Kembali...

Sunday, September 11, 2011
Sedang bersiap untuk solat magrib petang Jumaat yang lalu, tiba-tiba saya mendapat sms dari Ina, "Dah dengar pasal anak Aizat?"

Ya Allah... dengar pasal apa pulak ni? Getus hati. Lantas nama Ina saya cari. Saya telefon Ina. Dada sebak tatkala mendengar berita yang Ina sampaikan.

Innalillahiwainna IlaihiRojiuunn... Anak Aizat Yaacob dan Farhana Fadzil, Faris Aiman, 3 bulan telah meninggal dunia kerana tersedak susu di rumah pengasuh. Berat sungguh ujian yang Allah kasi kat Aizat, baru 2 bulan lepas dia kehilangan ayahanda tersayang, sekarang anak lelakinya pula yang menyusul. Moga Aizat dan Ana sabar dan tabah hadapi ujian Allah ni.

PS: Cemburu dengan Aizat dan Ana, sebab Faris Aiman tengah tunggu ibu dan ayah dia, kat depan pintu syurga tu....Allah....


23 comments:

Tirana said...

Setiap yang Allah takdirkan tentu ada hikmah walaupun pahit untuk ditelan..

nur aisya humaira said...

Innalillahiwainna ilaihirojiuun...

beruntungnye dia, insyaALLAH anak dia tunggu kat syurga...:)

~PENCHENTA~ said...

:')

Semuanya ada hikmah.

Semoga mereka tabah.
Allah. Allah. Allah.

Norsha said...

Allahuakbar, sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali....sekalipun ujiannya berat, mereka sudah ada 'saham' diakhirat...

Unknown said...

besar dugaannya

alfatihah
beruntungnya kalian berdua

shameel Iskandar said...

Innalillah..
Takziah kpd kedua org tuanya. berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya.

Pn Kartini said...

alfatihah...


Moga diberikanNya kekuatan dan ketabahan hati buat sabahat fida,Aizat dan Ana...

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari...

Moga sihat hendaknya..

Moga Allah kurniakan ketabahan dan kesabaran buat Aizat dan isterinya..

natni said...

bday arwah aiman 22may la kfid..
takziah wat dorg
insyaAllah dorg tbh n sbr tuk sme ni

naimisa said...

ada ganti yang lebih buat mereka berdua. Insya-Allah.

sahromnasrudin said...

ya Allah..beratnya ujian yang pasangan ini terima..

semoga mereka tabah dan sentiasa berfikir positif...

intan.maisarah said...

kepada dia kita datang
kepada dia kita kembali

moga pasangn aizat tabah hadapi dugaan ini

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Susah juga nak menerima kenyataan apabila anak zuriat kita pergi dahulu daripada kita? Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Tetapi inilah kenyataan hidup, kita mesti menerima takdir yang berlaku. Semoga Allah SWT memberi ganjaran pahala dan kiffarah dosa keatas kedua ibubapanya. Amiin.

shy said...

innalillah..
semoga aizat dan ana diberikan kekuatan atas dugaan ni..
semoga Faris Aiman damai di sana..
al-fatihah..

Kakzakie Purvit said...

Allah... besar sungguh ujian pasangan ini. Moga tabah dan ada hikmahnya kerana anak ahli surga itu menanti ibu-bapa di akhirat kelak...

fuad ansari said...

kalau husna, sambil tido pun minum susu.. ada doktor kata, takpe... anak2 kecik ada kelebihan utk tido sambil minum susu..

tapi tu lah, nak wat camne kan.. ajal maut ditangan Allah.. semua tu hanyalah menjadi penyebab kematian.. ada orang, duk jalan2 pun kena hempap pokok kepala.. pelik mendengarnya.. tapi macam2 Allah boleh buat utk jadikan penyebab kematian..

al-fatihah buat faris bakal memegang jawatan pelayan2 di syurga...

Adliff said...

Untung sahabatmu, sudah ada yang menanti di pintu syurga...

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->InsyaAllah kak tirana, semua kejadiannya pasti berhikmah..

Aisya-->jeleskan aisya, dia dah ada saham syurga..

Penchenta-->InsyaAllah..mereka tabah. Mereka tabah...

kak Norsha-->Kita pula akan menyusul nanti kak. Alhamdulillah..mereka sudah punyai saham di sana..

Titisan Hujan--> sangat beruntung kan? tetiba rasa cemburu..

Shameel-->InsyaAllah mereka tabah shameel..mereka tabah.

Kak Tinie-->Al-Fatihah. MOga2 mereka kekal sabar dan kuat dalam hadapi dugaan Allah ni

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, moga saudara pun begitu jua. InsyaAllah...moga2 Allah kurniakan ketabahan buat mereka

Intan-->Ohh..orang salah tengok path alia rupanya.ok ok nnti orang tukar 3 bulan. Tengs..

Naim-->InsyaAllah Naim, Allah akan ganti dengan yang lebih baik. InsyaAllah

Sahrom-->InsyaAllah sahrom, mereka tabah.

Sara-->Kita pula yang akan menyusul nanti sara, insyaAllah mereka tabah orangnya sara..

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt...Memang susah nak terima. Kami yang kawan-kawan pun masih terkejut, apatah lagi ibu bapanya. Ibu yang mengandungkan dia, menyusukan dia.... Allah, tak boleh bayang. Saya percaya, hanya mereka yang terpilih je diuji dengan sebegini ujian, moga2 Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang ke atas mereka atas kesabaran, dan ketabahan menghadapi ujian Allah ni, Aminn..

Shy-->InsyaAllah, faris aiman dah selamat kat sana, tunggu mak ayah dia kat pintu syurga... Moga2 mereka sentiasa kuat tuk hadapi hari2 mendatang

Kak zakie-->insyaAllah kak... mereka dah pun ada saham kat akhirat. Allah... cemburunya saya..

Fuad-->orang kata, asbab dia nak meninggal. Mungkin pengasuh tu dah beri susu sebaik mungkin. Tapi itulah... daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali. Cemburu dengan Faris, dah dapat tiket ke syurga dia..

Aliff-->Mereka memang beruntung Aliff, hanya insan2 terpilih je yang diduga sebegini, diberi saham di sana.. Allah...

IMANSHAH said...

Alfatihah, macam2 punca ye..dah sampai masanya

r.o.l. said...

Saya pernah hampir-hampir katakan perkara yang kepada seorang kawan juga kematian cahaya mata, tetapi diingatkan oleh seorang kawan yang lain agar tidak mengatakannya. Orang sedang berkabung belum tentu dapat menerima hakikat.

Dan kita pun belum tentu dapat menerima hakikat jika kita di tempatnya...

nahmy said...

benar tu. dia tgh menunggu utk 'menarik' tgn ayah & ibunya ke syurga utk bersamanya....

NHY said...

mudah2an ujian utk jat + family tu adalah utk meningkatkn darjat iman, sambil buat muhasabah org2 di sekelilingnya.

umar amacam, dh sihat? ^_^

Afida Anuar said...

Shah-->Al-Fatihah... takdir Allah begitu yang Dia rencanakan untuk Faris Aiman..

Rol-->bila berhadapan, memang takde kata rol, hanya bisu memerhati suasana pilu. Cuma doa dari jauh, moga2 Allah kasi ketabahan, dan kesabaran buat sahabat2 sekalian... yang ditimpa ujian,

Nahmy-->Allah... hebat betul percaturan Allah tu

Nisah-->mudah-mudahan begitulah aunty nisah..Aunty?err...hehe. Umar alhamdulillah... hari Isnin baru dia keluar wad. Dah start kena pakai inhaler lepas ni..huhu

 

Browse