Teman Dalam Kubur..

Thursday, January 28, 2010
Sudah masuk 2 tahun Incik Hitam menemani aku ke mana saja aku pergi. Sebagaimana setianya dia bersama aku, begitulah juga telitinya aku menjaga dia. Alhamdulillah, sepanjang 2 tahun bersama, Incik Hitam tak pernah meragam walau sekali. Kondisinya memang tip top dari dalaman hinggalah luaran. Eceh, saje je nak puji lebih-lebih ni. Ye la, sapa lagi yang nak puji kalau bukan tuan dia sendiri kan? hehe..

Isnin lepas, aku bawa Incik Hitam untuk major servis di pusat servisnya di Serdang Raya. Kalau ikutkan jadual major servis kali ni sudah mencecah 40000km. Pukul 8 pagi aku dah sampai di pusat servis tersebut yang baru didatangi oleh 3 pelanggan termasuk aku. Memandangkan major service,maka aku dikehendaki menunggu selama 2 jam lebih menurut kata service advisor tu. Wooww lama jugak tu..Nasib baik aku ada membawa bersama "Bila Allah Menduga Kita". At least dapat juga aku mengisi waktu yang terluang di situ.

Biasanya kalau ke pusat servis, aku akan bekalkan bersama aku sebiji atau dua biji buku. Bukan aku tidak mengharapkan majalah-majalah atau surat khabar yang disediakan, tapi at least kebosanan menunggu itu tidak terlalu merenggut jiwa dengan adanya buku sendiri;).

Tambahan pula, pengunjung ke pusat servis itu seolah 'bisu' termasuk lah aku. Nak tak nak, kene ada jugak la bahan bacaan untuk mengisi masa yang ada. Kalau ada teman nak bersembang, lain cerita la pulak kan? hehe.

Hampir 2 jam setengah Incik Hitam siap diperiksa dan diganti alat mana yang patut diganti. Sabar betul aku menunggu. Dan sila lah percaya kos untuk major servis itu cuma RM5.77 sen. Wahh nak citer jugak kat orang ni..hehe. Rm 5.77 sen tu kos untuk retainer yang tiada dalam pakej free service. Waktu awal-awal aku membeli Incik Hitam yakni dua tahun yang lalu, alhamdulillah aku dihadiahkan pakej service free sampai 40000Km atau 2 tahun. Menarik kan?erkk.

Tu kira last free service la tu. Nampak gayanya next service ni takde dah la nak dapat kos-kos yang kecil sebegitu atau tiada langsung kos:(. Apa motif entah aku cerita pasal servis kereta ni...hurmm...

Apa pun, Incik Hitam merupakan benda yang tidak bernyawa yang dipinjamkanNya kepada aku di atas dunia ni buat sementara, dan walau hensem mana sekali pun dia pada pandangan mata aku, eceh, dia tetap benda. Ya.. dan manusia lagi penting dari benda-benda yang kita miliki.

PS: Banyak mana harta yang kita miliki , atau mendalamnya kecintaan kita kepada orang yang kita sayang, mereka takkan menemani kita di dalam kubur kelak melainkan amal soleh.

Sekadar peringatan buat diri sendiri...
WaAllahualam..

Till then..

Kunci Kebahagiaan..

Tuesday, January 26, 2010
"Ya Allah, jadikanlah kami termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman dan istiqamah dalam keimanan kami. Jauhkanlah kami dari putus asa terhadap rahmatMu dan rasa aman terhadap tipu dayaMu. Jadikanlah kami orang yang selalu bersabar dan jadikanlah kami orang yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Dan gantikanlah apa-apa yang hilang dari kami dengan yang lebih baik di sisi Mu.."

PS: Sabar eh Fida. InsyaAllah ada yang terbaik untukmu kelak..

Mahu Meminang Ustaz...

