Gadis Penjual Kerepek.

Tuesday, April 28, 2009

Dekat opis aku ada seorang kawan. Satu UIA dengan aku dulu. Tapi dia junior aku. Namanya Muiz. Cuma kami lain-lain department walaupun department kami cuma satu level. Satu petang, dia mengkomunikater aku menanyakan aku sama ada aku berminat mahu membeli kerepek atau tidak. Kalau mahu dia menyuruh aku datang ke tempatnya.


Dah petang, terasa jugak mahu menguyah-nguyah sesuatu. Aku pun bersetuju. Lantas, aku ke departmentnya yang cuma sekangkang kera jauhnya dari department aku. Rupanya, bukan Muiz yang menjual kerepek, tapi kawannya, Hasan al-Din. Ada berpuluh-puluh kerepek dalam satu plastik besar. Lantas aku mengambil sebungkus kerepek ubi. RM1.


"Ambil la satu plastik besar tu, mana tau kawan-kawan lain pun nak jugak", usha Muiz.


"Hah..ambil la", sambung Hasan al-Din terkedu-kedu.


Aku pun tanpa berfikir panjang, "Ok la, apa salahnya"


Hasan al Din memasukkan lebih kurang 20 bungkus kerepek-kerepek itu ke dalam plastik lain. Aku jinjing bawa masuk ke opis aku.


Bukak jek pintu ODC, "Kawan-kawan sapa nak beli kerepek", hehehe. (Ada bakat untuk memulakan bisnes kecil-kecilan gak aku nih, eheh).


Ramai kawan-kawan seopis menyerbu tempat aku berdiri melihatkan plastik yang berisi kerepek-kerepek yang banyak tu. Seringgit demi seringgit masuk dalam tangan aku. Akhirnya. Kerepek-kerepek yang banyak dalam plastik tadi habis dijual dalam sekelip mata. Test lead aku yang dari India tu pun turut membeli sebungkus kerepek bawang. Laku macam pisang goreng panas. huh!


Aku kembali ke department Muiz dan menyerahkan RM20 kepada Hasan-Al Din.


"Terima kasih", ucapnya lantas dihulurkan aku sebukus kerepek ubi panjang. Free. Mungkin upah untuk aku tolong dia menjual kerepek ubinya. Aku malu-malu kucing untuk mengambil kerana memang niat aku untuk menolong. Namun setelah didesak, aku ambil jek la. Dah rezeki. eheh.


Petang keesokannya, ada kawan satu department aku bertanya perihal kerepek lagi. Nak tak nak, aku terpaksa bertanyakan Muiz. Rupanya, memang kerepek tu Hasan-Al Din bawa tiap-tiap hari untuk dijual. Dan seperti biasa, aku bawa la masuk ke opis aku lebih kurang 20 bungkus untuk dijual. Laku la,dalam 15 bungkus.


Sejak hari tu, aku jadi gadis penjual kerepek, cheewah perasan! Kadang-kadang, ada satu hari tu, aku pergi offer kerepek-kerepek itu dekat 'pembangun' yang kebanyakkannya berasal dari negara yang terkenal dengan Taj Mahal. Suka jugak rupanya diaorang dengan kerepek negara kita. Tapi diaorang banyak tanya la, kerepek ni diperbuat dari apa, nak buat macam mana, bla bla bla.


Bercakap pasal bisnes, aku bukanlah orangnya. Tapi aku tau, nak memulakan bisnes bukannya senang. Perlu banyak usaha, dan yang penting rajin. Bisnes, kalau kene pada lubuknya, insyaAllah boleh jadi mewah. Lagipun 9/10 rezeki datang dari hasil perniagaan. Kan?


