Istikharah...

Thursday, February 24, 2011
Kadang-kadang kan.. kita nakkk sangattt satu benda,
Berkobar-kobar kat dalam jiwa,
Membuak-buak rasa di dada,
Sungguh-sungguh waktu tu yakin bersuara,
Tapi...bila kelumit keliru menyapa,
Terus tak tahu nak buat apa,
Rasa berkobar-kobar tu hilang entah ke mana,
Rasa membuak-buak tu pula terbang dibawa lara,
Inilah dia dilema gadis manis yang kurang segala.
Sampai bila entah..hendak bertapa.

Oh!

It seems..i still have those unresolved feelings.. ~sigh

"Oleh itu marilah kita mengamalkan solat sunat istikharah, untuk setiap persimpangan. Semoga diberi petunjuk, ditetapkan keputusan, dan berakhir tanpa penyesalan" -Abiwan-

PS: Saya rasa, saya belum cukup baik untuk yang baik-baik:(

15 comments:

shameel Iskandar said...

sesungguhnya impian yg tak terlaksana adalah lebih teruk daripada impian yang tak kesampaian.

kekadang kita perlu berani untuk bermimpi.

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Didoakan semoga saudari beroleh kesihatan yang baik serta sentiasa dalam rahmat kasihan belas~Nya..

Mohonlah kepada Allah SWT, sebaik-baik seorang hamba ialah yang menyerah menurut kehendak~Nya, dan mempercayai bahawa yang diberi~Nya itulah yang terbaik baginya meskipun tidak seperti kemahuannya.

Yan said...

Assalam Afida,

tabah kan diri. Sentiasa berfikiran positive. Bila kita sentiasa mengingatkan diri kita tak punya apa, itu lagi mengurangkan keyakinan.. Tapi istikharah mmg yg terbaik..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Istikharah berasal dari perkataan `khiyar` bererti pemilihan. manakala pengertian Solat Sunat Istikharah adalah solat sunat yang didirikan untuk meminta petunjuk yang baik, apabila kita menghadapi dua pilihan yang sama baik dalam mengambil keputusan. Tetapi adapun, jika pemilihan tersebut antara hak dan batil atau pemilihan yang menyeru kepada syurga dan neraka, maka pemilihan itu diambil terus dari AlQuran dan Hadis Mutawatir dalam Istinbat Hukum (Surah AnNisa:83) sebagaimana terdapat dlm Hadis Mutawatir.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ. (الإمام مالك)
Dari Abu Hurairah, r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah," (s.a.w.)(Imam Malik). Wallahualam

Mutiara Bernilai said...

salam dear..

nape nih..belum cukup baik untuk yg baik-baik? hm, jum tukar kpd ayat aktif, 'saya akan berusaha perbaiki diri untuk menjadi baik dikalangan yang baik-baik'..hu, mutiara pun tgah berusaha gak ni..

insyaAllah, buat semua yng istikharah, doa2 moga Allah pimpin kita ke jalan yang paling di cintai NYA..moga di lorongkan hati kita kepada keputusan yang paling di redhaiNYa

syg slalu~

mutiara a.k.a Luqluq

nurkass said...

huhuhu..
saya pun sama..
memula berkobar2..pas tu entah..tetiba je lenyap..
tension la..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum sahabatku..

walaupun begitu, awak pasti sudah berusaha sebaik mungkin utk menjadi yg terbaik kan

Adinda Amy Sensei said...

berusaha dan berdoa...pasti dimakbulkan....insyaallah...

Afida Anuar said...

Shameel-->hehehe..mimpi..berangan tu saya berani la shameel. Nak buat tu la..adeehhh

Abdul Razak-->Waalaikumusalam wbt. Saudara..semoga saudara pun begitu jua..di sana.
InsyaAllah saudara. Saya tak lupa tu, apa jua yang Allah kasi atas kehidupan saya ni, saya yakin...itulah sebaik-baiknya.

Kak Yan-->InsyaAllah kak yan..thanks kak tuk kata2 tu.

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt. Tajnur! Terima kasih atas pengajaran hari ni. Sungguh2 saya hargai.. rasanya kes saya ni memang memerlukan istikharah yang betul2. Doakan.

Mutiara-->ohh mutiara..ya Allah..thanks for the words. yeap...insyaAllah..
~syg selalu~

Kass-->bukan kobar-kobar nak jadi baik yang hilang ni kass..kobar2 nak jadi baik tak pernah hilang....ni..errmm..mcm mana nak cakap eh. Saya rasa, saya tak kuat nak jadi Siti Khadijah kot!..errr..lalalaa

Sahrom-->Waalaikumusalam sahabatku..berusaha...kadang-kadang diduga..macam-macam! Susah jugak nak jadi baik ni kan?errrr...

Amy-->InsyaAllah...thanks amy

naim said...

doh gitu jd jahatlah, ha3

Afida Anuar said...

hoh!..sungguh ni naim? wokey...errrr

Rashid said...

Orang yang baik-baik selalu melihat kekurangan yang ada pada dirinya ..

Afida Anuar said...

Cikgu Rashid--> hmmm.... cikgu, saya tak cukup baik lagi cikgu. sungguh!..

ummu said...

assalamualaikum dik
tak salah kan andai kita punya impian setinggi bintang di langit,
msekipun kita cuma rumput di bumi,
tapi rumput jua berjasa pada manusia lainyya,meski kekadang dipandang sebeah mata...

Afida Anuar said...

Waalaikumusalam kak..

thanks kak atas kata2..memang impian tinggi, tapi macam tak layak je rasanya untuk bermimpi setinggi tu.. maklumlah rumput, mana nak gapai bintang.. haaa terluah perasaan kat cni pulak;)

 

Browse