Yakitate...

Tuesday, September 13, 2011
Masa balik kampung dulu-dulu kala, saya masih ingat lagi keghairahan ketika mencuba kali pertama membuat roti. Ala roti senang-senang je yang dicuba, roti paun. Kat Terengganu memang terkenal dengan roti paun. Jadi untuk cubaan roti pertama, saya mencuba roti paun. Alhamdulillah... menjadi, ketika dibiarkan, adunan naik 2 kali ganda. Bermakna roti saya menjadi!!!! Ya Allah excitednyer!! Lepas dibakar, mak dan tok jadi orang pertama yang rasa....depa kata sedappp. Saya tersenyum.. bangga la juga. First try kan, he he.

Kali kedua cubaan membuat roti, entah mana silap, adunan roti tidak naik langsung. Salah yis gamaknya. Dibiarkan lagi adunan tu sehingga 2,3 jam tetap tidak naik. Last-last bila dibakar, roti jadi keras, oh! Saya kira, roti yang keras ni kalau dibuat baling kat buaya pun, buaya boleh mati...errr..

Saya tetap tidak putus asa (cheewah angkat bakul kejap, hehe)..... saya cuba lagi buat kali ketiga. Siap baca doa minta dengan Allah, suruh roti saya menjadi. Tapi Allah tetap tak kasi roti saya menjadi hari tu. Ada la hikmahnya tu. Tapi saya rasa sedih dan kecewa juga pasai roti saya tak jadi dan tak pasai-pasai saya kena paksa rela makan roti keras...huhu.

Memandangkan yis pun masih berbaki tu... saya rasa besok atau lusa, saya nak cuba lagi la buat roti. Kalau tak jadi juga kali ni, rasanya boleh la saya baling jauh-jauh angan-angan nak jadi pembuat roti terhandal macam dalam anime yakitate tu......hahaha


29 comments:

cikguNae said...

Afida, wah... bakar roti
Saya cepat2 datang hidu... :)
kenapa panggil roti paun ni?

IMANSHAH said...

wah roti ka?? saya pandai buat roti bakar

Pn Kartini said...

Assalamaualaikum my dear..

Tak pe Tak pe...
janji semangat tu ada..
tak dek cepat putus asa...
Perlu cuba dan cuba lagi tuuuu
InsyaAllah.......
;)

~PENCHENTA~ said...

Cerita yakitate sangat best!

Buat lah Fuji Mountain macam dalam cerita tuu. Heheh. :)

Bila nak bagi tester ni? Hihi.

Didi Kartika Osman said...

melonnn bun!! hehehe teringat kenangan dengan yakitate di UIA kan ^^ Insya Allah menjadi tu nanti Fida ..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Bila kita memasukkan yis kedalam tepung gandum, maka berlakulah penapaian (fermentation). Disitu saja terdapat beberapa faktor sama ada berjaya atau tidak. Diantaranya jenis tepung gandum samada byk serat atau protein. Keduanya tempoh hayat yis tersebut atau dimana kita simpan selepas digunakan kali pertamanya kerana ia merupakan benda hidup yang akan membiak. Ketiga, adakah sebati semasa kita mengadun atau mengulikannya. Keempat, jgn byk berkata2 atau adun ditempat yg berbau2an krn menjejaskan pembiakan yis. Kelima, tutup utk mengelakkan kehadiran oksigen dan simpan ditempat yg gelap supaya berlaku fermentasi dgn kehadiran tanpa oksigen (anaerobik).
Keenam, jgn putus asa krn sesuatu kegagalan merupakan permulaan pembelajaran.
p/s Bercakap dari segi sudut biologi saja. Selamat mencuba lagi.

padlie said...

Cuba lagi.. Azuma pun tak putus asa untuk buat roti jepun dia tu.. Kalau tak naik tu, masalah dengan yis.. Mungkin dah kembali kepada Allah..

Adliff said...

Afida,

Kalau bancuh yis yg jenama mauripan tu, guna air suhu bilik, tambah gula pasir sesudu besar. Dah tu tutup bancuhan sekejap, biar yis hidup Dan makan gula.

Lepas tu baru masuk ke dalam adunan tepung. Uli jangan terlalu lama, sebab terlebih uli gluten akan buat roti payah nak naik gebu. Rehatkan adunan. Dua jam.