Tapi itu la, aku tak minat pulak untuk berniaga ni walaupun darah yang mengalir dari badan aku ni darah perniagaan, erkkk. Aku dibesarkan hasil titik peluh ayah aku seorang peniaga kecil. Datuk aku belah ayah aku waktu dulu juga seorang peniaga. Dari cerita ayah aku, arwah datuk aku membuka kedai kopi di bawah jambatan di kampung aku tu untuk menyara keluarga. Nenek aku pun seorang peniaga. Saudara mara aku pun ramai yang berniaga. Tapi tiba kat aku, aku tak minat berniaga. Otak aku tak berkembang ligat untuk jadi peniaga seperti ayah, datuk, nenek, saudara mara dan adik lelaki aku, aku lebih senang makan gaji. Tak berani nak mengambil risiko kataku..huh!


Cuma takdir Tuhan, di masa akan datang jika aku masih dikurniakan umur yang panjang, dan aku ditakdirkan menjadi seorang peniaga atau lebih sedap didengar lagi, usahawan...mana tau kan? huhu...waAllahualam.


PS: Ajat, nak bukak biz apa tuh? boleh akak tau? erkk..hehehe

Merenung Bulan..

Sunday, April 26, 2009
Dah lama tak buat tag. Tapi memandangkan tag dari Cik Kay ni agak senang, maka aku tunaikan kan lah.eheh.


1. Kena printscreen wallpaper yg digunakan - Done

2. Kenapa guna wallpaper ni? - Hurmmm.... aku suke tengok dia merenung bulan, seorang diri, di malam yang sepi, di tepi sungai yang sunyi. huh!

3. Tag orang yang seterusnya -

Cik Toin ble?...erkkk

Kalau Dah Jodoh..

Wednesday, April 22, 2009
Aku terlalu mencari kesempurnaan. Kesempurnaan yang aku sendiri cipta dan angankan. Entah apa-apa aku ni. Padahal, diri aku sendiri pun serba serbi tidak sempurna. Entah mengapa aku mengharapkan kesempurnaan itu, dari dulu. Kesempurnaan yang aku sendiri tidak pasti akan bawa aku kemana. Ke alam syurga kah? Atau cuma di alam maya ni... mungkin. Mungkin tidak.

Tapi...dalam dunia ni, ada ke makhluk ciptaanNya yang sempurna?? Tiada satu pun melainkan Dia? Kan?

Aku kembali lagi ke kota setelah 4 hari berada di kampung halaman sendiri. Seronok berada di sana. Kalau la aku diberi pilihan untuk tidak pulang, sah aku tidak akan berada di sini pada saat ini..eceh.

Apa pun, balik kali ni, aku singgah lagi ke pantai itu. Seperti telah menjadi kewajipan bagi aku setiap kali pulang, pantai itu pasti aku akan jenguk. Tidak banyak yang berubah. Pokok rhu nan satu itu masih lagi berdiri teguh menahan angin dari Laut Cina Selatan. Pasir pantai masih lagi putih kekuningan bukan kehijauan atau kebiruan. Ombak juga masih setia menghempas pantai saban saat dan ketika.

Cuma yang bezanya..manusia.. Dulu waktu aku mula berkunjung ke sini, manusia-manusia itu tidaklah seramai ni. Tapi hari tu, agak ramai. Ada yang mandi-manda, ada juga golongan remaja yang bermain bola sepak pantai di hujung sana. Ada yang bermain layang-layang, tak kurang yang bersantai sambil berkelah makan-makan.Tidak mengapa, lagipun, pantai ni bukannya milik aku sorang.

Aku berjalan lambat menuju ke arah ombak yang tenang memukul-mukul pantai sambil memimpin tangan adik bongsu aku, Huda. Aku berjalan lambat bukannya sengaja, akan tetapi pasir pantai yang halus dan dalam itu benar-benar menyukarkan aku untuk berjalan seperti biasa. Terrengkot-rengkot aku dan Huda dibuatnya berjalan di atas jutaan butir pasir pantai yang halus mulus itu.

Sampai di satu tempat, aku mengarahkan diri untuk melabuhkan punggung di situ. Huda pun sama-sama melabuhkan punggungnya di sebelah aku. Aku lontarkan pandangan ke lautan biru sejauh-jauhnya sambil menyedut angin 'masin' itu dalam-dalam. Lega rasanya dapat dibelai dengan angin pantai ini lagi. Segala-galanya memang melegakan...Ahhhhhhhh....Dan terus, aku berada dalam dunia angan aku sendiri.................

