Bila Allah 'Cubit'...

Thursday, September 22, 2011
17 September baru ni, genap lah 4 tahun saya bekerja di company milik orang India ni. Pejam celik pejam celik sudah 4 tahun rupanya saya di sini. Woww... time flies so fast ladies and gentlemen...so fast.

4 tahun... entah apa yang saya capai selama saya bergelar pekerja di sini... saya pun tak tau la, errr. Rating appraisal yang sama setiap tahun, skill pun masih yang sama, macam tak berkembang je skillnya, huhu. Itu lah, time idle tak nak buat self learning betul-betul. (padan muka!)

Masa buat appraisal, bukan main cakap nak improve development skill la, supaya dapat join development team pula nanti, nak learn as many as new technologies supaya senang nak adapt bila ada requirement. Tapi sampai masa, bla bla bla not prepare la, don't have enough experience la, ah alasan semata...

Tu la,bila bos tanya haritu, how do you see yourself in 5 years, cakap lagi nak jadi full time housewife, cakap lagi Fida. Jadi sekarang apa jua yang berlaku memang tak nampak jalan lain dah...nampak jalan housewife jer..isk.. Kadang-kadang payah jugak nak tune apa yang kita dah set dalam minda kan?

Masuk bulan depan yakni bulan kelahiran.. projek baru akan bermula. Bermula dengan skill baru yang perlu saya belajar. Wajib belajar sebenarnya. Ada keperluan, mungkin juga saya terpaksa ulang alik ke tempat client yang letaknya hampir 45km dari opis!! (oh,tarik nafas sekejap, huhu). Sesak rasa dada, tapi seperti kata Wan, apa jua yang Allah rencanakan dalam hidup kita, pasti... pasti ada hikmahnya.

Saya terima tawaran ini dengan hati terbuka, sebab saya pun yakin begitu. Moga-moga Allah bagi saya kekuatan dan ketabahan untuk hadapi hari-hari mendatang... serta kemudahan dan kelapangan untuk melaksanakan suruhan Allah di awal waktu tatkala di tempat asing kelak.



PS: Ya Allah, sempurnakanlah kesudahan segala urusan kami ini, dan jauhkanlah kami daripada hina di dunia dan di akhirat. Amin.. ya Rabbal alamin..

25 comments:

r.o.l. said...

Semoga diberiNya kekuatan untuk menghadapi cabaran baru. Saya pun dah nak mula menulis thesis. Berdebarnya Tuhan saja yang tahu. Kawan saya seorang ada yang sedang baru belajar berniaga fulll time, buka gerai ice-blended. Sama-sama kita hadapi cabaran yang mendatang!

DAMAI SURIA said...

Semoga dipermudahkan.. Amin, ya rabbal alamin.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Wah! 7 haribulan depan kiranya `ulangtahun kelahiran` lah ye? Haah dah bertambah usia ye, namun arus dan masa tidak menunggu sesiapa. Dlm usia 4 tahun bekerja, bukannya tak buat apa2 atau `rating appraisal` sekata tetapi menghadapi zaman `quantum leap` IT yang terlalu laju sehingga terasa kerja kita seolah2 tidak bergerak. Yang paling merisaukan kemahiran yang sedia ada sudah ketinggalan terlalu jauh utk dikejar. Tengah kejar2 utk menggapainya, terfikir seketika,`apalah yang hendak dikejar sangat dalam dunia ini?`
Wallahualam

Iera Daniera said...

tahniah kak fida. heard wong said about that around 2 or 3 weeks b4. rezeki lepas raya kot kan. hehe... sume2 pkt2 kena jadik bz. hehe

Norsha said...

Salam fida,
moga sentiasa dpermudahkan Allah segala urusanmu dan diberikan segala hajat yg diimpikan....

Anonymous said...

ohh..dh nk mula projek baru la..be the best ye ahkak..hehe.. wt skill bnyk tau..cam skill cristiano ker

nur aisya humaira said...

congrate kak fida dpt project baru..semoga dipermudahkan..:)

aisya pun nak berhijrah jugak ni..mecari sedikit pengalaman org kte...:)

Tirana said...

move out from your comfort zone...

natni said...

u can do it kfid
nti dr umh dekat pe..
huhuhu
igt x cter katak pnunu bunsen
=P

Afida Anuar said...

Rol-->Semoga berjaya rol dengan thesisnya.. iyer..sama2 kita hadapinya.. insyaAllah moga2 dipermudahkan.

Damaisuria-->Amin ya Rabbal alamin.. thanks Ds;)

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Tajnur.. Allah... dia ingat pulak tarikhnya..adehh..tak leh nak buat surprise dah la..heh~!

