TOMOSHI KALUKITEKA

Wednesday, September 10, 2008
Kadang-kadang, terasa cabaran dalam bulan ramadhan ni la yang paling hebat.Syaitan yang menggoda semua dah diikat, tapi kenapa terasa hati itu masih lagi digoda hebat. Digoda untuk meluahkan rasa amarah, digoda untuk meluahkan kata-kata sinis dan kutukan. Nasib baik mulut terkatup rapat. Hanya dalaman yang berbicara. Hanya tulisan yang menterjemah.

"Aku geram la, aku geram!!", kata Saizul melalui tulisan.

"Sabar Saizul. Bulan pose ni!", aku cuba menenangkannya, pun melalui tulisan walaupun dalam masa yang sama, amarah dan kegeraman itu sudah mula mengintai diri aku sendiri.

Tengah aku cuba memujuk diri untuk tidak meneruskan sifat amarah ini, aku dapat email ni dari Diana.

Try your name in Japanese (refer to table below)..

DON'T SPOIL THE FUN...PASS IT ON. Kata Diey..hikhikhik...

A - ka B - tu C - mi D - te E - ku
F - lu G - ji H - ri I - ki J - zu

K - me L - ta M - rin N - to O -mo

P - no Q - ke R - shi S - ari T -chi

U - do V - ru W -mei X - na Y - fu

Z - zi

Pastu aku cuba la nama gantikan nama aku. Nor Afida. End up jadi TOMOSHI KALUKITEKA..Woww..buat aku tersengih jap. Macam diey jugak, ada teka-teka pulak nama in Japanese ni. Hahaha.Thanks Diey, ceriakan petang yang semua orang muram ni. Hehehe.

Apa pulak nama korang?? Cuba terai test..ngeee...

Aku rasa setakat ni je kut entry hari ni. Cam takde idea dah nak menaip lebih lanjut lepas kene belebel dengan 'bos' hari ni. Bos?? gagagagaga...

Ok la, moga berjumpa lagi. Selamat berbuka semua.

WaAllahualam
Wasalam..

Bosan?

Tuesday, September 09, 2008
Masuk lunch hour, Mekdi ajak aku menemaninya ke post office Cyberjaya,nak post surat katanya. Ok gak, at least dapat memanaskan badan yang dari pagi dilanda kebekuan tahap maksimum yang menyebabkan badan seolah mahu bertukar kepada bongkah ais. Heh!

"Mak aii, ramai la pulak orang beratur hari ni", keluh mekdi.

Tapi mekdi dengan sabarnya menunggu gilirannya tiba. Aku pun decide la duduk dekat bangku yang disediakan. Lenguh jugak la kaki nak berdiri lama-lama ni. Tiba-tiba datang seorang jejaka macho duduk di sebelahku. Erkk, bukan sebelah la, selang sebelah kut. Hahahaha.

"Aisehh, kene kaber duduk ni", getus hati nakalku.

"Bulan puasa ni Fida, jangan nak koya lebih-lebih", hati baikku membalas getusan hati nakal.

Hahaha..kekononnya lagu tu la perihal keadaan yang ada dalam kepala sekarang ni. Tujuan untuk memantapkan entry hari ini. Tapi sebenarnya, aku buat donno je. Sebab style aku, kalau orang yang tak dikenali tu, memang agak malas aku nak usha ke,nak sapa ke, nak tegur ke. Lebih-lebih lagi kalau lelaki. So cara terbaik ialah buat tak tahu. Biaq pi la dia nak kate aku sunbunk ke, apa ke..huhuhu. Kalau perempuan tu, lain cerita la.

Agak lama juga la, kami mendiamkan diri. Melayan cerita-cerita yang menyinggah di minda. Dia dengan kisahnya. Aku dengan kisah aku. Cheewahh. Macam memahami je aku ni. Tiba-tiba dia menundukkan kepalanya. Dia pandang kasutnya. Kemudian dia mengalihkan pandangan ke arah kaki tempat aku berpijak. Haihh.. tengok selipar jepun aku la tuh!! Lupa pulak tadi masa nak keluar nak tukar pakai kasut yang ada kat bawah meja. Argghh belasah je la. Selipar jepun pun, selipar jepun la. Sedang ralik dengan kisah selipar jepun.....

"Erkk,cik. Kat sini tempat makan satu ni je ke?", tiba-tiba dia memecah kebisuan antara kami.

Aku dah pandang semacam. Apa hal pulak mamat ni tanye pasal kedai makan. Tak puasa ke hape. Tengok gaya cakap memang melayu tulen. Takkan tak puasa kutt!!!

