Gadis Penjual Kerepek.

Tuesday, April 28, 2009

Dekat opis aku ada seorang kawan. Satu UIA dengan aku dulu. Tapi dia junior aku. Namanya Muiz. Cuma kami lain-lain department walaupun department kami cuma satu level. Satu petang, dia mengkomunikater aku menanyakan aku sama ada aku berminat mahu membeli kerepek atau tidak. Kalau mahu dia menyuruh aku datang ke tempatnya.


Dah petang, terasa jugak mahu menguyah-nguyah sesuatu. Aku pun bersetuju. Lantas, aku ke departmentnya yang cuma sekangkang kera jauhnya dari department aku. Rupanya, bukan Muiz yang menjual kerepek, tapi kawannya, Hasan al-Din. Ada berpuluh-puluh kerepek dalam satu plastik besar. Lantas aku mengambil sebungkus kerepek ubi. RM1.


"Ambil la satu plastik besar tu, mana tau kawan-kawan lain pun nak jugak", usha Muiz.


"Hah..ambil la", sambung Hasan al-Din terkedu-kedu.


Aku pun tanpa berfikir panjang, "Ok la, apa salahnya"


Hasan al Din memasukkan lebih kurang 20 bungkus kerepek-kerepek itu ke dalam plastik lain. Aku jinjing bawa masuk ke opis aku.


Bukak jek pintu ODC, "Kawan-kawan sapa nak beli kerepek", hehehe. (Ada bakat untuk memulakan bisnes kecil-kecilan gak aku nih, eheh).


Ramai kawan-kawan seopis menyerbu tempat aku berdiri melihatkan plastik yang berisi kerepek-kerepek yang banyak tu. Seringgit demi seringgit masuk dalam tangan aku. Akhirnya. Kerepek-kerepek yang banyak dalam plastik tadi habis dijual dalam sekelip mata. Test lead aku yang dari India tu pun turut membeli sebungkus kerepek bawang. Laku macam pisang goreng panas. huh!


Aku kembali ke department Muiz dan menyerahkan RM20 kepada Hasan-Al Din.


"Terima kasih", ucapnya lantas dihulurkan aku sebukus kerepek ubi panjang. Free. Mungkin upah untuk aku tolong dia menjual kerepek ubinya. Aku malu-malu kucing untuk mengambil kerana memang niat aku untuk menolong. Namun setelah didesak, aku ambil jek la. Dah rezeki. eheh.


Petang keesokannya, ada kawan satu department aku bertanya perihal kerepek lagi. Nak tak nak, aku terpaksa bertanyakan Muiz. Rupanya, memang kerepek tu Hasan-Al Din bawa tiap-tiap hari untuk dijual. Dan seperti biasa, aku bawa la masuk ke opis aku lebih kurang 20 bungkus untuk dijual. Laku la,dalam 15 bungkus.


Sejak hari tu, aku jadi gadis penjual kerepek, cheewah perasan! Kadang-kadang, ada satu hari tu, aku pergi offer kerepek-kerepek itu dekat 'pembangun' yang kebanyakkannya berasal dari negara yang terkenal dengan Taj Mahal. Suka jugak rupanya diaorang dengan kerepek negara kita. Tapi diaorang banyak tanya la, kerepek ni diperbuat dari apa, nak buat macam mana, bla bla bla.


Bercakap pasal bisnes, aku bukanlah orangnya. Tapi aku tau, nak memulakan bisnes bukannya senang. Perlu banyak usaha, dan yang penting rajin. Bisnes, kalau kene pada lubuknya, insyaAllah boleh jadi mewah. Lagipun 9/10 rezeki datang dari hasil perniagaan. Kan?


Tapi itu la, aku tak minat pulak untuk berniaga ni walaupun darah yang mengalir dari badan aku ni darah perniagaan, erkkk. Aku dibesarkan hasil titik peluh ayah aku seorang peniaga kecil. Datuk aku belah ayah aku waktu dulu juga seorang peniaga. Dari cerita ayah aku, arwah datuk aku membuka kedai kopi di bawah jambatan di kampung aku tu untuk menyara keluarga. Nenek aku pun seorang peniaga. Saudara mara aku pun ramai yang berniaga. Tapi tiba kat aku, aku tak minat berniaga. Otak aku tak berkembang ligat untuk jadi peniaga seperti ayah, datuk, nenek, saudara mara dan adik lelaki aku, aku lebih senang makan gaji. Tak berani nak mengambil risiko kataku..huh!


Cuma takdir Tuhan, di masa akan datang jika aku masih dikurniakan umur yang panjang, dan aku ditakdirkan menjadi seorang peniaga atau lebih sedap didengar lagi, usahawan...mana tau kan? huhu...waAllahualam.


PS: Ajat, nak bukak biz apa tuh? boleh akak tau? erkk..hehehe

11 comments:

natni said...

go k.fida go!

>____<

putrixue said...

mana kepek utk saya?

mana?
manaa?
manaaa?

Afida Anuar said...

natni-->intan..kepek pedas dh abes la..hhihihi..yer..go pida go...eceh.

Halimah-->erkk...ada ada..kt opis..hehehhee

syahza said...

cik pida ~ cik toin leh jd pembekal kepek.. maklumla duduk kt aetam johor..

nk bekalan sepanbob squarepant pun bleh, pasu2 pun bleh..

ehhe..

Kehelan said...

ngantuk laa Fida!! huhuhuhu

nabilah_2908 said...

salam ziarah dari nabilah..:)

Khairi said...

awk bukak branch Hasan's kerepek la kat dept awk tu hehe.

miSs dee 4 dino said...

ptg2 camnie..
hujan pulak kat jempol nie..
aircond kat opis yang sejuk..
dapat makan kepek ubi pedes macam best..
kakak jual kerepek..hantarkan satu kerepek kat saya boleh??
*wink*

Anonymous said...

Penggunaan pekataan 'Usha muiz' tu cm xbetul la..tu base ganu ke kl..hehe

Afida Anuar said...

Cik Toin-->huh...cik toin pernah jd pembekal ke?? nnti cik pida akan pkirkan..cik pida takut tak dapat kasi komitmen kat kerja cik pida ni jek klu berbiz..eheh

Kay-->Ubat ngntuk satu jek..tido..hehhee

nabilah_2908-->salam ziarah..

Khairi-->hurmmm cantik gak idea tuh..tp tak nak la nama Hasan..kuikuikuikui

Ida-->bole bole...satu bungkus seringgit jek;)

Ayah Su-->Tu bahasa orang alaska:P..mana main bahasa kl..eheh

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes

 

Browse