Pull Me Back To The Ground Again..Pelisss..

Tuesday, April 07, 2009
Sejak kejadian melompat-lompat parti di Perak beberapa bulan lepas, aku sudah tidak lagi menjadikan buletin utama sebagai media untuk aku mendapatkan maklumat untuk isu-isu semasa. Rutin aku selepas 'kejadian-yang-entah-apa-apa' itu, buka tv selepas pukul 9 atau lebih tepat lagi, buka tv selepas buletin utama habis. Tapi selalunya, memang tak buka terus. Senang, jimat sikit bil elektrik.

Dalam tak sedar, amalan tidak membuka tv pada waktu malam itu seolah sudah menjadi habit pada aku sehingga kini. Dah berbulan-bulan gamaknya aku tak tengok buletin utama. Bukannya apa, buat sakit jiwa pun ada kadang-kadang bila tengok berita ni.

Kadang-kadang, bila sesuatu perkara itu di kutuk secara keterlaluan atau berlebih-lebihan. Kita akan nampak sendiri kelemahan si pengata. Jangan lupa, satu jari menunding ke arah orang lain, 4 lagi jari menunding ke arah diri sendiri.

Apa pun, tahniah buat Ir Nizar, kerana berjaya memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihanraya kecil kawasan itu hari ni, Alhamdulillah.... Sesungguhnya setiap sesuatu kejadian itu pasti ada hikmahnya. Aku percaya dengan kehadiran suara Ir Nizar di parlimen malaysia bakal menghangatkan lagi suasana perdebatan yang sudah sedia hangat, cheewah.

Di Bukit Selambau pun PR menang. Apa maknanya ni? Datuk Najib, jawab sket, ke Akak Rosmah nak tolong jawab??..hehehe.

Apa pun, aku rasa aku tidak layak berbicara soal politik ini lebih lanjut kerana pengetahuan aku berkaitan politik negara sejak dua menjak ni amat tipis. Serius aku kurang berminat untuk ambil tahu. Aku rasa sejak kes lompat katak di perak beberapa bulan lalu kut. Kurangnya minat sehinggakan untuk buka laman web berkaitan politik pun sudah tidak seaktif dulu, haihh...

Tapi sejak kemenangan pada hari ni... rasa semangat tu...seakan sudah kembali. Yer..kita nantikan kemunculan semangat itu (konon)..eheheh..

p/s: Batang Ai, BN sapu. Takpe, satu batang jek BN menang. PR menang dua bukit tuu...Syabas inspektor sahab! hehehehe

6 comments:

agHoo said...

takbir!!!!

Afida Anuar said...

Allahuakbarr...
Allahuakbarr...
Allahuakbarr...

Tirana said...

Syukur alhamdulillah..menang juga dia.. Padan muka mee sanggol (rosmah la tu..hehehe..kak tirana gelar mee sanggul kat dia). Itu hadiah sambut PM dan first lady..orang2 semenanjung ni dah cerdik..tak boleh ditipu lagi dah..

khairi said...

fida.

tgk tivi3 mcm dgr org ngumpat jerk. tutup je lah kan.

sy bukak around 820, time tu dah masuk bab2 tak penting, cam jenayah dna berita luar negara. pastu sukan. kire ok la tu.

dah kalah tu mcm2 plak adoi. sian kat bn ni.

Afida Anuar said...

Kak Tirana-->lawak pulak panggil mee sanggol..leh arr praktik pasni..kuikuikui..alamak kak rosmah..ampunn..hehehe

khairi-->itu la..sian2..skrang krisis kat ganu pulak..tok jib kate tak parah.hurmm..sama2 la kita nengok...

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes

 

Browse