Monday, January 25, 2010
Semalam, aku sempat menghabiskan hari-hari akhir hujung minggu bersama-sama orang-orang tersayang. Rancangnya mahu ke Mines Wonderland, kononnya mahu ke rumah salji yang last kami pergi waktu sekolah rendah dulu. Tapi hampa kerana dari gayanya seolah Mines Wonderland sudah tidak wujud lagi. Ke waktu yang kami pergi tu masih belum dibuka?huhu..

Akhirnya kami empat beradik terus ke pusat boling yang terletak di tingkat 4. Menghabiskan masa dan duit di situ. Permainan yang melalaikan, tapi seronok. erkk.

Selepas makan dan solat, akhirnya adik-adik aku pulang ke destinasi masing-masing. Asalnya aku juga mahu pulang ke rumah, tapi bila melihatkan siang masih muda, tiba-tiba aku terasa gatal tangan untuk memusingkan stereng kereta ke Alamanda. Nak pergi MPH. Aku nak cari novel yang kay suggestkan tu. Kisah Jaja yang mahu meminang ustaz. Nak tahu kisah dia macam mana. Cari punya cari, tapi tak jumpa. Ke stok buku tu dah habis? owhh.... Last-last aku 'dijumpakan' dengan buku lain. "Bila Allah Menduga Kita" oleh Syed Alwi Alatas. Sambar la,apa lagi. hehe.

Nampaknya tak tahu jugak la aku kesudahan kisah peminangan ustaz tu. Tapi tak mengapa, sebab ada pengajaran besar yang Dia nak sampaikan melalui "Bila Allah Menduga Kita" ni . InsyaAllah kalau diberikan kekuatan dan idea, aku akan cuba menerobos sedikit demi sedikit input yang aku dapat agar dapat dikongsi dengan semua.

Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah dan pada masing-masing terdapat kebaikan. Raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah dan jangan bersikap lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu, jangan berkata "Andai saya berbuat begini pasti akan begitu", tapi katakanlah "Allah telah mentakdirkan dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi" kerana sesungguhnya kata 'seandainya' pembuka perbuatan syaitan - Hadith Riwayat Muslim.

Till then..

PS: Berbisik...

Fikir-Fikir & Renung-Renung...

Thursday, January 21, 2010
Buka tv channel cap x, citer pasal artis A. Buka channel cap y pulak citer pasal artis B. Buka channel z pula, kisah segelintir remaja nak jadi artis. Dunia..dunia.. Sejak dua menjak ni, media terlalu dihambat dengan pelbagai rancangan hiburan yang memekakkan jiwa, menyesakkan dada dan menyakitkan mata. Last-last tv ditutup. Itu yang sebaiknya.

Aku kurang arif bab hiburan di Malaysia. Bukan kurang arif, tapi aku memang tak pernah ambil tahu. Terlalu menjengkelkan bagi aku. Maaf kalau ada yang tidak bersetuju. Tapi itu pendapat ikhlas dari aku.

Bahkan kalau ada orang tanya aku tentang lagu melayu paling hangat sekarang,...aku tidak tahu dan aku tak dengar lagu melayu; AJL pun tak tengok. Kisah artis masa kini? Maaf, aku juga tak ambil tahu. Kebanyakan artis pun aku tak kenal..erkk. Itu aku; yang tidak tahu segala-galanya kisah hiburan di Malaysia.

Beristigfar panjang aku sebentar tadi selepas melihat iklan My Starz LG tak silap aku, yang menayangkan cara cikgu lelaki memegang perut perempuan tu, sambil menggoyang-goyangkannya. Kononnya nak mengajar perempuan tu menari. Alahaiiii..... nak jadi artis punya pasal, nak jadi terkenal kononnya. Maruah entah ke mana. Dosa pahala lagi la tidak dihirau.

Kenapa masyarakat kita terlalu mengambil enteng perkara-perkara seperti itu? Memandang hanya dengan sebelah mata. Media lagi la, memikirkan keuntungan semata-mata, tanpa menghiraukan kesannya kepada masyarakat dan generasi akan datang terutamanya.