"Erkk, banyak. Kat sini, kat sport arena pun ada. Dekat depan sana pun ada. Banyak gak la", aku jawab je.

"Owhh, ingatkan kat sini je", jejaka macho itu. Macho ke? erkk bagi aku dia tak macho. Cuma kalau time dia senyum manis sikit kut. Ngeee...

"Cik memang keje sini ek?", dia lagi.

"A'aa.. opis kat depan sana je",aku

"Sini banyak kampeni IT kan?", dia lagi.

"Mostly kampeni IT la kat sini, tapi ada jugak kut kampeni lain," aku menjawab.

"Cik keje as developer ke?" dia lagi.

"Eh tak, software tester. Bukan developer", aku

"Owhh, memang minat la bidang IT ni?", dia lagi

"Erkk minat jugak la", aku

"Post office ni, hanya ni je ke yang ada kat area Cyberjaya ni?", dia lagi

"Setahu saya la, ni je yang ada,kalau ada kat area lain tu, saya tak tahu la", aku.

Banyak pulak soal mamat ni. Aku tengok mekdi. Ada 7 orang lagi kat depannya. Aisehhh. Lama lagi nak kene tunggu.

"Habis tu cik duk mana?" dia lagi...huhu

"Putrajaya. Dekat je", aku

"Putrajaya dekat ek dari sini?" dia lagi.

"Dekat je. Kalau gi keje tu dalam 15 km ada la", aku

"Owhh dekat je,"dia.

Aku agak dia ni musti dari dunia luar. Tak pun, orang luar yang tak biasa dengan area Cyberjaya/Putrajaya ni. Kalau orang-orang sini, musti dia tahu. Takkan makhluk asing menyamar jadi manusia kut. Mahu menyiasat bumi. Area-area dan jalan-jalan kat bumi. Pastu soal selidik manusia, dan aku yang sedang disoal selidik. Heh! gaaggagaga.. hahaha. Abaikan. Aku dah mula dah masuk bab makhluk asing.

Tapi dengan baju kemeja kemas, seluar slek, seolah macam keje kat sini. Aishh...ni yang buat aku konpius ni. Aku pun apa lagi. Menyiasat jugak la.

"Erkk Incik ni, tunggu kawan ek?", aku.

"A'ahh, tu kawan nak tuntut rebet minyak. Kaya la dia hari ni", dia sambil menunjukkan kawannya yang sedang beratur di kaunter 2.

"Owhh, Incik pun keje sini?", aku lagi.

"Eh bukan, saya datang dari Klang Lama. Keje kat UEM sana. Datang sini hari ni sebab nak kene
tengok-tengokkan server kat sini", dia.

"Owhh, Incik jaga server la ni!" aku lagi.

"Technical je", dia

"Tak bosan ek keje sini? Macam takde pape sangat kat sini. Bangunan opis je saya tengok banyak," tetiba dia menyoal lagi tanpa sempat aku nak mengutarakan my next question. huhu.

"Erkkk,bosan?? ada la kut. Tapi dah datang sini memang nak keje. Tak kisah la takde shopping complex ke, tempat main boling ke. Ok gak lagu tu. Kalau tak, habis la saya,tiap-tiap hari mau shopping, tiap-tiap hari mau main boling", aku

"Hahahaha", tergelak dia mendengar jawapan aku. Sembang dengan dia macam dah lama kenal. Tadi masa tak bertegur sape, mai aii, sombong tak hingat!!! Hikhikhik... well, it's me then;)

Aisehhh... sedang kami meneruskan intipati perbualan, member dia datang. Dapat rebet minyak RM625 hinggit, dan sekaligus intipati perbualan kami terpaksa dihentikan.

"Ok la, jumpa lagi cik. Assalamualaikum", kata-kata terakhir dari lelaki yang diclaim manis oleh aku. wink wink...

p/s: Dah ramai dah aku dengar orang kata bosan keje kat Cyberjaya ni. Tapi bagi aku ok pe keje sini. Seronok pun ada. Nak gi keje tak jam. Balik pun tak jam. Dari rumah aku la. Tapi kalau dari tempat lain tu waAllahualam la.

Today's entry done. Until next entry semua.

WaAllahualam
Wasalam..

Aku Pun Punyai Perasaan..

Sunday, September 07, 2008
Petang tadi, aku menggagahkan diri bawa sebaldi air turun dari tingkat 14 untuk membelai sedikit body kereta yang sudah kepudaran rupa akibat dimamah kekotoran yang begitu mencengkam jiwa. Heh!

