Masih Di Sini...

Tuesday, September 28, 2010
Sometimes life will give you lemon.
When that happens, you've got two choices, friend
You can wear a sour face....or make lemonade

Sumber: Love happens..

Pendamping Diri...

Friday, September 24, 2010
Tadi keluar pejabat agak lambat. Saat-saat nak balik, ada hal pula nak kene setel dengan team dari onsite. Bla bla bla...clarify gaps...bla bla bla...lalala... dekat Isyak juga baru aku keluar opis. Sekali sekala keluar opis tanpa melihat matahari petang, tak kisah la sebab bulan terang masih ada untuk dipandang;)

Sebelum sampai rumah, aku belok untuk ke food court di Precint 9 jap. Beli makan. Satu hari suntuk tak makan, perut memang bergeroncong hebat. Nak balik rumah masak? Fuh, kirim salam je la. Bukannya aku malas nak masak (konon), aku rajin bab masak memasak ni tau...eceh, tapi kalau setakat nak suap anak tekak aku sorang, baik beli je. Dah nama pun bujang kan. Bujang is simple, ke macam mana? hehe

Siap nasi goreng kampung bersama sup kosong yang ditempah, aku meneruskan perjalanan pulang bersama Incik Hitam ke Pangsapuri yang ada diletakkan nama Damai di belakangnya, tak jauh dari food court Precint 9 tu je pun. Parkirkan Incik Hitam kat tempat biasa...bla bla bla. Kunci streng Incik Hitam, kunci dengan master key sambil membaca. بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ. Bacaan dari dulu setiap kali nak tinggalkan Incik Hitam kat mana-mana. Alhamdulillah...Incik Hitam tak pernah lari..masih setia di sisi.

Aku berjalan tergesa-gesa menuju ke lif. Sampai depan lif, terserempak pula dengan beberapa orang ahli jemaah lelaki yang baru keluar dari surau usai solat isyak berjemaah. Surau di Pangsapuri kami cuma terletak berhampiran dengan lif. Aku dah tertunduk-tunduk malu dah. Ye la, mereka sudah selesaikan tanggungjawab terhadap Pencipta menunaikan solat isyak, sedangkan aku...baru je pulang dari urusan duniawi.

Dalam duk tunduk-tunduk malu tu, aku bersyukur kerana masih ada lagi lelaki-lelaki soleh yang wujud di pangsapuri ni. Lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Dan perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

Tapi seorang baru balik dari surau....seorang lagi baru balik dari opis. Hurmmmmmm.....

Jangan Pandang Sebelah...

Wednesday, September 22, 2010
Menyepi seketika. Bukan niat untuk menyepi selama ini, tapi nape entah....sudah dua tiga entry dikarang, lepas karang delete..karang lagi, pastu delete lagi...adoiiiya. Parah dah ni..

Aku percaya, setiap manusia ada kurang dah lebihnya yang tersendiri. Cuma kita sebagai hamba, sebagai makluk, jangan sesekali memandang orang lain dengan sebelah pandang, atau dalam erti kata lain, jangan cepat menghukum seseorang itu dengan sekali pandang dengan kesalahan yang dia buat. Manusia mana yang tak pernah buat silap kan? Dan, mana kita tau, orang yang kita pandang dengan sebelah pandang tu, mungkin darjatnya lebih tinggi di sisi Allah dari kita.

WaAllahualam..

PS: Rindu betul dengan bintang-bintang yang galak begermerlapan di Pulau Rusa sana. Indah sungguh! Damai je... di sini, hurmmm...macam tak berapa nak gemerlap je aku tengok, kene telan dengan kabus kota kut..

Pejam Celik...Pejam Celik...

Thursday, September 16, 2010

Kami.. InsyaAllah tahun hadapan jika dipanjangkan umur akan bertambah lagi seorang, atau dua orang? hehe..

Entry versi kampung ni. Alhamdulillah, hingga saat ini aku masih di Keropok Lekor Land (tiru ayat Dr Sam). Kali ni memang lama betul aku bercuti. Kononnya balas dendam lama tak cuti, sampaikan cuti tahunan berbaki 0. Elok la tuh.InsyaAllah, hari Ahad ni baru aku akan bertolak balik KL.