Sekadar renungan buat yang suka merenung, generasi sekarang adalah generasi yang dilahirkan oleh hiburan 10 atau 20 tahun yang lepas. Agak-agaknya la, bagaimanakah rupanya generasi yang akan lahir 10 atau 20 tahun akan datang, hasil hiburan yang ada sekarang?

Fikir-fikir dan renung-renung..

PS: Suka dengar flyfm;)

Maju..

Tuesday, January 19, 2010
Sekarang semua dah maju. Masa pun semakin maju. Orang apatah lagi. Baguslah kalau semua maju. Jangan ada yang terkebelakang sudah la.

Cuma aku kagum dengan budak-budak sekarang, mantap dan maju tak macam budak-budak zaman dulu. Anak-anak sepupu aku yang kecil tu pun dah ada akaun facebook. Terkejut aku diaorang add aku di facebook. Ingatkan sapa sebab macam kenal.

Rupanya anak-anak sepupu aku. Yang dah besar gedabak tu tak kisah la. Ni darjah 1,darjah 2. Maju betul depa mengalahkan mak sepupu yang sorang ni. Kecik-kecik lagi sudah pandai berada di alam maya. haihh..

Kalau darjah 1 dulu orang tanya aku, apa itu komputer. Aku geleng kepala. Tak tahu. Apatah lagi kalau orang tanya akaun facebook atau blog. Lagi la aku kerut dahi. Eh lupa, zaman tu facebook, blog, twitter, benda-benda alah tu semua mana la wujud lagi, hehe.

Kalau la zaman aku kecik-kecik tu dah ada blog, facebook, online forum, online news, twitter, friendster semua... dah dah. Tak payah nak kalau-kalau sebab memang dah takde...hahaha.

PS: Teringat zaman sekolah menengah dulu, nak berinternet guna dial up. 1515. Siap ada bunyi modem itu. Punya la lambat. Loading page pun dekat-dekat 5 minit. Ke 10 minit? hahaha..

Pontianak...

Monday, January 18, 2010
Petang semalam, aku dan Mekdi macam biasa menghabiskan sisa waktu hujung minggu dengan berenang. Terlalu ramai pengunjung ke kolam renang pada petang semalam, dengan budak-budak pun ramai. Namun aku redah je. Berenang macam biasa, dengan gaya pro. Dari hujung sini ke hujung sana. Ke hujung sini lagi dan ke hujung sana lagi, eceh.. Tapi sayang, tak nampak macho sebab tak pakai 'goggle'. Lupa nak bawa, adehh..

Nak tak nak terpaksa la aku menahan mata aku untuk dimasuki air kolam yang berklorin. Goggle tertinggal punya pasal. Nak berenang dalam keadaan orang ramai kene la buka mata, kalau terlanggar sapa-sapa nanti..tak ke naya.

Terlanggar budak-budak atau mak-mak budak boleh tahan lagi, dibuatnya terlanggar bapa budak sebab pejam mata time berenang, tak ke haru..huhuhu. (owh yer, swimming pool di pusat kejiranan di sebelah rumah kami ni tidak mengasingkan antara perenang lelaki dan perenang perempuan. Kononnya besar. Apa pun terima kasih kepada baju renang muslimah:D)

Sejurus selepas berenang, mata aku mulai memerah dan memedih. Macam orang sakit mata gitu. Terendam air klorin punya pasal. Tapi merahnya cuma di sekeliling mata putih, bukan menyeluruh, sekali tengok macam pontianak harum sundal malam pun ada. erkk...huhu.

Namun, pagi tadi selamba aku pergi kerja dengan keadaan mata ala-ala pontianak harum sundal malam. Tapi aku tak banyak sangat berinteraksi dengan orang. Aku duduk je mengadap flat screen pc aku. Bimbang pulak nanti orang takut tengok mata aku. Dari jauh mungkin tak nampak sangat, tapi kalau dekat....