Dalam aku belai membelai, teringat cerita di zaman dahulu kala. Cerita ketika aku mengajar sementara di Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam. Seorang guru, tak silap aku Cikgu Roslan dan Cikgu Sharifah bercerita mengenai kereta. Mengenai kereta pun ada perasaan yang perlu dijaga.

"Erkk, perasaan?? Perasaan lagu mana tu??"

Kejadian ni betul-betul berlaku kepada Cikgu Roslan. Ketika tu dia sedang bersembang dengan orang rumahnya di beranda rumah pada suatu petang, bersembang konon-kononnya mahu menukar kereta baru. Di hadapan kereta lamanya.

"Sekali lepas tu bila nak start kereta, dia buat hal. Tak pernah-pernah buat hal. Kereta pun rupanya ada perasaan juga", kata Cikgu Roslan

"Padahal bukan betul-betul pun nak tukar kereta baru", tambah Cikgu Roslan lagi.

Kejadian yang sama menimpa aku suatu masa dulu. Tapi bukan melibatkan kereta. Kerana pada waktu tu aku masih belum berkereta. Tapi melibatkan Mr. Lappy. Aku dulu memakai Mr.Lappy cap kepala kembar. Lama juga la, dia bersama aku saat suka dan duka. Menolong aku di saat susah dan senang. Aku begitu bangga memilikinya waktu itu dan aku tau, Mr Lappy aku pun bangga memiliki aku sebagai pendamping rapatnya.

Suatu hari, ketika aku mengajar sebagai cikgu sementara di sekolah yang terletak lebih kurang 15 km dari rumah aku tu. Ada sedikit tugasan rasmi sekolah yang menuntut aku membawa pulang laptop milik sekolah untuk diselesaikan di rumah. Laptop tu cap toshiba. Mantap wooo... Memang mantap dari Mr Lappy aku lagi la. Dah la masa aku buat tugasan tu, aku letak laptop-cap-toshiba-yang-mantap tu betul-betul di sebelah Mr.Lappy aku.

"Bestnye la kalau dapat laptop yang mantap camni", kata aku tanpa berniat mahu merendah-rendahkan keupayaan Mr Lappy aku.

Lepas tu, kerja sekolah dah selesai, dan aku mahu 'on' kan akunye Mr Lappy, sekali....dia wat hal. Memang tak leh nak 'on' langsung. Aku dah cuak. Tak pernah-pernah dia buat hal seteruk tu. Sebelum ni ok je, kecuali bab kene serang virus tu dah biasa. Pastu aku budget.. Mr Lappy merajuk kut sebab kata-kata aku tadi. Lepas proses pujuk memujuk berlaku, masih tiada harapan untuk dia kembali. Aku redha, dan sampai sekarang, dah hampir 2 tahun Mr Lappy meninggalkan aku. Aku akan tetap merindui Mr Lappy cap kepala kembar itu yang pernah bersama mengharungi hidup bersama aku. Huh!!

Fida... Fida..

Hehehe...tapi selalu je kan dengar cerita yang satu spesis macam cerita aku ni. Ke korang tak pernah dengar??? Gagagagagaga...

MORAL OF THE STORY: Jangan sekali-kali merendahkan sesiapa hatta benda yang tidak bernyawa sekali pun. Heh!

Ok la, besok nak bangun sahur lak. Sampai di sini dulu la coret-coret untuk dikongsi semua. Moga berjumpa lagi di lain entry.

WaAllahualam
Wasalam.

Tengok Tu!!!

Saturday, September 06, 2008
Petang tadi, aku mendapat jemputan untuk berbuka puasa bersama adik aku Hilmi di Shah Alam. Dah hampir seminggu berpuasa inilah kali pertama aku berbuka puasa dengan darah daging sendiri. Alang-alang adik aku Afnan dari Terengganu pun datang, dia pun dijemput sekali bagi memeriahkan suasana berbuka anak-anak kepada Encik Anuar bin Abdullah dan Puan Eshah bt Mohammad ni.

Lokasi kedai makan, di Sekyen 2 Shah Alam. Dia memilih kedai berasaskan sup.

"Sup is my peberet", aku.

Dalam pukul 6 lebih kami sampai di kedai makan tu. Lepas booking meja dan tempah menu untuk berbuka puasa, kami berjalan-jalan ke bazar ramadhan yang diadakan di kawasan tu. Agak ramai jugak la orang yang mengunjungi bazar ramadhan tersebut walaupun tidak sebesar bazar ramadhan Putrajaya. Dan seperti biasa aku membeli murtabak, untuk dijadikan makanan pembuka selera.

