Hitam Putih Kehidupan...

Sunday, February 13, 2011
Kita tak boleh nak jangka, apa yang bakal menyapa kita pada jalan yang akan kita lalu. Baikkah dia? Atau burukkah dia? Maha Suci Allah.... setiap orang diuji lain-lain. Bermacam-macam cara, bermacam-macam duga. Dia je yang Maha Mengetahui segala. Dan saya tau, Allah kasi ujian kat kita, ujian yang sesuai dengan kemampuan kita.Tunggang terbalik kut mana pun, Allah knows best.

Tengah hari tadi saya sempat melawat suami Kak Tirana di Hospital Serdang. Ingat entry saya yang lalu? Sampai sekarang suami Kak Tirana masih di hospital, cuma telah bertukar ke Hospital Serdang dan sudah berada di wad normal. Pada awalnya, segan juga saya nak melawat, maklumlah...suami Kak Tirana yang sakit, bukannya Kak Tirana. Tapi memandangkan Kak Tirana kata, tak pe, anggaplah saya melawat beliau, maka saya dengan senang hatinya pergi.

Alhamdulillah, suami Kak Tirana sudah beransur pulih. Cuma kaki....lumpuh. Tapi insyaAllah, ada harapan yang besar untuk pulih. Saya yakin. Sama-sama kita doakan untuk Kak Tirana sekeluarga.

Kak Tirana berjiwa besar dan tabah orangnya. Saya tahu tu. Tengok wajah Kak Tirana pun saya tahu Kak Tirana tabah. Senyuman memang tak lekang dari wajah Kak Tirana dari saat saya tiba...Allahuakbar!

Untuk Kak Tirana.. Untuk kita semua, moga Dia lapangkan semua yang terbaik. InsyaAllah..

Oh yer, off topic jap, err. Saya jumpa seseorang yang seakan saya pernah kenal di hospital tadi. Entah betul, entah tidak dia orangnya. Kalau tak betul baguslah. Setelah bertentang mata buat seketika.. kami berlalu saja tanpa suara, tanpa bicara dan rasa.... entah bila pula akan bersua. (Saja nak share..ok bye)

Allahu'alam..

16 comments:

Pn Kartini said...

Salam my dear dik fida:)

Semoga diberikan segala yang terbaik utk kita dan juga sahabat kalian..
Moga suami Pn Tirana akan beransur sembuh ..InsyaAllah..
sama2 kita doakan ..

Adinda Amy Sensei said...

as salam..

saya belum lg mengenali blogger sis tirana ni..tapi saya mendoakan suami dia akan cepat sembuh hendaknya..

Yan said...

Eeiiikkkk... sapa tu?? Jgn tunggu lelama nak tegur.. Nnt kaciwa...

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga saudari sihat hendaknya..:)

Sama-sama kita mendoakan semoga suami kak tirana dikembalikan kesihatannya dan dapat menjalani kehidupan dengan sempurna...amin

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Terlebih dahulu, sama2lah kita berdoa agar suami Pn Tirana sentiasa dlm keadaan sihat wal`afiat, InsyaAllah kalau ramai2 kita mendoakannya mudah2an Allah SWT makbulkan.
Dlm hidup ini, sebenarnya kalau betul2 kita menghayati AlQuran sbg panduan hidup, nescaya kita telah pun tahu takdir ikhtiariah kita di dunia dan akhirat! ini adalah janji Allah SWT. Surah AlAnaam:38 `Tiadalah Kami cuaikan sesuatupun di dalam Al Kitab`
Malah setiap apa yang Allah SWT menceritakan mengenai penghidupan kita benar2 akan berlaku sebagaimana Rasulullah saw dan para sahabat telah mengetahui kemenangan perjuangan Islam w/pun ketika itu menghadapi penentangan dan penyiksaan dari kafir Quraisy. Surah AlAnaam:67لِّكُلِّ نَبَإٍ۬ مُّسۡتَقَرٌّ۬‌ۚ وَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَ Untuk tiap-tiap berita [yang dibawa oleh rasul-rasul] ada [waktu] terjadinya dan kelak kamu akan mengetahui.
AlQuran yang Allah SWT turunkan bukanlah hanya setakat zaman Rasulullah saw saja malah mengenai qadha penghidupan kita masa kini dan akan datang bagi mrk yg yakin. Yakin dgn mengikuti panduan Allah SWT, takdir yg baik menanti kita di dunia dan akhirat, InsyaAllah. Surah Alanaam:153وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَٲطِى مُسۡتَقِيمً۬ا فَٱتَّبِعُوهُ‌ۖ وَلَا تَتَّبِعُواْ ٱلسُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمۡ عَن سَبِيلِهِۦ‌ۚ ذَٲلِكُمۡ وَصَّٮٰكُم بِهِۦ لَعَلَّڪُمۡ تَتَّقُونَ dan bahwa [yang Kami perintahkan] ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan [yang lain] [3], karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Wallahualam.

