Menolak Luka Dari Rasa Yang Terluka...

Wednesday, March 31, 2010

Dik....kenapa yer..takdirmu sebegini rupa. Luluh sekali hati akak membaca kisah-kisah mu. Kisah-kisah mu bukan seminggu sekali, bukan sebulan sekali. Tapi tiap-tiap hari dik!!

Dik....kenapa yer.. manusia itu memperlakukan mu sedemikian rupa? Akak masih tidak mengerti kenapa.. binatang pun sayangkan anaknya, kenapa bukan manusia itu?... manusia ke manusia itu? Atau binatang?? Arghh manusia itu lebih keji dari binatang!!

Dik, tempatmu di syurga kelak, itu sudah pasti. Kau derita di dunia, tapi kau bahagia di sana. Kami..walau bahagia di dunia belum tentu di sana pun bahagia. Akak cemburu dengan syurga yang sudah berada di genggamanmu dik....

11 comments:

uj said...

sayu fida... di tengah situasi UJ baru sahaja mendapat bayi comel... dan melihat berita-berita sebegini di dada media... tersentuh betul kan... sayangnya, bila diselidiki mereka datang dari saudara seagama kita...Ya Allah...

a'a tempat mereka di syurga... Kenapa penyakit sosial ni kembali semula... bukan lagi perkara luar biasa.. malah semacam budaya...

tidak bertanya siapa kah yang bersalah - mereka dan keluarga mereka ke? - tidak perlu jawab kan... tanggungjawab kita semua untk sama-sama mencegah nya ... bermula dari hujung akar umbi .. sudah tentu bermula dengan hati kita... insyaAllah selamat individu selamatlah keluarga, selamat keluarga InsyaAllah selamat lah ummah...

baby ila..abah rindu baby ngn umi.. sampai demam-demam ni.. (sempat jugak) :-)

:.Yus.: said...

manusiakah mereka atau binatang?tega sekali melakukan hal sedemikian.

hati ini tak sanggup lg utk menatap berita2 sebegini setiap hari.

bahagialah mu di sana dik

tajnur said...

Salam!
Dimana2 kita pergi, hati kita tetap terluka dan berdosa! Apa tidaknya, dlm Surah AlBaqarah:81, apabila Daulah Islamiah tidak dibina, maksiat dan kezaliman menjadi2. Bahkan b/siap melakukan dosa, maksiat, pembunuhan dan kezaliman, dia akan dilengkungi dgn dosa, maksiat, kezaliman2 yg lain. Sistem yg membuat keadaan demikian sbb masyarakat sudah tidak ambil kisah. Jadi tidak hairanlah Allah menggelarkan sebagai kita sebagai pendusta Agama (Surah alMauun) selagi kita tidak mengwujudkan masyarakat penyayang yg ambiltahu ttg pembelaan anak2 yatim, org2 miskin dsb. Lebih tepat lagi mengenai sistem hak milik awam spt dlm Surah AlA`raaf:32. Persoalannya, bila dan siapakah nak dimulakan? Wallahualam.

Hidier said...

inilah yang terjadi bila hidup bertunjangkan nafsu..
sudahlah menjadi penzina, kemudian menjadi pembunuh pulak..
lepas tu mulalah menuding jari menyalahkan orang lain, menyalahkan sistem.....
hukum bunuh selayaknya buat lelaki dan perempuan yang membuat kekotoran begini di muka bumi yang indah ini.

Tirana said...

Nyawa manusia dalam zaman teknologi canggih ini menjadi begitu tidak berharga..

Foundation yang menjadikan kita makhluq yang paling bertamaddun di antara segala makhluq telah semakin hilang daripada diri. Apabila asas itu sudah hilang, maka segala prinsip yang menjadikan kita manusia yang berakal runtuh secara perlahan-lahan dan kesan daripada keruntuhan itu telah nampak nyata sekarang - kes2 yang tak bermoral semakin berleluasa.

Faridrashidi said...

Letih melihat gambar itu. Fus!

UstazCahaya said...

Salam Afida.

Tulisan yang pendek tapi menyentuh. Patut dijadikan sajak je ni Fida.

Saya baca di paper, di China bayi dibuang di sungai. Sekali sampai 15 bungkusan 'sisa hospital' berisi bayi dan janin dipungut.

Patutlah dunia semakin panas dan ganas kepada manusia.

Khairi Mohd said...

Kasihan. Semua kita akan mati, cepat atau lambat saja.

Sedih. Bagaimanalah wajah ibu ibu bapa bapa yang bunuh anak ini apabila berjumpa anak-anak ini di hari kebangkitan kelak.

nahmy said...

betapa rupanya masih ramai antara kita yg hidup spt di zaman 'jahilliah' wlupun Rasulullah dah keluarkan kita dari kejahilan...

pecinta_Islam said...

tngk skrng..makin menjadi-jadi kes membuang bayi..itu menandakan seks terlampaulah bebas...kembalilah kepada islam..yakni diri sndri,keluarga,masyarakat sehinggalah kepada pemimpin..Allah tunjuk satu persatu dah kesan meninggalkan agama Islam..hmm..kini manusia sdh bebas..sdh ramai anak perempuan belasan tahun sebenarnya telahpun janda..janda yang x pernh pun berkahwin..hmm..kecewa...

Afida Anuar said...

UJ-->kesian UJ demam rupanya rindukan anak dan isteri...

UJ,mmg ummat kita dah semakin parah dah sekarang, Allah dah lama kasi guidelines,apa kene buat, hukum apa nak kene pakai.. tapi itu la...degil,sombong, takmo ikut apa yang Allah suruh... duk pusing kut lain jugak nak cari penyelesaian...

Yus-->bukan manusia, bukan binatang...rasanya lebih teruk dr binatang...

Tajnur-->Salam!!... itu lah yang sepatutnya kita buat, hukum Allah itulah yang sepatutnya kita pakai.. InsyaAllah, daulah Islamiyah itu akan ditegakkan suatu hari. Saya yakin itu. Bila? Siapa? waAllahualam..sama-sama kita berjuang utk itu.

Hidier-->Saya setuju..jalan hukuman yang Allah tetapkan...di hadapan orang ramai..insyaAllah, akan jadi pengajaran buat semua.. Pasti mereka yang lain akan berasa gerun utk berbuat dosa...

Kak Tirana-->betul la kak, semakin canggih dunia, semakin hilang nilai peri manusia itu... kesiannya...

FaridRashidi-->macam dah jadi trend skrang Farid...itu yang keluar berita hari2..yang tak keluar?

Ustaz Cahaya-->erkk..nak jadikan sajak tiada idea la ustaz..Allah dah turunkan bala, kerana kita ingkar suruhanNya..

Khairi-->saya pun terfikirkan itu jugak, kalau baby lain, yg meninggal waktu kecil, menunggu mak ayah mereka di hadapan pintu syurga, utk masuk sekali dengan mereka.... mak ayah yang buang/bunuh bayi mereka ni..macam mana la...WaAllahualam..


Nahmy-->Dunia akhir zaman...manusia pun dah tak serupa manusia Nahmy...rasanya betul la, kita dah kembali ke zaman jahiliyah, entah2 lebih teruk...waAllahualam..

Syahbandar-->betul tu syah...tapi masih kita takmo balik kepada Islam...itu yang saya pelik. Allah dah kasi guidelines nak buat macam mana, nak handle macam mana,kita sombong takmo ikut...nah sekarang Dia kasi Bala... masih lagi takmo ikut jugak suruhan Dia... ya Allah...

 

Browse