Dalam 6.45pm, kami kembali semula ke kedai makan tersebut. Rasanya dah tak larat kami nak jalan-jalan sampai ke hujung kedai. Masuk je kedai tengok meja yang kami tempah tadi dah ditanda "RESERVED".
"FULAMAKKK, macam VIP pulak rasa!!", hati aku...ngeeeee

"CEH! Setakat RESERVED tu pun dah nak rasa macam VIP!!", dia..

Arghh, abaikan je la perasan VIP tu. Sementara menunggu waktu berbuka, kami bersembang isu-isu semasa yang hangat diperkatakan sekarang ni. Isu masa depan, isu keluarga, isu negara. Macam-macam la. Kononnya la. Nak kasi ayat mantap sikit! Sedang perbualan rancak berjalan. Tiba-tiba adik aku Hilmi..

"Tengok tuu, ish ish ish...", katanya dengan senyum sinis yang nakal.

Aku memandang tepat ke arah yang ditunjukkannya.

"SubhanaAllah.....uishhh, jadi lah tengok. Tak baik, bulan pose ni!!!", aku menasihati.

Sambil aku menjeling ke arah si gadis yang duduk bersebelahan meja kami. Tidak perasan si gadis tu gamaknya, yang bajunya yang singkat telah menampakkan warna seluar superwomannya dan sekaligus menampakkan lurah yang tak patut dipertontonkan. Lurah pun nampakk!! Heh! Aku jadi malu dengan adik-adik aku yang sememangnya terkenal dengan sifat nakal as lelaki.
Sesekali kelihatan si gadis asyik membetulkan bajunya. Barangkali mahu menutup seluar superwoman dan lurahnya itu. Pandai pulak nak kaber. Haihhh, gadis ni buat aku betul-betul malu la.

MORAL OF THE STORY: Kalau nak pakai baju singkat sampai nampak seluar superwoman dan lurah itu, tak payah la nak betul-betulkan lagi baju tu. Tak payah nak tarik-tarik baju tu. Nanti habis rosak baju tu kalau ditarik-tarik. Dah la mahal beli baju tu. So, biaq pi la nampak semua! Heh!

Sekian untuk malam ni. Sori adik gadis, terkutuk adik gadis kat sini. Bukannya apa, akak malu sebenarnya. Tu je. Kalau akak tak malu, tak kisah dah...

p/s: Sup ayam kat situ memang kaww la.

WaAllahualam
Wasalam.

Dia Panggil Aku 'Ibu'....

Friday, September 05, 2008

Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke-5 umat Islam menunaikan ibadat puasa. Sekejap benor rasanya masa itu berlalu. Pejam celik-pejam celik, dah 5 hari puasa. Pejam celik-pejam celik lagi, dah nak raya. Pejam celik-pejam celik lagi, anak dah nak ke sekolah. Anak nak gi sekolahh?? Heh!! Kalau anak Mas, cam tak lame lagi dah. Tapi kalau anak aku...tak lame lagi gak tu. Cuma lambat sikit la dari anak Mas kalau bab masuk sekolah ni..gagagagaaga.

"Haihh..apa aku merapu nihhh??", aku

"Bukan merapu tu. Kenyataan la tuh...ngeh ngeh ngeh", dia

Hahaha...kalau mendung je sepanjang hari begini lah jadinya aku at last. Layan je la....

Kepala terasa seakan mahu meletup hari ni. Bosan tahap gaban. Tahap kesatria baja hitam. Tahap oltromen taro. Semua ada. Haha,apa nak buat. It's me then, insan yang masih cuba melalui satu proses hidup sebagai manusia normal. Heh! Masih cuba?? Manusia tak normalkah aku selama ni?

Dari segi fizikal, aku normal Alhamdulillah. Cuma dari segi kehidupan aku yang tidak bergelar ibu lagi la kut yang tak normalnya. InsyaAllah kalau dah bergelar ibu suatu hari nanti, normal lah kehidupan aku. Lengkaplah kehidupan aku sebagai seorang wanita. Cheewahh..Kalau mahu lagi lengkap tahap mantap kelas pertama, dapat gelaran nenek atau moyang. Baru mantap!!! Moyang?? Heh!!

Aku bercakap pasal gelaran 'ibu', 'nenek', 'moyang' ni seolah-olah aku dah kahwin. Haihhhh....Yer! Aku tak kahwin lagi...Ampunnn.. aku berangan jek suatu hari nanti aku dipanggil dengan panggilan tu. "IBU"... bila la tu ek? Hanya Dia Yang Maha Mengetahui...

