Tsunami Di Hati...

Wednesday, December 01, 2010
Semua manusia menunggu dan berkumpul di tepi sebuah pantai. Menunggu tsunami kata mereka. Entah kenapa mereka menunggu tsunami sedangkan mereka tahu bahana besar jika tsunami benar-benar memunculkan diri.

Selepas seketika, tsunami yang dinanti masih tak kunjung tiba. Ombak yang ada pula, dari tadi berhempas ganas tiba-tiba bertukar rentak menjadi perlahan kemudian tenang setenang-tenangnya. Tsunami entah di mana, ombak pula tiada, yang tinggal hanyalah bayu laut yang tidak jemu berhembusan. Setia menghembus walaupun ombak diam kaku. Ajaib!.. SubhanaAllah ...SubhanaAllah ...terdengar gumaman sendiri dalam hati.

-----------------------
Sepanjang saya ulang alik dari KL-Terengganu, Terengganu-KL, alhamdulillah tak pernah sekali pun saya kena saman. Mungkin berkat ikut cakap ayah. Ayah bilang, kalau had laju dia 110km/j, bawa 120km/j ok lagi. Maka sepanjang perjalanan, memang saya bawa Incik Hitam saya tak lebih 120km/j. Kalau terlebih cepat-cepat saya turunkan meter dia jadi 120 kembali, haha.

Nampaknya nasihat ayah tu, saya tak boleh gunakan di jalan-jalan lain. Sewaktu ke Perak baru-baru ni, di Jalan Sabak Bernam, entah polis mana yang tangkap Incik Hitam saya bawa melebihi had. Padahal rasanya saya bawa tak lebih 120km/j pun. Kesian saya kan? Tak pasal-pasal kena saman, first time!.. ;(

Bayar...tak bayar...bayar....tak bayar...bayar....tak bayar....bayar....errrrr..

PS: pdrm.alert myeg..

24 comments:

sahromnasrudin said...

salam afida..sy pun kne kat jalan tue..saya kene kat area tanjong karang...dekat jejantas pasir penambang..awak kat ne???

Afida Anuar said...
This comment has been removed by the author.
Afida Anuar said...

Salam sahrom..Dia tulis sabak bernam .. tatau la area mana. Dah la saya tak familiar sangat jalan tu. Nak buat macam mana...huhu..redha je.

natni said...

what? kfid kne saman..how much...meh la org tuang skali ke...erkkk sorii kfid.. :S

Abd Razak said...

Assalamualaikum...

Semoga sdri sentiasa dilimpahi rahmat oleh~Nya serta kesihatan yang baik..

Kalau boleh check balik dengan PDRM bepa speed yang sdri bawa sewaktu polis tangkap tu. Biasanya memang tepat reading equipment mereka tu. Apa pun bayar jerlah...:)

Pn Kartini said...

salam my dear ..:)

pernah gakk hampir terkena samannya..
tapi bila 'abg' polis tahu akak ni guru..tak disamannya!!hehehe...

utk fida..sabor yaaa

nurkass said...

salam fida..adeh..ingatkan tsunami apelah..hehe..kena saman???ooo..kt sabak ye..kat situ mmg byk polis ronda..
member kass pun kena kat situ..polis tu siap suruh tolong kejar org yg cabut lari lagi..hehe..sekarang ada diskaun kalau kita bayar awal kan..sabar bebanyak ye..

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Begitulah ungkapan bagi mrk yg sudah lama merasai kesenangan dunia sehinggakan mrk sangka bencana yg akan mendatang boleh ditepis begitu saja. Siapa sangka jika azab yg mendatang memusnahkan segala2nya tanpa disedari. Surah AlAn`aam:44 فَلَمَّا نَسُواْ مَا ذُڪِّرُواْ بِهِۦ فَتَحۡنَا عَلَيۡهِمۡ أَبۡوَٲبَ ڪُلِّ شَىۡءٍ حَتَّىٰٓ إِذَا فَرِحُواْ بِمَآ أُوتُوٓاْ أَخَذۡنَـٰهُم بَغۡتَةً۬ فَإِذَا هُم مُّبۡلِسُونَ Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan).
W/pun jalan ke Sabak Bernam sudah dilebarkan, tetapi masih tertakluk pada had laju kebangsaan iaitu max. 90km/jam. Kenapalah bawa laju2, apalah yg hendak dikejar dlm dunia ini? Hanya highway2 pd tempat ttn saja yg benarkan 110 km/jam, anyway berita hari menyatakan ada potongan diskaun 50% dan 30% bg mrk yg kurang 30 hari berkuatkuasa surat saman dikeluarkan. Wassalam

Bijen M. said...

Lain kali pakai kancil senang.
Kalau lebih speed, nanti dia bagi amaran.
Dashboard bergegar.
Ha ha ha.

Azian Elias said...

Sesekali kena tak pe.. Kifarah lah tu..hee..

Noli said...

kesian akak...sabar yer kak..lenkali bawak bawak 80 je cam noli...
..
eh lupa..akak bawak kete mantop tak best 80 je..hehe

Uj said...

hehehe bayar bila ada diskaun ok skit...

Afida Anuar said...

