Awak...

Sunday, February 27, 2011
Awak..
Masa tengah ngap ngap roti canai pagi tadi kat food court bumbung putih sejurus balik dari berjogging, saya duk perati gelagat pasangan suami isteri dan seorang anak mereka yang masih kecil yang kebetulan mendiami meja sebelah kami (saya, Mardhiah dan Kak Sal).

Awak..
Nak tau tak, gelagat mereka macam....macam mana eh, suami isteri yang tidak mesra? Boleh ke saya cakap lagu tu? Ya Allah, susahnya nak tengok baik isteri mahupun suami tu berbicara. Masing-masing makan dan makan dan makan. Kadang-kadang si isteri menyuapi si anak. Mereka seolah-olah bukan pasangan suami isteri tapi orang asing. Kenapa dengan mereka yer awak, sampai macam tu sekali?

Awak...
Senyuman pun saya tak nampak dari raut wajah mereka. Betapa seriusnya mereka dengan kehidupan, dengan persekitaran pun mereka serius. Apatah lagi dengan pasangan masing-masing. Saya cerita pemerhatian saya ni kat Kak Sal dan Mardhiah. Kak Sal dan Mardhiah kata saya ni ada bakat jadi social analyst. Pasai saya suka perhati gelagat orang, huh!. Ada ke mereka kata lagu tu kat saya..awak..

Awak...
Bukanlah kes keseriusan mereka yang saya nak highlightkan. Cuma dalam hati saya tadi, saya duk berharap, kelak jika berjodoh dengan sesiapa jua yang sudah ditakdirkan untuk saya, saya berharap janganlah kami jadi begitu,errr..maksud saya, biarlah mesra dan senyum itu tetap ada, walau di mana jua, walaupun badai melanda. Kalaupun ditakdirkan dia seorang yang pendiam dan serius, kepada Allah saya pohon sungguh-sungguh, biarlah dengan orang lain dia diam dan serius, asalkan dengan saya tak.

Awak...
Sejak akhir-akhir ni kan...ahhh..saya berangan lagi!! Takpe la awak. Cukup lah sampai di sini coretan saya untuk awak. InsyaAllah ada masa nanti saya mencoret lagi. Oh yer, awak..saya baru nak praktis panggil Mekdi, Mardhiah. Awak doakan saya istiqamah eh.

PS: Awak= My dear readers.

Versus...

Saturday, February 26, 2011
"Aku nak hidup aku ada makna,
ada makna yang berkat"

-Ashraff Omar-

PS: Bulan penuh menerangi malam. Biar indah dan tenang. Macam tu...

Istikharah...

Thursday, February 24, 2011
Kadang-kadang kan.. kita nakkk sangattt satu benda,
Berkobar-kobar kat dalam jiwa,
Membuak-buak rasa di dada,
Sungguh-sungguh waktu tu yakin bersuara,
Tapi...bila kelumit keliru menyapa,
Terus tak tahu nak buat apa,
Rasa berkobar-kobar tu hilang entah ke mana,
Rasa membuak-buak tu pula terbang dibawa lara,
Inilah dia dilema gadis manis yang kurang segala.
Sampai bila entah..hendak bertapa.

Oh!

It seems..i still have those unresolved feelings.. ~sigh

"Oleh itu marilah kita mengamalkan solat sunat istikharah, untuk setiap persimpangan. Semoga diberi petunjuk, ditetapkan keputusan, dan berakhir tanpa penyesalan" -Abiwan-

PS: Saya rasa, saya belum cukup baik untuk yang baik-baik:(

Terkenang...

Wednesday, February 23, 2011
One fine day i caught myself smiling for no reason,
then i realized i was thinking of you..

Yes...you;)

Makcik Yang Tak Sedar Diri...

Monday, February 21, 2011
Kalau kita pandang langit malam,
Ditemani bulan terang.
Dengan bintang gemerlapan.
Tentu hadir rasa rindu pada seseorang,
Kan?

