Mencari Sayap...

Tuesday, September 20, 2011
Nampaknya adik saya, Mekbu sudah berpindah tempat kerja. Dari Kuantan ke tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Mak dan ayah datang sini minggu lepas pasai nak hantar Mekbu dan kereta Mekbu (sebenarnya bukan kereta Mekbu pun, tapi kereta yang mekbu pinjam dari mak, hehe). 2 bulan je dia bertahan kerja kat Kuantan, lepas tu dia berhenti bila masuk awal Ramadhan baru ni. Asbab berhenti, biarlah saya simpan sendiri. Cuma.. tak dapat la saya nak merasa ikan bakar kat Tanjung Lumpur tu lagi, hu hu hu.

InsyaAllah, minggu depan lagi satu mak, ayah dan adik-adik akan datang lagi ke sini, sebab Mekbu nak konvo, sebab Mekbu lagi.. hehe. Kerap pula keluarga bermusafir ke sini tahun ni. Moga-moga Allah beri kesejahteraan dan keselamatan sepanjang perjalanan nanti.

Hmmm, nak beli hadiah apa sempena konvo Mekbu nanti eh? Kalau saya kasi buku aci dak? Nak kasi bunga macam membazir (walaupun bunga sangat sinonim dengan konvo). Dah la mahal, pastu tak sampai 2 minggu bunga pun kering, mati. Pastu buang. Kalau bagi buku, walau mahal sekali pun...tapi usia dan ilmu dia sepanjang hayat yer dop? Nasib la, saya memang tak minat kasi bunga kat orang, nak buat macam mana. Tapi kalau saya dapat bunga free, besar tapak tangan, seluas lautan saya tadahkan, ha ha ha.

Buat sementara ni Mekbu menumpang di rumah adik lelaki saya di Gombak. Dia berulang alik pergi kerja balik kerja naik train Putraline tu. Merasa la dia jadi warga kota yang tak lekang dari kesibukan, keseliratan dan kebingitan. Moga-moga dia kuat, tabah dan dipelihara Allah selalu dari segala keburukan dan niat jahat orang.

"Kak Nor, cari lah kerja kat KL ni, boleh kita sewa rumah sama-sama. Kita berdua je. Nak tak? Jom la.. Pelissss.."

Allah.... nak cari kerja kat tengah KL tu satu hal? Tenang kat Cyberjaya ni macam mana, takkan nak tinggalkan macam tu je? Ni pun satu hal. Hati membebel sendiri.

"Hmmm... tengok la, kalau Kak Nor rajin"





PS: Mahu terbang tinggi, tapi sayapnya tiada... Allah...

25 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kakak rasa Fida jangan pindah sebab Fida dah lama kerja situ. Sayang... Mekbu kena bertahan seketika. Lepas convo nanti boleh cari kerja di cyberjaya ikut Fida...

Ibu sanggup buat apa saja walau hantar kereta dari Pantai Timur ke tengah semenanjung pun sanggup Fida...

Azian Elias said...

mekbu tu maksudnya apa sih? mek gebu? heee..usik fida aje ye. Jgn marah.

Unknown said...

bila lg nk cari sayap tu?

=p

Pn Kartini said...

Assalamualaikum dear..:)

....kiranya sekarang adik fida lam tempoh penyesuaian tuu..pasti mencabar juga...!insyaAllah..nanti2 terbiasalah dgn kesibukan tu..

Utk fida....duk diam2 kat cyberjaya tuuu...dah sesuai bebenor dahhh akak tgk dik duk kat situ..tak ke gitu dear..;)

shameel Iskandar said...

salam afida.
bagi saya elok afida kekal kerja kt cyberjaya tu sbb dah lama afida kerja situ jadi sudah tentu sudah serasi. Bila pindah tempat baru akan ambil masa juga untuk sesuaikan diri dgn suasana baru. kecuali kalau terpaksa atau diarahkan oleh pihak atasan/majikan.

Ramai juga yer adik beradik afida yg menetap sekitar selangor dan KL

Norsha said...

fida,
ktn tk best ke?......btw, moga dia kuat, cekal dan tabah menempuh liku2 perjalanan demi rezeki yg halal...sekuat & setabah kakaknya...

nur aisya humaira said...

aisya konvo tak dapt hadiah pn..hehe

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Eh! Mmg kalau orang `konvo` kena BAGI hadiah ke? Oh! Begitu `square` dan naifnya saya kerana selama ni saya sangkakan org2 yg menghadiri `konvo` dah cukup gembira dan tidak perlu hadiah lain apa2 lagi. Saya yang dah 3 kali konvo pun, sekadar konvo jelah org lelaki katakan. Nothing else...

Rashid said...

rasanya hadiah buku tu memang baik .. jangan buku cinta dah .. hehe

"fida, ermm .. andai daku menjadi sayapnya .." (dengan suara paling romantis .. eeeeeee )

fuad ansari said...

kena bersangka baik nampaknya...
mungkin mekbu tak tahu perancangan akaknya yg sedang cari sayap dan akan tinggal bersama2 dengan sayapnya... (",)

hadiah konvo yg baik adalah kata2 yg berbunyi, "Tahniah.. Yakinlah bahawa rezeki itu datangnya dari Allah dan bukan dari segulung kelulusan"

(",)

Tirana said...

Selamat bekerja di tempat baru buat mekbu.. Mudah-mudahan tabah mengharungi liku-liku hidup di kota raya yang penuh dengan 1001 macam cabaran.

senyumSOYA said...

hehhe..kalau dah okay buat apa pindah... huhuuh..
terpikir2 tahun depan dah abes blja.. keje cmna..
mintak2 dipermudahkan.. ^^"

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida..