Entah aku punyai umur yang panjang atau tidak untuk dipanggil dengan semulia-mulia panggilan 'Ibu' itu pun aku tidak tahu. Kita hanya merancang, tapi Dia Yang Maha Menentukan. Dia yang menentukan ajal maut jodoh pertemuan kita semua. Ada kawan aku zaman sekolah rendah dulu, dah dipanggil mengadapNya 11 tahun yang lalu. Tidak sangka kawan yang sama-sama bermain dengan aku,yang rapat dengan aku sejak darjah satu, dia hidup hanya 14 tahun. Umurnya ditakdirkan 14 tahun. Senyum tangisnya hanya untuk 14 tahun. Aku pun tidak tahu time aku main tali skipping dengan dia dulu-dulu, yang beberapa tahun lagi dia akan 'pergi' selama-lamanya. Al-Fatihah buat arwah Sharifah Norbaizura bt Syed Bidin.

Saat aku 'pergi' nanti, saat yang tiada seorang pun yang tahu bila waktu dan ketikanya. Even aku sendiri tidak tahu bila ajal aku. Entah seminit lagi, sejam lagi. Entah besok atau lusa. Entah sempat atau tidak mendengar panggilan 'IBU' dari mulut insan bergelar anak. Dan yang paling aku risaukan, bukan panggilan itu sempat atau tidak kedengaran di telinga aku, tapi amalan aku ni, cukup ke tidak bekalan kebaikan untuk dibawa ke dunia sana. Timbang tolak amalan,tengok-tengok amalan keburukan aku melebihi amalan kebaikan. Nauzubillah.....

Kalau difikirkan soal kematian, kecut je rasa perut tu. Nak nangis pun ada. Rasa macam nak buat amal kebaikan selalu. Tapi tu la. Time keinsafan menyelubungi diri, ketakutan itu menjelma. Time-time lain?? Time lagha? Time bersuka ria. Habis hilang semua air mata ketakutan tu. Manusia ni cepat alpa. Manusia ni cepat lalai. Manusia ni cepat lupa. Manusia ni ingat umur dia masih panjang, boleh buat macam-macam. Manusia ni.. dan akulah manusia ni itu. Alahaii...

p/s: Nanti bakal anak Mas mesti panggil dia 'IBU', pastu Mas mesti ajar anak dia panggil aku Makcik.. Ni Makcik Fida. Salam Makcik... Makcik??? Heh!

Selamat berbuka..

WaAllahualam
Wasalam.

Aku......

Thursday, September 04, 2008
Aku mentari tapi tak menghangatkanmu

Aku pelangi tak memberi warna di hidupmu

Aku sang bulan tak menerangi malammu

Aku lah bintang yg hilang ditelan kegelapan

Aku.... Itu lah aku yang dianggapmu...
sob sob...
Aku pun mau pergi la kalau lagu tu..
sob sob lagi...
Hehehe, gurau aje...

p/s: Cuba teka siapa nyanyi lagu dari petikan di atas. Kalau betul dapat duit raye singgit;-)
Peneka pertama yang betul aje yang dapat. Peneka selepas tu tak dikira dah la..ngeeeee.

Ok tu je seloka untuk hari ini...

WaAllahualam
Wasalam..

Best Duk Hospital!!??

Wednesday, September 03, 2008
Hampir 2 minggu aku berkampung di hospital bagi menemani mak aku. Time membuang ketumbuhan di payudara sekali ,dan time operate untuk membuang payudara sekali. Merasa tidur atas katil hospital walaupun aku tidak sakit. hahaha. Dan yang sebenarnya, bagi aku la, best jugak jaga orang sakit ni.Lebih-lebih lagi orang sakit tu merupakan orang yang paling kita sayang.

"Best jugak kan mak duk hospital ni"..aku waktu dulu-dulu ketika masih berkampung di hospital.

"Bagi orang sihat macam Kak Nor, memang la best. Tapi macam mak ni, best hapenye"..mak

Tersenyum sendiri aku mendengar kata-kata ibunda tercinta. Betul la, mak aku sakit. Memang la tak best jadi orang sakit. 6 jam sekali doktor datang cucuk. Tangannya penuh dengan kesan cucuk jarum untuk dimasukkan ubat. Tiub apa entah nama menjalar sepanjang tangan. Nak mandi susah. Nak berak susah. Nak solat pun susah. Beberapa jam sekali nanti ada nurse pelatih yang datang kasi ubat. Beberapa jam nanti pula ada doktor datang buat follow up check up. Memang la tak best duduk hospital, kalau sakit!

