Dari Kekasih Untuk Kekasih...

Tuesday, February 15, 2011
Lebih kurang cerita, selepas Abu Bakar RA ditabal menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi SAW, Abu Bakar RA bertanya apakah urusan Nabi SAW yang masih belum dia selesaikan. Kemudian sahabat memberitahu ada orang tua di hujung kampung yang Nabi SAW selalu bagi makan.

Lalu dia ke sana untuk menyambung urusan yang Nabi SAW tinggalkan. Dia pun bagi makan roti kat orang tua tersebut. Orang tua tersebut tak mahu makan. Dia kata, "Kau bukan orang yang selalu bagi aku makan. Orang sebelum ini yang bagi aku makan akan mengunyah dulu makanan tersebut dengan mulutnya barulah disuapkan kepadaku."

Abu Bakar RA sambil menitiskan air mata berkata, "Orang tersebut sudah pergi meninggalkan dunia. Dialah Muhammad."

Orang tua tersebut terkejut. Selama ini dia selalu mengutuk-ngutuk Muhammad dengan orang yang bagi dia makan itu. Rupa-rupanya orang yang dikutuk itulah yang menyuap dia makan...Allahuakbar!!

Salam maulidur Rasul..

PS: Kredit to formspring Bijen M....

15 comments:

IMANSHAH said...

salam

saya mengucapkan selamat memperingati kelahiran junjungan besar kita

Abd Razak said...

السلم عليكم ورحمة الله

Moga saudari dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa dalam perlindungan~Nya..

Baginda Rasulullah s.a.w diutus tidak lain untuk menyempurnakan akhlak manusia dan sebagai suri tauladan yang baik sepanjang zaman.

Adinda Amy Sensei said...

as salam kak afidaa,...


salam maulidur rasul..


p/s: akak...saya buat blog baru ni sebab blog lama ada masalah..tak dpt nak akses akaunnya..harap akak sudilaa lawat blog baru saya ni nanti free tauu... :)

http://kilauancintasangratu2011.blogspot.com

Kamsiah said...

salam
ohhh 'bangganya' akak kerana ratusan pasangan dicekup sempena hari berkasih sayang kononnya..hebat rakyat malaysia..betul2 menghayati valentine...

shameel Iskandar said...

Perkerti Rasulullah begitu mulia. Perkerti yang dibimbing oleh wahyu Allah.

moga maulidur rasul kali ini semakin mendekatkan Rasulullah dihati kita meskipun telah beribu tahun baginda jauh dari mata kita.

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Setakat manalah kasihnya kita kepada kekasih kita? semakin lama semakin pudar bak kain warna direndam dlm klorox, berlakunya `bleaching` dan akhirnya lunturlah segala warna2 yg dibanggakan selama ini melainkan kita ada pegangan bersungguh2 yg memerlukan pengorbanan. Jika kita kasihkan Allah SWT, hendaklah kita mengikut sunnah kekasih kita, Rasulullah saw Ibarat Dari Kekasih Untuk Kekasih, Surah Ali Imran:31قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ Katakanlah: "Jika kamu [benar-benar] mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Wallahualam

Afida Anuar said...

Shah-->Salam shah... alhamdulillah..sama2..

Abdul Razak-->Waalaikumusalam wbt..Alhamdulillah moga saudara pun begitu jua..SubhanaAllah, itu la..usaha dakwah baginda, kita dpt mengecap nikmat islam dan iman kini..

Amy-->ok amy....akak dah lawat.... salam maulidurrasul...

Kak Kamsiah-->itu la kak kamsiah, malu rasanya tengok berita di tv semalam...aduhaii

Shameel-->salam shameel...itulah harapan kita semua..makin hari makin cinta

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..Tajnur! haaa, saya tau tu, kalau cintakan manusia bukan kerana Allah, pasti akan pudar warna cinta itu bak direndam dalam klorox spt kata Tajnur, tapi kalau cinta berpaksikan atas iman yang satu, insyaAllah Allah akan jaga cinta itu..dan cara untuk menunjukkan kecintaan kita kepada Baginda Rasulullah saw ialah dengan mengamalkan segala sunnah baginda. Barulah kita dikatakan pencinta Baginda..bukannya berarak keliling padang pegang sepanduk semata..iyer dok?

sahromnasrudin said...

assalamualaikum sdri..

terima kasih atas perkongsian ini..ia sangat bermanfaat..semoga kita ambil iktibar dari peristiwa ini

nurkass said...

salam fida..
kass suka kisah ni..selalunya kass akan bc berulang kali..

semalam cuti, so ari ni nak wish..salam maulidur rasul..

Khairi said...

lelaki tua tu buta kan. lupa dah.

Rashid said...

ermm sedih je dengar kisah ini ..

Tiada bandingannya kemuliaan nabi Muhammad s.a.w .

Afida Anuar said...

Sahrom-->Waalaikumusalam sahrom... sama-sama sahrom..itu pun saya copy paste dari form spring bijen..

Kass-->Salam kass, fida pun suka kass, ada rasa di situ yang buat hati kaku..

Khairi-->a'aa, dia buta khairi, kalau tak silap saya baca kisah ni dulu2..

CIkgu Rashid-->sedih cikgu, sebak rasa dada setiap kali baca. even berkali2 pun..

Bijen M. said...

Debit to Afida Anuar.

Khairi said...

selalu sy dgr kredit, fida dapat debit hehe.

fida kena baca post latest sy hehehe.

Afida Anuar said...

Bijen--> ohh..first time dapat debit!..heh!

khairi-->dah bc..dah komen...ye ye..saya tau, saya yang mkn strawberry tu..eh sedap tau strawberry..tetiba
hehe

 

Browse