Waktu nak masuk toilet, aku bertembung dengan kakak cleaner. Kami bertentangan mata. Aku senyum macam biasa. Tapi rupa dia lain macam, tak macam selalu membalas senyuman aku. Bila duduk depan cermin, baru aku teringat. Patut la akak cleaner tak balas senyuman aku, mesti dia takut tengok mata aku, macam pontianak! heh.

Biasa..

Setiap hari aku memiliki kebiasaan.
Apabila dia nakal kepadaku, aku bersabar.
Dan apabila dia membahagiakanku, aku gembira..

Tapi hari ni kebiasaan itu menghilang.
Entah ke mana larinya.
Atau mungkin dibawa lari?erkk

Owhh aku inginkan kebiasaan aku...
Ada di samping aku..
Seperti selalu.
Baru tiada haru..

Jatuh Cinta...

Saturday, January 16, 2010
"Cinta bukan satu paksaan. Memaksa orang untuk membuat apa yang kita mahu bukannya satu cinta, tapi perjanjian yang mengikat kebebasan. Tapi ...mencintai orang yang tak mahu mencintai kita juga bukan satu kesalahan. Kita tak jatuh cinta pada orang tu dengan syarat orang tu mesti mencintai kita. Jadi kenapa kita perlu takut untuk jatuh cinta?"

-Elizabeth Thornston-

PS: Patut la aku tak takut nak jatuh..tapi bab jatuh-jatuh ni, ada sakitnya jugak kan? Nak nak kalau jatuh dari tempat tinggi...

Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa gedebukkk!! hehe.


Erti Cemburu dan Rindu...

Friday, January 15, 2010
"Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya apabila semua rasa yang berkumpul tetap menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran dalam melalui simpang siur permainan duniawi ini..."

Itu petikan yang aku petik dari kulit belakang novel yang Haedir pinjamkan. Biarlah YM Berbicara. Ceritanya sweet. Tapi masih berbaki separuh buku lagi untuk dihabiskan. Entah bila boleh dihabiskan ni pun aku tak tahu, oh yer, aku bukanlah kaki novel, tapi kalau ada kawan-kawan yang mencadangkan mana-mana novel untuk dibaca, insyaAllah aku baca. Cuma itu la, ambil masa sikit mungkin barang seminggu dua untuk dihabiskan satu novel,erkk.

Ketika YM berbicara ni pun, Haedir yang 'suggest'kan baca. Walaupun bukan novel pembangun jiwa seperti Ayat-Ayat Cinta atau Ketika Cinta Bertasbih, tapi kalau hendak dibuat wadah untuk mengisi masa lapang yang ada,aku rasa tidak salah. Cuma jangan terlalu dibuai dengan cerita-cerita khayalan di dalamnya, kerana kebanyakan ceritanya banyak yang melanggar batas-batas syarak. Contoh berpegangan tangan, berpelukan antara yang bukan muhrim dan sebagainya. Apa yang baik boleh dijadikan pengajaran. Dan apa yang tak baik tu boleh dijadikan peringatan.

(Kay, novel tentang pi pinang ustaz tu tak jumpa lagi la, eh bukan tak jumpa lagi, tak pi cari lagi..hehe).

Novel versi orang putih pun aku suka layan sebab jalan ceritanya lagi real. Kalau bab penyiasatan seperti Dead Heat contohnya, ketika khusyuk membaca tu, betul-betul terasa macam tengok CSI gitu. Kalau baca Thousand Splendid of Sun pulak, boleh buat jiwa sentap, menangis pun ada. Novel versi orang putih ni pun dah lama aku tak baca. Last novel aku baca 2 bulan lepas kut. Ke 4 bulan yang lepas. Tapi sudah beberapa bulan la, hehe. Abaikan. Entry ni pun bukanlah nak menceritakan senarai novel-novel yang aku baca, cuma.....

ni je idea yang datang menyinggah tatkala aku begitu perlukan kata-kata untuk diletakkan di sini. hehe.

