungguh! Doa saya pada kalian yang sering menitipkan doa buat orang lain, hanya Allah saja yang mampu membalas yang terbaik buat kalian dan semoga Allah merahmati hidup kalian di dunia dan akhirat. InsyaAllah...

Apa yang ada dalam hati saya? Hati Afida Anuar malam ni ?Tiba-tiba seseorang bertanya.

Tiada apa-apa pun dalam hati Afida Anuar, cuma ada rasa yang biasa yang tidak akan diluar biasakan. Rasa ingin beradu sambil diulit mimpi. Mimpi didakap kasih sayang seluruh penduduk langit dan bumi. Akan tetapi, layak ke Afida Anuar dikurnia kasih sayang seluas itu? Walau dalam mimpi cuma? .....

Meniti landasan usia yang berganti hari,
Mungkin juga berganti hati,

Dalam mencari kehidupan seindah pelangi,

Duka dan lara ditelan pasti,

Hamba masih sabar menanti,
Sambil mengendong setimbun doa dan impi,

Perjalanan panjang tidak bertepi,
Doakan hamba tenang dalam mencari..


Till then...

Lelaki Soleh...

Tuesday, April 06, 2010
Saya menarik nafas kesyukuran tatkala mata masih lagi diberi peluang untuk menatap wajah subuh hari. Wajah subuh yang sunyi dan sepi. Sunyi dari kelelahan dan kesibukan. Sepi dari keriuhan dan kebisingan. Ada susuk tenang menanti di subuh hari, lantas saya menghampirinya sambil mengucapkan salam manis. Tenang menyambut salam saya sambil tersenyum indah...

Semalam saya sempat menelefon kampung, bertanya khabar mereka-mereka yang sangat saya kasihi. Adik-adik kecil saya Huda dan Nabilah lah yang paling kecoh tatkala menjawab khabar saya. Berebut-rebut untuk bercakap dengan saya. Kadang-kadang boleh bawa gaduh sementara. Saya jenis yang tidak suka akan keriuhan dan kekecohan, tapi keriuhan dan kekecohan mereka, amat saya dambakan.

Pot pet pot pet, tatkala bersembang dengan mereka, tiba-tiba saya teringat akan doa yang saya ajarkan kepada mereka sewaktu di kampung dulu-dulu. Saya tanya sama ada mereka masih membaca doa yang saya ajarkan itu atau tidak? Nabilah nampak serba salah.

"Ada masa Lah ingat, Lah baca la. Ada masa Lah lupa, Lah tak baca, erkkk", kudus je jawapan Nabilah.

"Tapi kalau Lah tak baca, macam mana yer Kak Nor?" tanya Nabilah lagi. Saya sengih. Dah agak dah.

"Maknanya Lah tak sayang Kak Nor!!", usik saya. hehe

"Alaaa, Lah sayang Kak Nor..sayang sangat-sangat! Ok, lepas ni Lah janji Lah baca doa tu untuk Kak Nor,tiap-tiap hari!!", janji Nabilah. Huda yang berada di sebelah Nabilah kedengaran masih merengek-rengek minta bercakap dengan saya.

Waktu saya di kampung, kebiasaannya mereka berdua akan bersolat bersama-sama saya. Pantang kalau saya solat sendirian atau tinggalkan salah seorang dari mereka, pasti salah seorang itu akan merajuk.

Usai solat, saya selalunya membaca doa sedikit kuat disebabkan kehadiran mereka di sisi...habis doa versi arab, saya sambung versi melayu. Kasi mereka dengar dan faham apa yang saya doakan. Saya siap pesan lagi, 'lepas ni kalau Kak Nor tak ada, Huda dan Lah mesti baca doa-doa tu dan doa yang Kak Nor ajar tiap kali lepas solat tau!'. Mereka angguk bisu. Mengikut perintah barangkali.

"Huda, ingat lagi tak doa untuk Kak Nor yang Kak Nor ajar dulu? Macam mana doanya?" tanya saya menguji Huda semalam.

" Ya Allah, kahwinkanlah Kak Nor dengan lelaki yang solehah..eh solehhhhh",huda.

"AMINNN!!!"...

