Kacak Dan Tua...

Thursday, September 29, 2011
Rindu. Rindu kat banyak benda. Tengok tasik Putrajaya pun dah boleh 'generate' rindu dekat sungai lesu di kampung. Rindu dekat mak ayah adik-adik tu tok sah nak citer lah.. Rindu jugak dekat tokki dengan tokwan yang dah lama 'pergi'. Rindu zaman kecik dulu-dulu, rindu kawan-kawan jauh dekat. Rindu sungguh-sungguh semua orang!

"Kak Fida.. EOL tu apa?.. Kak Fida!", Azmin, jiran sebelah cubic.

Eh, eh! Astarghfirullahala'zimmmm......

"End Of Life, kenapa?"

"Takde, saje tanya. Terima kasih kak!"

Kembali memijak realiti.
Rindu yang semestinya akan menjengah lagi...saya letakkan di tepi hati.
Bunga semangat sedikit berkembang riang.
Senyum di bibir pun bertandang...

Rupanya teringat kat orang-orang yang kita sayang pun boleh kasi semangat jugak kan?

Besok first time nak ke tempat client. Macam nak suai kenal la kot. Bos kata ada satu department tu, semua lelaki kacak-kacak! Tapi semua yang akan join meeting besok yang tua-tua la.. haha.

Iyo la tuh bos!



Ya Allah..permudahkanlah segala urusan kami...

Dalam Hati Si Bujang...

Tuesday, September 27, 2011
10.00 malam, mulut dah start menguap-nguap. Mata pun rasanya dah layu semacam. Travelog Wartawan Islam yang saya susuri sejak dua hari lepas masih berbaki separuh untuk dihabiskan. Malam ni saya sempat habiskan 2 bab je, tak larat nak baca lagi pasai mengantuk yang amat. Buku nipis je, tapi entah apa yang menghalang untuk saya habiskan terus.

Bila dah makin tua ni..err..maksud saya makin berusia, masa tidur jadi makin awal eh? Dulu-dulu mata boleh lagi bertahan sampai pukul 11, 12. Sekarang masuk pukul 10 je dah fikir nak tidur. Takpe la, sementara ada peluang untuk tidur awal ni, tidur je la kan?.. lagipun insyaAllah pagi-pagi besok boleh bangun awal^_^


"Seronok la awak, jeles akak tengok... balik rumah tak payah sibuk-sibuk nak layan kerenah anak-anak dan suami dah, akak ni, mana nak masak lagi, nak kemas lagi, nak rehat lagi, nak layan anak-anak lagi....haihh..."

Saya cakap kat dia, suami dan anak-anak, dan kesibukan menguruskan rumah tangga itu adalah anugerah yang patut dia syukuri...Buat apa la dia nak jeles dekat si bujang yang serba serbi kurang ni.




Tapi saya cakap dalam hati je la...

Lagu Nelly...

Monday, September 26, 2011
Pada satu hari, ada seorang ustazah, ingin menumpang saya untuk mendengar tazkirah di salah sebuah masjid sekitar sini. Sewaktu memandu, saya memang suka dengar fly dan red fm, jadi sebagai tanda hormatkan ustazah tu, tambahan saya sedang dalam perjalanan menuntut ilmu Allah, saya offkan je radio. (Kalau diserabutkan dengan hiburan dunia, tak ke kacau jiwa jadinya kelak. Iyer dak?)

Pung pang pung pang selesailah sesi tazkirah ringkas pagi tu, Alhamdulillah. Tazkirahnya adalah berkenaan peranan wanita dalam menyebarkan dakwah kalau tak silap saya. Usai tazkirah, ustazah tu masih lagi memerlukan khidmat saya untuk menghantar beliau pulang ke rumah.

Masuk je kereta, start enjin kereta, automatik tangan ni terus tekan butang aircond, tekan butang radio (sebab dah biasa begitu kan). Berkumandang lah lagu Nelly, Just a Dream. Maka ustazah yang menumpang saya pun sedikit tersentak dan saya pun agak terkejut dengan tindakan separa sedar saya itu (yakni meng'on'kan flyfm). Perlahan-lahan tangan saya memperlahankan radio.

Lagu Nelly pun berkumandanglah dalam volume yang sangat perlahan tapi masih kedengaran sipi-sipinya. Allah......dah la baru balik dari sesi tazkirah, nampak sangat apa yang ditazkirahkan tak meresap masuk dalam jiwa sepenuhnya, isk... sedih betul.





Dia kata, biarlah dalam Incik Hitam ada lagu Nelly, tapi janganlah lagu Nelly ada dalam hati. Dalam hati biarlah hanya ada... DIA.



PS: Abiwan, akak pinjam ayat akhir tu eh! (Dah amik baru cakap ni..huhu)

Bila Allah 'Cubit'...

