Kerja...

Wednesday, June 29, 2011
Saya jarang keluar makan tengah hari. Malas, panas, parking...semua bercampur baur menjadikan hasilnya tak payah keluar lunch. Kadang-kadang selalu jugak saya bawa bekal. Tapi tengah hari tadi, saya tak bawa sebarang bekal, perut pulak terasa lapar yang amat. Maka, saya ajak Intan lunch kat luar, kat 'Dapur Kami', tempat biasa yang paling hampir dengan opis.

Alhamdulillah, usai makan, perut pun dah sedikit gembira, saya ke sinki untuk membasuh tangan. Entah macam mana, pelayan kedai yang duk sibuk tanya saya kenapa tak order air tadi tiba-tiba ada di sinki sebelah. Dengan ramahnya dia..

"Belajar lagi ke?", (Nampak sangat awet muda kan?Ada ke dia ingat saya masih belajar.. he he)

"Eh tak.. tak, dah kerja dah"

"Kerja kat mana?", (aaa sudahh, nak beramah mesra pulak dia ni)

"Errr..kat depan tu je, sebelah balai bomba"

"Ooo kerja kilang eh"... (Kerja kilang pulak dah)

"A'aa, kerja kilang", selamba je saya jawab.



Kerja kilang pun, kerja kilang la... tapi kat Cyberjaya ni, ada kilang ke?...heh!



Kat kampung, waktu dulu-dulu....

"Kerja apa kat KL tu Nor?", Tok Cik Nah, salah seorang kenalan rapat tok saya.

Susah jugak kalau orang tua-tua tanya bab kerja ni. Kalau jadi cikgu ke, doktor ke, senang sikit saya nak cakap. Bagitau je kerja cikgu, kerja doktor, insyaAllah depa faham. Tapi kalau saya cakap kerja software tester, kang Tok Cik Nah tak faham pulak. Tanya lagi software tester tu apa? Last-last saya bagitau...

"Kerja duk depan komputer je Tok Cik Nah, taip-taip", ujar saya.

"Ooo kerani", Tok Cik Nah..

"Errr", terkedu...tapi angguk je la.

he he..



Kerja la apa-apa pun... yang penting halal, ikhlas, amanah...dan niat kerja kerana Allah, InsyaAllah...

Memetik tajuk entry terbaru Kay, "Tanda amanah tidak malas", jadi...jangan malas-malas ya waktu kerja...errr..



Daaa.

Bersih...

Monday, June 27, 2011
"Kak, tau dak..sekarang ni, kalau kita pakai baju bersih, kita jalan-jalan kat KL, polis tangkap!", Azmin. Junior kat tempat kerja saya, dalam sesi sembang pagi, pagi tadi.

"Mak aii, habis tu..kita kena pakai baju kotor la yer...baru tak kena tangkap?"..


Pulak!


Adik-Adik...

Friday, June 24, 2011
Adik saya yang manja dengan panggilan Mekbu (yang kerja kat Kuantan tu), datang training kat Bangi ni sejak 2 minggu yang lalu. Alhamdulillah, tempat tinggal, makanan semua company dia yang bayar. Hujung minggu dia akan pulang ke rumah saya. Bosan, kalau hujung minggu dia terpaksa memerap di dalam bilik katanya.

Alang-alang dia ada kat sini, minggu lepas kami adik-beradik yang berada di perantauan ni berpakat tuk makan nasi ayam lagi buat kali kedua beramai-ramai kat rumah adik lelaki saya di Gombak. Tambahan pula adik ipar saya, Ija yang menunggu kelahiran baby pertama mengidam nak makan nasi ayam buatan saya...ehem ehem. Jadinya, demi tak menghampakan adik yang mengidam, saya pergi la ke rumah beliau pagi tu tuk masak nasi ayam.

Alhamdulillah...nikmat dapat makan beramai-ramai dengan adik-adik sampai bertambah 2 pinggan nasi ayam! (nak cakap nasi ayam sedap la tuh!! he he..err).

Lepas makan... petang...memandangkan rumah sewa saya paling dekat dengan Matrik UIA Nilai dan tempat training Mekbu di Bangi, maka saya la yang terpaksa menghantar Mekbu dan Nadirah pulang. Untuk menjimatkan masa perjalanan, saya menghantar Mekbu dulu ke Bangi.