PS: Pasal jodoh lagi!!? Fida!!!!!

erkk^_^,

Sebagaimana Engkau Temukan Adam Dan Hawa...

Sunday, April 04, 2010
Sudah masuk bulan ke empat dalam tahun ni. Baru je rasa duduk bersahaja di tepi tingkap sambil melihat pancaran bunga api sambutan tahun baru 2010 yang diadakan di sekitar Putrajaya pada malam tahun baru yang lalu. Rumah saya terletak di tingkat yang hampir mencecah awan, jadi agak menguntungkan kerana saya tidak perlu bersesak-sesak dengan orang ramai menyaksikan apa-apa acara yang melibatkan bunga api di Putrajaya ni. Cuma mengintai dari rumah je. Tapi takde la nampak jelas sangat, takpe la, asalkan nampak sikit-sikit ,ok la kan?..erkk

Lagi 2 bulan, keluarga saya bakal menerima ahli baru. Sememangnya saya menantikan saat-saat itu. Adik lelaki saya yang kedua bakal mendirikan rumahtangganya, insyaAllah. Saya bakal mendapat seorang lagi adik ipar. Tahun lepas dah dapat seorang adik ipar perempuan, tahun ni dapat lagi, alhamdulillah. Meriahlah kalau time raya nanti...

Bendul saya bakal dilangkah lagi?hehe, saya dah lali dengan hal itu. Malah tak memberi kesan sangat pun dalam hidup saya, sebab saya tahu, saya dah 'berusaha' untuk membendung bendul itu dari dilangkah, tapi kalau Allah dah tetapkan memang kena langkah,saya terima dengan redha. Saya yakin Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Kan?

Cuma saya tengah duk fikir-fikir ayat apa yang saya patut karang, jika ada soalan-soalan panas dari wartawan-wartawan yang tak bertauliah pada hari kejadian,hehe.Teringat sewaktu kenduri adik lelaki saya yang ketiga pada tahun lepas, lenguh juga saya nak jawab soalan-soalan panas yang dilontarkan, terasa hidup ni glemer mengalahkan artis pula, haha. Apa-apa la..

Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ni, ada beberapa orang jejaka yang diperkenalkan kepada saya melalui ahli keluarga dan ada juga melalui sahabat-sahabat saya untuk dijadikan calon suami. Saya hargai apa yang mereka sudah buat untuk saya. Saya terharu. Cuma, kalau Allah dah tetapkan di kalangan mereka itu tiada sorang yang telah Dia takdirkan untuk jadi pendamping saya di dunia, apa lagi yang saya boleh katakan. Nampaknya jodoh saya tidak semudah seperti sahabat-sahabat saya yang lain, saya akui itu. Dan saya yakin, apa pun yang berlaku, pasti terselit hikmah yang amat besar, insyaAllah!

Apa pun, sekembalinya saya dari tanah suci baru-baru ni, segala persoalan yang bermain di benak kepala saya berkaitan soal jodoh saya sedikit sebanyak berjaya dirungkai, alhamdulillah. Bukan bermaksud saya sudah bertemu dengan 'adam' saya, tapi... macam mana saya nak cerita yer...

PS: Tetiba terasa diri ni macam Abdullah Khairol Azzam dalam cerita 'Ketika Cinta Bertasbih 2' pula. Maksud saya, dalam soal mencari jodoh la...hehe (perasan!).

Bahagia Yang Terlalu, Bisa Menjadi Luka Dan Peri...

Saturday, April 03, 2010
Sempena fun@work yang diadakan 2 hari lepas di tempat saya bekerja, kumpulan saya menang tempat ke empat. Hadiahnya, kami diberi tiket wayang percuma. GSC. Valid sampai bulan Jun ni. Saya cuma dapat satu je tiket free, jadi sapa-sapa yang berkeinginan untuk menonton wayang, jangan lupa ajak saya yer!

PS: Teruk kan saya? Entry sebelum ni entry sedih pasal kisah buang bayi. Entry ni, entry pasal seronok-seronok pula. Betul la, hati tu mudah benar dibolak balik. Sekejap baik, sekejap tak baik. Sekejap sedih, sekejap gembira...
 

Browse