Thursday, September 22, 2011
17 September baru ni, genap lah 4 tahun saya bekerja di company milik orang India ni. Pejam celik pejam celik sudah 4 tahun rupanya saya di sini. Woww... time flies so fast ladies and gentlemen...so fast.

4 tahun... entah apa yang saya capai selama saya bergelar pekerja di sini... saya pun tak tau la, errr. Rating appraisal yang sama setiap tahun, skill pun masih yang sama, macam tak berkembang je skillnya, huhu. Itu lah, time idle tak nak buat self learning betul-betul. (padan muka!)

Masa buat appraisal, bukan main cakap nak improve development skill la, supaya dapat join development team pula nanti, nak learn as many as new technologies supaya senang nak adapt bila ada requirement. Tapi sampai masa, bla bla bla not prepare la, don't have enough experience la, ah alasan semata...

Tu la,bila bos tanya haritu, how do you see yourself in 5 years, cakap lagi nak jadi full time housewife, cakap lagi Fida. Jadi sekarang apa jua yang berlaku memang tak nampak jalan lain dah...nampak jalan housewife jer..isk.. Kadang-kadang payah jugak nak tune apa yang kita dah set dalam minda kan?

Masuk bulan depan yakni bulan kelahiran.. projek baru akan bermula. Bermula dengan skill baru yang perlu saya belajar. Wajib belajar sebenarnya. Ada keperluan, mungkin juga saya terpaksa ulang alik ke tempat client yang letaknya hampir 45km dari opis!! (oh,tarik nafas sekejap, huhu). Sesak rasa dada, tapi seperti kata Wan, apa jua yang Allah rencanakan dalam hidup kita, pasti... pasti ada hikmahnya.

Saya terima tawaran ini dengan hati terbuka, sebab saya pun yakin begitu. Moga-moga Allah bagi saya kekuatan dan ketabahan untuk hadapi hari-hari mendatang... serta kemudahan dan kelapangan untuk melaksanakan suruhan Allah di awal waktu tatkala di tempat asing kelak.



PS: Ya Allah, sempurnakanlah kesudahan segala urusan kami ini, dan jauhkanlah kami daripada hina di dunia dan di akhirat. Amin.. ya Rabbal alamin..

Mencari Sayap...

Tuesday, September 20, 2011
Nampaknya adik saya, Mekbu sudah berpindah tempat kerja. Dari Kuantan ke tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Mak dan ayah datang sini minggu lepas pasai nak hantar Mekbu dan kereta Mekbu (sebenarnya bukan kereta Mekbu pun, tapi kereta yang mekbu pinjam dari mak, hehe). 2 bulan je dia bertahan kerja kat Kuantan, lepas tu dia berhenti bila masuk awal Ramadhan baru ni. Asbab berhenti, biarlah saya simpan sendiri. Cuma.. tak dapat la saya nak merasa ikan bakar kat Tanjung Lumpur tu lagi, hu hu hu.

InsyaAllah, minggu depan lagi satu mak, ayah dan adik-adik akan datang lagi ke sini, sebab Mekbu nak konvo, sebab Mekbu lagi.. hehe. Kerap pula keluarga bermusafir ke sini tahun ni. Moga-moga Allah beri kesejahteraan dan keselamatan sepanjang perjalanan nanti.

Hmmm, nak beli hadiah apa sempena konvo Mekbu nanti eh? Kalau saya kasi buku aci dak? Nak kasi bunga macam membazir (walaupun bunga sangat sinonim dengan konvo). Dah la mahal, pastu tak sampai 2 minggu bunga pun kering, mati. Pastu buang. Kalau bagi buku, walau mahal sekali pun...tapi usia dan ilmu dia sepanjang hayat yer dop? Nasib la, saya memang tak minat kasi bunga kat orang, nak buat macam mana. Tapi kalau saya dapat bunga free, besar tapak tangan, seluas lautan saya tadahkan, ha ha ha.

Buat sementara ni Mekbu menumpang di rumah adik lelaki saya di Gombak. Dia berulang alik pergi kerja balik kerja naik train Putraline tu. Merasa la dia jadi warga kota yang tak lekang dari kesibukan, keseliratan dan kebingitan. Moga-moga dia kuat, tabah dan dipelihara Allah selalu dari segala keburukan dan niat jahat orang.

"Kak Nor, cari lah kerja kat KL ni, boleh kita sewa rumah sama-sama. Kita berdua je. Nak tak? Jom la.. Pelissss.."

Allah.... nak cari kerja kat tengah KL tu satu hal? Tenang kat Cyberjaya ni macam mana, takkan nak tinggalkan macam tu je? Ni pun satu hal. Hati membebel sendiri.