Kalau tak sakit..erkk. Bagi aku, yang bestnya time duk hospital ni, aku dapat tengok bermacam ragam orang sakit. Kadang-kadang kalau mak aku nak berehat or dah tak perlukan bantuan aku buat sementara. Aku akan jalan-jalan tengok gelagat orang sakit. Dari satu wad, ke satu wad. Dari satu tingkat, ke satu tingkat. Ni dekat wad awam la, tapi tengok saje je, buah tangan takde nak diberi takde pun...huhu. Dan yang paling aku suka, kebetulan masa tu mak aku ditempatkan di tingkat 7 dan aku suka lepak dekat balkoni kat bahagian belakang hospital ni. Sebab, mengadap pantai Batu Buruk. Mengadap Laut Cina Selatan. Suka tengok laut. Malam-malam pulak lepas mak aku dah tidur dan kalau aku rasa berani, selalu gak la aku pi situ. Lepak-lepak tengok pemandangan. Tengok bintang yang berkelip-kelip indah atas laut. Cantiiikkk!!! Hilang sekejap ketakutan dan kebimbangan tu.

Satu lagi part best duk hospital ni sebab dapat kenal-kenal dengan orang. Kenal dengan 'misi-misi'. Kenal dengan doktor-doktor. Masa kat wad tu,mak aku dapat yang sebilik 4 orang. Ada seorang akak ni,sebelah katil mak aku. Sakit kanser macam mak aku. Tapi dia lagi teruk. Peringkat akhir katanya. Kedua-dua belah payudaranya telah dibuang. Tabahnya dia Ya Allah. Keluarganya lagi tabah. Suaminya, anak-anaknya. Dia juga yang banyak bantu aku dalam menguruskan keadaan masa mak aku baru lepas operate. Apa yang patut aku buat dan sebagainya. Memang banyak la yang dia sudah bantu dan banyak juga yang aku sembang dengannya pasal kanser payudara ni. Dia kata mak aku bernasib baik sebab dapat kesan peringkat awal, macam dia dah peringkat akhir. Walaupun dengan kemo or apa saje treatment, still dah terlambat. Dan 2 bulan lepas mak aku keluar hospital, 'misi' yang baik dengan mak aku tu khabarkan yang akak ni dah meninggal dunia. Innalillahh...

Makcik yang depan katil mak aku pun, sakit kanser gak. Bukan kanser payudara tapi kanser usus, tak silap aku la. Aku cuba recall balik kejadian 2 tahun lalu ni. Hurmm.. Betul la kanser usus. Yer kanser usus. Pun peringkat akhir menurut anaknya. Selama ini, aku ingatkan sakit mak aku yang paling teruk. Rupanya ada insan lain yang lagi teruk. Sama seperti akak tu, makcik tu meninggal tak lama selepas itu. Ingatkan time tu hanya aku yang diuji hebat. Rupanya ada insan lain yang menerima ujian lagi hebat dari apa yang aku terima. Besarnya kuasaMu Ya Allah. Hanya Engkau Maha Mengetahui apa yang aku tidak ketahui.. aku redha atas segala yang berlaku.

Satu lagi yang aku rasa aku suka duk kat hospital tu sebab bangunannya betul-betul tepi pantai. Merasa angin pantai kalau pi lawat orang sakit kat situ. Macam dah sinonim dalam hidup aku sejak dari kecil, hospital dan pantai. Ada ketenangan bagi mereka yang sakit, dan juga ketenangan bagi mereka yang jaga orang sakit. hehehehe..

Sebab tu bila aku bertandang ke kota besar seperti Kuala Lumpur ni, aku tengok hospital-hospital banyak didirikan di tengah-tengah kota yang sesak. Sesak dengan hiruk pikuk kota, sesak dengan bangunan-bangunan. Sesak dengan lalu lintas. Kalau aku la, kurang ketenangan di situ. Tapi nak bina kat tepi pantai tang mana kat KL ni kan? Pantai pun takde.... huhuhu. Tapi bagi mereka yang memang asal usul bandar besar KL ni, mungkin tak rasa apa-apa kut dengan ketiadaan pantai itu. Apa pun bersyukur lah dengan apa yang kita ada.

p/s: Aku dilahirkan kat hospital tu la. Hospital Besar Kuala Terenggganu. Dikenali dengan nama tu waktu dulu-dulu. Kini dah bertukar jadi Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Okay, nampaknya takat tu coret-coret yang bisa aku coretkan untuk malam ni. Moga ketemu lagi di lain masa. Selamat bersahur nanti!!

WaAllahualam
Wasalam..

ABC...

Pssssssttttt.....

Kalau kamu tidak boleh berpuasa...
Suruh la mereka yang tidak diwajibkan puasa itu,
tolong ambilkan air untuk kamu...
Kalau kamu malu untuk ke pantry laa...
Pastu...minum senyap-senyap kat cubic.
Habis cerita...

