Tak Cantik Di Mata...

Sunday, September 18, 2011


Cubaan kali ke lima. Baru ada rupa roti dan rasa roti. Gagal berkali-kali, tak semestinya selamanya tak berjaya iyer dak? Yang penting usaha.

Mentang-mentang roti dah kembang cantik elok, saya pi modify jadi roti coklat separuh, roti biasa separuh. Lepas ni tatau la nak modify jadi roti apa pulak. We'll see... we'll see.. he he. ^_^

Oh,sila abaikan rupa dia yang tak berapa nak cantik tu, insyaAllah in future i will improve. Rupa tak cantik tak pe, asal rasa dia sedap. Kan?

Jemput makan semua..... errr jemput makan Mardhiah dan Kak Sal...hehe;)




PS: Mardhiah dan Kak Sal kata sedap... yosh!

23 comments:

nur aisya humaira said...

naik molek roti akak....:)

jeles tgk,kembang semacam je..sampai macam nk melimpah je...:)

jemput2 makan, aisya makn jemput2 je kat umah ni..hehe

Norsha said...

betul tu fida, rupa tak cantik takpe, asal ada rupa roti, janji sedap, mcm manusia juga, rupa biasa2 tapi akhlak mantap, tu yg buat org terpesona....ish, kalo dekat mahu je suruh fida antor ke rmh akak seketul dua....:)

Unknown said...

yg penting sedap kak

waa...bl leh merasa roti yg akak buat nie

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear..;)

bak omputih cakap..
"Don't judge a book by its cover"

Bior tak cantik di mata..
cantik di hati
kan bertambah sayang
seleranya pasti memikat!

;)

tak ke gitu dear??:)

Rtp Farra Arisha said...

confirm sedap!! :)
mahu coba juga..hehe.

fuad ansari said...

oh, ini ke menu umah terbuka akak minggu depan...

kena datang ni... (",)

takpe, nanti nak hidang, potong cantik2.. (",)

Tirana said...

tak perlu rupa cantik sbb nanti masuk dalam mulut, digigit2 hingga lumat, dah tak nampak rupa..hehehe

natni said...

amek tempahan x?
org tingin nk rs nih..
nyum3 ;)

senyumSOYA said...

gemuk2~ akak.. serdang ng putrajaya dekat ja akak..hantaq sini sket..
kasi senyum kat hati saya
y kesedihan air masih xda..huk3~

p/s : nak roti tu..T.T

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Eh! betul ke roti ini? Saya ingatkan terkena juga jangkitan kulat seperti di bangunan JPA Putrajaya! (Gurau je).
Peraturan paling penting dlm pembakaran roti adalah keseragaman suhu (dlm loghat Perak kata `uniformity of heat`). Kebiasaan org baru dlm memasak ini, kurang pengalaman dari segi keselarasan suhu dan jangkawaktu yg diambil. Ini tentu asyik buka-tutuyp ketuhar sampai suhu jatuh mendadak dan kesan demikian rupa. Apa2 pun bagus utk percubaan dan paling penting ada kawan setia yang sanggup makan bersama dgn setianya...

Afida Anuar said...

Aisya-->he he, tu akak tinggal kejap je. kalau akak tinggal lama lagi naik kembang berganda-ganda kot! eh eh..jemput2 pun sedappp pe..:) nak sket..he he

Kak Norsha-->nak seketul dua je kak norsha? cukup ke nanti? he he gurau je. A'aaa, rupa cantik tp akhlak takdak, payah jugak. Rupa takdak, akhlak takdak..laaaagi payah. Rupa tak cantik, akhlak cantik... alhamdulillah. Tapi kalau rupa cantik, akhlak terbaik...subhanaAllah...;)

TH-->hmm..bile eh... mai la cni;)

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie, a'aa..betul la tu kak. Betul la tuh, wahh sesekali kak tinie berfalsafah;)

Vira-->salam kenal juga vira...

Arisha-->confirm!!..he he

Fuad-->aaa fuad, apa kelas menu rumah terbuka makan roti je.. isk... tak patut,tak patut. Tunggu akak berumah tangga dulu la, insyaAllah panjang umur.. akak jemput fuad sekeluarga datang rumah. Boleh la nanti nak rasa roti takde rupa tapi ada rasa ni.. he he.

Kak Tirana-->eh betul gak kan kak tirana. yang penting rasa..eceh..

Intan-->tempahan tak amik. sekian terima kasih..kekekke

Senyum Soya-->alamak, nape sedih-sedih ni. Dah dah, sapu air tu. meh kita makan meh..

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Roti ler ni Tajnur..adehh.. he he. Allah.. tau pulak tajnur yang kami ni asyik buka tutup, buka tutup ketuhar yer.. Kantoiii!! Ni pasai kami tak sabar2 nak tengok dia naik elok ke idak time membakar tu..huhuhu. InsyaAllah next time tak buat lagi.

Tengah-tengah lapar kalau makan panas-panas.. beramai-ramai, semua sedap jadinya kan? he he.. dinner kami semalam;)

cikguNae said...

Afida,

Wah... sudah siap dibakar
Hantaq mai Aloq Setaq seketoi... haha

Kakzakie Purvit said...

Wah... adik kakak nie dah pandai buat roti. Tak payah beli kedai lagi. Sayangnya resepi tak nak kongsi. Untunglah Mardhiah dgn Kak Sal dah dapat rasa airtangan Fida...:)

zonaku said...

assalamualaikum... singgah menjenguk tempat baru

sahromnasrudin said...

assalamualaikum...

gebunya...pasti rasanya segebu rupanya kan..:-)

Kamsiah yusoff said...

salam
hehe..fida..betul tu...biar rupa tak cantik tp rasanya sedap...pekena dgn teh o panas...mengancammmm..

Afida Anuar said...

Nae-->aii nae, cukup ka seketul? he he;)

Kak Zakie-->he he, nak kongsi resipi malu la kak, sebab fida main campak2 je.. fida pun ikut resipi internet...tapi yang fida boleh share kat sini..

-suku cawan gula
-2 sudu teh yis kering
-1 cawan air suam
-5 sudu majerin
-secubit garam
-serbuk koko secukup rasa.
-tepung gandum secukup rasa, jangan terlebih tepung nanti keras.. he he. Lebih kurang ni la bahan2 dia. kak zakie..errr..

Zonaku-->Waalaikumusalam zonaku. tengs sudi jenguk sini

Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom..hmmm.. hehe, lebih kurang begitu lah sahrom, eh nampak gebu eh? he he

Kak Kamsiah-->salam kak kamsiah..a'aa, makan dengan teh panas sedap sangat kak...err;)

shameel Iskandar said...

tahniah Afida dah menjadi nampaknya roti tu. pos ke ipoh satu yer

Afida Anuar said...

Shameel, terima kasih, he he.

Alamak shameel, dah habis, nak pos lagu mana? he he;)

Iera Daniera said...

wah nampak cedappppp. ajar ira bole kak fida? ;)

Afida Anuar said...

nak berguru la ni eh, boleh ..boleh.. bawak pulut kuning dengan ayam panggang satu eh... hahaha

Anonymous said...

Tapi mata memandang, sedap.. Jujur, terliur kak... :)

Afida Anuar said...

he he, rupa takde tu dik, terliur jugak eh... Hmmm, ada jodoh, ada rezeki, kalau akak buat makan2, jemput datang eh, kita pakat rasa sedap ke idak, insyaAllah.;)

 

Browse