Tiba-tiba aku dikejutkan oleh Huda yang merengek-rengek mahu bermain-main di gigi air. "Jom la Kak nor... Jom la", pujuk Huda.

Aku sengih. Sandal hitam cap boye aku tanggalkan dan letakkan di tepi tempat di mana punggung aku dilabuhkan tadi. Huda pun sama, menanggalkan selipar hitamnya dan diletakkan selipar itu di sebelah sandal aku. Tangan aku Huda genggam..erat. Takut akan ombak rupanya Huda, tapi gatal juga dia nak bermain dengannya, haihhh...

Lalalala...kami bermain-main dengan ombak kecil di hujung pantai itu dengan riangnya. Ketawa kecil Huda sehingga menampakkan giginya yang rongok itu, seronok dia dapat bermain air pantai. Kuyup juga la hujung seluar aku dan kain kurung dia. Layan je la.

Matahari yang mula membenamkan dirinya perlahan-lahan mengingatkan aku untuk bergegas pulang. Nanti apa kata orang tua aku kalau aku pulang selepas azan magrib. Aku bagi isyarat Huda mengajaknya pulang. Ada keengganan dalam dirinya dengan ajakan aku itu, namun diikutkan juga langkah aku berlalu dari gigi air.

Sebelum memasuki perut Incik Hitam, aku mengarahkan Huda untuk mengibas-ngibas seliparnya agar pasir pantai tidak terlalu mengotorkan carpet kereta. Aku pun melakukan perkara yang sama. Sandal cap boye aku tinggalkan di luar kereta, aku kebas kaki. Agak bersih. Aku terus tutup pintu kereta dan bergerak pulang. (Oh yer.. aku drive dengan berkaki ayam sejak dulu lagi;).

Sampai depan rumah. Enjin kereta aku matikan. Sandal cap boya ingin aku sautkan kembali ke kaki aku seperti biasa. Namun petang tu, carpet tempat pemandu itu kosong. Kaki aku tercari-cari sandal cap boya yang berusia hampir setahun itu. Namun tiada. Sah...aku tertinggal di pantai masa aku tengah cuci-cuci kaki aku dari pasir-pasir pantai! Aduhhhhh....

Aku khabarkan hal itu pada mak dan ayah aku. Malam itu, selepas isyak entah kenapa ayah aku beria mengajak aku untuk kembali ke pantai itu. Katanya saja mau jalan-jalan sambil meninjau-ninjau. Mana la tau, sandal cap boye aku itu masih ada di situ dan tiada orang yang sudi mengebasnya. erkk

Sampai di tempat kejadian, aku sudah nampak kelibat sepasang sandal cap boye aku yang terpacak menantikan kehadiran tuannya ini memungutnya kembali. Gelak sakan mak aku melihatkan keadaan sandal itu. Aku bersyukur kerana jodoh aku dengan saldal cap boye yang best itu masih panjang. Kalau tidak, aku tidak tahu sandal cap apa pula yang bakal menggantikan sandal cap boye aku yang best itu. huhu

Betul la kata orang, kalau dah jodoh, even terpisah dek jarak dan waktu, satu hari nanti pasti akan bersatu...eceh..

Misteri Tanpa Wayar...

Monday, April 20, 2009
Ok,sekarang aku sedang bercuti di kampung sejak Jumaat yang lalu. Cuti akan berakhir besok, bermakna lusa aku akan kembali bertugas. Hadoii, kalau tak nak kembali ke sana lagi...aci?erkkk..

Oh yer, walaupun kampung aku ni bukanlah terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu, atau lebih tepat lagi Bandaraya Kuala Terengganu, tapi di ruang bilik aku yang mengadap Sungai Terengganu ni, aku boleh 'access internet wirelessly'. Mantap kan penduduk kampung aku, dah guna wireless..eceh.. (padahal penduduk kg orang lain dah lama dah gune:p)

Bermakna, aku tak perlu lagi ke bilik kecil di sebelah ampaian sana kalau aku nak online. Kat bilik tu pulak agak terperuk sikit dan mengadap kubur! Bersyukurnya aku dengan hambaAllah yang sudi berkongsi wirelessnya ini. Baik sungguh hati dia..kan? eheh.

