Berjumpa Tapi Tidak Bertemu...

Sunday, March 28, 2010
Tanpa lelah,
Tanpa penat,
Kaki masih melangkah,
Setapak demi setapak,

Menyelongkar bumi,
Mengintai langit,
Mencari belahan,
Buat penguat diri,

Entah mendekati,
Entahkan menjauhi,
Atau tidak akan ditemui,
Hanya Dia Yang Mengetahui.

ps: Berdebar, tapi saya tidak sabar untuk bertemu dengan mereka pagi besok. Mereka yang punyai akaun dalam 'love bank' saya. Selama ni memang kami selalu 'berjumpa', tapi kami tidak pernah bertemu. Kak Tirana...akhirnya kita akan bertemu! insyaAllah... Khairi, Yuda untuk saya awak jangan lupa!!! hehe. Jom kita pakat pi pesta buku, besok dah last day!!

11 comments:

tajnur said...

Salam!
Siapalah yg pernah berjumpa keenam2 perkara dlm Rukun Iman kecuali dgn ilmu yakin (AlQuran) dan tanpa ragu2 membenarkannya! Tak perlu kita tunggu ainulyakin (Surah AtTakaatsur:5-7) krn ketika itu sudah terlalu lewat utk segala2nya! Wallahualam

unclejoe said...

alaaaa.... UJ melepas lak kali ni...fida ckp tak boleh pergi kat r.o.l. .. ade peluang pergi lak ek..teringin jugak nak jumpa Khairi.. nak beli buku tuh... dah kirim kat member, tetiba member lak ... ade aral.. memang lom rezeki UJ nak jumpa member blog UJ ...hmmm salah blog UJ ke tak de org ekk?

Afida Anuar said...

Tajnur-->salam!! Terima kasih atas perkongsian tajnur..walaupun tiada kaitan dengan entry ni secara langsung, tp ada manfaat utk saya khususnya. Sangat hargai perkongsian ni..

Unclejoe-->erkk, alamak..kalau ikutkan memang tak boleh pergi hari tu, tu yang bagitau kat rol lagu tu, tp alhamdulillah besok Dia kasi kelapangan pulak, dah la hari akhir...dapat la fida jumpa kak tirana yang tak pernah jumpa, dan khairi yang dah dua kali jumpa, hehe. InsyaAllah, lain masa, jumpa uncle joe pulak...nanti kalau datang putrajaya/cyberjya/kuala terengganu jangan lupe roger2 fida deh! Salam..

starsyeea said...

ermmm...sedeynye x dpt round pwtc last day :( ade bgkel mengajar lak sok...nanti akak sampaikn salam kt kak tirana n a.khairi ek...;)

Afida Anuar said...

InsyaAllah starsyeea...ala dik, kalau habis awal bengkel tu, boleh la singgah round2 pwtc, mana tau ada jdoh kita jumpa;). Janji dengn kaktirana dalam pukul 10.30-11 mcm tu la nak pi serang booth khairi..eh bukan booth khairi, booth jemari seni..hehehe

nahmy said...

semoga semua selamat....

Tirana said...

hehehe...alhamdulillah..dah jumpa Fida tadi....

Rashid said...

alaaa tak bagitaupun.. kala boleh sayapun nak jumpa gak..

hehe.. mandai cikgu ni..

Afida Anuar said...

Nahmy-->Alhamdulillah, semua selamat...

Kak Tirana-->Akhirnya, alhamdulillah...berjumpa jugak kita, tp betul la, kak tirana dalam blog lain dr kak tirana di luar blog...kak tirana di luar blog lagi nampak muda;)

Cikgu Rashid-->ala cikgu, cikgu datang pwtc jugak ke pagi td?erkk insyaAllah satu hari nanti kalau saya ada jodoh nak berjumpa dengan cikgu, insyaAllah kita akan jumpa. Hari ni pun tak sangka dapat jumpa dengan kak tirana, decision sy nak pergi pwtc pun dibuat pada malam sebelum tu..ada hoc orang kata, hehe.. tp itu la, kalau dah jdoh nak bertemu..eceh... cikgu, kalau datang jalan2 ke putrajaya, jangan lupa roger2 saya!!..hehehe

Tirana said...

Fida....lupa... terimakasih bagi tudung.. Tu mesti tudung yang dibeli dari Mekah kan? Bestnye...

Hahaha...apa pulak nampak muda..Nampak tua la sampai Khairi pun sangka kak tirana mak Fida..hehehe..tak patut betul si Khairi..Kita punya dok tersengih kat dia, boleh dia tak kenal kak tirana..

Afida Anuar said...

Kak Tirana, sama sama. Yeap, tudung dari Mekah. Beli ketika melawat Bukit Tsur.. harap Kak Tirana suka..

Haha, khairi tu memang, eh Kak Tirana nampak lg muda dr dalam gambar yg fida selalu tengok la. Serius!...Khairi tu kut, kene pakai spek..hehehe...

nampak mcm mak fida? nampaknya ada iras2 kita ni... moga2 persahabatan kita berpanjangan..insyaAllahhh..

 

Browse