Allah Kan Ada...

Thursday, October 06, 2011
Tugas baru memerlukan saya berinteraksi dengan client untuk gather requirement dengan tepat, mantap dan memenuhi kehendak client. Sepatutnya hari ni dan besok saya perlu ke tempat client, tapi semalam depa email bagitau, untuk hari ini meeting postpone. Syukur.

Barulah saya tahu, rupanya tugas saya ni bukan saja memerlukan saya untuk ke tempat client yang jaraknya 45km dari opis, tapi 1500km dari opis juga! oh! (Kalau jadi la, minggu depan kot! Kalau tak jadi..alhamdulillah..err.. hehe)

Untuk travel 2,3 hari memang tiada masalah bagi saya, cuma yang jadi masalahnya, saya seorang je wakil kuli yang terpaksa travel dengan bos-bos seramai 3 orang, dan kesemuanya bukan beragama islam dan bukan sebangsa...errr. At least kalau ada teman sekuli/seagama/sebangsa, mungkin rasanya berbeza. Orang kata seronok la sikit kan. Cuma saya syukur bos atas saya perempuan.


Dah siap pinjam kompas arah kiblat dengan Ija, dah cari waktu solat di negara sana, cuma makanan kering tak beli lagi macam megi ke..roti ke. Pasai kawan kata kat sana susah nak dapat makanan halal bagi yang tak biasa. Tapi bab makan saya tak kisah sangat, pasai bekalan roti atau megi pun dah ok. Pendek kata, keperluan fizikal tu insyaAllah semua dah sedia.

Cuma keperluan lain.... saya bercerita kat Wan akan kerisauan di hati...


Wan nasihat kat saya..



"Jangan risau Kak Fida... kawan takde takpe. ALLAH KAN ADA."



Allah ada...

18 comments:

nur aisya humaira said...

semoga slamt pergi slamt kembali kt fida...

aah,Allah kn ade...:)

kak,doakn aisya ade intrvw pgi ni...:)

Pn Kartini said...

Assalamualaikum my dear..:)

InsyaAllah..
fida boleh berdepan dgn pelbagai situasinya...:)
Semmgnya tidak keseorangan..
DIA tetap dekat bersama..:):)

Take care yaa...:)

Adliff said...

1500km? China?

cikguNae said...

ke mana Afida?
Insyaallah... Afida ok!
Allah ada...

budak penjara said...

kadang2 la kak..bos pompuan lagi bnyk songeh kak..hehe

kembang idung di pnggil anje..hahaha

fuad ansari said...

gi mana kak??

jauh mengembara..

silap2, boleh bertemu jodoh dengan orang jauh ni.. (",)

IMANSHAH said...

ok lah, travel sana sini

Anonymous said...

Alhamdulillah.... maggi pun memang perlu ada, selain menyelerakan malah menjimatkan, soal halal tu memang penting, soal save budget tu juga penting, orang luar suka tekan harga lagi2 tengok kita orang luar. :(
Kawan akan tinggalkan kita, sakiti kita sungguh telah termeterai 1 perjanjian. Tapi, ALLAH "Tidak Pernah".

Abd Razak said...

Assalamualaikum saudari afida...

Moga Allah kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat saudari..

Bersandar penuhlah kepada Allah, dengan mengingat~Nya dan lupakan selain~Nya serta sentiasa mengharapkan pertolongan dari~Nya..

r.o.l. said...

Benar kata Wan tu. Selamat mengambil customer spec/requirement... semoga Allah mudahkan... kerana siapa yang pernah melaluinya mungkin faham huhuhu... jangan jadi seperti yang dalam diagram ini... all the best! Ganbatei! Chai-yok!

naimisa said...

mesti pergi INDIA ni.

selamat pergi dan balik.

Afida Anuar said...

Aisya-->InsyaAllah... macam mana interview?

Kak Tinie-->Waalaikumusalam my dear kak tinie, InsyaAllah.. terima kasih kak. u too take care too;)

Aliff-->China jauh sangat Aliff, ke bawah sket.. hehe

Nae-->Nae, mungkin ke Bangkok kot. Kalau jadi la.. InsyaAllah Nae, doakan.

Budak Penjara-->Alhamdulillah...bos akak ni tak banyak songeh. Suka keje dengan dia. he he.nasib baik kembang hidung je...hahaha

Fuad-->gi dekat2 cni je fuad, Allah kalau dah jodoh orang jauh yang soleh, insyaAllah akak terima.. hehe;)

Shah-->Ada ok, ada tak ok. Tapi setakat ni ok la... depends. Setakat 3 hari je shah, kalau berbulan2 takmo saya;p

Pencari Cinta Sejati-->Sesekali makan megi.. sedap pe kan. A'aaa, kawan akan tinggalkan kita. Tapi Allah..tak pernah. Cuba kita je yang selalu tinggalkan Dia..

Abdul Razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak,alhamdulillah..moga Allah juga kurniakan kesihatan yang berpanjangan buat saudara. InsyaAllah saudara, nasihat saudara, nasihat wan takkan pernah saya lupa..

Rol-->he he, harap2nya tak jadi macam tu la rol, sebenarnya saya masih dalam training tuk jadi BA ni, skrang kira macam assistant la kot. Tapi bukannya tukar bidang pun. Lepas BA ni still saya buat testing. Cuma orang kata, ada peluang tuk belajar benda baru. Tak salah cuba kan? (Tapi memang mencabar pun jadi BA ni!..huhu..moga2 Allah bagi kekuatan)

Naim-->India jauh lagi la naim, 6000km kot. Ni dekat jah, mekasih naim..

Kamsiah yusoff said...

betul tu Fida...jika kita dekat padaNYA..Insya Allah DIA jugak dekat pada kita..semoga semuanya selamat...

Afida Anuar said...

Kak Kamsiah, moga kita tak menjauh Dia. Dia memang sentiasa dekat dengan kita, cuma kita... yang selalu menjauhi dia kan kak?

Iera Daniera said...

bestnyer akak. taper2 ape2 pun. take care, tawakal jer :) insyaallah

Afida Anuar said...

tatau lagi konfem ke idak iera... travel plan tak approve lagi ni.. hohoho..

insyaAllah kalau pegi pun , memang tawakkal je la..

Anonymous said...

Yea moga2 kita x lupakan ALLAH waktu senang dan susah kita :)

Afida Anuar said...

Pencari Cinta... dan insyaAllah, Allah juga takkan lupakan kita di waktu susah atau senang kita.

 

Browse