Harap-harap aku balik nanti, wireless ni akan tetap ada dan ada dan ada........dan dia tak terfikir nak setkan password untuk wireless nya ini..erkk... pelisss pelisss..

Ok, nak gi mandi sat... anak dara, bila balik kampung, selagi matahari tak meninggi, selagi tu la tak mandi pagi ...adehh, tau dek bakal mertua ni, sah tak jadi depa nak datang meminang! huh!!

p/s: Bakal mertua? Hurmmmmmmmmmmm....

Sah kekasih Incik Hitam ni koya!!!!

erkkkkkkkk....gagagaga..

Aku Dan Kamu...

Wednesday, April 15, 2009

Maafkan aku. Aku merajuk dengan blog aku sendiri sejak beberapa hari yang lalu. Entah kenapa...... biarlah. Benda sudah berlaku, buat apa dikenang lagi. erkk..


Adoii...bile jari mula mengetuk kekunci-kekunci keyboard, banyak sungguh benda yang mahu diceritakan. Kisah yang berlaku sejak beberapa hari yang lalu. Kisah aku, kisah kehidupan yang fana ini. Owh yer, sudah hampir 2 minggu aku berpindah ke tempat baru. Workstation baru. Serba serbi baru. Cuma, aku masih lagi menggunakan pc lama dan masih lagi berkhidmat di kampeni xxx ni. Setiakan aku? Walau seribu gelora yang melanda kampeni xxx ni, tapi aku masih di sini,saat ini..waktu ini. Agaknya...sampai bila la kesetiaan aku ni akan bertahan.. erkkk


2 minggu yang lepas, di sebabkan projek pecah penjara yang dijangka berakhir pada bulan Jun ni, kami para penguji telah di satukan dengan para pembangun di dalam satu ODC yang sama di level 2. Kehidupan bersama pembangun tidak begitu membahagiakan pada awalnya. Serba serbi tidak kena. Mereka bekerja dengan begitu serius dan sepi sekali. Sedangkan kami.... kami bekerja dengan ceria dan gembiranya, hahaha..


Tapi alhamdulillah, masuk minggu kedua kami bersama, aku rasa aku boleh menerima perubahan yang berlaku. Sedikit sebanyak, kesatuan antara kami para penguji dan pembangun bisa menyenangkan kami untuk berkomunikasi secara terus dan membolehkan proses 'correction defect' yang sedang kami giat lakukan sekarang disiapkan dengan saksama.


Berita dari Negara Taj Mahal semalam pula mengesahkan yang kampeni xxx ni telah pun dibeli oleh kampeni TTT juga berasal usul dari sana. Dan automatik aku sekarang bukan lagi bergelar 'xxxmite', tapi 'TTT mighties'. Kelakar pula dengan gelaran yang baru kami terima. Namun itulah hakikat yang terpaksa kami terima. Cuma satu yang aku harapkan di zaman kegawatan ekonomi yang begitu mencengkam ni, gaji masuk seperti biasa. Cukup.


Itu bab kerja. Bab lain...hurmmmmmmmmmmmm.. banyak untuk dirungkai namun ada sesetengahnya begitu payah untuk diperkata. Bukan aku tidak mahu memperkatakan di sini, namun..seperti kata omputih...'sometimes, some things are better left unsaid'.


Biarlah hanya hati yang mengetahui. Mungkin itu lebih baik...

Pull Me Back To The Ground Again..Pelisss..

Tuesday, April 07, 2009
Sejak kejadian melompat-lompat parti di Perak beberapa bulan lepas, aku sudah tidak lagi menjadikan buletin utama sebagai media untuk aku mendapatkan maklumat untuk isu-isu semasa. Rutin aku selepas 'kejadian-yang-entah-apa-apa' itu, buka tv selepas pukul 9 atau lebih tepat lagi, buka tv selepas buletin utama habis. Tapi selalunya, memang tak buka terus. Senang, jimat sikit bil elektrik.

