Macam Mana Nak Jadi Baik...

Thursday, February 10, 2011
Sekarang ni, senang benar kepala saya jadi 'pusing'. Tengah hari tadi, masa tengah buat "Compatibility Testing" kat workstation Baanu, boleh pulak saya nampak skrin tu bergerak kiri..kanan. ..kiri...kanan. Ahh sudah...'pusing' dah datang. Saya pejam mata sekejap...dengan harapan tak nampak skrin tu bergerak-gerak.. kononnya. Saya cakap kat Intan, "Orang nak tidur sat Tan, sakit kepal"... bukan kepala tau tapi kepal..

Lepas solat isyak tadi, saya belek "Versus" untuk beberapa bab. Sempat habiskan part Minn Edina dan Jasmin yang berbincang 'macam mana nak jadi baik'. Hakikatnya bukan payah nak jadi baik, dan tak juga mudah. Yang penting, kena mujahadah dan istiqamah..insyaAllah akan ada 'domino effect' yang akan 'trigger a series of chain reaction'. .... bla bla bla. Ayat yang macam gempak tu saya ciplak dari "Versus", ayat yang tak berapa nak gempak 'bla bla bla' tu ayat saya. Sekian.

Habis je baca bab 'macam mana nak jadi baik', 'pusing' tetiba datang menyerang. Waduh-waduh, dah tak boleh nak buat apa-apa langsung dah. Lantas, saya terus bersiap-siap untuk ke bulan, padahal malam masih muda tra tang tang. Takpe..takpe. InsyaAllah, besok awal-awal pagi gitu kita 'pulang' ke bumi eh.... pujuk hati.

Harapan tinggal harapan. Awal 'pulang' ke bumi pun, bukannya berakhir atas sejadah, tapi depan lappy....aduhh Fida!! kata nak mujahadah, nak istiqamah...tapi ni waktu dinihari depan lappy??! hampeh..

errrr


Sesiapa yang beriman dengan Allah itu baik- Jasmin

Beriman dengan Allah tu macam mana? - Minn Edina

Apabila kita buat semua benda yang Allah suruh, dan tinggalkan benda yang Allah larang, tu baru namanya 'baik'- Jasmin

Allahu'alam..

20 comments:

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Semoga saudari dianugerah kesihatan yang baik serta sentiasa dalam rahmat kasihan belas Allah Taala..

Itulah tadi ternampak Fida laju jer balik dari bulan :):)

natni said...

awat cheq asek saket kepal je eh lately..

tension ka?
sabau k

Afida Anuar said...

Abdul Razak-->Waalaikumusalam wbt..Ameen..insyaAllah..moga saudara pun begitu..

Alamak, saudara nampak?? hehe..malunya saya..

Intan-->tak tension pun tan...entah, makan kopok banyak sangat kut...heh!

nurkass said...

salam fida..
la fida rupenyer yg jatuh kt bulan igtkan tahi bintang..hehe

pi buat checkup..jgn wat tak tahu jek..at least kita tahu apa penyakit kita..stress ke ape ke..

jadi baik??? ya allah..baikkah hambamu ini..semoga allah sentiasa memberi petunjuk kepada hamba hambanya..amin..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum fida..

saya tertarik dgn gadget pelaburan emas kat blog awak nie..boleh awak buat satu entri khas mengenai ia...

naimisa said...

boikot saja cik lappy tu... haha

Yan said...

Masalah mata kot.. cuba g doc.

shy_wani said...

cuba try amik cuti..pandang padang yg hijau, laut yang luas..
akak tension tuh...

DAMAI SURIA said...

Nak jadi baik mungkin senang dlm sekelip mata. Sekelip mata boleh jadi baik sebab ada ni.. ada tu.. (bersyarat). Tapi nak kekalkan kebaikan alamak payah pulak. Untuk itu, sentiasa beristiqamah dgn Al Quran dan As Sunnah, insya-Allah kita akan selalu jadi baik ;-)

shameel Iskandar said...

niat untuk jadi baik sudah dikira pahala apatah lagi perlaksanaannya, pasti pahala berganda.

ttg sakit kepala tu, elok gi checkup. ade migrain kot.

shameel Iskandar said...

niat untuk jadi baik sudah dikira pahala apatah lagi perlaksanaannya, pasti pahala berganda.

ttg sakit kepala tu, elok gi checkup. ade migrain kot.

Afida Anuar said...