A'aaa... apa la yang nak dikejar sangat dengan dunia ni kan Tajnur? lagi teruk kalau akhirat terabai sebab terlampau mengejar dunia, nauzubillah..... saya pernah berjumpa satu perumpamaan (ke?lupa dah)..bekerja lah kamu seolah kamu hidup selamanya, dan beribadatlah kamu seolah kamu akan mati besok... Allahualam. Sebab dah jadi tugas dan tanggungjawab... jadi memang kena buat sebaik mungkin. Moga2 kerja yang kita buat kerana Allah, Allah terima sebagai ibadat..

Iera-->A'aaa, korang dah tau lama la ni? adehh akak je yang baru tau rupanya..

Kak Norsha-->aminn..insyaAllah kak.. terima kasih kak

Sifuu-->he he..ingat akak ni main bola ke? skill christiano still tak jadi2 lagi. dah lama dah praktic:P

Aisya-->Berhijrah ke mana aisya? wahh.. ayuh sama2 kita..

Kak Tirana-->InsyaAllah kak tirana...rasanya lebih kurang lagu tu la

Intan-->eh, dekat opis lagi la.. sib baik ada VPN boleh WFH..yuhuuu.. hehe.. ah, citer katak tu apply klu kita keluar dari xxx..remember?;)

Kakzakie Purvit said...

Amin... moga hajat dan misi akan terlaksana. Kakak percaya since Fida masih single boleh bergerak lebih bebas tuk meneroka yg baru demi masa depan. Tak jauh pun 45km bukan naik bas atau jalan kaki. Naik kereta sendiri...ok tu. Kakak doakan yg terbaik...:)

cikguNae said...

Semoga dipermudahkan segala olehNYA...

fuad ansari said...

yang saya perasan di sektor awam, semakin byk improve skill, semakin byk pulak kerja yg kita dapat.. dah kita je yg kelihatan tau wat keje tu...yg lain ambik langkah selamat dengan berada di takuk yg lama..

itulah masalah yg sy hadapi buat ketika ni.. camne nak buat erk.. adakah kena ambik langkah selamat atau teruskan improve skill utk kebaikan diri..

kak afida, plz help me.. (",)

natni said...

kfid xyh aply kt luar kalo xaply kt dlm...

jgn capai yg jauh kalo yg dkt pon xtcapai...

ade vpn means ade laptop,
ade laptop means.... jeng3

Afida Anuar said...

Kak Zakie-->InsyaAllah kak zakie, tu pun bukan setiap hari pun pergi sana, jika ada keperluan je... tapi itu la..... ada cabarannya jugak.. insyaAllah moga2 diberi ketabahan.

Nae-->Aminn..insyaAllah nae,

Fuad-->fuad, bagi akak yang pandai bagi nasihat tapi tak pandai nak apply ni.. seeloknya kita kena terus improve skill kita dan ..jangan malas nak belajar skill baru (macam akak). Tu pun penting. Jangan sebab kita takut orang kasi kita keje banyak, kita malas nak improve/update diri dengan skill baru, tak bagus tu....yang rugi diri kita jugak iyer dak fuad?

Natni-->ye la ye la.capai yg dkt dulu;)... laptop sendirian berhad yer.. ada laptop means..ada keje la...hu ha hi..ho

naimisa said...

selamat melayan MACET KL.

senyumSOYA said...

akak...semoga menjadi surirumah sepenuh masa..insyaAllah.. ^^"

upgrade kerja dapat upgrade diri.. ^^"

IMANSHAH said...

sayapun dah 9 tahun kerja, rasa macam ditakuk sama je

shameel Iskandar said...

Salam Afida.
Moga dipermudahkan Allah segala urusan. Sebenarnya kita adakalanya tak perasaan akan peningkatan dan perkembangan yg kita alami. Ia adakalanya secara tanpa disedari disebabkan ia terjadi secara bertatih dan bukannya berlari dan melaju. Ia berlaku dgn amat perlahan persis sebuah evolusi dan bukannya sebuah revolusi.

Afida Anuar said...

Naim-->Naim, bukan di KL;)

SS-->Aminn.. doa2kan eh dik. Cita2 akak tu;)

Shah-->rasa je kot shah, tapi sebenarnya tak..

Shameel-->salam shameel, InsyaAllah. Moga Allah juga permudahkan segala urusan shameel. hmmmm...mungkin betul juga apa yang shameel, cakapkan tu. Mungkin ada yang meningkat tapi sebab sedikit sangat jadi tak perasan..errr (pulak).. hehe. Tengs shameel..

Zul fattah said...

Amin ya Robb.. semoga Allah mempermudahkan urusan awak.. dan dipertemukan jodoh yg sesuai

produk ococ said...

suka tajuk entri...good luck..

Afida Anuar said...

Zul--> thanks zul, jazakaAllahu khairan kathira..

Nuyin2u-->tengs nuyin.. good luck to u too;)

Rashid said...

fida .. 'cubit' Allah itu cubit yang penuh lembut dan hikmah ..

Afida Anuar said...

Cikgu rashid, sememangnya cikgu, nak sedarkan hamba Dia yang selalu aje lalai ni.. huhu

 

Browse