Till then..

PS: Mari membaca;)

Mencari Diri..

Thursday, January 14, 2010
Ingatkan nak menaip karangan pagi tadi. Tapi memandangkan waktu pagi aku sekarang agak terhad. Maka aku tangguhkan proses penaipan itu sehingga la sekarang. Aku cuma nak berkongsi pendapat aku yang naif ni tentang sebuah kehidupan. Kehidupan yang sedikit masa lagi akan tinggal kenangan. Kehidupan aku, dan kehidupan semua orang.

Ada kawan baik aku pernah kata kat aku yang dia cemburu tengok aku. Cemburu tengok apa yang ada disekeliling aku. Bekerja jauh dari kampung. Kerja bagus (padahal kuli je), bla bla bla... Kalau la dia boleh jadi aku....katanya.

Tak terkata aku dibuatnya. Dalam diam dia tidak tahu yang aku sebenarnya cemburu juga dengannya. Cemburu kerana dia dapat berada dekat dengan ibu bapanya. Dapat bersama mereka setiap hari sementara masih bujang. Kalau la aku boleh jadi dia....Tapi aku, masih lagi di sini. Masih lagi berada jauh dari orang-orang yang aku sayang. Tersangat jauh.

Namun aku tidak akan berputus asa, selagi aku diberi peluang, insyaAllah aku akan berusaha untuk pulang menabur bakti di kampung sendiri seperti dia. Tapi kalau aku ditakdirkan masih di sini lagi esok atau lusa, atau bila-bila, aku takkan bersedih. Aku takkan sekali-kali menyalahkan diri sendiri atau siapa jua. Aku redha. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. Kan?

Malah tidak dinafikan aku juga bahagia di sini. Aku harap kawan baik aku juga bahagia di sana. Hidup ini terlalu singkat untuk bersedih dan menderita atas apa jua keinginan yang tidak kita capai. Ada la tu, Dia nak ganti dengan yang lain.

Mungkin betul dari apa yang aku baca. Untuk bahagia bukanlah kita kene dapatkan apa yang kita mahu, tapi menghargai apa yang kita ada. Bersyukur dengan apa yang Dia berikan dan redha dengan apa yang kita tak dapat. Jalani hari-hari dengan hati yang bersih. Jangan dengki dengan apa yang orang ada, tapi kita tiada. (Tapi kalau aku dengkikan sahabat aku yang dapat kerja kat Terengganu sana boleh kut, hehe).

Sayangi semua orang yang ada di sekeliling kita dan jangan asyik nak marah-marah mereka atas kesalahan yang tidak disengajakan. Yang sengaja tu, maafkan juga la..., hehe. (Cuma aku ada satu masalah, kalau ada orang buat salah besar kat aku, aku boleh maafkan. Tapi aku tak boleh lupakan kesalahan dia tu, cemane entah... alamak termelalut bab ni pulak. Ampunn..)

Ada lagi, bersabar atas semua ujian besar atau kecil kerana ujian itu merupakan pemanis kehidupan. Dan yang paling penting jangan sekali-kali lupakan kebergantungan kita kepada Yang Maha Kuasa. Tak kira masa senang atau susah. InsyaAllah, semua pasti dipermudahkan segala urusan.

PS: Nasihat dan peringatan untuk aku juga, sejak dua menjak ni selalu sangat terkoya...adehhh..

Semua Yang Di Atas Tanah Akan Kembali Menjadi Tanah...

Monday, January 11, 2010


It was a nice weekend indeed. Dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat yang sudah lama tidak jumpa dan juga dapat bersama dengan sahabat-sahabat yang memang sentiasa ada di depan mata, cukup untuk menghadirkan satu perasaan yang 'unexplainable'...eceh..