Sampai di tempat training Mekbu, sebelum berpisah, Mekbu menghulurkan wang belanja untuk Nadirah yang masih belajar di matrik UIA. Allahuakbar, saya terharu campur gembira!

Saya bersyukur, apa yang saya buat kat Mekbu waktu dia belajar dulu, dia praktikkan pula kat adik kami yang masih belajar. Saya tak pernah pesan pun kat dia bab ni, saya cuma pesan kat dia jangan lupa kasi sedikit duit gaji kat mak ayah, tu je.. takut dia terlupa. Tapi tak sangka, dia tak lupa malahan memberi lebih daripada tu pula.

Betul la kata mak... bila jadi anak sulung ni, adik-adik akan ikut apa yang kita buat. Kita rajin belajar, insyaAllah adik-adik pun akan rajin belajar. Kita buat baik...insyaAllah adik-adik pun akan ikut kita buat baik. Kita masuk universiti, insyaAllah adik-adik pun akan ikut sekali masuk universiti.

Tapi ada jugak masanya, kita buat baik, adik-adik tak ikut buat baik. Kita nasihat, adik-adik tak nak dengar....degil adik-adik nih!

Adik-adik yang degil ke..kita sebenarnya yang salah?

Teringat kata-kata Prof Muhaya, apa-apa pun yang berlaku, kita jangan sesekali tunding jari salahkan orang, apatah lagi mencari salah orang, tapi tengoklah salah kita dulu. Kalau pun kita takde salah dengan adik-adik contohnya, (mesti ada jugak salah tu), mungkin kita ada salah dengan Allah. Bertaubatlah, perbetulkanlah, doalah sungguh-sungguh.... insyaAllah dunia pun akan berubah, penuh dengan kebaikan. Peringatan untuk saya sebenarnya…

Allahualam..

Panggilan...

Tuesday, June 21, 2011
Bila malam, ada rindu yang bertandang.
Rindu semalam yang masih tak pulang.
Terdengar pula bulan memanggil bintang....sayang.
Tapi bintang, bukan untuk bulan seorang.
Kan?



Bos kat Singapore panggil saya Nora, boleh tahan lagi. Teman-teman panggil saya Fida atau Fid, ok la. Ahli keluarga panggil saya Nor, normal la tuh. Kadang-kadang junior-junior saya kat opis ni suka panggil saya Kak Pida, saya boleh terima lagi. Kalau ada yang panggil Afida, saya lagi suka.

Tapi dia..panggil saya Ida!!...err

Pengsan!

he he...


Hati Incik Hitam...

Sunday, June 19, 2011
Untuk kesekian kalinya saya berserah. Berserah kepada Dia untuk menentukan yang terbaik buat saya, terbaik di dunia dan akhirat insyaAllah.

Bila kata terbaik, bukanlah bermakna saya mengharapkan segalanya serba serbi sempurna. Kerana kita yang bernama manusia manakan pernah sempurna, kan? Cukup lah terbaik dalam erti kata..'terbaik'.....macam mana nak explain eh? hmm, macam tu la.

3 tahun beberapa bulan yang lalu, sewaktu pertama kali Incik Hitam menjejakkan kaki ke kampung halaman saya, Tok saudara saya adalah orang yang paling terkejut dengan kehadiran Incik Hitam dalam hidup saya.

"Allah...Kak Nor! besaqnya kereta. Nanti orang laki takut nak dekat ni!", Tok.
(Sebenaqnya kereta tu takde la besaq sangat pun. Besaq sikit dari kancil jah. Sungguh! Tapi pandangan orang tua kan, kereta seumpama Incik Hitam macam tu pun dah rasa besaq, adeehhh).

"Tok, jodoh semua ni Allah yang kasi, bukan sebab kereta," beria explain dekat tok ni.

Dan semalam, bila ada yang bertanyakan perihal kereta..kan dah tak menjawab dengan sempurna tu. Malu nak bagitau pun ada, teringat kata-kata tok pun ada,errr. "Kereta biasa-biasa je", eh memang Incik Hitam biasa je pun.


PS: Saya harap, walau siapa pun dia, dia tak tengok dekat hati Incik Hitam, tapi tengok dekat hati tuan Incik Hitam, cheewah:D errr...




Apa la sangat dengan harta dunia...
kalau kita tak gunakan ia tuk kejar harta akhirat...
kan?

Budak Kecik...

Wednesday, June 15, 2011
Gerhana di malam hari,
Umpama gerhana di hati sunyi.



