Ingatkan dia penyelamat di petang hari,
Rupanya hadir dia cuma untuk mengambil kerusi,
Mengapa tidak di ambil hati sekali?
Minggu ni, 2 hari berturut-turut saya terpaksa berulang alik ke tempat client. Ada rumit, ada sakit. Ah biasalah.. kerja. Tidak pernah tidak rumit, tidak pernah tidak sakit. Permulaannya memang selalu begini, tambah lagi saya baru je menceburi bidang yang agak berlainan dari apa yang biasa saya buat sebelum ni. Adat la tuh.. Bila dah biasa nanti mudah-mudahan, rumit dan sakit akan hilang di bawa angin semalam, insyaAllah.
Saya memilih untuk menggunakan ERL dari Putrajaya Central seterusnya menaiki bas untuk ke tempat client. Begitulah perjalanan ulang alik saya setiap kali ke tempat client. Sebenarnya saya malas nak drive jauh-jauh, tambahan charge parking kat sana tersangatlah mahal.
Bila menggunakan perkhidmatan awam ERL dan bas ni, perjalanannya jadi sedikit panjang. Bila panjang, saya ada masa untuk bersendirian. Bersendirian baca buku, bersendirian memerhati alam, bersendirian memerhati kehidupan. Cuma sekali sekala ada juga suara yang bertegur rasa, ada juga mata yang menggapai cerita. Sekali sekala la..
Part sedih... kalau terlepas ERL, terpaksa la menunggu 28 minit lagi untuk train seterusnya muncul. Haru!!
17 comments:
Cun betul muqaddimah. :D
rindu nak naik erl,komuter train bagai..ish ishh..take care akak ;)
memanfaatkan pengangkutan awam amalan yg mulia.
tapi apa kaitannya dgn cinta semalam tu Afida.
bagaimana untuk diambil hati.. yang kelihatan hanya kerusi.. bukannya hati.. (",)
letih kak nak naik perkhidmatan awam.. letih menunggu.. kalau naik kereta, tak leh claim ke?? claim je sekali dengan bayaran parking tu.. (",)
seumur hidup tak penah naik ERL
kami duk kampong..tak merasa semua pengangkutan awam tue..klu takde kerete sendiri, duk uma je la gamaknya huhuhhhh
sgt suka guna pengangkutan awam.especeli bila hati tak tenang
alah bisa tegal biasa my dear.
pernah sekali naik erl...lajunya tak terasa bila kat dalam...tp siapa sangaka hanya 15 minit dr PJ ke KL Central...hbes 9.50..
**nak follow akak..tp butang follower tak timbul2 sbb line ngek sket...
assalamualaikum....
kalau ambik hati macamana nak bawak plok...
tangan dah pegang kusi.....
pengalaman naik komuter...pening lalat turun...kih3....orang darat ulu puih...macam ni lah..kah3....
cinta semalam berkubur mati...:)
persendirian? jiwa kacau ke kak??haha
Penchenta-->keh keh keh... muqaddimah je cun, kat bawah hampeh gile..huhu
Noli-->meh la jalan cni sekali sekala noli, bawak wafa;)
Shameel-->takde kaitan langsung dengan cinta semalam shameel, sekadr tajuk semata2...;)
Fuad-->itu la kan, tunduk dan sombong sangat, hati pun tak nampak macam mana la nak amik.. heh~ Semua boleh claim fuad, tapi malas nak drive.. errrr
Shah-->meh la cni...boleh merasa;)
Sahrom-->kat kg saya pun takdak semua2 ni sahrom..;)
TH-->oh..macam tu pulak..
Kak Yan-->Hopefuli macam tu la kak yan;)
Cikgu Ma-->a'aaa...tambang dari ptrjya nk pi KL Central mahal giler...
PS: oh..takpe2.. biar akak folo cikgu ma;)
Eita-->Waalaikumusalam..he he. Tak payah pegang dengan tangan, pegang dengan hati la.. hik... hahaha. Fida ni pun orang darat jugak kak, bukan orang air:P
Aisya-->oh... cinta semalam yang tak ketemu lagi:)
Budak penjara-->takde la kacau pun. Dikacau penyiasat persendirian ada la.. ha ha:P
salam fida,
selain dr baca buku atau memerhati alam kala bersendirian, boleh juga berzikir dan memikir kebesaran tuhan......
Assalamualaikum saudari afida..
Moga saudari sihat hendaknya dengan izin Allah Taala..
Setiap kali saya ke KL pasti ERL lah menjadi pilihan, senang rasanya..
turun KL, pernah naik train n komuter
kesimpulannya, rasa diri tidak sesuai hidup di bandar
sesak dan kalut, rasa pening dan letih
Saya orang kampung :)
Kak Norsha-->InsyaAllah kak norsha, kalau duk kat tempat client, kena banyak2 istirfar sungguh. Memang menguji hati kat sana
Abdul razak-->Waalaikumusalam saudara abdul razak, Alhamdulillah saya sihat2 di sini, semoga saudara juga di sana begitu.
oo, mesti saudara dari KLIA ke KL Central agaknya, lain kali boleh la singgah di Putrajaya Central;)
Nae-->fida pun orang kampung nae, kalau boleh nak duk kampung. Lama dah bermimpi nak balik settle down kat kampung, nampaknya rezeki fida kat sini lagi. Jeles kat nae tau, dapat duk dekat dengan mak ayah
Post a Comment