Moga saudari dikurniakan Allah SWT kesihatan yang baik..

Elok benar dihadiahkan buku agama agar ianya menjadi panduan berguna buat mekbu..

sahromnasrudin said...

sayang la...awak dah kje lama..msti tak lama lg dpt promotion kan..kl tue sesak..penjenayah pn ramai huhuhhhh

Menusuk Hati said...

sayap saling menanti antara satu sama lain..ehem2!

Nazrah Abdul Aziz said...

Ahh..ikan bakar kat Tanjung Lumpur tu memang sedap. Pernah makan dengan husband kat sana. Pasni kami ada merancang nak pergi Kuantan balik hari semata-mata nak makan ikan bakar kat situ. Huhuhu..

cikguNae said...

Salam Afida...

pengalaman berpindah-randah kerja di tempat baru agak sukar...
Nak sesuaikan diri dengan rakan baru... budaya kerja mereka... pantang-larang mereka dan status quo orang lama ...
Tapi, ia cabaran...
bagi saya, Afida kukuhkan prestasi/ kedudukan di tempat sekarang... :)

Kay said...

Jom Fida cari kerja kat KL, boleh menumpang sewa sama...

ehehehehe

Anonymous said...

adk pnggil mekbu??lucu je name..haha

eh..bli bunga plastik..cmform tahan bertahun2..aku bagi kt kakak angkat aku bunga tym dia konvo..skang ni dh hmpir 3 tahun..dia pn masih simpan la

Afida Anuar said...

Kak Zakie-->Rasanya susah mekbu nak dapat kerja kat cyberjaya ni...pasai sini semua IT kak.. Mekbu bidang perakaunan.. entah . Tengok la nanti cemane... Itu lah kak.. dah namanya kasih ibu ayah kan..

Kak Yan-->hehhe..panggilan manja tu kak yan. Nama dia Nadiah sebenarnya...;)

TH-->tengah mencari;)

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie, hehehe, sesuai eh kak.. Fida pun rasa sesuai jugak, tapi dalam sana ada terasa macam teringin nak berhijrah ke tempat baru. Mana la tau kat tempat baru boleh bertemu jodoh ke..errr.. hehe

Shameel-->Salam shameel, tengok la buat semntara ni saya stay dulu kut, lagipun baru je naik gaji baru ni. So merasa lah dulu gaji baru ni..tengok la kalau ada kekuatan nak cari kerja lain. A'aaa...ramai jugak la. Kat shah alam, kat gombak.. Kat nilai...;)

Kak Norsha-->Bukan tak best kak norsha, fida pun suka jugak sbenarnya kat kuantan tu. Tapi anggaplah ini masalah kat tempat kerja... Kerja dengan sistem perbankan susah sikit nak cari yang betul2 ikut syariah kan?

Aisya-->Alahaii..takpe2.. nanti konvo lagi sekali akak kasi hadiah;)

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..errr.. entah la tajnur, zaman saya konvo dulu diaorang kasi hadiah, kasi bunga... so kira macam orang berbudi kita berbahasa la.. wahhh dah 3 kali konvo? mantap la tajnur ni.. ijazah, master, phd eh?? (orang laki tak rasa sangat kut hadiah2 bunga2 ni kan? tak kasi pun takpe.. ke cemane? he he;))

Cikgu Rashid-->suara romantis sapa tu cikgu? he he... eh eh, buku cinta pun ok gak cikguu...hehehe

Fuad-->Dapat pulak fuad teka bab sayap tu.. adehhh.. tahniah2. Haaa, sebenarnya lagu tu la. Tapi itu lah... we'll see..;)

oh, tengs.. nnti akak sampaikan kata2 tu kat mekbu;)

Kak Tirana-->Terima kasih kak tirana. Nanti fida sampaikan kat mekbu;)

Senyum Soya-->Sebab kalu tak pindah nanti duk kt KL nak ulang alik ke cyberjaya jauh.. kalau duk kt KL lah.. insyaAllah moga2 dipermudahkan dapat kerja.. Aminn

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, semoga saudara pun begitu jua..a'aa buku agama pun cadangan yang baik tu. Nanti saya usha2 kat mph tu buku terbaik yang boleh saya bagi kat mekbu;)

Sahrom-->hmm..promotion macam tak nampak pn..entah la. Tengok la cemane sahrom;)

Menusuk Hati-->ehem ehem... sayap apa tu yang saling menanti? kekekeke

Nazrah-->he he, ok jugak kan pi sana semata2 nak makan ikan bakar..tp nanti nak tidur mana? hu hu

nae-->Salam nae, cabaran tu memang cabaran.. tapi..sesekali mengharung cabaran ok jugak kan? hehehe.. tengok la cemane.

Kay-->oh, kay nak tumpang eh, patutnya fida la yang tumpang umah kay kan..kekekek

Sifu Im-->haha, panggilan manja tu. Nama dia Nadiah... a'aa, kan.. bunga plastik. Tapi bunga plastik tak feel. tak kira nak beli buku jugak.. he he

Bijen M. said...

Eh.
Gua konvo bulan depan.
So...
Nak cakap tu je.
Okebai!

IMANSHAH said...

guano?? Kl sebuk sangak, dok putrajaya tu ok lah

Afida Anuar said...

Bijen-->ok.. set. Hari jadi gua bulan depan jugak. Okebai!..hehe

Shah-->hmmm ye la..saya duk cni la shah;)

Anonymous said...

cik pu. samsung galaxy se ye utk hadiah konvo.mekasih cikpu..ssaaaayaaannng cik pu..ahahahahahhahahaa

Afida Anuar said...

dari beli hadiah ke mu, baik wi hadiah samsung galaxy tu kat diri aku sendiri..uwekk:P

 

Browse