Lama dah tak menulis panjang lebar kat sini. Entry akhir-akhir ni pun ciput je. Kata orang macam melepaskan batuk di tangga je entry-entry tu, entah la. Apa nak jadi dengan Afida Anuar sekarang ni pun saya tak tahu la. Nak kata dihimpit kesibukan yang melampau kat pejabat..tak. Nak kata sedang berurusan jual beli planet sampai tiada masa untuk mencoret secara panjang lebar pun...tak. Habis?! Krisis bulan tak balas senyuman eh? errr..
Hari ni saya telah mengambil cuti satu hari kerana saya dikehendaki membuat satu micro teaching di Pusat Matrikulasi UIA Petaling Jaya. Yang harunya, saya tidak mengetahui bahawa rakan baik saya Haedir, yang juga merupakan salah seorang lecturer di department IT di situ ditugaskan untuk menilai micro teaching saya.
Terketar-ketar juga saya dibuatnya. Maklumlah rakan baik sendiri yang menjadi penilai. Selama ni duk ber huuu haaa huuu haa je dengan dia, tiba-tiba hari ni....... Tapi dia memang professional. Dia serius je sewaktu saya membentangkan topik tersebut, cuma saya yang tergabra lebih. Entah apa-apa..
PS: Mata tak nak katup. Kepala dan weng. Besok pagi-pagi hari mau ke Mahjong... eh Manjong:).. Dah tahap kena paksa mata pejam ni.