Weekend baru ni saya 'baby sit' anak menakan saya... Umar. Mencabar juga sebenarnya menjaga Umar pasai Umar tak berapa sihat. Sekejap Umar ok. Sekejap merengek. Sekejap menangis. Mungkin Umar rindukan ibu dia gamaknya.

Tapi last-last tu, tenang juga Umar dalam ribaan saya. Mungkin Umar dah mula merasai aura keibuan saya kot!...errrr.

Cuma yang saya tak boleh nak tahan, saya masih lagi duk bahasakan diri saya ni 'Kak Nor' dengan Umar, bukan Mak Cik Nor!!..Memang la Kak Nor ni makcik yang tak sedar diri. Kan Umar? he he!

Menyepi...

Friday, February 18, 2011
Sunyi walaupun penuh bunyi,
Sendiri walaupun ramai di sisi..

PS: .....

Dari Kekasih Untuk Kekasih...

Tuesday, February 15, 2011
Lebih kurang cerita, selepas Abu Bakar RA ditabal menjadi khalifah selepas kewafatan Nabi SAW, Abu Bakar RA bertanya apakah urusan Nabi SAW yang masih belum dia selesaikan. Kemudian sahabat memberitahu ada orang tua di hujung kampung yang Nabi SAW selalu bagi makan.

Lalu dia ke sana untuk menyambung urusan yang Nabi SAW tinggalkan. Dia pun bagi makan roti kat orang tua tersebut. Orang tua tersebut tak mahu makan. Dia kata, "Kau bukan orang yang selalu bagi aku makan. Orang sebelum ini yang bagi aku makan akan mengunyah dulu makanan tersebut dengan mulutnya barulah disuapkan kepadaku."

Abu Bakar RA sambil menitiskan air mata berkata, "Orang tersebut sudah pergi meninggalkan dunia. Dialah Muhammad."

Orang tua tersebut terkejut. Selama ini dia selalu mengutuk-ngutuk Muhammad dengan orang yang bagi dia makan itu. Rupa-rupanya orang yang dikutuk itulah yang menyuap dia makan...Allahuakbar!!

Salam maulidur Rasul..

PS: Kredit to formspring Bijen M....

Hitam Putih Kehidupan...

Sunday, February 13, 2011
Kita tak boleh nak jangka, apa yang bakal menyapa kita pada jalan yang akan kita lalu. Baikkah dia? Atau burukkah dia? Maha Suci Allah.... setiap orang diuji lain-lain. Bermacam-macam cara, bermacam-macam duga. Dia je yang Maha Mengetahui segala. Dan saya tau, Allah kasi ujian kat kita, ujian yang sesuai dengan kemampuan kita.Tunggang terbalik kut mana pun, Allah knows best.

Tengah hari tadi saya sempat melawat suami Kak Tirana di Hospital Serdang. Ingat entry saya yang lalu? Sampai sekarang suami Kak Tirana masih di hospital, cuma telah bertukar ke Hospital Serdang dan sudah berada di wad normal. Pada awalnya, segan juga saya nak melawat, maklumlah...suami Kak Tirana yang sakit, bukannya Kak Tirana. Tapi memandangkan Kak Tirana kata, tak pe, anggaplah saya melawat beliau, maka saya dengan senang hatinya pergi.

Alhamdulillah, suami Kak Tirana sudah beransur pulih. Cuma kaki....lumpuh. Tapi insyaAllah, ada harapan yang besar untuk pulih. Saya yakin. Sama-sama kita doakan untuk Kak Tirana sekeluarga.

Kak Tirana berjiwa besar dan tabah orangnya. Saya tahu tu. Tengok wajah Kak Tirana pun saya tahu Kak Tirana tabah. Senyuman memang tak lekang dari wajah Kak Tirana dari saat saya tiba...Allahuakbar!

Untuk Kak Tirana.. Untuk kita semua, moga Dia lapangkan semua yang terbaik. InsyaAllah..