Heh!!

p/s: Aku puasa..aku puasa;-)

Buat Yang Sudi...

Tuesday, September 02, 2008
Betapa di bulan Ramadhan ini, ingatan aku kepada keluarga dan kampung halaman begitu kuat. Seolah-olah melambai aku untuk pulang sekarang juga. Namun apakan daya. Aku masih di sini. Saat ini, hari ini dan mungkin hari esok. Aku tetap akan berada di sini.

Pernah suatu masa dulu, ketika aku masih lagi menuntut di UIA,aku memberitahu ibuku.

"InsyaAllah, kalau ada rezeki, Kak Nor nak keje kat Kuala Terengganu ni je la mak. Senang sikit kan, boleh tengok-tengokkan mak,ayah"

Tapi aku langsung tidak menyangka, sewaktu aku hampir menamatkan pengajian, ibu aku disahkan mengidap barah payu dara. Tuhan aje yang tahu sedih tangis aku saat itu. Bukan niat aku untuk meraih simpati sesiapa dengan menceritakan kisah ini. Tapi sekadar ingin berkongsi pengalaman,suka duka aku bagi sesiapa yang sudi membaca dan juga sudi berkongsi. Erk...

Sebagai anak sulung, ayah terus mengkhabarkan berita itu pada aku setelah doktor mengesahkannya. Aku diam seribu bahasa. Aku buat-buat tiada apa yang berlaku. Aku buat-buat berita yang baru dikhabarkan itu seolah mak aku demam aje. Aku berlagak tabah, walaupun sebenarnya aku seorang yang lemah. Dalam hati Allah saja yang tahu...riuh kesahnya hati ketika itu.

Selepas tamat belajar, aku banyak menghabiskan masa ulang-alik ke Hospital Besar Kuala Terengganu (kini dah tukar jadi Hospital Nur Zahirah) bagi menemani mak aku atas urusan penyakitnya. Hampir 2 minggu aku merasa pengalaman tidur di hospital bagi menemani mak aku sewaktu beliau dibedah. Masa form 4 dah pernah tidur kat hospital, waktu tu mak aku keguguran. Cuma sehari je. Ni hampir 2 minggu gak la berkampung kat situ. Bukan tidak mengharapkan adik-beradik yang lain waktu tu, semua masih bersekolah. Hanya aku je, yang betul-betul baru habis belajar dan boleh diharap. Erkk...yer ke??

Kami sekeluarga memang sama-sama menahan air mata sebelum mak aku dibedah. Sama-sama tidak mahu menunjukkan kesedihan yang merundum di hadapan mak tersayang. Aku terutamanya, banyak mendiamkan diri. Kerana aku tahu, jika aku berbicara, aku pasti menangis. Aku jadi pendiam buat seketika. Dan ketika mak aku keluar dari dewan bedah, waktu itu mak masih lagi tidak sedarkan diri akibat ubat bius. Kami semua tidak dapat menyeka lagi air mata dari keluar. Setabah-tabah ayah aku pun, air matanya juga menitik melihatkan keadaan mak. Aku pula menangis sepuas-puasnya. Air mata yang aku tahan selama ni tersembur juga di bahu kawan mak aku yang kebetulan datang melawat ketika itu. Kata-kata penguat semangat yang diberikan kepadaku menambahkan lagi titisan air mata yang mengalir. Aku tidak tahu, ke mana hilangnya ketabahan dan kekuatan diri aku ketika itu.

Sejak pembedahan itu, mak aku semakin ok. Cuma tiap-tiap bulan kene buat follow up kerana bimbangkan kanser tersebut akan merebak ke sebelah kiri pula. Alhamdulillah, doktor tu kata kanser mak aku ni dikesan pada peringkat awal, tapi sebelah breastnya terpaksa dibuang. Kami sekeluarga tak kisah walaupun terpaksa dibuang. Yang kami harapkan, mak selamat... tu je yang kami sekeluarga fikir waktu tu. Kisah sepanjang di hospital, mungkin aku boleh forward ke entry lain pula, jika aku ceritakan di sini,aku kira berhelai-helai la jadi entry aku hari ni. Malas pulak nanti kan korang nk baca. kan? kan? hehehehehe..

"Semakin kita berumur, semakin kita perlu bersedia untuk berhadapan dengan detik itu. Detik di mana orang tua kita akhirnya akan pergi setelah menjalankan tanggung jawab mereka membesarkan kita semua. Itulah lumrahnya.", kata seorang sahabat pada ku.