"Hmmm... tengok la, kalau Kak Nor rajin"





PS: Mahu terbang tinggi, tapi sayapnya tiada... Allah...

Teh Berteknologi Maklumat...

Monday, September 19, 2011
Cuti sempena hari Malaysia baru-baru ni, saya berkesempatan ajak mak dan ayah makan nasi arab di Restoran Saba, Cyberjaya. Orang kata, alang-alang dah sampai Cyberjaya, tak sah kalau tak singgah di Restoran Saba. Iyer dak?

Tatkala ayah selak menu minuman...


"Teh O segelas 2 ringgit!!???", ayah

"Teh Cyberjaya ayah... teh berteknologi maklumat depa kata"

"Teh Terengganu pun teh berteknologi maklumat jugak, tapi 60sen je"

errr~

Tak Cantik Di Mata...

Sunday, September 18, 2011


Cubaan kali ke lima. Baru ada rupa roti dan rasa roti. Gagal berkali-kali, tak semestinya selamanya tak berjaya iyer dak? Yang penting usaha.

Mentang-mentang roti dah kembang cantik elok, saya pi modify jadi roti coklat separuh, roti biasa separuh. Lepas ni tatau la nak modify jadi roti apa pulak. We'll see... we'll see.. he he. ^_^

Oh,sila abaikan rupa dia yang tak berapa nak cantik tu, insyaAllah in future i will improve. Rupa tak cantik tak pe, asal rasa dia sedap. Kan?

Jemput makan semua..... errr jemput makan Mardhiah dan Kak Sal...hehe;)




PS: Mardhiah dan Kak Sal kata sedap... yosh!

Melawak...

Thursday, September 15, 2011
Petang tadi ada Rumah Terbuka untuk warga Cyberjaya yang bertempat di Kelab Komuniti Cyberjaya. Macam-macam ada... beriyani kambing, soto, ketupat, lemang, sate, char kue teaw, laksa, nasi dagang pun ada, bubur jagung, ais krim, cendol, buah-buahan tempatan dan banyak lagi..eheh. hu. ha..hi..hehe.

Tengah-tengah rambang mata nak pilih juadah untuk di ngap, tiba-tiba...

"Eh, sahabat lama!!"...

"SubhanaAllah... Kamariah!!"

Bla bla bla..bla bla bla bla...lamanya tak jumpa. Bla bla bla..keje. Bla bla bla, duk kat Putrajaya.

Tengah seronok bersembang, mata saya pantas menangkap perut dia yang semakin membesar.

"Ni anak yang ke berapa Kamariah?"

"Anak yang kedua"

"Ko?"

"Aku pun ada dua."

"Eh ye ke?"

"A'aa, anak mata dengan anak tekak"..

"Pandai ko buat lawak eh sekarang"

he he..

Yakitate...

Tuesday, September 13, 2011
Masa balik kampung dulu-dulu kala, saya masih ingat lagi keghairahan ketika mencuba kali pertama membuat roti. Ala roti senang-senang je yang dicuba, roti paun. Kat Terengganu memang terkenal dengan roti paun. Jadi untuk cubaan roti pertama, saya mencuba roti paun. Alhamdulillah... menjadi, ketika dibiarkan, adunan naik 2 kali ganda. Bermakna roti saya menjadi!!!! Ya Allah excitednyer!! Lepas dibakar, mak dan tok jadi orang pertama yang rasa....depa kata sedappp. Saya tersenyum.. bangga la juga. First try kan, he he.

Kali kedua cubaan membuat roti, entah mana silap, adunan roti tidak naik langsung. Salah yis gamaknya. Dibiarkan lagi adunan tu sehingga 2,3 jam tetap tidak naik. Last-last bila dibakar, roti jadi keras, oh! Saya kira, roti yang keras ni kalau dibuat baling kat buaya pun, buaya boleh mati...errr..

Saya tetap tidak putus asa (cheewah angkat bakul kejap, hehe)..... saya cuba lagi buat kali ketiga. Siap baca doa minta dengan Allah, suruh roti saya menjadi. Tapi Allah tetap tak kasi roti saya menjadi hari tu. Ada la hikmahnya tu. Tapi saya rasa sedih dan kecewa juga pasai roti saya tak jadi dan tak pasai-pasai saya kena paksa rela makan roti keras...huhu.

Memandangkan yis pun masih berbaki tu... saya rasa besok atau lusa, saya nak cuba lagi la buat roti. Kalau tak jadi juga kali ni, rasanya boleh la saya baling jauh-jauh angan-angan nak jadi pembuat roti terhandal macam dalam anime yakitate tu......hahaha


Kembali...

Sunday, September 11, 2011
Sedang bersiap untuk solat magrib petang Jumaat yang lalu, tiba-tiba saya mendapat sms dari Ina, "Dah dengar pasal anak Aizat?"