Rashid said...

Moga suami kak tirana cepat sembuh .. dan kak tirana tabah dengan dugaan dariNya.

Bila difikir begitulah kita. Pasti bersama dengan ujian dariNya bila tiba masanya..

pssttt sapa tu? psttt tanpa suara tanpa bicara dan rasa .. (hanya getaran debar kat dada je..) hehe

shameel Iskandar said...

Salam alaik Afida.

Moga Allah memberikan ketabahan kpd Kak Tirana.

Moga Allah menyembuhkan suaminya.

Moga kita semua dapat mengambil manfaat dari kisahnya.
"Adakah kamu dibiarkn sahaja mengatakan kami telah beriman sdgkn kamu belum diuji"

nurkass said...

salam cik fida..
sihat ke..semoga suami kak tirana tu cepat sembuh ye..

erkk..yg bertentang mata tu abg baru ke..hehe..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

patut la dia jarang on9..saya doakan semoga kesihatan suaminya bertambah baik

ummu said...

assalam,alhamdulillah,kunjungan fida sebenarnya memberi sinar kpd pesakit dan keluarga pesakit.
sbg seorang yg berkerusi roda,akk faham sedikit situai yg terpksa dilalui oleh suami kak tiran.
sekian wassalm

Kakzakie said...

Assalamualaikum,

Yg sakit kita ziarah. Kakak ziarah membaca N3. Last paragraph tu memang kekadang terjumpa seseorg macam pernah jumpa tapi sama-sama terpana.....

Bijen M. said...

Lahh.
Apesal tak tegur gua tadi?

naimisa said...

kalau nampak aura baik pada wajah dia, dan mungkin ketika melihatnya ada geteran dalam jiwa anda, itu petanda dia dan kamu ada chemistry.

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

moga suami kak Tirana cepat sembuh.. hari tu Maiza ada mesej dia.. Alhamdulillah ada tanda2 +ve katanya.. kalau dekat maiza teringin nak ziarah.. dari jauh maiza doakan kesejahteraan.. moga kak tirana terus tabah..

Afida Anuar said...

Kak Tinie-->Salam my dear kak tinie, InsyaAllah kak tinie, kita semua mendoakan yang terbaik tuk Kak Tirana, dan kita semua..

Adinda Amy-->Thanks amy, insyaAllah moga2 dia sembuh satu hari nnti..

Kak Yan-->tak tegur pun kak..berlalu mcm tu je..haihh melepas!..ekeke

Abdul Razak-->Waalaikumusalam.. alhamdulillah,saya sihat. mOga saudara abdul razak pun begitu..Amin..insyaAllah, saya yakin suami kak tirana pasti akan pulih.

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt... Tajnur.InsyaAllah kalau ramai yang berdoa, moga Allah makbulkan..

Janji Allah itu benar, apa yang ada dalam kitab Allah itu benar....moga kita semua dapat ambil pengajaran dari kisah2 hidup seharian yang berlaku. Hanya Allah Yang Maha Berkuasa atas segalanya.

Cikgu Rashid-->Amir Khan tuuuu..phewwittt..hehe.... Wahh cikgu memahami nampaknya..haaa lebih kurang begitu la..:P

Shameel-->Salam shameel, insyaALlah moga2.Allah sayang kat kita, pasai tu Allah kasi ujian kat kita..kan?

Kass-->Salam kass, Alhamdulillah...haa? eh bukan2:P...^_^

Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom..tu la sebabnya..InsyaAllah sama-sama kita doakan.

Kak Ummu-->Waalaikumusalam kak ummu... harap2nya mcm tu la. Walaupun fida duk sekejap je haritu..Kak.... errmm..nanti la fida msg akak.

Kak zakie-->Waalaikumusalam kak.. thanks kak sudi ziarah bc entry saya di sini... haaa, tu la...

Bijen-->Lu la...buat2 tak kenal gua pulak..kang klu gua tegur, lu belah, tak ke gua malu!..heh!

Naim-->naim, kalau naim jumpa kak tirana pun, pasti naim menyatakan yang sama... aura tu ada. Raut kak tirana pulak memang tabah... (kak tirana, maaf terpuji lebih ni..hehe)

Maiza-->Waalaikumusalam mai...mmg better than before la menurut kak tirana, Alhamdulillah..itu la, kalau dekat mmg akak ajak mai jugak pi lawat hari tu

Unknown said...

餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 花蓮民宿 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 水晶 長灘島 長灘島旅遊 長灘島景點 長灘島機加酒 長灘島必買 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 婚禮顧問 婚禮顧問

 

Browse