Hikmah Dugaan..

Wednesday, July 15, 2009
Manusia berhak mengata, hati juga berhak untuk terasa. Mungkin manusia itu tidak memahami hakikat hikmah di sebalik dugaan. Biarlah...bukan salah mereka. Kerana aku juga pernah begitu suatu ketika dulu.

Dingin malam membangunkan aku dari pembaringan, tertidur rupanya aku dalam keriuhan ceramah Ustaz Azhar Idrus yang aku mainkan di windows media player. Aku jeling ke arah jam. Hampir 12.30 pagi. Kiranya hampir 2 jam jugak lah aku tertidur...owhh...

Ceramah Ustaz Azhar aku 'stop'kan. Hajat hati mahu terus menyambung pelayaran di alam mimpi. Namun entah mengapa, tangan aku pantas menggerak-gerakkan 'cursor', klik itu dan ini. Refresh apa yang patut. Masuk forum itu, masuk forum ini, dan semestinya topik hangat yang masih lagi rancak dibincangkan adalah keputusan pilihanraya di Manik Urai.

Alhamdulillah, PAS berjaya mengekalkan kerusi DUN Manik Urai walaupun kehilangan begitu banyak undi berbanding pilihanraya umum yang lalu. Entah di mana silapnya, namun inilah ketentuan yang telah Allah tetapkan. Pasti...ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku.

Ok, mata dan idea pun dah kuyu.Till then...

PS: Jom sambung mimpi;)

3 comments:

Tirana said...

Fida..kak tirana lagi awal tertidur..belum sempat isya' dah hanyut...hehehe

Khairi Mohd said...

65 orang yang setia tidak kelabu mata dengang jambatang dan RM300.

Tahniah utk 65 org itu. :P

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->huh, ingtkn fida dah yang paling awal..hehehe

Khairi-->jambatang rasuah...heheheh

 

Browse