Cerita raya tahun ni bagi aku....biarlah dia duk situ, diam-diam tersimpan kemas dalam kalbu..eceh..

PS: Dua hari lepas aku mendapat SMS dari Kak Tirana, suaminya dimasukkan ke ICU kerana jangkitan kuman. Dan sehingga pagi tadi aku diberitahu tidak banyak perubahan. Sama-sama kita doakan agar suami Kak Tirana sembuh..insyaAllah..

Ungu dan Kosong? Kita Sedondon!!..hehe

Wednesday, September 08, 2010
Selamat menyambut aidilfitri yang bakal menjelang.
Buat yang memandu pulang,
Bawa kereta hati-hati, jangan pula termasuk longkang,
Ingatlah dia yang tersayang yang menunggumu pulang,
Moga lebaran kali ini membawa seribu cahaya gemilang.

PS: Maaf di atas segala kekhilafan saya sepanjang berblogging di sini....InsyaAllah ada kelapangan dan umur yang panjang, kita jumpa di entry versi kampung pula.

Assalamualaikum..

"Kekurangan" itu Satu Kelebihan...

Monday, September 06, 2010
Bulan Ramadhan tahun lepas, on the way ke tempat kerja, waktu tu aku kerja kat client site di MAS Subang. Perjalanan takde la jauh sangat, kalau tak jem kat Tol Sunway, dari Putrajaya ke Subang sebenarnya memakan masa cuma 30 minit je. Tapi disebabkan jem, sejam lebih jadinya. Masa tu seronok sebab pergi kerja beramai-ramai. Tak bosan. Jem pun tak de la kisah sangat. Kami menyahut seruan kerajaan untuk berkongsi kereta...baik kan kami?

Macam-macam cerita la sepanjang nak ke tempat kerja dan balik kerja. Ada satu hari tu, tak sure la aku naik kereta sapa, tapi waktu tu kami tengah melayan stesen radio hot. Maklumlah waktu tu menghampiri raya, masing-masing nak dengar lagu raya. Jadi stesen radio yang hangat tu la yang jadi pilihan. Even aku yang tegar suka dengar fly pun terpaksa switch ke radio hangat tu. Atas permintaan ramai kononnya.

Ada satu hari, ada seorang akak menceritakan persiapan dia menyambut aidilfitri. Katanya, setiap bulan dia dan suami akan memperuntukkan sebulan RM100 seorang semata-mata digunakan untuk persiapan di aidilfitri. Kiranya dengan duit itu, yang berjumlah RM2400, digunakan untuk beli persiapan raya anak-anak, ganti langsir baru ke, persiapan untuk ibu bapa mertua, duit raya, balik kampung dan sebagainya. Jadi takde la terasa sangat duit gaji yang keluar pada bulan raya tu.

Idea yang menarik. Jadi, bermula lepas raya tahun lepas, aku cuba mempraktikkan idea akak tu. Sebulan aku peruntukkan RM100 dari bahagian gaji untuk digunakan pada aidilfitri tahun ni kononnya. Dah berangan macam-macam nak beli, tuk mak..ayah..adik-adik..tuk duit raya..

Tapi bila buka tempat aku simpan duit tuk aidilfitri baru-baru ni...errr...eh kenapa tak sampai RM1200 ni!!!?

Oooo aku ada terambil tuk bla bla bla hari tu...

Oooo...aku guna tuk servis kereta...

Oooo... aku kasi kat bla bla bla..

Ambil tapi tak ganti balik kan?

Hurmm..budget lari ni. Kalau macam ni, nampak gayanya kene kasi duit raya 50 sen sorang je la nanti..errrr amacam?... kuikuikui..

Bicara Ramadhan...

Friday, September 03, 2010
Bila blog sendiri pun tak sudi nak pandang...
Ada la tu cebis kusut yang bertandang...
Tambah dengan rajuk yang panjang....
Entah bila akan renggang...
Rajuk pun tiada siapa sudi nak kenang...
Akhirnya dibiarkan rajuk melayang...
Terbang dan hilang dibawa bayu petang...

Bila muncul malam gemilang...
Bersama gemerlapan bintang terang...
Tenang hadir menyapa riang...

'Ayuh sayang kita pulang'...

 

Browse