Lepas adunan naik baru lagi untuk keluarkan gas. Rehatkan adunan 30minit. Pastu baru bakar.

ps: gunakan haba yg sesuai utk bakar roti. Terlalu panas yis dalam adunan roti mati mendadak n roti jadi keras. Tak apa kalau adunan doh sedikitlah lembap Dan melekit.

Hu,hu,hu, unicorn ini pernah jadi pembuat roti......

Adliff said...
This comment has been removed by the author.
nur aisya humaira said...

aisya buat donut, kli pertama jadi..suke yg amat...
ble buat kli ke2 dan sampai skang tak jadi2..padahal adunan yg sme..pelik2...:)

lu'lu' wa marjan said...

agaknya, nak udara trganu kot..baru naik..hehehe..keep up moving..nnti hantar kat kami seloyang..;-)

Unknown said...

pglaman akak m cm TH mula2 buat pau.smpai skg xnk buat dh

ekekeke

Bijen M. said...

Gua nampak signboard roti paung dekat otw nak pi KT.
Ingatkan lu dah jadi tokeh, tapi masih belum.
Mungkin lu boleh pam angin masuk dalam adunan tersebut.
Moga Allah izin.

fuad ansari said...

“Surat ini dikirimkan kepada Sungai Nil oleh Umar, hamba Allah dan Amirul Mukminin. Wahai Sungai Nil! Jika air yang mengalir di sungai ini atas kuasamu, maka ketahuilah bahawa kami tidak memerlukan kau, tetapi jika ianya mengalir di atas kekuasaan Allah s.w.t, maka kepadaNyalah kami memohon agar mengalirkan air di sungai ini.”

“Surat ini dikirimkan kepada roti paun oleh Afida, hamba Allah dan masing bujang. Wahai roti paun! Jika adunan roti ini naik atas kuasamu, maka ketahuilah bahawa kami tidak memerlukan kau, tetapi jika adunan roti ini naik di atas kekuasaan Allah s.w.t, maka kepadaNyalah kami memohon agar menjadi roti paun ini .”

(",)

Tirana said...

Roti tu malu nak jadi...hehehe.. Cuba sampai berjaya..Kak tirana pun dah lama tak buat roti.

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari sihat hendaknya serta sentiasa dalam redha Allah Taala..

Agaknya masa buat adunan tu saudari campurkan yis sekali dengan garam. Biasanya garam akan dimasukkan last sekali setelah bahan-bahan lain diadunkan. Just have a try...:)

Afida Anuar said...

Nae-->eh sabar...sabar nae, tak bakar lagi ni..ehehe.. entah la kenapa dipanggil paun, tak baca pula sejarah roti paun ni..hik

Shah-->Alaaa, roti bakar senang je shah:P

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie, hehe... ingat nak cuba sampai jadi, tapi itu la kak, asyik tak jadi mcm tak semangat dah nak buat..hohoho..insyaAllah moga semangat tak putus;)

Penchenta-->Akak tengok yakitate zaman akak u dulu2.. hehe..Allah, buat roti paun pun tak lepas, jangan mimpi nak buat fuji mountain la..keekeke

Dd-->hehe..melon bun pulak...isk. Roti paun paling senang ni pn tak jadi lagi d..a'aa, teringat sungguh kenangan tengok yakitate di uia dulu2..err;)

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Tajnur.. Wahh Tajnur tahu juga bab2 roti. Yis tu saya simpan dalam almari, ke pasai tu eh..pasai sejuk duk dalam lemari tu? Pastu masa buat roti tu, buat sorang2, bercakap dalam hati je, so ni dah pass...tepung banyak protein ke serat, tak pulak saya tahu.err. Tapi saya rasa faktor yis ni, nak cuba beli mauripan seperti yang Aliff bagitau tu la.. yis sekarang ni tatau cap apa...hahaha. InsyaAllah tak putus asa lagi ni, tatau la kalau lepas ni gagal berkali2 lagi...hurmm..mungkin asa akan putus kot..hehe:)

Padlie-->aaaa, akak dh lupa nama dia azuma.. yer, mungkin juga yis telah mati, cuba buat guna yis baru la;)

Aliff-->Aliff, fida tak guna cap mauripan. Cap apa entah.. oooo, yis makan gula eh, baru tau ni..ekkeke. Ok, tengs Aliff, insyaAllah fida cuba buat seperti yang Aliff ajarkan ni.. Wahhh mesti roti2 yang Aliff buat sedap2 kan? jelesssnyerrr..