Hari Sabtu tu kami ramai-ramai berkunjung ke kenduri perkahwinan Ikram, ex-Infocion merangkap junior aku di UIA, bertempat di Kampung Tunku Petaling Jaya. Kami sampai agak lewat, sesat punya pasal. Maklumlah kalau jalan di Petaling Jaya aku agak kurang arif; walaupun aku pernah menjadi warga PJ selama setahun setengah ketika menuntut di Matrik UIA PJ, tapi aku tiada masa untuk mengkaji semua jalan yang ada. Tau pun area-area matrik tu je la. Syukur, berbekalkan peta lisan dari 'Tuan' Sufian, kami akhirnya selamat sampai ke tempat yang dituju. phewww...


Sahabat-sahabat kami dari Singapore Eija, Nooril, Wan King dan Aiza sanggup bertolak dari Singapore pagi-pagi hari semata-mata nak datang kenduri Ikram. Ye la, waktu kat Infosys dulu, Ikram boleh tahan jugak baik dan loyar buruk dia. Kaya tapi tidak menunjuk. Pandai cakap dan pandai juga kelentong...hehe. Anyhoo(spt kata Mas). He's a nice guy. No wonder ramai kawan yang sanggup datang walaupun jauh. Hidangan pun best-best. Budu, tempoyak, belacan cencaluk semua ada. Marbeles betul...

Kebiasaannya kalau ada gathering disebabkan kenduri kawan-kawan Infy, selepas kenduri tu pasti ada-ada je plan. Plan nak tengok wayang sama-sama la, main boling la dan macam-macam lagi la. Alhamdulillah hari tu tiada sebarang plan pun yang seumpama itu, plan kami berubah. Disebabkan tahun baru mungkin. Selepas kenduri, kami ramai-ramai berjemaah asar di Masjid kampung Tunku. Sesuatu yang belum pernah kami buat sebelum ni.

Biasa kami solat sendiri-sendiri kat surau di mana-mana tempat kami berhenti...Petang tu betul-betul buat aku rasa something...wowww.... apa pun, bagus kan kami? erkk... (ye la, sapa yang nak puji diri sendiri melainkan diri sendiri kan?, hehehe). Selepas asar berjemaah kami pulang ke rumah masing-masing.

Tapi aktiviti kami tidak berhenti setakat itu. Sahabat-sahabat singapore yang kononnya sudah lama tidak menjejakkan kaki ke Malaysia mengidam nak makan sate Haji Samuri Kajang. Selepas Isyak, kami beramai-ramai keluar ke Kajang. Sampai sana, mak aiii ramainya orang. Ni sah memang tak leh nak lepak-lepak ni. Masa tu pun dah agak lambat. Perut masing-masing pun aku percaya pasti bergendang dengan hebat. Ke perut aku je yang bergendang? hehe..


Plan kami bertukar sekelip mata. Kami terus menuju ke Village View yang terletak berhampiran UKM Bangi. Alhamdulillah, kami menunggu tidak lama sebelum dihidangkan dengan lauk pauk yang dipilih khas oleh tetamu dari Singapore. Memang sedap. Kerapu masak tiga rasa, sayur kailan dan ikan masin, telur bistik, tom yam pun ada. Owhh yer, memandangkan aku ni kaki kuah tomyam, kuahnya yang berlambak kat dalam mangkuk tu aku yang habiskan. Sekian, terima kasih. hehe.


Keesokannya, pagi-pagi hari, tengah aku khyusuk memasak mee goreng untuk tetamu dari Singapore, Nooril tiba-tiba kasi cadangan ajak berkelah kat tepi tasik sambil makan-makan pagi. Ad hoc punya plan. Kami bergegas ke Taman Botani sejurus mee goreng masak, 1st time aku jejak kaki walaupun jarak dari rumah tak sampai 10km pun. Berkelah kat tepi tasik Putrajaya pagi-pagi hari tu sambil menguyah mee goreng buatan aku yang tak berapa nak sedap, di samping nasi lemak makcik yang terlebih pedas memang layan orang kata. Apatah lagi dapat mencuci mata memandang hijau...erk.



