Doa...

Sunday, October 23, 2011
Aunty Ana (aunty dari Kedah yang saya kenal ketika buat umrah tahun lepas) call malam tadi, bagitau dia nak berangkat menunaikan Haji pada hari Selasa ni. Allahuakbar...Alhamdulillah... Allah kasi Aunty Ana kesempatan agung untuk menunaikan Haji pula tahun ni.

Aunty Ana tanya kat saya,

"Nak minta aunty doakan apa untuk Fida depan kaabah nanti? Aunty tengah buat list ni".

Rasa sebak tiba-tiba.

"Aunty, tolong doakan Fida dijemput Allah juga tuk jadi tetamu Dia",

"Tu je?"

"A'aa, tu je"



Ya Allah, anugerahkan Aunty Ana haji yang mabrur!

20 comments:

nur aisya humaira said...

akak, doakan laa utk jodoh skali...:)

cikguNae said...

Amin
Semoga Allah permudahkan segalanya untuk Afida

Anonymous said...

Kalau telah diseru nama akak, insyaALLAH dengan izinNya akak akan sampai ke sana. Doa yang privacy biarlah antara ALLAH dengan diri kita. Bila turn akak kat sana, boleh doa lebih banyak lagi. Allah suka kepada yang meminta. Nanti akak kat sana, doa pula untuk saya sampai ke sana ye. InsyaALLAH. :)))

Norsha said...

setiap kali dtg musim haji, mesti rasa sedih + gembira, bila teringat kenangan indah kat sana....lama sgt dah, tahun 2005 dulu...fida, bila kita ada hajat ke sana, InsyaAllah di makbulkanNya...

fuad ansari said...

siap buat list erk.. betul jugak tu.. dulu masa saya pergi sana, ada kawan suh doakan sesuatu.. sy pun cakap je lah insyaAllah.... orang muda, memori konon kuat lagi..tak payah buat list..

dah sampai sana, sibuk dgn amal ibadat n lain2, ntah mcm mana sampai terlupa nak doakan utk dia.. bila balik malaysia, kawan tu tanya balik, ada doakan tak?? lantas sy menjawab,insyaAllah.. kat sini pun aku akan doakan.. (",)

p/s:rugilah kalau akak mintak doa yg tu je.. (",)

budak penjara said...

jgn lupa suh dia doakan utk sy juga supaya jd muslim sejati

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida,

Moga Allah kurniakan kepada saudari kesihatan yang berpanjangan dan hati yang sentiasa mengingati~Nya setiap masa dan ketika.

Mudah-mudahan Allah pilih saudari untuk menjadi tetamu~Nya suatu hari nanti dan haji yang mabrur buat aunty ana...amin

IMANSHAH said...

salam

saya juga bedoa agar sampai ke sana

eita said...

assalamualaikum..
akak pun harap satu hari nanti leh jadi tetamu allah...insya allah..
semoga selamat dalam semua urusan dan perjalanan nanti

Afida Anuar said...

Aisya-->Untuk jodoh tu aunty kata dia dah tau:)

Nae-->Aminn.. JazakaAllahu khairan Kathira..

Pencari Cinta Sejati-->InsyaAllah dik, sama2 kita doa... tak semestinya sampai sana, sini pun kita boleh doa moga2 kita sama2 dijemput Dia untuk ke sana.. InsyaAllah..

Kak Norsha-->Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan agung buat kak norsha tunaikan haji. Moga Allah kurniakan akak haji yang mabrur..insyaAllah, moga Allah memakbulkan.

Fuad-->a'aa, aunty kata dia buat list, sebab nak ingat sorang2 tu memang tak ingat dia kata..

PS: Doa satu lagi tu dia dah faham2 sendiri;)... dia cakap la..hehe

budak penjara-->doa dapat jodoh yang solehah?;)

abdul razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak. Moga Allah juga kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat saudara serta rahmat dan kasih sayangNya yang tak putus. Aminnn... insyaAllah. Moga2 Allah memakbulkan doa saudara.

shah-->salam..insyaAllah. Moga2 Allah jemput kita nanti jadi tetamu dia.

Afida Anuar said...

eita... Waalaikumusalam, Amin.. insyaAllah, moga2 kita sama-sama di jemput untuk jadi tetamu Dia..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Semua ketentuan telah ditetapkan oleh Allah SWT sejak sebelum kita dilahirkan. Allah SWT Maha Mendengar akan doa hamba2Nya cuma sejauh manakah kita telah bersedia kearah apa yang kita hajati. Utk menunaikan rukun haji, asas dalilnya adalah dlm Surah Ali Imran:98 وَمَن دَخَلَهُ ۥ كَانَ ءَامِنً۬ا‌ۗ وَلِلَّهِ عَلَى ٱلنَّاسِ حِجُّ ٱلۡبَيۡتِ مَنِ ٱسۡتَطَاعَ إِلَيۡهِ سَبِيلاً۬‌ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ ٱللَّهَ غَنِىٌّ عَنِ ٱلۡعَـٰلَمِينَ dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk).

Allah SWT Maha Mengetahui keadaan manusia sejauh manakah kemampuan manusia dgn pelbagai halangan perjalanan termasuk tambang, visa dan cukai2. Malah yang lebih penting sebelum kesana, penyediaan ciri2 ketaqwaan perlu ada termasuklah hal ibadat, tawadhu', persediaan ilmu, muamalah, hudud, pencarian rezeki dsb. Jika tidak ada, bertepatan dengan firman Allah SWT, Surah AlHajj:37 لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَـٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡ‌ۚ Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu.
Wallahualam

senyumSOYA said...

nak jugak ^^" insyaALLAH kan akak..

Afida Anuar said...

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt.. Tajnur, Allah yang mencipta kita, Allah jualah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita seperti mana yang telah ditentukan Nya. InsyaAllah, sebelum berangkat, persiapkan diri, persiapakan hati. Moga2 kita dijemput Allah satu hari nanti, insyaAllah.

PS: Lama tak nampak;)

SenyumSoya-->InsyaAllah...

Menusuk Hati-->insyaAllah dik... eh jangan lupa doakan akak juga... baru gempak:p

Amy Syahirah said...

insyaAllah akn termakbul =)

Unknown said...

SALAM,
SEMOGA KITA MENJADI TETAMU ALLAH DALAM MASA TERDEKAT INI .

Afida Anuar said...

Amy syahirah--> insyaAllah.. eh macam nama adik akak..syahirah;)

LF-->Salam.. moga2 ya LF... insyaAllah...

Anonymous said...

Di sana doa lebih mustajab kak.

Afida Anuar said...

Pencari Cinta Sejati.. betul2..tp kita kena berusaha dan berdoa dulu untuk sampai ke sana. Ayuh!

Anonymous said...

InsyaALLAH :)

 

Browse