Ya Allah... dengar pasal apa pulak ni? Getus hati. Lantas nama Ina saya cari. Saya telefon Ina. Dada sebak tatkala mendengar berita yang Ina sampaikan.

Innalillahiwainna IlaihiRojiuunn... Anak Aizat Yaacob dan Farhana Fadzil, Faris Aiman, 3 bulan telah meninggal dunia kerana tersedak susu di rumah pengasuh. Berat sungguh ujian yang Allah kasi kat Aizat, baru 2 bulan lepas dia kehilangan ayahanda tersayang, sekarang anak lelakinya pula yang menyusul. Moga Aizat dan Ana sabar dan tabah hadapi ujian Allah ni.

PS: Cemburu dengan Aizat dan Ana, sebab Faris Aiman tengah tunggu ibu dan ayah dia, kat depan pintu syurga tu....Allah....


Umar...

Thursday, September 08, 2011
Baru je duk cakap pasal anak menakan saya, Umar Khaalish, Umar suka terbang macam superman la, Umar suka panjat tangga la, tup tup lewat petang tadi saya menerima pesanan ringkas dari ayah Umar. Umar masuk DEMC pasai batuk tak henti,lelah... Allah....

Tiada apa yang mak long dapat lakukan sekarang kecuali titipkan doa, mohon pada Allah semoga Allah berikan kesembuhan buat Umar. Besok Mak Long datang.... cepat sihat yer sayang...


Umar, macam siap sedia nak pergi terawih je Mak Long tengok ni...tapi terawih tahun ni dah habis la Umar, kita tunggu tahun depan eh, kalau dipanjangkan umur...insyaAllah

Anak Menakan...

Tuesday, September 06, 2011
Bercuti raya sepanjang 10 hari terasa berlalu macam tu je. Cepat sungguh masa berlalu. Kalau ikutkan 10 hari tu lama, tapi hakikatnya..... sedetik cuma.

Anak menakan saya Umar Khalish dah nak masuk 11 bulan usia dia. Umar dah boleh berjalan dah sikit-sikit. Seronok sangat kami para mak sedara ni melayan karenah Umar. Walaupun penat, tapi puas. Puas tengok dia senyum, puas tengok dia gelak. Kalau dia nangis, kami berusaha walau apa cara untuk tengok dia senyum kembali. Umar suka panjat tangga!! Juga sangat suka kalau saya buat dia terbang....jadi Superman!! "Supermannnn...teng teng teng...teng teng teng teng tengg tengg.....". Begitulah lebih kurang sound track yang saya lagukan tatkala saya terbangkan Umar,hehe. Tengah-tengah dia menangis pun, kalau saya buat dia terbang, dia boleh ketawa....Umar..Umar.... rindu benar mak long pada kamu.

Anak menakan saya nombor dua pula, Aniq Mujahid, baru masuk 2 bulan. Aniq tiada dalam gambar raya kami ramai-ramai haritu pasai Aniq beraya dengan datuk dan nenek dia kat Tanjung Karang. Aniq suka menangis, suka minum susu. Juga suka tidur. Kalau picit hidung Aniq sambil agah dia, dia dah pandai senyum. Saya tak pandai sangat melayan kerenah Aniq. Kalau Aniq menangis, saya tak pandai nak pujuk kasi Aniq berhenti menangis. Buat superman terbang pun tak jalan..hehe. Ubat menangis Aniq hanya satu, susu. Bila pula la mak long boleh berjumpa Aniq ni.

Asbab kelahiran mereka ke dunia, raya tahun ni rasanya sangat-sangat meriah buat kami sekeluarga. Walaupun penat melayan bermacam kerenah budak-budak kecil dua orang tu, tapi jauh kat dalam sana... alhamdulillah, gembira tak terkata.

"Kak Nor...anak saudara dah 2 orang... bila pula Kak Nor nak ada anak sendiri?"

errr....errrr......

Allahualam...


Jatuh itu tidak salah sayang,
Tapi tidak bangun itu yang salah.

Bye!

Duit Raya Si Bujang...

Monday, September 05, 2011
Tahun ni saya dapat duit raya RM10 dari sepupu saya. Adehh, malu juga saya nak terima, maklumlah saya dah bekerjaya, tambah lagi dah ada 2 orang anak sendiri saudara, tambah lagi saya termasuk dalam golongan yang kena kasi duit raya. Tapi dah dia kasi dengan ikhlas, saya terima la dengan malu-malu kucing gitu... he he.

Kata sepupu saya yang baru menimang cucu pertamanya tu, dia kasi duit raya kat saya pasai saya tak kawin lagi...

oh!

ok.....

;-)

Tak Sedondon...

Friday, September 02, 2011


PS: dan tak cukup 3 orang dalam gambar ...

 

Browse