Aisya-->itu la. Akak pun guna adunan sama, cara yang sama...isk..

Kak Hanan-->kali kedua buat tu kat ganu la kak hanan,tapi tak jadi jugak..hmm.. eh nak seloyang je? hehhe

TH-->TH, jangan putus asa, cuba lagi, eceh pandai je nasihat kat orang akak ni..kekeke

Bijen-->Lu ada pam roti? gua pinjam.. a'aa, KT memang glemer dengan roti paun pun. Gua tau kat mana lu nampak tu, jalan masuk Manir kan? kan?

Fuad-->Aaaa, thanks fuad, nanti akak bagitau adunan roti tu macam ni, macam yang Fuad tulis ni..insyaAllah moga2 menjadi la!...

Kak Tirana-->Agaknya la kot kan kak tirana...cuba dulu ni, kalau tak berjaya jugak tatau la..

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak,Alhamdulillah saya di sini sihat2 aje, moga saudara di sana begitu jua... garam saya tak campurkan dalam yis pun..dan memang dah masukkan yis tu last sekali, ingat nak cuba bancuh yis dengan gula la. Spt yang saudara aliff ajar tu. InsyaAllah cuba lepas ni;)

senyumSOYA said...

yakitate japan!!!
hihii...suka gak tengok cter tu...
klakar..^^~

pam angin la akak lm roti tu...errr...

sahromnasrudin said...

awak cube try buat puding roti..mana tau menjadi kans heheheheee

shameel Iskandar said...

Terus mencuba. hahaha. sy hanya pandai buat onde-onde jer.

Adliff said...

Garam masuk akhir sekali. Gula , minyak/butter/yis awal.

Norsha said...

Salam fida,
dah siap rotinya ? nak rasa satu....!

Zul fattah said...

xpe.. teruskan usaha.. dan belajar dari kesilapan.. itu yg terbaik utk ingtan.. haha.. aku tak pernah makan lg kot roti paun? macam mana eh?

Azian Elias said...

kalau kami di Johor panggil roti paung. sedap kalau ada inti sambal ikan bilis.

Afida Anuar said...

Senyum Soya-->ada pam angin? akak nak pinjam..hehe. Akak tengok citer tu zaman u dulu, tahun 2004,2005 gitu la..

Sahrom-->puding roti dah penah buat, memang dah jadi pn;)

Shameel-->onde2 pun saya pandai buat jugak shameel;)..senang je tu..hehe

Aliff-->baek bos!...;)

Kak Norsha-->salam kak norsha, hari ni tak buat lagi, tengok la besok ke..jumaat yang cuti tu ke.. nak satu je ke kak norsha?hehe

Zul-->hehe..sedappp sangat..cuba lah.. klu nak tengok rupa roti paun tu cuba google;)

Kak Yan-->hehe, kak yan..patutnya kat terengganu la kena ada 'g'...ni orang johor pulak. Tp kat ganu memang eja paun;)... sambal inti bilis tu mungkin boleh dicuba;)

Rashid said...

eheemm ehemmm

fida.. Buat roti ni macam orang jatuh cinta jugale ya. cinta pertama kadang jadi kadang tak menjadi .. cinta ke-2 pun sama .. terus bercinta lagi. jatuh cinta lagi .. Semuanya ada hikmah.. nak dapat yang terbaik ..

Afida Anuar said...

Cikgu Rashid..

tengah tunggu roti ni, naik ke idak... doa2 la moga naik, nanti fida hantar kat cikgu sebiji eh..hantar dalam mimpi..kekekeke..

nampaknya cikgu ni memang ada pengalaman dalam jatuh naik cinta!..errr;)

Anonymous said...

Cubaan yang berkali-kali sebenarnya menjadikan kita lebih baik. InsyaALLAH..

Afida Anuar said...

belajar dari kesilapan iyer dak?;)

 

Browse