Intan-->Tuang terus? hehe

Abdul Razak-->Waalaikummusalam wbt... semoga saudara pun begitu..
Rasanya malas la saya nak cek saudara, sebab saya tau saya memang bawa laju pun pada hari kejadian, err..hehe.

Kak Tinie-->salam my dear kak tinie, ooo akak kena saman depan2. Fida kena 'tembak'...tau kena 'tembak pun selepas sebulan

PS:aikk, tak jadi saman sebab guru? lain kali fida nak cakap fida pun cikgu jugak la:P

Kass-->Salam kass, hehe tsunami la kass, sebab selama 11 tahun bawa kereta, ni first time kena saman. Rasa ralat gitu..huhu

Tajnur-->Waalaikumusalam wbt..Tajnur, hehe...memang la takde apa nak kejar, tapi masa bertolak dari Manjong tu dah lambat, kalau boleh tak nak la sampai Putrajaya malam. Ahaaa, itu la. Kebetulan, terbaca juga berita tu. Tapi saya baru je mendapat tahu melalui email yang baru dihantar 2 hari yang lalu selepas sebulan kejadian, terlepas la saya nak mendapatkan diskaun..huhuhu

Bijen M-->hehe,rasanya nak kena apply mechanism tu kat incik hitam saya...errr..

Yan-->hehee itu la kak yan, buat peringat di masa hadapan. first time kena saman ni selama 11 tahun rasanya bawa kereta..huhu

Noli-->manthop apanye noli, ok2 lepas ni akak bawak 80 je:P

UJ-->dapat tau selepas sebulan kejadian UJ..dapat email...rasanya takde dah diskaun kut..huhu

Kamsiah yusoff said...

salam
tsunami dihati dah reda? :)
dah bayar ke belum?

naimisa said...

ini petua yang saya tahu.

Kalau memandu waktu malam, anda pecut sampai 140 km pun tidak akan kena tembak oleh perakam perangkap halaju.

Tetapi kalau siang, kebarangkaliannya sangat tinggi. 99.9999%

-----------------
p/s:
hahaha... terkongsi petua yang tidak elok pula di sini. Maaf. Jangan ikut yang tidak baik.

naimisa said...

fida; mata-mata polis tu duduk di sebalik tanda amaran atau dalam pondok di menara pemantau.

Anonymous said...

Jalan di situ, mmg had laju 90km jer fida, tapi jalan elok mcm tu, kekadang tak sedar tekan minyak macam kat highway(saye dah ade beberapa saman kat situ :P) - muni

Afida Anuar said...

Kak Kamsiah-->salam kak..err sudah tentulah belum bayar lagi..hehe..

Naim-->huh, malam2 takde speed trap naim. Itu la, kadang-kadang ada kereta yang datang dari arah bertentangan kasi high beam, tau la tu ada polis tengah buat speed trap.

Kadang-kadang saya tengok kereta2 lain. Kalau masing-masing semua bawak maintain 100 je. ada la tu, tapi kalau ramai yang bawak lebih...maknanya takde la tu, bole pakai dak teori ni? hehe..

Muni--> hehe, aku tatau lak ctu spot speed trap. Ye la memang perangkap betul. Jalan dah la triple line, double line, buat had pula 90km. Memang nak kena la..huhu..

dah bayar lum muni? aku belum bayar lagi ni..hehe

nahmy said...

salam...
saman tu - tsunami di dompet. takde rezeki le tu..

IMANSHAH said...

salam

pertama kali singgah di sini..blog yang menarik..saya follow..

saya pun ada coretkan tulisan saya mengenai saman ni..insyaallah, hari ini bersemangat waja nak bayar

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

hehe... Maiza pun pernah kena.. biasanya klu perjalanan jauh.. laju tak laju ka.. bawa lebih kurang tu la.. saman parking pun pernah.. erm..

Maiza dapat petua.. dr budak2 lelaki klu memandu waktu siang.. pasangkan lampu sbb kamera nk snap jd silau xnmpak no plate.. hehe.. entah la betul tak.. tp pernah gak try.. apa2 pun jng memandu melebihi had..

take care!

Afida Anuar said...

Nahmy-->SAlam nahmy...ada la tu kan duit yang bukan hak saya, yang patut saya sedekahkan ke, tapi saya tak sedekahkan, jadi Allah nak ambil....hurmm..takpe2..redha.

ImanShah-->Salam iman..thanks sudi follow, insyaAllah jap lagi follow iman. Saya baru je lepas bayar iman. Bayar online. Senang tak payah bersesak2 nak beratur, semntara kerajaan baik hati kasi diskaun 50% ni. Jadi RM150 je kene bayar + RM2 dicharge bayar online bagi setiap saman..

Maiza-->Waalaikumusalam mai..hehe, Selama 11 tahun akak bawak kereta, ni la first time kena saman mai. Saman parking pn tak pernah... macam mana tak tsunami? heh.. ahaaa, tapi nanti kalau bukak lampu siang hari, tak ke mcm tak betul...errr..hehe...

anahlas said...

Fida, sambung citer tsunami di hati.....lepas ombak jadi perlahan pastu jadi ape? kuar ikan jaws ke?..hebat2, kagum....

Afida Anuar said...

anahlas...hehe.. nnti dengarkan bed time story yer kak sal ...lepas tu jadi apa..;)

 

Browse