Aku Dan Kamu...

Wednesday, April 15, 2009

Maafkan aku. Aku merajuk dengan blog aku sendiri sejak beberapa hari yang lalu. Entah kenapa...... biarlah. Benda sudah berlaku, buat apa dikenang lagi. erkk..


Adoii...bile jari mula mengetuk kekunci-kekunci keyboard, banyak sungguh benda yang mahu diceritakan. Kisah yang berlaku sejak beberapa hari yang lalu. Kisah aku, kisah kehidupan yang fana ini. Owh yer, sudah hampir 2 minggu aku berpindah ke tempat baru. Workstation baru. Serba serbi baru. Cuma, aku masih lagi menggunakan pc lama dan masih lagi berkhidmat di kampeni xxx ni. Setiakan aku? Walau seribu gelora yang melanda kampeni xxx ni, tapi aku masih di sini,saat ini..waktu ini. Agaknya...sampai bila la kesetiaan aku ni akan bertahan.. erkkk


2 minggu yang lepas, di sebabkan projek pecah penjara yang dijangka berakhir pada bulan Jun ni, kami para penguji telah di satukan dengan para pembangun di dalam satu ODC yang sama di level 2. Kehidupan bersama pembangun tidak begitu membahagiakan pada awalnya. Serba serbi tidak kena. Mereka bekerja dengan begitu serius dan sepi sekali. Sedangkan kami.... kami bekerja dengan ceria dan gembiranya, hahaha..


Tapi alhamdulillah, masuk minggu kedua kami bersama, aku rasa aku boleh menerima perubahan yang berlaku. Sedikit sebanyak, kesatuan antara kami para penguji dan pembangun bisa menyenangkan kami untuk berkomunikasi secara terus dan membolehkan proses 'correction defect' yang sedang kami giat lakukan sekarang disiapkan dengan saksama.


Berita dari Negara Taj Mahal semalam pula mengesahkan yang kampeni xxx ni telah pun dibeli oleh kampeni TTT juga berasal usul dari sana. Dan automatik aku sekarang bukan lagi bergelar 'xxxmite', tapi 'TTT mighties'. Kelakar pula dengan gelaran yang baru kami terima. Namun itulah hakikat yang terpaksa kami terima. Cuma satu yang aku harapkan di zaman kegawatan ekonomi yang begitu mencengkam ni, gaji masuk seperti biasa. Cukup.


Itu bab kerja. Bab lain...hurmmmmmmmmmmmm.. banyak untuk dirungkai namun ada sesetengahnya begitu payah untuk diperkata. Bukan aku tidak mahu memperkatakan di sini, namun..seperti kata omputih...'sometimes, some things are better left unsaid'.


Biarlah hanya hati yang mengetahui. Mungkin itu lebih baik...

10 comments:

Tirana said...

Hmmm...cerita orang bekerja memang banyak..cerita orang yang dah berumah tangga lagi banyak..cerita orang single pun tak kurang hebatnya..hehehe..pendek kata, kita memang banyak cerita tapi ada setengah cerita boleh dikongsi dengan semua orang, dan ada cerita yang hanya boleh dikongsi dengan diri sendiri..Tapi jaga-jaga Fida..ada cerita yang dipendam, akhirnya jadi SAMPAH dalam diri..Pandai-pandaikan lupuskan sampah itu ditempat yang betul ye..hehehe

~~Noli said...

kak kak..nnt noli p tmpat akak dgr akak cerita lg yer...hehe

syahza said...

cik pida majuk ngn blog?

sunyi la cik pida xde =(

cik toin maybe xkan on9 dr umah dah sbb laptop dh kronik giler & igt nk terminate streamyx

xXx said...

yay.. dah apdet

:.Yus.: said...

wah..lamanya x update..br dpt bc blog akak..kt ofis skrg bz xsmpt nk surf internet..hehe

Afida Anuar said...

Kak tirana-->tengah pkir gak cara terbaik nk lupuskan ni..ingtkan buat begitu dah leh lupus, rupanya ada sisa2 lagi la akak..huhuh..
tp fida suke dengar citer dr kak tirana lagi;)

Noli-->erkk...maluuuuuu..hehehehe

Cik toin-->ala cik toin..xpenah brjumpa la kita..cik pida lak, leh online mlm2 jek..siang2 time opis..mmg kene block terus tenet2 ni..cik toin lak mlm2 tade..huhuh

xXx-->yeayyy...rindu ek klu aku tak apdet??erkk....

Yus-->haaaaaaaaa..bzi buat apa tu yus...eheh

PAK ALI said...

JANGAN LA MERAJUK

Afida Anuar said...

Tak merajuk dah PAK ALI, merajuk kejap jek..x pandai nk merajuk lama2..hihi..

Rantong said...

Salam ziarah.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

Anonymous said...

Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike dunk SB shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes
Nike shox shoes

 

Browse