Sebelum mereka bertolak pulang ke Singapore, kami membawa mereka jalan-jalan ke Masjid Besi. 1st time jugak aku sampai kat sini. Nama je duduk di Putrajaya, alahai...


PS: Wiken yang agak memenatkan, tapi seronok. Seronok sampai tak ingat tanah yang akan jadi tempat kembali suatu hari nanti:(

Lagi gambar menarik di sini

Mencuba..

Thursday, January 07, 2010
'Jangan cuba dikawal arahnya taufan,
tetapi kawallah layar kehidupan.
Tak perlu diukur kedalaman lautan,
tetapi panjangkanlah kail yang sejengkal'.

Hari ni takde masa nak taip panjang sikit (konon,erkkk). Mahu ke dapur seberapa segera kerana ingin mencuba resipi apam coklat buat kali pertama, sekadar mencuba. Harap-harap menjadi; menjadi dari segi rasa dan bentuk,hehe.

Till then.


Surat Dari Bakal Suami..

Tuesday, January 05, 2010

Tangan ini mula menulis apa yang telah dikarangkan oleh hati ini di dalam kalbu. Aku mula tertanya-tanya adakah aku sudah seharusnya mula mencari sebahagian diriku yang hilang. Bukanlah niat ini disertai oleh nafsu tetapi atas keinginan seorang muslim mencari sebahagian agamanya. Acap kali aku mendengar bahawa ungkapan "Kau tercipta untukku."

Aku awalnya kurang mengerti apa sebenarnya erti kalimah ini kerana diselubungi jahiliyah. Rahmat dan hidayah Allah yang diberikan kepada diriku, baru kini aku mengerti bahawa pada satu hari nanti, aku harus mengambil satu tangungjawab yang sememangnya diciptakan khas untuk diriku, iaitu dirimu. Aku mula mempersiapkan diri dari segi fizikal, spiritual dan juga intelektual untuk bertemu denganmu.

Aku mahukan pertemuan kita yang pertama aku kelihatan 'sempurna' di hadapanmu walaupun hakikatnya masih banyak lagi kelemahan diri ini. Aku cuba mempelajari erti dan hakikat tanggungjawab yang harus aku galas ketika dipertemukan dengan dirimu. Aku cuba membataskan perbicaraanku dengan gadis lain yang hanya dalam lingkaran urusan penting kerana aku risau aku menceritakan rahsia diriku kepadanya kerana seharusnya engkaulah yang harus mengetahuinya kerana dirimu adalah sebahagian dariku dan ianya adalah hak bagimu untuk mengetahui segala zahir dan batin diriku ini.

Apabila diriku memakai kopiah, aku digelar ustaz. Diriku diselubungi jubah, digelar syeikh. Lidahku mengajak manusia ke arah makruf digelar daie. Bukan itu yang aku pinta kerana aku hanya mengharapkan keredhaan Allah. Yang aku takuti, diriku mula didekati oleh wanita kerana perawakanku dan perwatakanku. Baik yang indah berhijab atau yang ketat bert-shirt, semuanya singgah disisiku. Aku risau imanku akan lemah. Diriku tidak dapat menahan dari fitnah ini. Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Aku tidak meninggalkan setelahku fitnah yang lebih bahaya untuk seorang lelaki melainkan wanita."

Aku khuatir amalanku bukan sebulatnya untuk Rabbku tetapi untuk makhluknya. Aku memerlukan dirimu untuk menghindari fitnah ini. Aku khuatir kurangnya ikhlas dalam ibadahku menyebabkan diriku dicampakkan ke neraka meninggalkan kau seorang diri di syurga. Aku berasa bersalah kepada dirimu kerana khuatir cinta yang hak dirimu akan aku curahkan kepada wanita lain. Aku sukar untuk mencari dirimu kerana dirimu bagaikan permata bernilai di antara ribuan kaca menyilau. Tetapi aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik."