"Kak Nor doakan Huda dapat nombor 2 atau 3 eh", Huda. Darjah 3.

"Aikk, kenapa nombor 2 atau 3. Bukan nombor 1? Tak kira Kak Nor nak doakan Huda dapat nombor 1 jugak!", Kak Nor merangkap kakak mithali.

"Ala Kak Nor, doakan lah Huda dapat nombor 2 atau 3. Mak kataaa... kalau Huda dapat nombor 2 atau 3, mak nak belikan Huda basikal!!", Huda

"Kalau nombor 1?",

"Mak nak ajak Huda naik kapal terbang pi Kuala Lumpur. Huda takmoo..", Huda.

"Larr, nombor 1 la best, dapat naik kapal terbang. Huda tak pernah naik kapal terbang kan? Naik basikal buat apa! Kak Nor nak doakan Huda dapat nombor 1 jugak! he he", Kak Nor merangkap kakak mithali.

"Kak Norr!!".

Huda.. Huda...semua orang nak dapat nombor 1... dia nak dapat nombor selain 1 pulak... adehhh macam-macam hal budak kecik ni. Dah nama pun budak kecik kan... ;)


Huda, budak kecik yang tak nak naik kapal terbang, tapi nak naik basikal..(",)



Tapi gerhana di hati sunyi,
Akan hilangkah ia nanti?

Nasihat Mardhiah...

Sunday, June 12, 2011
Di saat kelantan bersiap sedia untuk menyambut detik-detik kemenangan sebagai juara piala FA, tiba-tiba... jeng jeng jeng... Terengganu muncul dengan kemenangan bergaya sebagai juara piala FA 2011. Wohaa!

Mardhiah nasihat kat saya semalam sebelum saya menghadap tv tuk tengok perlawanan akhir piala FA, "Set dalam mind, pasukan Kelantan menang. InsyaAllah nanti pasukan Terengganu yang akan menang". Oh, lupa nak bagitau, Mardhiah pun orang Terengganu, orang Dungun;)

Ada ke Mardhiah nasihat lagu tu kat saya. Macam tak kena je . Saya kata kat dia, memang saya tau dah, dari segi kekuatan Kelantan memang mempunyai kelebihan, dan jauh kat dalam hati kecil saya pun rasa Kelantan akan menang. Jadi tak payah nak set dah kat dalam mind, sebab memang dah ter'set'..err

Even pada petang tu pun, ada rakan-rakan yang sibuk bertwitter atau SMS kat saya, bagitau Kelantan akan menang. Saya cuma mengiakan je. "Ye la...ye la...Kelantan menang". Mana tak nye, minggu lepas Terengganu dah kena belasah dengan Kelantan 3-0 kan? Mana la saya nak yakin Terengganu akan menang semalam.

Apa pun, alhamdulillah... perjuangan sehingga ke minit-minit terakhir akhirnya membuahkan kejayaan. Jangan la jadi macam penyokong yang satu ni, ada ke dah give up sebelum bertanding..err~


PS: Boleh pakai jugak nasihat Mardhiah ni kan? he he

Ayat-Ayat Tak Sempurna...

Thursday, June 09, 2011
Mahu bangkit dari sebuah mimpi sangatlah susah.
Sementelah mimpi itu semuanya indah-indah.
Tiada yang gundah,mahupun resah.


Pada satu sore yang terang, saya suarakan isi hati saya pada mak. Perihal masa depan. Perihal perancangan. Perancangan dulu-dulu yang niatnya mahu menabur kudrat di tanah lahir Terengganu sana. Tapi memandangkan peluang di sana langsung tiada; dah berpuluh-puluh tempat dipohon, namun kuasa Tuhan... takdir saya masih di sini.

akhirnya saya pasrah...pasrah ke give up Fida?err...

eh tapi di sini pun ok pe..

"Mak..Kak Nor stay sini je la buat sementara ni eh, kalau boleh sampai beranak kut, kat sini insurance company cover orang beranak best. Dapat beranak kat Prince Court mak!", anak mak yang bermimpi nak beranak kat Prince Court.

"Amboi..amboii...jauhnya berangan sampai beranak tu... ni calon suami dah ada belum ni yang cakap pasal beranak ni", mak yang anaknya bermimpi nak beranak kat Prince Court.