Kass-->salam kass..errr..yes mam, nanti rajin fida pi...lalalala

Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom..alamak, saya tak punya pengetahuan pulak nak tulis entry..apa kata kalau apa jua persoalan pasal tu, sahrom email kat saya nabilah0710@yahoo.com, nnti saya tanyakan padanya/ telefon sendiri no tu, bertanyakan pada yang lagi arif....maaf sahrom tidak dapat tunaikan permintaan sahrom kali ni.

Naim-->ohh, tu mustahil naim...errr

Kak Yan-->mata alhamdulillah ok...rasanya kak,saya ni ada tekanan darah rendah kut.huhu

Shy-->nak kata tension,rasanya tak kut shy,pasai kat opis tu asyik gelak2 je ngn diaorang ni, kalau shy ada lagi la;)..tekanan darah rndah ni..kene makan daging kambing banyak2?errr

Damai suria-->betul2...nak istiqamah tu, Allah..mcm2 dugaan...

shameel-->saya rasa tekanan darah rendah kut...errr,pasai haritu pernah dua kali nak pi menderma darah, tapi doc tak kasi pasai tekanan darah saya rendah...rasa pening mcm ni la..thanks shameel...

IMANSHAH said...

hurm jgn lupa see doctor..wah speaking..semoga sihat ya cepat!!

Bijen M. said...

Semoga kita semua dapat jadi baik-baik selalu.

Bro Bayu said...

assalamualaikum kak fida..alamak dah lama gila rasanya bro.bayu tidak ziarah blog antara favourite bacaan bro.bayu ni..sorry ek kak...anyway, semoga hidup kita dirahmatiNya, moga iman kita makin bertambah, pahala juga bertambah buat bekalan bertemu nganNya

Pn Kartini said...

Salam my dear ..:)

masih rasa pening ke?
restlah yaa...
MOga diberikan kesihatan yang baik2 olehNya jua...:)

ummu said...

assalamualaikum Fida
wah kalau dah selalu 'pusing' tu,
kena pi check kat doktor,
risau juga,kalau2 ia petanda
kepada maslaah kesihatan pula.
tapi harap2 ia cuma disebabkan
keltihan dan kepentan
Fida.
Terima kasih Fida,,January Top Commentors

Afida Anuar said...

Imanshah-->wohaaa, speaking eh shah..mantapp!..ehhe..baek bos..akan pergi nanti...errr

Bijen-->Moga2 bijen...

Bro Bayu-->Waalaikumusalam bro bayu. MasyaAllah, lama betul tak nampak kelibat bro bayu...di sini mahupun di sana..Selamat pengantin baru buat bro bayu dan zaujah... maaf sangat2 kak fida tak dapat datang...Keep on writing then..menunggu2 juga cerita bro bayu ni..

Kak Tinie-->Salam kak tinie...heeee,sket2 je kak. Dont worry eh kak..

Kak Ummu-->Waalaikumusalam kak..insyaAllah kak, ada masa nanti, tapi rasanya disebabkan penat, tekanan darah rendah kut..kut...err... sama2 kak..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
`Compatibility testing` dlm badan yg sepatut diutamakan. Kalau ternyata BP ada `tekanan rendah`mestilah sakit kepala, migrain, rasa loya2, sakit dada, semput nafas dan waktu sejuk2 hujung2 kuku pucat2 krn darah perlu lawan tekanan graviti! Dah tentu doktor tak begi derma darah krn kebiasaan jumlah darah dlm badan berkurangan. Puncanya byk sebab, mungkin kekurangan air dlm badan, kalau minum byknya pun kdgn badan urea berlebihan (excess diuretics - ttn Pn Kartini lbh maklum).
Oh! ya, macamana nak buat baik ye? Buat apa yg Allah SWT suruh dan tinggalkan apa yg dilarngkanNya. Apa yang disuruh dlm quran? Surah AlQasas:85 ) Sesungguhnya yang mewajibkan atasmu [melaksanakan hukum-hukum] Al Qur’an, benar-benar akan mengembalikan kamu ke tempat kembali (Daulah).
Surah AnNisa:82أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَ‌ۚ وَلَوۡ كَانَ مِنۡ عِندِ غَيۡرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُواْ فِيهِ ٱخۡتِلَـٰفً۬ا ڪَثِيرً۬ا Maka apakah mereka tidak mentadabbur (tadbir) Al Qur’an? Kalau kiranya Al Qur’an itu bukan dari sisi Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya. Wallahualam

Afida Anuar said...

Tajnur, Waalaikumusalam wbt!..Allahualam..kurang air tu tak, pasai saya mmg minum banyak air pun, kekadang sampai 4 liter sehari!..eh terlebih air!..hehe..nampaknya saya kena buat med check up lagi. Tu pun kalau rajin..errr...

 

Browse