Jiwa remaja ku ini mula meracau mencari cinta. Matang kian menjelma dan kehadiran wanita amat terasa untuk berada di sisi. Setiap kali aku merasakannya, aku mengenangkan dirimu. Di sana engkau setia menunggu diriku, tetapi di sini aku curang kepadamu andai aku bermain dengan cinta fatamorgana. Sampaikan doamu kepada diriku agar aku dapat menahan gelora kejantananku disamping aku mengajukan sendiri doa diperlindungi diri.

Bukan harta,rupa dan keturunan yang aku pandang dalam mencari dirimu. Cukuplah agama sebagai pengikat kasih antara kita. Saat di mana aku bakal melamarmu, akan ku lihat wajahmu sekilas agar mencipta keserasian diantara kita kerana itu pesan Nabi kita. Tidak perlu alis mata seakan alis mata unta, wajah bersih seakan putih telur ataupun bibir merah delima tetapi cukup cuma akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi.

"Kahwinilah isteri kerana empat perkara; keturunan, harta, rupa dan agama. Dan jika kau memilih agama, engkau tidak akan menyesal.” Jika aku dipertemukan dengan dirimu, akan ku jaga perasaan kasih ini supaya tidak tercurah sebelum masanya. Akan ku jadikan syara’ sebagai pendinding diri kita. Akan ku jadikan akad nikah itu sebagai cop halal untuk mendapatkan dirimu. Biarlah kita mengikuti nenek moyang kita, Nabi Adam dan Siti Hawa yang bernikah sebelum disatukan agar kita dapat menikmati kenikmatan perkahwinan yang menjanjikan ketenangan jiwa, ketenteraman hati dan kedamaian batin. Doakan diriku ini agar tidak berputus asa dan sesat dalam misi mencari dirimu kerana aku memerlukan dirimu untuk melengkapkan sebahagian agamaku.

Dariku, Bakal suamimu.

www.iluvislam.com

Musafir Hidayah

PS: Aku pun sedang mempersiapkan diriku menunggu kedatanganmu..erkk..

Bahagia...

Monday, January 04, 2010
Rindu betul aku dengan tempat ni. Bila entah lagi aku dapat berkunjung ke sana. 4 bulan di sana berjaya menaikkan berat badan aku sebanyak 5 kilo!!huh! Balik Malaysia, semua sanak saudara terkejut dengan perubahan badan aku yang terlalu mengembang. Sehingga ramai yang tanya,

"Bahagia sangat ke Kak Nor kat sana, sampai jadi gemuk macam ni?"

Erkk, terkedu kejap..tapi selamba aku jawab..

"Bahagia, sangat bahagia"

PS: Owhh yer, aku bukan sekadar mengembang, tapi menghitam juga..hehe.. Nape entah teringat kat Infosys di pagi hari yang hujan ni.

(Infosys Technologies Limited, Mysore India. February-June 2007)

Sunyi..

Saturday, January 02, 2010
Sunyi terasa di pagi hari,
Begitu mencengkam diri yang sepi,
Aku melangkah mencari erti,
Sebuah kehidupan yang hakiki.

Sunyi terasa di pagi hari,
Mungkin tiada yang mengerti,
Namun aku tetapkan diri di sini,
Untuk mencari pengganti hati.

Sunyi terasa di pagi hari,
Menguatkan semangat di hati sendiri,
Sedu dan sendu dihiris ketepi,
Agar kebahagiaan dikecapi.

PS: Wallawehhh, ada berbaur-baur karat jugak aku punya bahasa ni...ekekekeke.. Layan je la. Sebagai permulaan tahun baru versi masihi:D

 

Browse