"errr..."

kan dah terkedu tatau nak jawab apa tu... berangan tinggi sangat!!

heh!



Tapi jika yang indah-indah itu bukannya yang indah di mata Tuhan..
Lantas mahu terus bermimpikah atau mahu bangkit memohon keampunan?

Salam Petang Hari...

Wednesday, June 08, 2011
Kalau sekali...mungkin kebetulan. Kalau dua kali. Mungkin juga kebetulan. Tapi kalau dah berkali-kali..setiap hari, adakah itu juga kebetulan? ..mungkin juga kebetulan...mungkin juga suratan. Suratan atau kebetulan? oh... apa-apa je la cik.

Habis baca Hantar Kasih Tuhan, saya dah takde buku baru nak dibaca. Semalam balik kerja, terfikir jugak nak singgah MPH Alamanda, nak cari buku baru kononnya, tapi Intan nasihat kat saya jangan ikut nafsu sangat beli buku, kena control sikit. Betul juga kan? Bulan lepas saya dah over bajet beli buku. Takkan bulan ni nak over bajet lagi...kan ada yang kena guna duit kecemasan lagi ni..hehe.

Intan cadang, saya baca balik buku-buku yang dah dibaca buat sementara ni. Wiken depan pula baru pi cari buku baru. Hurm..ok juga cadangan intan tu. Saya lepak di tepi rak buku kecil yang dah melimpah dengan buku ni. Saya tarik satu demi satu buku yang ada. Buntu, tatau nak capai buku apa yang patut saya baca buat kali kedua...Allah...nak pilih buku apa ni?

Last-last mata tertacap kat satu buku berkulit merah jambu gelap. "Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah". Rasanya macam dah lama dah khatam buku ni. Bab alam rumah tangga. Ada tips, resipi, doa, macam-macam lagi la.


Pintu tidak akan terbuka, tanpa ada orang mengetuknya.
Begitulah pintu hati, kita perlu mengetuk dengan lembut, untuk masuk menyentuh hatinya.
Istimewa ditulis buatmu yang sedang menatap buku ini.


Saya senyum bila baca bait-bait pada helai pertama buku ni. Kenapa dulu saya tak perasan ada bait-bait ni eh?

Ok, dah jumpa bukunya, bai! ;)


PS: Moga kali kedua ini dapat memberi cahaya kebaikan buat yang berkirim salam di petang hari, insyaAllah kalau diizinkan....eceh.

Hantaran Kasih Tuhan...

Monday, June 06, 2011
Hujung minggu.. dari Putrajaya -> Shah Alam -> Gombak ->Kuantan -> Teluk Cempedak ->Tanjung Lumpur -> Kuantan-> Putrajaya.

Bila hujung minggu penuh dengan aktiviti,terasa semput memenuhi diri. Nasib baik hari Isnin cuti. At least masih ada sehari lagi cuti yang berbaki. Cuti untuk diri sendiri. Cuti untuk melerai semput di hati, cuti untuk mengoyak sibuk yang tiada erti. ceh..

Cuti hujung minggu kali ni saya habiskan di Kuantan. Pi lawat adik yang baru menetap di sana. Alhamdulillah, adik perempuan saya, yang manja dengan panggilan Mekbu yang sibuk tanya pasal interview hari tu dah dapat kerja kat sana. Jadi orang Kuantan dah dia. Beria ajak saya datang lawat dia, weekend baru ni, barulah saya dapat tunaikan.

Bila tengok keadaan dia yang baru nak biasakan diri di tempat baru, teringat pula kenangan saya waktu dulu-dulu saya mula menetap di Putrajaya ni. Sama rentak walaupun berlainan tempat. Cuma saya rasa, saya sedikit tabah dari dia. Maklumlah anak sulung kan.. hee. Anak-anak sulung memang tabah pun. Ceh, perasan!


Nota1: Mekbu belanja saya makan ikan bakar malam tu, kat Tanjung Lumpur. Allahuakbar...sedapp!!!;)

Nota2: Saya baru je habis baca Hantaran Kasih Tuhan. Sedap jugak!!..oh.


Taqwa...

Thursday, June 02, 2011
Sudah terbukti depan mata..
Sudah terasa dalam jiwa..
Rupa dan harta...
Bukan penentu di dalam sana..

Tapi taqwa dia pada Sang Pencipta...



Nota 1 : Besok, dah masuk 1 Rejab...jom puasa sunat nak?


 

Browse