Namun entah mengapa, aku langsung tidak mengiyakan kata-katanya. Sampai bila pun aku tidak akan pernah bersedia untuk menghadapi saat itu. Aku pernah membayangkan saat itu .....ya Allah, rasanya aku tidak sanggup menghadapi detik itu. Aku rasa sampai bila pun aku tidak akan pernah mampu. Dengan membayangkan nya saja pun, air mata tidak dapat dibendung, apatah lagi kalau betul-betul menghadapinya. Tapi adakah Dia akan tunggu kita betul-betul bersedia baru Dia menguji kita?

"Tidak Fida sayang..tidak.. Sama sekali tidak. Kamu kan tahu itu. That's why it is called a life", dia berkata-kata lagi..

p/s: Tetiba bangun pagi tadi teringatkan famili aku. Rindunya kat depa semua...Tambah-tambah lagi time berbuka puasa. Ya Allah....

Setakat tu kisah aku pada waktu dulu buat yang sudi membaca dan berkongsi. Sharing is caring then. Moga ketemu lagi di lain entry.

WaAllahualam
Wasalam..

Bazar Ramadhan lagi...

Monday, September 01, 2008
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Cepat kan masa itu berlalu? Baru je terasa berkunjung ke bazar ramadhan di Putrajaya tahun lepas, hari ini bazar itu aku kunjungi lagi untuk ramadhan pada tahun ni pula. Masa itu seolah disingkatkan. Jam seolah telah bertukar menjadi minit. Minit seolah menjadi saat dan saat jadi milisaat... huh!

Sangkaan aku, disebabkan ramai orang pulang ke kampung pada wiken kali ni, maka bazar ramadhan pun takde la bersesak-sesak sangat dengan orang. Aku ajak Mekdi pi sana dalam pukul 6 untuk membeli juadah berbuka. Sekali, hampir sampai ke sana, sangkaan aku sama sekali meleset. Kalau gi awal sikit lagi okay kut. Pukul 6 lebih tu dah berduyun-duyun kereta menuju ke bazar. Jalan ke sana penuh sesak. Parking di kiri dan kanan bazar full. Kelihatan seorang polis traffic menjaga lalu lintas. Dia mengarahkan kereta aku dan kereta-kereta yang seangkatan dengan aku masuk ke kawasan padang yang berumput.

"Parking lot baru ni..tahun lepas mana leh parking sini", sempat aku memberitahu Mekdi yang kelihatan dari awal perjalanan tadi asyik memikirkan juadah yang bakal dibelinya...

Dengan hujan renyai-renyai kami berdua meredah jalan yang berliku untuk sampai ke bazar. Agak jauh rupanya parking lot baru tu dengan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis juadah itu. Nasib la...hujan pun, sesedap rasa jek. Tapi still, kalau tanpa payung tu, alamat lencun jugak la sikit sebanyak.

Walaupun agak ramai orang yang mengunjungi bazar pada hari pertama ni, proses pembelian juadah berbuka tidak menjadi masalah sama sekali kerana kami mencari gerai yang agak lengang dengan lautan manusia. Tak sampai 15 minit kami di bazar, kami sudah mendapat juadah masing-masing. Mekdi dengan nasi kerabu dan aku dengan nasi ayam. Kuih pemanis hari ni, cukup sekadar sira pisang yang aku buat sebelum ke bazar. Pisang nangka hasil pemberian pakcik Mekdi semalam. Mekasih pakcik.....

Ok, dengan ucapan penghargaan kepada pakcik mekdi, maka aku kira ianya sebagai kisah penutup buat entry pada 1 ramadhan ni. Sekadar itu coret-coret kisah hidup pada kali ini. Moga sama-sama kita dapat bangun awal untuk bersahur besok. InsyaAllah.

P/S: Roti John versi Taman Warisan tu masih lagi mendapat sambutan hangat di bazar ramadhan tadi. Barisan yang beratur bagi membeli roti john itu masih lagi panjang, sama seperti tahun lepas. Nasib baik dah merasa roti john tu minggu lepas. Ngeeeee....
Selamat Malam semua....

WaAllahualam
Wasalam..

Ramadhan Datang Lagi..

Sempena kunjungan bulan yang mulia ini, pemilik "Never give up on a miracle" dan keluarga ingin mengucapkan selamat berpuasa buat semua umat islam amnya dan buat pengunjung blog ini khususnya, dan buat yang telah 'meninggalkan' puasa awal-awal ramadhan ni, nanti jangan lupa qada puasa tu. Ok, tu je...

Ramadhan, kedatanganmu dinanti... pemergianmu ditangisi...

waAllahualam
Wasalam
 

Browse