Dalam tak sedar, amalan tidak membuka tv pada waktu malam itu seolah sudah menjadi habit pada aku sehingga kini. Dah berbulan-bulan gamaknya aku tak tengok buletin utama. Bukannya apa, buat sakit jiwa pun ada kadang-kadang bila tengok berita ni.

Kadang-kadang, bila sesuatu perkara itu di kutuk secara keterlaluan atau berlebih-lebihan. Kita akan nampak sendiri kelemahan si pengata. Jangan lupa, satu jari menunding ke arah orang lain, 4 lagi jari menunding ke arah diri sendiri.

Apa pun, tahniah buat Ir Nizar, kerana berjaya memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihanraya kecil kawasan itu hari ni, Alhamdulillah.... Sesungguhnya setiap sesuatu kejadian itu pasti ada hikmahnya. Aku percaya dengan kehadiran suara Ir Nizar di parlimen malaysia bakal menghangatkan lagi suasana perdebatan yang sudah sedia hangat, cheewah.

Di Bukit Selambau pun PR menang. Apa maknanya ni? Datuk Najib, jawab sket, ke Akak Rosmah nak tolong jawab??..hehehe.

Apa pun, aku rasa aku tidak layak berbicara soal politik ini lebih lanjut kerana pengetahuan aku berkaitan politik negara sejak dua menjak ni amat tipis. Serius aku kurang berminat untuk ambil tahu. Aku rasa sejak kes lompat katak di perak beberapa bulan lalu kut. Kurangnya minat sehinggakan untuk buka laman web berkaitan politik pun sudah tidak seaktif dulu, haihh...

Tapi sejak kemenangan pada hari ni... rasa semangat tu...seakan sudah kembali. Yer..kita nantikan kemunculan semangat itu (konon)..eheheh..

p/s: Batang Ai, BN sapu. Takpe, satu batang jek BN menang. PR menang dua bukit tuu...Syabas inspektor sahab! hehehehe

Sejati Atau Buta?

Monday, April 06, 2009
Saat kamu merasakan cinta sejati, kamu menyayangi seseorang seadanya, memahami kekurangannya dan menutupi kelemahannya sambil melihat sisi terbaiknya.

Saat cinta buta,kamu menganggapnya dia begitu sempurna hingga menutupi seluruh kekurangan yang ada pada dirinya.

Hurmmmm.....

Andai Itu TakdirNya..

Thursday, April 02, 2009
Maafkan aku kerana terlalu asyik mengabaikan 'online jurnal' ini. Bukan niat untuk mengabaikan, tapi keadaan sekeliling begitu memaksa aku berbuat demikian. Maafin yaa!

Sejak seminggu yang lalu aku agak kebizian sehinggakan idea untuk mencoret-coret langsung takut untuk mendekati aku. Seharian di pejabat tiada kerja lain yang bisa dilakukan... test dan test dan test sistem penjara dari obersi tu. Lagi dan lagi dan lagi. Dah nama pun tester, kerja apa lagi yang bisa dilakukan selain 'testing'. Kan?

Pernah juga pada satu hari yang mendung itu, aku hampir-hampir bergaduh dengan pembangun yang datang dari negara Taj Mahal sana, gara-gara dia yang suka suki mengubah requirement yang ada. Adoii... hampir gila aku dibuatnya dengan projek 'pecah penjara' ni. Ditambah dengan ketua penguji kami yang....entah la, susah untuk jelaskan. Rasa macam bangang pun ada. huh!

Ok. Cukup lah serba sedikit cerita berkenaan projek itu. Takut nanti terlebih cerita, ada yang kene masuk penjara. Payah pulak jadinya..eheh.

"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri, aku tidak pernah pasrah dalam hidup aku. Andai itu takdirNya, sebelum menggapai bahagia, aku redha. Namun apabila tiba saat aku tidak mampu bertahan lagi.....oh Tuhan..tunjukkan aku jalan..."

p/s: Ok kay, countdown dah berakhir... yes berjaya!..hehe

 

Browse