Bulan Madu...

Friday, March 26, 2010
Kisah di Madinah agak berlainan sedikit berbanding di Mekah. Di Madinah, kami agak 'releks',maklumlah kami tidak perlu membuat tawaf sunat, tidak perlu buat umrah. Cuma bersolat jemaah di Masjid Nabawi dan mengunjungi Raudah. Di samping beberapa lawatan ke sekitar tempat-tempat bersejarah di Madinah yang dianjurkan oleh agensi umrah kami.

Pada hari pertama di bumi Madinah, keterujaan saya untuk melawat Makam Baginda Rasulullah s.a.w tiba-tiba terbantut. Alangkah kecewanya saya apabila saya diberitahu kaum wanita hanya dibenarkan untuk berada di Raudhah saja. Itu pun pada waktu-waktu tertentu. Maka ketika di Raudhah lah saya menyampaikan salam dari sahabat-sahabat buat Baginda Rasulullah.

Ayah dan ibu di hadapan Masjid Nabawi. Perfect...

Ketika di Raudhah, saya dapat melihat pandangan dari arah belakang kalau tak silap saya, Makam Baginda Rasulullah s.a.w dan khulafa' Ar-Rashidin yang dimakamkan sekali bersebelahan dengan Makam Baginda. Juga mimbar tempat Baginda Rasulullah s.a.w menyampaikan khutbah. SubhanaAllah, betapa indahnya masjid Nabawi.

Namun saya terpaksa akui, 'ruh' atau keseronakan berada di Kota Mekah lebih mencengkam saya. Bukanlah saya tidak seronok berada di Kota Madinah, seronok juga. Cuma orang kata, di Mekah lebih lagi. Bila la saya dapat ke sana lagi?

....berangan untuk berbulan madu di sana boleh kan? Berangan je, mana la tau jadi nyata. InsyaAllah...

8 comments:

Tirana said...

Suami kak tirana lain pulak, kalau disuruh buat perbandingan antara mekah dan madinah, dia memilih madinah. Madinah lebih tenang katanya. Itu masa dia pi buat haji dalam tahun '90 dulu la. Kak Tirana memang berhajat sangat nak pi dua-dua tempat tu...

Afida Anuar said...

Memang kat Madinah lebih tenang berbanding kat Mekah, tapi itu la...fida lagi rasa seronok berada kat Mekah..'ruh' tu ...lagi terasa... insyaAllah fida doakan satu hari nnti kak tirana akan sampai ke dua2 tanah suci ni.. Aminnn...

M@YaZ said...

Saya berat ke Madinah, rasa Rasulullah dekat je dengan kita. Tiap2 lepas solat saya terus cari ruang depan mimbar nabi (kalau tak dapat berjemaah fardhu depan tu). Tapi kalau kira sedih tinggalkan tempat, mmg meninggalkan mekah lagi la. Sayu je hati. :D

Di masjid nabawi lepas isya' ada satu kawasan bebudak arab hafal quran, memuda lagi. Macam bunyi burung sebab semua baca serentak. :D

p/s: Laila nak gi Umrah bulan 5 ni kot ..

Pn Kartini said...

Salam my dear sis..:):)
InsyaAllah...sekurang2nya terpasang angan2 terpahatnya cita2 di hati...manalah tau kan..niat yang baik dimakmulkan nanti...InsyaAllah..:):):)

tajnur said...

Assalamualaikum wbt
Sebenarnya Afidah, kalau kita benar mengikuti Sirah Rasulullah semasa diMadinah, byk kesan peninggalan yg boleh kita lawati dan memang merupakan anjuran Allah SWT dlm Surah ArRom:43 dan Surah AnNaml:69. Dalam KItab Sirah Ibnu Hisyam dan Sirah AzZahabi tercatat bagaimana Rasulullah saw menyediakan strategi (dgn bantuan peta) Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandaq, Perang Hunain, Peranh Khaibar, Perang Bani Quraidzah, Perang Bani Nadir sehinggalah kpd Fathul Makh dsb . Rasa terpegun dan bijaknya Rasulullah saw sehingga tidak pernah kalau dlm Peperangan (war) walaupun ada kalah dlm satu dua Pertempuran (battle) krn kesilapan tak dgr arahan. Kalau kaji betul2, rasa2 nak duduk diMadinah pula!

Afida Anuar said...

Ajat-->Owhh laili pun akan ke sana? alhamdulillah... akak mcm ajat jugak la,suka mmg suka duk kat madinah, sbb rasa dekat dengan Rasulullah,dapat lawat tempat2 bersejarah, n mcm2 lagi...tapi entah la, hati akak ni mcm lebih sket kat Mekah.. waAllahualam..

Salam kak tinie-->insyaAllah..moga2...teringin sangat2 ni...rindu sangat2..bila la boleh terlerai rindu ni..huhu..

Tajnur-->salam!!benar, kat madinah kami dibawa oleh pihak travel ke tempat2 bersejarah. Satu demi satu sejarah diungkap, satu demi satu kisah peperangan diceritakan, seronok dengar Ustaz Mokhtar bercerita sambil membawa kami melawat tempat tersebut ...seronok mmg seronok. cuma entah la, mungkin hati saya lebih terpaut dengan suasana di Mekah lagi kut... WaAllahulam..

unclejoe said...

fida kat KT mane yer? kampung kat mana? sekolah mane dulu... UJ duk kemaman pernah gak sekolah kat KT.. SHAMS.. katjalan budiman.. jap

Afida Anuar said...

Fida duk Kampung Pulau Rusa, dekat je dengan Losong. alamak..UJ sekolah shams? nampaknya buku dah bertemu ruas ni!..ekeke Fida dulu SMKATJ..erkkk

 

Browse