Oh yer, off topic jap, err. Saya jumpa seseorang yang seakan saya pernah kenal di hospital tadi. Entah betul, entah tidak dia orangnya. Kalau tak betul baguslah. Setelah bertentang mata buat seketika.. kami berlalu saja tanpa suara, tanpa bicara dan rasa.... entah bila pula akan bersua. (Saja nak share..ok bye)

Allahu'alam..

Macam Mana Nak Jadi Baik...

Thursday, February 10, 2011
Sekarang ni, senang benar kepala saya jadi 'pusing'. Tengah hari tadi, masa tengah buat "Compatibility Testing" kat workstation Baanu, boleh pulak saya nampak skrin tu bergerak kiri..kanan. ..kiri...kanan. Ahh sudah...'pusing' dah datang. Saya pejam mata sekejap...dengan harapan tak nampak skrin tu bergerak-gerak.. kononnya. Saya cakap kat Intan, "Orang nak tidur sat Tan, sakit kepal"... bukan kepala tau tapi kepal..

Lepas solat isyak tadi, saya belek "Versus" untuk beberapa bab. Sempat habiskan part Minn Edina dan Jasmin yang berbincang 'macam mana nak jadi baik'. Hakikatnya bukan payah nak jadi baik, dan tak juga mudah. Yang penting, kena mujahadah dan istiqamah..insyaAllah akan ada 'domino effect' yang akan 'trigger a series of chain reaction'. .... bla bla bla. Ayat yang macam gempak tu saya ciplak dari "Versus", ayat yang tak berapa nak gempak 'bla bla bla' tu ayat saya. Sekian.

Habis je baca bab 'macam mana nak jadi baik', 'pusing' tetiba datang menyerang. Waduh-waduh, dah tak boleh nak buat apa-apa langsung dah. Lantas, saya terus bersiap-siap untuk ke bulan, padahal malam masih muda tra tang tang. Takpe..takpe. InsyaAllah, besok awal-awal pagi gitu kita 'pulang' ke bumi eh.... pujuk hati.

Harapan tinggal harapan. Awal 'pulang' ke bumi pun, bukannya berakhir atas sejadah, tapi depan lappy....aduhh Fida!! kata nak mujahadah, nak istiqamah...tapi ni waktu dinihari depan lappy??! hampeh..

errrr


Sesiapa yang beriman dengan Allah itu baik- Jasmin

Beriman dengan Allah tu macam mana? - Minn Edina

Apabila kita buat semua benda yang Allah suruh, dan tinggalkan benda yang Allah larang, tu baru namanya 'baik'- Jasmin

Allahu'alam..

Cinta Agung...

Wednesday, February 09, 2011
Tak pernah bertemu, tak pernah kenal.... tapi cinta.
Itu kisah cinta agung.... cinta Nabi Muhammad s.a.w terhadap ummatnya.

Masih adakah cinta persis itu kini?
Tak pernah bertemu, tak pernah kenal, tapi cinta....

oh..

Tembam...

Sunday, February 06, 2011
Alhamdulillah...sudah selamat balik kampung, dan dah kembali ke Putrajaya pun petang tadi. Lebuh raya macam biasa, jem seperti selalu ketika cuti perayaan besar. Walaupun saya bertolak dari kampung awal-awal pagi (lebih kurang pukul 7 lebih, kononnya nak mengelakkan jem), masih tersangkut juga dalam sedikit jem di Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur sebelum Tol Lanchang. Sabar je la...

Balik kampung kali ni, nenek saudara yang saya anggap macam nenek saya sendiri tegur saya sewaktu berjumpa dengan dia pagi hari Khamis tu.

"Lega sikit tok tengok balik kali ni, pipi Kak Nor tembam sikit. Takde la cekung sangat macam dulu", tok.

"Errr...aa sudah", dalam hati saya la. Ingatkan nak tegur kata saya kurus ke... Suka la juga saya dengar, ni pipi tembam?! Alamat lepas ni, saya tak makan nasi sebulan la....errr..gurau je..

Apa pun, syukur ya Allah....atas pipi yang tembam itu, dan segala-galanya...

 

Browse